Saturday, December 18, 2010

hellooo world!! ;)

weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........!!! happy!!

Assalamualaikum, hello readers, sihat sume??

Hahaha.. Merapu merepek, rindunye kat blog ni..
Apsal aku tibe2 happy ek?
Orang lain dah penuh post kat blog semenjak merdeka, aku ni pulak hari kedua merdeka baru ade post. Haha. Nak tau kenape? Korang tak mau tau pun aku tetap akan cakap, hehe, well, aku kan, friendly ( sila muntah, kat tandas korang, haha! )

Camni, camni.. Walaupun last paper SPM tamat tepat jam 4.30 petang tanggal 16 Disember 2010, aku rase tak merdeka langsung! Why? Sebab aku tak sihat. :(
Sakit tekak tahap langit ketujuh, sakit sangat, rase macam tekak ni nak luruh tiap kali sujud tau, sakit teramat sangat & sampai ke telinga rase sakit tu, betapa organ kat badan aku ni mengeyakan peribahasa "cubit paha kanan, paha kiri turut terasa sakitnya". Haha.

Hari Khamis tu ayah dah offer nak bawak pergi klinik tapi aku cakap,
"takpelah, esok luse baiklah ni.."

Tapi Jumaat, makin sakit adelah :( Cian aku tau...
Tak berselera langsung nak makan.. Tapi makan jugak, karang gastrik, aku jugak yang susah..
Sekali lagi ayah offer ke klinik, tetap aku tak mau..
Baik tak aku? Haha. Tak habis perasan aku, dari tadi lagi, buang tabiat sesekali :P

Bangun pagi tadi, tetap sakit, korang nak tau, Strepsils dah satu peket habis, masuk peket kedua sejak pagi tadi, dengan Woods, berapa ketul aku kemam, tak hilang2.. Ujian betul, tapi, aku tetap sabaaar... Cewah! Hahaa

Pastu menjelang tengah hari tadi, ayah aku pun bawak aku pergi klinik, kat Batu Enam tu, klinik yang memang dah bese aku pergi tapi usually dengan mymom but today my lovely mummy busy kat dapur, so ayah aku yang temankan. Kene lak, hari ni doc lelaki yang bertugas kat Klinik Aishah tu, hmm, elok sangatlah.. Pertemuan dengan doc, malaslah aku nak story, memalukan jek =_=

Pastu, tadi makan ubat, aku tibe2 je rase macam orang yang betul2 tak sihat, ape tak nye,
4 biji ubat telan sekaligus ditelan dengan ubat kemam, tinggal lagi vitamin C je aku tak makan, coz rase cam " eeii, mati makan ubat je aku ni " hehe..tu pun pagi tadi telan pil ape ntah sebijik tambah pulak duk kemam strepsil sejak semalam.. Macam2.. Mujur sekarang aku dah pakar telan pil.. Kalau dulu, panadol soluble je aku minum.. Kalau pergi klinik confirm aku akan mintak ubat air coz tak leh telan pil, doc pun akan bebel " awak ni besar dah, ubat air tak berkesan dah bla365 " (form 3, kecik lagi ape...)
Ha, sekarang, puas hati, aku dah pandai makan ubat pil, puas hati tak? *nada geram*

hehe.. Sekarang, alhamdulillah, tekak aku dah tak sakit! Tibe2 rase merdeka, yippee!!
Syukur pada Dia, sekurang2nya aku sedar tentang nikmat sihat :)

Kalau nak tahu, ade due nikmat kat dunia ni yang manusia sering lupe iaitu nikmat sihat dan lapang,
setuju?
Tak silap aku, hadis ni. Aku ingat mase bace PQS tempoh hari.
( cewah, ayat....tak boleh blah! "tempoh hari" tu! kah2 )

Aku tak leh nak post lagi panjang coz sekarang pun dah lewat petang, tak manis nak mengadap PC time dah nak maghrib ni, macam tak beradab je :)
yeah, akulah gadis penuh adat ketimuran ( perasan lagi..muntah jangan tak muntah ) haha.. Aku pun tak tau asal la asyik perasan je ni, happy sangat kot?
Hihi.. By the way, bagus ape happy, kan?

And blog ni maybe akan sunyi daripada sebarang new post for a week coz me & my whole family nak go for a holiday bermula esok, maybe this whole week takde kat rumah, weee~ happy holiday!
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang, ye? Amin...

Akhir kalam, take care readers,
wassalam, do smile always :)

p/s : tangan asyik sangkut je taip post, sejuuuukk sangat cuaca kat KT sekarang, asyik hujan lebat je! camnelah nak gi main salji kat overseas nanti ni kalau ade rezeki nak further study kat sane? BERANGAN! HAHA. nak kene tambah lemak ni, kelmarin timbang berat dah susut, 43 kg je :( sebab exam kot..





Thursday, December 9, 2010

2 paper lagi, woohoo :D

Salam untuk semua, moga comel2 selalu, hehe.
Dah lame aku tak kene tag kat alam blog ni, so hari ini, aku nak mulekan post pertama dalam tempoh SPM sedang berjalan ni dengan tag yang sepupu aku tag ;)


by the way, thanks, U!

. . .

(semua jawapan adalah spontan so don't take it seriously yup.hehe)

1.pe bende pling penting dlm idop korunk?
baju! haha. penting ape baju ni. hehe

2.benda terakhir korunk beli gne duit sendiri?
urm, urm, top up kelmarin. hihi. kalo bende yang nampak sikit, coklat kalau tak silap..yummy!

3.di mana tempat korunk nak melangsungkan perkahwinan korunk dan tema perkahwinan korunk nnti?
eish, cam taw2 je belum kawen agi, haha. kat rumah ni la kot tapi macam berangan jugak nak wat kat hotel. agagaga.

4.adakah korunk sedang bercinta sekarang?
a'ah, dengan buku BAT & PQS ni hah. due2 sekaligus dalam satu mase, playgirl tak aku ni? haha

5.berapa lame korunk akan mencintai kekasih korunk?
kalau dengan BAT ni, sampai tengah hari hari Selasa ni jep & kalau PQS sampai petang khamis. kih3. uiks, tak boleh, tak boleh, subjek2 agama ni, mesti mau cinta sampai mati :)

6.di mana korunk slalo jmp kekasih korunk?
banyak tempat, kat study room, atas sofa & smabil meniarap pun aku masih jumpe dengan buku2 BAT & PQS ni :P

7.novel/buku/majalah terakhir korunk beli?
tak ingat lah :(

8.apakah name penuh korunk
dengan banggenye, haha : ummulwaqiah maisarah bt mohd khairudin

9.antara mak n ayh korunk,mne yg korunk lg mesra?
tak boleh nak pilih, both! ;)

10.namakan orang yg betul2 korunk nk jmp dlm idop
hohoho. sape? tatau. sape2 yang nak jumpe aku. kih3

11.adakah korunk bsuh bju sndri?
oh, semestinya...........mesin basuh yang terchenta!

12.di mana tempat yg korunk btol2 nk g
menunaikan rukun islam yang ke lima insyaAllah, Makkatulmukarramah :)) one day, ameen..

13.plih slah satu,peluk atau cium
pilihan aku : atau

14.beritahu 3 perkara tentang org yg tag korunk
  • pangkal namenye same dengan aku : ummu
  • die ni antara sepupu aku yang paling aku rapat :)
  • sedang belajar di UiTM Dungun Terengganu

15.lima benda korunk sgt syg dlm idop korunk
hohoho, susahnye soalan!
  • jam tangan hadiah ayahanda tersayang
  • bantal bucuk aku, dah berbelas2 tahun da umur die ni.haha
  • PC dengan e-book adik aku serta modem internet yang membolehkan aku online. haha
  • buku2 aku serta barangan bla3...
  • Al-Quran arwah datuk aku, translation dalam english tu, heee~

16.lima lagu korunk suke n slalo dgr
haha. malu nak cakap. eleleley..
  • lagu kat blog ni : Stuck In The Moment - Justin Bieber
  • Bila Kau Kata Kau Sayang - Screen
  • You Can, She's Not You, Zero Gravity - David Archuleta
banyak lagi tapi dah die mintak lima je.. :P

17.bile tarikh lahir korunk n korunk smbut besday kt mana thn lps?
3 September 1993, lawa tak? agaga.. tahun lepas?? kat rumah rasenye...
eh, aku sambut ke besday aku? hak96

18.tujuh org blogger korunk nak tag
(hoho, sorry kalau ade yang tak suke kene tag, tak wajib pun ni, don't worry ma...)

19.cerita sikit psl blogger pertama korunk tag
blogger pertama, intai sikit tengok, wah...cik ah chong! hahaha
cerita sikit..? sedang menanti tanggal 20 Disember, her birthday and aku pasti ramai budak tingkatan 5 this year menanti2 tibanya tanggal 20 Disember ni especially budak2 LK coz diorang akan merdeka pada hari itu, hehe.
berbalik pada Cik Farah kite tadi, meminati Zoey serta Ah Chong. Hehe. Sekian sahaja. ;)

. . .

Dah, sudah. Berzaman - zaman buat, hehe..

Berbalik pada tajuk post aku, ye, tinggal lagi 2 paper aku nak jawab untuk memerdekakan diri aku ni, heee, tak sabar sangat tau nak merdeka, dengan paper2 subjek2 Sains yang mencabar emosi dan minda, sangat2 la tertekan tau! uhuk3. tapi takpe la, aku dah usaha dan tawakal. Doa yang penting sekarang ni :)

Paper yang masih belum aku jawab :
Bahasa Arab Tinggi & Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Doakan aku dan kawan2, ye?

Untuk teman2, Semoga Berjaya!
BAT - 14 Disember 2010
PQS - 16 Disember 2010

p/s : wah...tak sangka tarik tutup Kawaii Gadget's Contest diawalkan, ingat sempat nak join sekali, takde rezeki nampak gayenye..sobs..