Saturday, October 30, 2010

beberapa hari lagi..

assamualaikum w.b.t & ape khabar semua?
harap2 sihat & ceria hendaknye.

dah lame blog ni tak ade new entry kan?
bukan sengaja melainkan agak sibuk dan terlalu banyak story untuk dikongsikan,
cume tangan ni malas nak menaip seperti biasa memandangkan beberapa hari saje lagi tinggal untuk Sijil Pelajaran Malaysia mengibarkan benderanya dengan gah. haha

beberapa hari? ha'ah, agak beberapa la memandangkan dah tak sampai sebulan dan dibandingkan pulak dengan preparation aku yang tak berapa nak kukuh untuk bertempur ni. haish..

aku dah start panik actually tapi kesedaran sepenuhnye tu tak berape nak ade,
study fizik, hati duk teringatkan chemistry, jenguk chemistry, tak sampai separuh page, ingatkan biologi pulak dan begitulah seterusnya. teruk kan?

ya ampun tak macam calon straight A+ pun! Astaghfirullah, bertaubatlah makcik oit!!
alahai..........

walaubagaimanapun,
aku memutuskan untuk menaip something kat blog aku yang disayangi ni,
buku2 pelajaran tu nak berehat jap,
rimas asyik aku pegang aje diorang,
kcian la kan? ehaks! padahal aku yang dah puas tengok setiap satu dengan otak blur tahap giga!
hmmm, lame tak dengar perkataan giga tu!
agak2 lepas paper fizik spm dah selesai nanti, aku sebut tak lagi ek?
whatever.....

last week, hari sabtu sampai isnin, 23 - 25 oktober 2010,
aku menghadiri satu kem, kem akademi star spm 2010 khusus untuk subjek biologi.
at first, sumpah ketar lutut bile sampai coz memang dari awal aku tak berape nak rela pergi,
ye la, dalam ramai2 268 calon spm SMKATJ, aku dengan ajwad je yang kene pegi untuk kem siri 10 : 2 tu??
gile tak patut. aku takde kawan langsung!
sape lah yang rela, even ajwad pun cakap die tak berapa nak rela.

petang sabtu tu, satu family hantar aku pegi sumai, sebelah je dengan hotel primula, oh, tempat yang aku rindu, kem paling best pernah aku pergi kat primula tu ^^, nak lagi..

sampai2, aku tengok ade la 4,5 orang tengah daftar, ade budak pompuan dengan jeans, pakai baju sekolah, budak lelaki tinggi macam galah, haish, ketaq lutut cheq mak oi..nasib baek mak aku temankan, sampai kat apartment mak temankan :)
aku duk apartment no 305, aku pulak first girl yang masuk apartment tu, coz apartment lain dah penuh orang, so aku masuk next apartment. haila, ape punye dugaan la, mase tu kalau boleh, nak mintak urus setia hantar balik je, tapi takpe, kuatkan semangat.. mak aku balik, aku pun tinjau2 ruang apartment, bukak suis peti, sumbat air vitagen yang aku baru beli sebelum sampai hotel tu, aku pun pergi lepak atas katil, aku mesej kat kawan2 aku, nak redakan gemuruh di hati..

tak lame kemudian, kawan2 pun sampai :) pasangan kembar from kemaman then budak2 sesma.
budak sesma ni la yang jadi teman baik aku sepanjang kem :D
then budak smk binjai, jadi roommate aku, pun peneman sepanjang kem.
bersyukur sangat tak lame pastu aku dah dapat sesuaikan diri dengan environment kat situ :)

hati pun gembira aje, hik3..tak risau2 dah..thanks untuk kawan2 aku kat TJ, tak berhenti support aku before aku sampai kat kem tu,
texted aku tanye khabar, suke sangat :))

malam fisrt, just taklimat and perasmian, nothing special melainkan aku sangat2 mengantuk! +_+

petang tu pergi dinner,
aku jumpe kawan sekolah lame aku, yati :)
pastu aku terkesima (cewah,ayat!) bile nampak budak shams,
ape tak nye, tu member baik aku time kem takungan sejarah 2008 (form 3) dulu!
siyes sangat2 teruja at that time, macam menang loteri kot,
aku memang teruja lebih2 sikit bile jumpe kawan2 lame ni,
kadang2 over acting pulak cam. hak3.budak shams tu pun ape kurangnye, macam nampak hantu bile tengok aku, hihi, nak jerit (memang jerit da sikit pun)..nakal2..
nadihah name die, still sweet cam form 3, and of course, nakal2 aje. sempat lagi tanye sejarah dah okay ke belum, haha..mentang2 kene takungan dulu, haish...
nadihah & majidah, due2 budak shams yang kamceng dengan aku & adlina time kem tu dulu,
due2 ade kat sumai hari tu,
rase cam tak best pulak adlina takde, sobs..

oh,oh,jumpe jugak ex-classmate aku time standard six merangkap ex-neighbour aku time kat taman seri jaya dulu, ihsan.
aku yang tegur die dulu, bukan gatai, saje la nak tegur member lame memandangkan aku dengan die dulu baik2 aje,
tapi malangnye die cakap die tak ingat aku sape..
ces,sampai hati kau..ekeke
tapi lepas tu die tegur pulak tanye, "umu ke?"
haa...naseb baek ingat..gud2..ingatan yang bagus..kih3

pastu dapat la jugak aku tengok seseorang yang dikatakan comel dan digilai ramai lah jugak kot, tak nak sebut name, hi3..nak taw tanye personally lah yup ;)
okaylah, not bad and sesuaila kot untuk diminati, bak kate kawan aku sorang tu, sampai tahap melting point, ecey..........................hak3
hey hey, SPM, SPM...HAHA

then, jeng3, kejutan sikit kot,
mase first slot pagi 24 oktober hari ahad tu,
budak lelaki slamber derek je mai duk sebelah aku, haila, nak tempah maut kene kejar ke?
pakai baju pink, nasib tak merah kalo tak sumpah billy kejar (ahak5) tak pun lembu2 lain, ekeke...
cultural shock jugak aku, hak3. lepas tu aku tukar tempat duduk dengan kawan aku, lagipun that boy satu sekolah dengan die, tapi die rimas je nampaknye dengan budak lelaki tu, that boy cam suke bercakap sikit, :P ngumpat sikit, sorry. hehe
tutup cerita, nanti banyak pulak ketupat kat sini, sape nak makan..

hmmmmmmmm....ape lagi aku nak cerita? hehehe

so, hari selasa baru aku kembali ke bumi SMKATJ seperti biase tapi aku datang dengan personaliti yang agak luarbiasa, hehe..rase macam best dapat pergi sekolah hari tu!
sebab?

  • tak payah bangun awal untuk mandi paling awal (coz satu apartment ade 15 orang, bilik air just 2 je)
  • tak payah cepat2 turun nak makan pagi, and tak payah beratur nak amik makanan :P
  • tak payah naik lif : er,aku mabuk lif. :P :P sadis tak?
  • tak payah duk dalam aircond sejuk2!
  • aku jumpe kawan2 aku semule!

konklusinye, aku happy pagi selasa tu. haha
sampai sekolah, sume orang aku tegur, hai sane, hai sini, macam orang baru kuar penjara je. kih3
senyum lebar sampai telinga, happy lah katakan...
sampai pizah cakap :
jangan wat macam orang darat ngat umu eh..!
haha
buleh sutey, kah4.. :D

kiranya sampai sini je kot aku post untuk hari ini, ni pun dah lari daripada tajuk asal post, tapi takpelah kan?
nak release tension aku,
tadi aku bace physics chapter electricity, jadi pening2 lalat aje, sape boleh ajarkan sikit, aku nak sangat somebody explain kat internal resistance tu. yang lain ok kot...

nanti ade mood, ade mase, aku post lagi,
papai, take care,
tata,
wassalam :) smile!

If you don't start out the day with a smile, it's not too late to start practicing for tomorrow.

30 Oktober 2010

Thursday, October 28, 2010

Stuck In The Moment

With you
With you

I wish we had another time
I wish we had another place

Now Romeo & Juliet
Bet they never felt the way we felt
Bonnie & Clyde
Never had to hide like
We do
We do

You and I, both know it can't work
It's all fun and games
'Til someone gets hurt
And I don't,
I won't let that be you

Now you don't wanna let go
And I don't wanna let you know
That there might be something real between us two
Who knew
Now we don't wanna fall but
We're trippin' in our hearts
And it's reckless and clumsy
Cause I know you can't love me here

I wish we had another time
I wish we had another place
But everything we have is stuck in the moment
And there's nothing my heart can do
To fight with time and space cause
I'm still stuck in the moment with you

See like Adam & Eve
Tragedy was a destiny
Like Sonny & Cher
I don't care
I got you baby

See we both
Fightin' every inch of our fibers
Cuz aint no way it's gonna end right but
We are both too foolish to stop

Now you don't wanna let go
And I don't wanna let you know
That there might be something real between us two
Who knew
And we don't wanna fall but
We're tripping in our hearts
And it's reckless and clumsy
And I know you can't love me here

I wish we had another time
I wish we had another place
But everything we have is stuck in the moment
And there's nothing my heart can do
But fight with time and space cause
I'm still stuck in the moment with you

See like
Just because this cold, cruel world say we can't be
Baby we both have the right to disagree
And I ain't with it
And I don't wanna be so old and gray
Reminiscing 'bout these better days
But convince just telling us to let go
So we'll never know

I wish we had another time
I wish we had another place
Cause everything we did
And everything we have is stuck in the moment
Yeahhhh

I wish we had another time
I wish we had another place
(Oh no no)
But everything we have is stuck in the moment
And there's nothing my heart can do
(Nothing my heart can do)
To fight with time and space
(And space)
I'm still stuck in the moment with you

Yeah

Saturday, October 2, 2010

when sarah is in her writing mood =)

salam 1 malaysia la kot.

aku dah tak tahan menanggung sorang-sorang kot, aku nak luah jugak kat blog terchenta ni.

pagi-pagi hari aku dah rase bersalah dengan sorang pakcik ni,
yang duk wat keje kat rumah sebelah,
untuk pengetahuan, rumah sebelah rumah aku ni still under construction so elektrik tak masuk lagi. Jadi, ade pape nak buat, pakai api rumah aku dulu, ops, rumah ayah aku. Sejak bile aku bayar rumah ni. So pagi tadi ayah aku suruh kuarkan la wayar suis dan perkakasan elektrik tu letak kat luar & tekan suis on tu ciap2, nak mudahkan kerje pakcik tu.

tapi aku tetap aku, pelupe tak pernah lekang,
part nak tekan suis on tu aku lupe nak selesaikan.

pastu lepas aku dah kuarkan bende2 tu sume, bukan susah pon,
just buangkan ikot tingkap tu je, ^_^ hehe, aku pegi la makan.
dengan muncung yang boleh la wat sangkut hanger, aku habiskan nasi lemak aku dalam mase tak sampai pon 5 minit, aku pergi kat sinki nak basuh pape yang patut.

sekali pakcik tu intai ikot tingkap kat sinki tu da.....dengan aku tak pakai ape nak tutup kepala aku yang memang chantek ni, (ala2 baru bangun tidur, korang bayangkan sendiri lah.jangan lebih2 sudah!), pakcik tu pon bagi tahu kat aku,
"nok pakai api deh......"

aku : a????
pakcik : (ulang ayat di atas)
aku : o......!

dengan muke ala2 fed up + bersalah. urgh! sebab aku tak pakai tudung mase tu!

then ayah aku pulak bebelkan sikit, sebab aku tak on suis tu tadi.
makin panjang la muncung aku sekarang ni. =.=

tapi memang patut pon aku kene pagi2 hari camni,
arahan yang simple camtu pon boleh tak lengkap aku selesaikan. serve u right sarah!

& sekarang aku dah lega, thanks blog! sayang kamu. ekeke.

masuk bab lain pulak lah, alang2 aku tengah laju taip ni.hehe

lately kepala aku dah rasa cam tak betul sikit kot,
fikirkan tentang pelbagai perkara, yang tak berapa nak ada kaitan pun dengan aku.

yang aku sibuk fikirkan tu kenapa ek?

sebab ia melibatkan sahabat suka-duka aku. kalau bukan aku yang duduk same2 tenangkan sahabat aku, siape lagi?

takkan aku nak temankan sahabat2 aku time senang je, kan?
so aku rase takpe la aku serabutkan kejap kepala aku ni sementara sume settle, aku harap dengan jayanya, amin =)

yang lagi satu sal classmates aku, i think da okay kot. macam mane la boleh timbul hal macam tu sekelip mate, alahai. tup tup, aku jadi tempat refer. aku rase kes ni macam berbelit2 je. bile aku tanye kat si H, die ckp si A tu bagitahu ABCDE kat die. bile aku tanye si A, dye cakap die bagitahu FGHIJ kt si H. macam2! tapi, aku tahu yang mane boleh percaya, yang mane tak boleh percaya.

so, bende ni buat aku wonder, camne lagi ek jenis2 orang yang akan aku jumpa bila aku teruskan hidup aku di luar sana lepas sekolah nanti?

harap2 mase tu Allah selalu beri petunjuk untuk aku dan lindungi aku. juga kawan2 aku. amin.

sedar tak sedar dah due minggu kami2 ni meneruskan sesi persekolahan yang hanya tinggal sisa2 je lepas raye hari tu. duit raye aku pun da banyak masuk poket tokey kedai. haha
sempat ke tak ntah nak bawak masuk poket tokey kedai kat kl nanti bile aku pergi sane lepas SPM. hihi

sedihnye aku cz besar kemungkinan aku tak dapat nak join lawatan kelas 5 al-ikhlas lepas SPM nanti. huk3
ayah aku cakap mase tu nak gi rumah sdare kt pahang, kl..
sob3
sedih tak dapat nak spend time for the last time dengan kawan2 sekelas.
memang tu je masenye, tambah pulak keje aku memang terperap je dalam rumah cz memang takde can nak pegi outing dengan members cam orang lain. T.T

shahirah, adlina, forgive me for not going...=(


untuk result trial pulak, aku sungguh tak sangka result aku meningkat from the previous one bile melihatkan perasaan2 yang aku alami lepas hantar paper tu. walaupun tak dapat jugak 11A macam 8 orang tu, aku bersyukur dengan keputusan kali ni. paling tidak boleh la nak bagi motivasi for myself untuk teruskan usaha lagi untuk SPM 2010 nanti.

dengar2, SHAMS pun 8 orang dapat straight A's..
imtiaz dungun kalau tak silap, 12 orang. Jealous jugak bile dapat tahu Ilyas dapat straight. bijaknye die.hehe

papepun, aku harap semua dapat semangat baru untuk real exam, result trial tu biarlah berapa pun, yang penting tingkatkan usaha untuk SPM, saat ni lah same2 kite bangun, revise n tolong kawan2 kite, so that nanti kite berjaya same2, kan?

sekali aku rase cam semangat lebih pulak, hehe.
mesti bangge Cikgu Abu Bakar ade anak murid bersemangat macam die. agaga

untuk kamu,
jangan berputus asa, okay? teruskan usaha & sarah akan always tolong bile rase perlu =)
i won't let your mom down.

towards SPM 2010, 11A's, amin.........

akhir kata, (cewah.macam wat ucapan perasmian je) haha
smile always & take care,
nanti ade mase, sarah post lagi kat blog sylph's ni =)

The price of success is hard work, dedication to the job at hand, and determination that whether we win or lose, we have applied the best of ourselves to the task at hand.

p/s: lawa tak template baru?

p p/s: lame eh tak menaip panjang sebegini. XD