Monday, December 15, 2008

Subject: Wudhuk zahir dan batin

aDe oRg emAil nih...bAce lar...

Wudhuk zahir dan batin
> ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~
> Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
> solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya
kurang khusyuk
> dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi
> untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
>
> Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim
> Al-Assam dan bertanya, 'Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah
> caranya tuan solat?'

Hatim berkata,
> 'Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.'>
> Isam bertanya, 'Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ' Hatim
> berkata,'Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
> anggota wudhuk dengan air'.
> Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
> perkara :-


> * Bertaubat
> * Menyesali dosa yang telah dilakukan
> * Tidak tergila-gilakan dunia
> * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
> * Tinggalkan sifat berbangga
> * Tinggalkan sifat khianat dan menipu
> * Meninggalkan sifat dengki.'
>
> Seterusnya Hatim berkata, 'Kemudian aku pergi ke masjid, aku
> kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
>
> Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
> 1.
aku sedang berhadapan dengan Allah,
> 2.
Syurga di sebelah kananku,
> 3.
Neraka di sebelah kiriku,
> 4.
Malaikat Maut berada di belakangku, dan
> 5.
aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian
> ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini
> adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan
> bertakbir dengan baik.'
>
> 'Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya
> kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud
> dengan penuh
> pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
> bersolat selama 30 tahun.'
>
> Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
> ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
>
> Untuk munafaat kita bersama, Tolong
lah sampaikan email ini kepada
>
Sahabat-sahabat
>
>
> Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu
d demi
> kebaikan,
IinsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
>
> Salam Ukhwah

Share: