Saturday, December 18, 2010

hellooo world!! ;)

weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........!!! happy!!

Assalamualaikum, hello readers, sihat sume??

Hahaha.. Merapu merepek, rindunye kat blog ni..
Apsal aku tibe2 happy ek?
Orang lain dah penuh post kat blog semenjak merdeka, aku ni pulak hari kedua merdeka baru ade post. Haha. Nak tau kenape? Korang tak mau tau pun aku tetap akan cakap, hehe, well, aku kan, friendly ( sila muntah, kat tandas korang, haha! )

Camni, camni.. Walaupun last paper SPM tamat tepat jam 4.30 petang tanggal 16 Disember 2010, aku rase tak merdeka langsung! Why? Sebab aku tak sihat. :(
Sakit tekak tahap langit ketujuh, sakit sangat, rase macam tekak ni nak luruh tiap kali sujud tau, sakit teramat sangat & sampai ke telinga rase sakit tu, betapa organ kat badan aku ni mengeyakan peribahasa "cubit paha kanan, paha kiri turut terasa sakitnya". Haha.

Hari Khamis tu ayah dah offer nak bawak pergi klinik tapi aku cakap,
"takpelah, esok luse baiklah ni.."

Tapi Jumaat, makin sakit adelah :( Cian aku tau...
Tak berselera langsung nak makan.. Tapi makan jugak, karang gastrik, aku jugak yang susah..
Sekali lagi ayah offer ke klinik, tetap aku tak mau..
Baik tak aku? Haha. Tak habis perasan aku, dari tadi lagi, buang tabiat sesekali :P

Bangun pagi tadi, tetap sakit, korang nak tau, Strepsils dah satu peket habis, masuk peket kedua sejak pagi tadi, dengan Woods, berapa ketul aku kemam, tak hilang2.. Ujian betul, tapi, aku tetap sabaaar... Cewah! Hahaa

Pastu menjelang tengah hari tadi, ayah aku pun bawak aku pergi klinik, kat Batu Enam tu, klinik yang memang dah bese aku pergi tapi usually dengan mymom but today my lovely mummy busy kat dapur, so ayah aku yang temankan. Kene lak, hari ni doc lelaki yang bertugas kat Klinik Aishah tu, hmm, elok sangatlah.. Pertemuan dengan doc, malaslah aku nak story, memalukan jek =_=

Pastu, tadi makan ubat, aku tibe2 je rase macam orang yang betul2 tak sihat, ape tak nye,
4 biji ubat telan sekaligus ditelan dengan ubat kemam, tinggal lagi vitamin C je aku tak makan, coz rase cam " eeii, mati makan ubat je aku ni " hehe..tu pun pagi tadi telan pil ape ntah sebijik tambah pulak duk kemam strepsil sejak semalam.. Macam2.. Mujur sekarang aku dah pakar telan pil.. Kalau dulu, panadol soluble je aku minum.. Kalau pergi klinik confirm aku akan mintak ubat air coz tak leh telan pil, doc pun akan bebel " awak ni besar dah, ubat air tak berkesan dah bla365 " (form 3, kecik lagi ape...)
Ha, sekarang, puas hati, aku dah pandai makan ubat pil, puas hati tak? *nada geram*

hehe.. Sekarang, alhamdulillah, tekak aku dah tak sakit! Tibe2 rase merdeka, yippee!!
Syukur pada Dia, sekurang2nya aku sedar tentang nikmat sihat :)

Kalau nak tahu, ade due nikmat kat dunia ni yang manusia sering lupe iaitu nikmat sihat dan lapang,
setuju?
Tak silap aku, hadis ni. Aku ingat mase bace PQS tempoh hari.
( cewah, ayat....tak boleh blah! "tempoh hari" tu! kah2 )

Aku tak leh nak post lagi panjang coz sekarang pun dah lewat petang, tak manis nak mengadap PC time dah nak maghrib ni, macam tak beradab je :)
yeah, akulah gadis penuh adat ketimuran ( perasan lagi..muntah jangan tak muntah ) haha.. Aku pun tak tau asal la asyik perasan je ni, happy sangat kot?
Hihi.. By the way, bagus ape happy, kan?

And blog ni maybe akan sunyi daripada sebarang new post for a week coz me & my whole family nak go for a holiday bermula esok, maybe this whole week takde kat rumah, weee~ happy holiday!
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang, ye? Amin...

Akhir kalam, take care readers,
wassalam, do smile always :)

p/s : tangan asyik sangkut je taip post, sejuuuukk sangat cuaca kat KT sekarang, asyik hujan lebat je! camnelah nak gi main salji kat overseas nanti ni kalau ade rezeki nak further study kat sane? BERANGAN! HAHA. nak kene tambah lemak ni, kelmarin timbang berat dah susut, 43 kg je :( sebab exam kot..





Share:

0 buddy (ies):