Saturday, December 31, 2011

Short end of year update!

Heeee, sangat bersalah membiarkan my gorgeous blog bersendirian for about two weeks.
Even more I'm feeling more guilty to find there are some great friends out there who are always stalking and dropping here, waiting for my new post. You guys and girls are so wonderful, :')



I'll be updating more frequent soon.
Am enjoying my last day at home before heading back to Puncak Alam tomorrow night.
FYI I won't be home for 3 months,
I will only be home after finishing my last final exam paper which I don't know when.
And these all are bugging my mind so badly as I don't know how to survive there for this last 3 months.
Oh Allah I'm begging for more strength.
It's so peaceful to live the life at home, be within my parents' care,
in the circle of siblings' happiness and love :')

Have to press the 'Publish' button. Gonna help my mummy, we're making pizzas today ^^
Enjoy the last day of 2011.
A year full of memories, sad and happy.
A year of learning to be far from home.
Yet I haven't learnt how to live well while my family's not around T__T
I'm just a little girl with a grown up face -,-'

Take care buddies :)


Photobucket
Share:

Monday, December 12, 2011

Terlajak Bot Boleh diReverse.

Assalamualaikum :)



Andai aku tersilap memilih kata,
maafkan segalanya.

Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
jikalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

Manusia sering alpa,
tak tersedar dia terlanjur kata,
tak ter-realise ada hati telah terluka,
tak terampun jika maaf tidak dipinta,
manusia memang pelupa,
rasa diri lengkap segala-galanya,
terus terbuai dengan rasa bangga,
namun realitinya,
tiada siapa yang cukup sempurna.

Adeh, tapak tak lengkap lah pulak -,-


Maafkan aku.

Hidup perlu selalu cautious,
bak menuruni lereng di perbukitan yang curam.

Kata pepatah,
lidah lebih tajam daripada pedang.

Ya,
hati manusia tidaklah sekeras suasa,
luaran tampak perkasa,
namun batinnya,
selembut sutera.

Sekali lagi,
maafkan aku.

Aku khilaf dalam memilih kata.

Bukanlah aku sengaja,
namun akibat didesak emosi yang bergelora,
aku melangkau batasan susila.

Maafkan aku.

Photobucket
Share:

Saturday, December 10, 2011

Aisyah Binti Abu Bakar R.HA: ISTERI YANG KREATIF MEMPAMERKAN CINTANYA


Assalamualaikum :)

Classmates aku cakap,
sharing is caring,
reramai korang jawab hari tu eh time aku kena jawab ape itu ingestion time Bio,takpe takpe..hihi
Nasib baik Iman miming bagi klu apa aku nak jawab, menyesal den terlelap sambil tegak duduk -,-
Oh Biology dan mataku :|
So, oleh sebab diorang cakap sharing is caring, dan aku ini caring orangnya heh,
tadi aku came across blog ini then aku sangat bahagia bila baca kisah isteri kesayangan Rasulullah ni,
so korang rajin2kan lah baca jugak ek ;)

*****



Saidatina Aisyah r.ha adalah isteri kesayangan Nabi selepas wafatnya isteri pertama yang tidak pernah dimadukannya, Saidatina Khadijah r.ha.

Lumrah Cinta
          
Lumrah cinta, seorang kekasih paling cenderung pada seorang sahaja kekasih dalam bab hati dan perasaan. Tiada seorang lelakipun di dunia ini yang mampu berlaku adil dalam hal cinta. Keadilan hanya mampu berlaku dalam hal luaran semata-mata. Begitulah kecenderungan cinta Rasulullah SAW kepada Aisyah r.ha, ia bukan lagi satu rahsia.

Siapakah wanita pertama di hati Rasulullah SAW selepas Khadijah r.ha? Bukan Saudah r.ha sebaliknya Aisyah r.ha. Baginda menikahi Saudah r.ha dan Aisyah r.ha pada masa yang sama. Saudah ketika itu merupakan janda yang sudah tua, uzur, gemuk dan tidak menarik. (Rujuk Mahmud al-Mishri, 35 Sirah Shahabiyah). Memandangkan Aisyah r.ha masih kecil, Saudah r.ha lebih dahulu berada di sisi Nabi setelah Khadijah r.ha. Namun, Aisyah r.ha lebih dahulu memenangi hati dan cinta baginda berbanding Saudah r.ha.

Allah SWT banyak kali menghadirkan mimpi tentang wanita suci bernama Aisyah r.ha. sebelum hadirnya Saudah r.ha. Dalam kecemburuan, Aisyah redha seorang demi seorang janda-janda yang perlukan pembelaan, menumpang kasih suaminya.Kenapa? Kerana dia sedar semua itu hanya untuk kepentingan Islam, bukan kepentingan nafsu baginda. Oleh sebab lumrah cinta yang tiada ‘dua’ ini, tidak hairanlah, Prof. Dr. Mahmud Zuhdi menjelaskan dalam bukunya yang terkenal, Undang-undang Keluarga Islam bahawa majoriti ulama mengatakan poligami itu diharuskan bukannya digalakkan.

Kelebihan Aisyah r.ha.

            Aisyah r.ha berbicara, “Ada 7 kelebihanku yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti I’mran. Demi Allah, dengan mengatakan hal ini aku tidak bermaksud membanggakan diriku atas teman-temanku (isteri-isteri Rasulullah yang lain).”

            Abdullah bin Shafwan bertanya, “Apa 7 kelebihan itu wahai ummul mukminin?”
Aisyah r.ha menjawab,
1)Malaikat (Jibril) membawa imejku kepada Rasulullah SAW (dalam mimpi).
2)Rasulullah SAW menikahiku saat diriku berumur 7 tahun, lalu aku diserahkan serumah dengan baginda saat berusia 9 tahun. Baginda menikahiku saat aku perawan.
3)Beliau menerima wahyu ketika sedang berada dalam satu selimut denganku.
4) Aku adalah orang yang paling dicintai oleh baginda dan puteri dari orang yang paling baginda sayangi (Abu Bakr).
5) Allah menurunkan beberapa ayat-ayat Al-Quran kerana aku di saat umat hampir celaka kerananya.
6) Aku pernah melihat Jibril dan tidak ada seorangpun di antara isteri-isteri Rasulullah lainnya yang pernah melihatnya.
7) Rasulullah SAW meninggal di rumahku pada saat tidak ada orang yang menguruskannya, selain diriku dan malaikat.
(Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaid, no. 15308, “Riwayat ini tercantum dalam kitab Ash-Shahih dengan ringkas sementara riwayat di atas dari Thabrani. Para perawi dalam salah satu sanat riwayat Thabrani adalah perawi-perawi kitab al-Shahih. Rujuk juga riwayat Hakim, vol.4, hlm. 10. Hakim menyatakan hadis ini sahih dan al-Zahabi menyetujuinya).

Kedudukan Aisyah r.ha di Hati Rasulullah

            Dalam riwayat lain, Aisyah r.ha bercerita, “Rasulullah SAW masuk ke rumahku dan baginda mendapatiku sedang menangis. Baginda bertanya, “Mengapa dinda menangis?” Aku menjawab, “Fatimah menghinaku.” Rasulullah SAW segera memanggil Fatimah lalu berkata, “Wahai Fatimah, apakah benar anakanda menghina Aisyah?” Fatimah menjawab, “Benar, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW berkata, “Bukankah anakanda mencintai apa yang ayahanda cintai?” Fatimah menjawab, “Sudah tentu.” Rasulullah SAW berkata, “Sesungguhnya ayahanda mencintai Aisyah, maka cintailah dia.” Fatimah berkata, “Kalau begitu, saya tidak akan pernah mengatakan sesuatu yang dapat menyakiti Aisyah lagi.” (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaid, no.15311, perawi-perawi lainnya adalah para perawi kitab al-Sahih)

Cemburu Aisyah Bukan Kekurangan Tapi Tanda Besarnya Cinta

            Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah ! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

            Imam al-Nawawi berkata, “Mengenai pernyataan Rasulullah kepada Aisyah ini, al-Qadhi berkata, ‘Kemarahan Aisyah kepada Nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada baginda. Kecemburuan menjadi faktor tidak berlakunya sekian banyak hukum bagi wanita kerana ia tidak dapat dipisahkan daripadanya. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat, tidak berlaku bagi wanita yang menuduhnya suaminya berzina ketika ia sedang cemburu. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi, ‘Wanita cemburu tidak dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.”

Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi Rasulullah SAW merupakan dosa besar. Untuk itu Aisyah r.ha berkata, “Dinda hanya mampu menjauhi namamu.” Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaannya kepada Rasulullah SAW tetap seperti sedia kala. Kecemburuan wanita didorong oleh rasa cinta yang terlalu besar.” (Rujuk Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, vol.15. hlm.292-293).

Minta Digigit Ular dan Kala Jengking agar Mendapat Perhatian Suami

            Aisyah mengatakan bahawa jika Rasulullah SAW hendak melakukan perjalanan jauh, maka baginda akan mengundi siapa di antara isterinya yang akan menemani baginda. Suatu ketika, Aisyah dan Hafsah terpilih sehingga mereka berdua sama-sama mengikuti baginda. Selama dalam perjalanan, Rasulullah SAW memilih waktu malam untuk berjalan dan berbincang dengan Aisyah. Oleh sebab itu, pada suatu hari Hafsah berkata kepada Aisyah, “Apakah awak bersedia jika malam ini, saya menaiki unta awak dan awak menaiki unta saya, lalu kita tetap menjaga jarak hingga kita dapat saling melihat.” Aisyah bersetuju.

            Saat malam tiba, Aisyah menaiki unta Hafsah, sedangkan Hafsah menaiki unta Aisyah. Kemudian datanglah Rasulullah dan naik di bahagian depan unta Aisyah yang kali ini membawa Hafsah. Setelah mengucapkan salam, beliau menjalankan untanya hingga beristirehat di suatu tempat. Saat itulah Aisyah tidak dapat mengikutinya dan kehilangan jejak Rasulullah, maka rasa cemburunya tidak dapat dibendung. Ketika Aisyah sampai di tempat istirehat, beliau lalu menyelitkan kakinya antara daun-daun idzkir lalu berkata, “Ya Tuhanku, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berkata apa-apa. (HR Muslim, no.2445, kitab Fadhailus Sahabah, bab Fii Fadhl Aisyah r.ha.).

Bertanyakan Cinta Lalu Dihiburkan Suami dengan Lafaz Cinta

Aisyah r.ha mengatakan bahawa dia pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling kanda cintai?” Baginda bertanya balik, “Kenapa dinda bertanya seperti itu?” Aisyah menjawab, “Dinda ingin mencintai orang yang kanda cintai.” Baginda menjelaskan, “Dia adalah Aisyah.” (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaa’id no.15309, hadis ini diriwayatkan oleh Thabrani. Sanadnya hasan.)

Lebih Memilih Zuhud daripada Meminta-minta dengan Suami

Urwah mengatakan bahawa Aisyah r.ha berkata, “Demi Allah, wahai anak saudaraku, kami pernah melihat kemunculan bulan sabit, lalu bulan sabit berikutnya, lalu bulan sabit berikutnya, yakni tiga kali kemunculan bulan sabit atau dua bulan berturut-turut, di rumah-rumah Rasulullah sama sekali tidak dinyalakan api (untuk memasak).”

            Urwah bertanya, “Lalu dengan apa mereka dapat bertahan hidup?” Aisyah menjawab, “Dengan al-Aswadaan, yakni kurma dan air. Hanya sahaja, Rasulullah SAW mempunyai beberapa tetangga daripada kalangan ansar yang mempunyai kambing. Mereka sering mengirimkan susunya kepada beliau. Lalu beliau memberikan kepada kami.” (Muttafaqun a’laih).

            Cerita tentang kezuhudan Aisyah terlalu banyak. Dia memilih kesederhanaan walaupun sering kali dilimpahkan kekayaan. Antara ceritanya yang mahsyur ialah, Urwah pernah menggambarkan gaya hidup Aisyah bahawa dia pernah membahagi-bahagikan 70,000 dirham wang perak padahal saat yang sama, dia menampal jahitan pakaiannya. (al-Zuhd, Imam Ahmad, hlm. 205-206).

            Suatu ketika, Muawiyah pernah mengirimkan 100,000 dirham kepada Aisyah. Maka Aisyah langsung membahagi-bahagikannya tanpa meninggalkan sedikitpun. Sehingga Barirah berkata kepadanya, “Sesungguhnya puan sedang berpuasa. Mengapa puan tidak tinggalkan satu dirham sahaja untuk membeli daging?” Aisyah lalu berkata, “Kalau tadi awak ingatkan saya, sudah tentu saya melakukannya.” (Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab al-Hilyah, vol.2. hlm 7).

Banyak Solat dan Puasa    

            Urwah menuturkan bahawa Aisyah selalu berpuasa. Al-Qasim mengatakan bahawa Aisyah berpuasa sepanjang masa. Ia hanya berbuka (tidak puasa), pada hari Aidul Adha dan Aidul Fitri.
            Dalam riwayat lain, Urwah menceritkan bahawa setiap hari, dia memulai kegiatannya dengan mengunjungi ibu saudaranya, Aisyah r.ha untuk mengucapkan salam kepadanya. Pada suatu hari, dia pergi ke rumahnya, ketika itu dia sedang solat dan berdoa. Aisyah terus berdoa dan menangis sambil mengulang-ulang bacaan Surah al-Thur, ayat 27 yang bermaksud, “Maka Allah member kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.” Urwah berdiri dengan lama hingga dia pergi dahulu ke pasar untuk membeli keperluan. Apabila dia kembali semula ke rumah Aisyah, dia melihat Aisyah masih lagi solat dan menangis.

Tahan Ujian

            Aisyah mengikuti Rasulullah SAW dalam perang Musthaliq setelah undian. Sepulangnya beliau daripada perang ini, beliau telah mendapat ujian berat berupa fitnah tentang perlakuan sumbang. Ia bermula apabila beliau kehilangan kalung lalu mencarinya sehingga tertinggal rombongan. Kebetulan Shafwan bin Mua’ththal as-Sullami berjalan di belakang. Apabila melihat Aisyah, dia lalu membiarkan Aisyah menaiki untanya lalu dituntun menyusuli rombongan.Fitnah menular dengan cepat sehingga Rasulullah bersedih.
            Aisyah yang yakin dengan pembelaan Tuhannya, hanya mampu bersabar. Akhirnya, Allah membersihkan Aisyah daripada fitnah itu dengan turunnya ayat-ayat Al-Quran yang akan terus dibaca sepanjang zaman.

Pemalunya Menghias Iman

            Ummul Mukminin Aisyah berkata, “ Setiap kali aku masuk ke rumahku yang di dalamnya telah dimakamkan jasad Rasulullah SAW dan ayahku sendiri, dan hendak membuka baju, aku berkata dalam hati, ‘Tidak perlu malu kerana di sini hanya ada suamiku dan ayahku sendiri.’ Tetapi setelah Umar RA dimakamkan di tempat yang sama, demi Allah, setiap kali berada di dalam rumah, aku selalu memakai pakaian lengkap, kerana malu kepada Umar RA (Bahjatul Majaalis, al-Qurthubi).
            Sungguh indah peribadi murobbiah kita yang malu kepada insane-insan yang sudah tidak bernyawa. Namun realiti hari ini, sejauh mana rasa malu wanita-wanita kita?

Mengikuti Jejak Kekasihnya

            Qais mengatakan bahawa Aisyah r.ha pernah bercita-cita ingin dikuburkan di dalam rumahnya, di sisi suami tercinta, tetapi kemudian beliau berkata, “Sesungguhnya aku melakukan suatu kesalahan setelah perginya Rasulullah SAW. Maka, kuburkanlah jasadku bersama ister-isteri baginda yang lain.” Oleh sebab itu, Aisyah dikuburkan di Baqi’, semoga Allah meredainya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad, vol. 8, hlm 74).

            Maksud ucapan Aisyah, melakukan satu keslaahan, adalah terlibat dalam perang Jamal. Aisyah
sangat menyesalinya walaupun dia sebenarnya langsung tidak berniat ke arah itu. Dia cuma berijtihad melakukan kebaikan, sebagaimana dilakukan oleh Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam dan sahabat-sahabat yang lain, semoga Allah meredai mereka kesemuanya.

            Pada bulan Ramadhan, tahun 58 Hijriah, Ummul Mukminin Aisyah r.ha menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kembali ke pangkuan Tuhannya dengan penuh keredaan. Ketika perginya Aisyah r.ha, Ummu Salamah mengumumkan, “Demi Allah, dia adalah orang yang paling dicintai Rasulullah SAW, selain ayahnya.” Jasad Aisyah r.ha dimakamkan pada malam itu juga tepat setelah solat witir.



Kredit to this blog : Diari Rindu Muhsin & Mira
Photobucket
Share:

Saturday, December 3, 2011

Whispering.




Allah did not promise: 
Days without pain, laughter without sorrow, sun without rain.


But He did promise:
Strength for the day, comfort for the tears and light for our ways. 



"And put your trust in Allah if you are believers indeed..." (Qur'an 5:23)


Photobucket
Share:

Friday, December 2, 2011

Semoga Roh Beliau dicucuri RahmatNya

Assalamualaikum.

I'm just posting in regarding the news about Rara Zikry.


Dan lagi sedih bile aku baru tahu TT
Puteri bawah tempurungnye daku sobsob. Huhu.

Moga roh Rara Zikry @ Zarith Nadhira Mohamad Zikri dicucuri rahmatNya, amin.

TakdirNya tak terhalang oleh kita,
who are we to stop the rain, right?

Refer to : http://www.hafizstory.com/2011/12/rara-zikry-meninggal-duniaal-fatihah/

Photobucket
Share:

Thursday, December 1, 2011

Accumulating Strength?

Assalaaaaamualaikum!
*possible ke tak ek kite sebut laaaaaa panjang macam tu? :|

Hmmmm, i don't know what to saaayyy,
baru tekan new post tetibe kilat memancar,
tak kire tak kire,
I nak post jugak -,-

Overall setakat hari ni Khamis, Biology, Mathematics, Physics dah habis Chapter I,
macam laju gileee je, or maybe content each chapter tu sikit?

And my tutors are starting to ask me and my classmates to be prepared with those tutorials,
Encik Ikhwan wanna see the calculations,
Miss Fiza is gonna pick 5, 6 students randomly untuk hantar their works,
okay,
this is a good thing actually,
bagus untuk si ummulwaqiahmaisarah ni lebih2 lagi,
semester 2 baru nak start buat homeworks semule,
dah lame hidup tak buat keje sekolah,
dah kene start jadi a good student.
Tapiiiiiiiiiiiii,
what's so bad about being responsible over my own study actually?

Bagus ape.
Kan kan kan? :)


"Verily, with hardship there is relief
(Qur'an 94:6)


Aku nak jadi diri aku yang asal,
yang mase kecik dulu mak cakap aku rajin.
Zaman darjah satu, zaman darjah due.
Mak cakap aku suke habiskan workbook,
mak cakap tak payah suruh aku akan belajar sendiri,
kenapa dah besar jadi lain? TT



Seorang senior aku pernah berkate,
i don't know whether she coined those phrase or she was borrowing those from others,
she said that,



PAKSA DIRI, BUKAN MANJAKAN DIRI.


And aku masih ingat die suruh tulis besar2 in our notes,
tak silap aku mase tu it was like a ceramah motivasi ke hape entah.

Memey ar, tulis sonang jooo, nak buek tu susahhhh -,-
Kite rojak Kelantan dan nogori ye. Pening :|

Tutup lah part bebel, cian korang rajin2 klik link blog aku,
tup tup bace post, kene dengar aku bebel, hihi.
Manis kan bebelan aku? ><
Aku geram dengan diri sendiri sebenarnye, hoho.

Conclusion nye adek2 kakak2 abang2 datuk2 nenek2 pakcik makcik,

Pressure does have it's own good.
Coercing ourselves in achieving knowledge, 
in doing those long and nerve-wracking calculations to improve our skills is never a waste of time :)

[ Ni sebab buat Maths semalam le ni -,- pastu ade orang cakap die tak suke Physics,
awak, Physics tak memeningkan, Physics menarik ape. But I love Maths more. Kehkeh. Tahniah to Mr Paracetemol sebab score mase final. A physician blogger we have here, hehehee :D ]


"And grieve not over them, and be not distressed because of what they plot."
(Qur'an 16:127)



Nak ucap terime kasih.
Die marah letak gambar die kat blog tapi nak letak jugak, heh. Keh dan keh.
Die la coercer, forcer aku untuk siapkan tutorial. Seriously, much thanks! :D
First kelas malam hari tu,
semua orang excited dan hyper,
dah masuk second time this week, tahap keriangan berkurang.
Dan aku pun menguap belajar Bio semalam. Tapi cerah bile tengok Puan Mazhani pakai iPad mengajar,
nak satu Puan, boleh tak? :s

Meet Iman dan Umi.
Great friends of mine.
Thanks Iman sebab dengar Sarah merintih Selasa lepas time kene gastrik teruk dalam kelas.
Menangis2 dalam tutorial Chemistry. Pegang dan genggam tangan Sarah, bersahabat itu indah :D
Umi pulak, aku suke cari pasal gaduh manje dengan die. Dah name pun lebih kurang.
Umi dan Ummul. Ibuku dan ibu. Hihi.

Eksperimen Fizik, Kirchhoff's Rule eh?
Aku kureng bile Fizik masuk bab Electricity sebab bagi aku tu keje lelaki. Aku perempuan sejati HAHA.
Memang tebal lah muke aku ulang alik tengok litar kat meja boys, haiiihh segaannn :|
Nampak macam Fizik kan? HAHA.
Tak belajar dah buat eksperimen sob sob.

Hmmm tak berseri post kalo takdek gambar, kan kan kan kan? -,-

Kite mesti enjoy ape yang kite buat, baru hidup jadi indah.
*Falsafah budak2 comel macam ummulwaqiahmaisarah LALALA.

Photobucket
Share:

Sunday, November 27, 2011

Cracking A Smile.

*it just a random-heart's-stuff, so don't really bother if you don't get what i am posting about. =,=


Always try to be more sensitive about people's feelings 
because there are times that
a tear means happiness and a smile means hurt.




Cracking a smile and wearing it all on my sleeve
So cool and so poised
Its true I'm just around to see
Where this thing goes I'll never know
But all I know is packing bags is a remedy, is a remedy


Photobucket
Share:

Wednesday, November 23, 2011

Today's rule, PLEASE.

PLEASE. PLEASE. AND PLEASE.
SHOULD I REPEAT IT?

TAKMAU BEBEL PANJANG2,
SEBAB GIRLS ARE MORE THAN EXPERTISE IN BABBLING,
SENDIRI INGAT SENDIRI PRAKTIS.

EVENTHOUGH SILIBUS SIVIK TAK AJAR,
SENDIRI MAU INGAT.
SEBAB BILE WE DAH TERLEPAS CAKAP SOMETHING
THAT REALLY SHOULD HAVEN'T BEEN SAID,
AND THE PERSON HEARD THOSE PAINFUL WORDS,
HMMM..

THINK OR YOU MIGHT HURT SOMEBODY.



Indahnya dunia jika semua orang berbicara yang indah dan sedap didengar sahaja, kan?


Waiting for my first night class. Biology, don't kill me.
Have a nice day dear readers. :)

PS : Er, sorry for the uppercase letters, macam tak sedar je the caps lock is on ><
Hangin dowh, cuaca tak redup dan menyenangkan sentiasa dan begitu juga manusia. There's wind, rain, thunders. Macam sekarang. Kat Puncak Alam tengah hujan. Okay, petir, kilat, guruh! Gotta turn my lappy off. Take care.


Pssstt, aku buat sendiri yang kat atas tuh. Cantik tak? HAHAHAHA

Photobucket
Share:

Tuesday, November 22, 2011

Sit Rep


Assalamualaikum ~
Hehe. Baru berkesempatan mahu menulis ya,
agak kelam kabut dua tiga hari kebelakangan ini ya,
kelas dah bermula pun ya,
sem baru ya,
maafkan kita ya sebab tak sempat nak jalan2 tinggal komen kat blog korang,
nanti weekend kite pergi drop by jalan2 blogwalking segala ya?
okay ni apehal duk 'ya-ya' nih? -,-


Hari ni kelas habis awal daripada semalam, supposedly 3.20pm habis but Miss Asiah lepaskan kitorang awal, ye la first week, tutorial takde lagi, lab pun tak mula lagi.
Dan BEL's lecturer tak tunjuk muke pun so kitorang bantai kuar pegi makan je lah,
sepatutnye langsung takde break until 3.20pm hari ni.
Menyeksakan :(
3.20pm baru nak terkejar2 pegi solat, perut mesti lapar, dah memang dasar lapar setiap mase,
ape mahu buat, hekhek.

And some said that I appear to be skinnier than before, hmmm, tak rase makin ringan p0n sobsob.
Tapi baguslah. Kalo before dah 43kg, I wonder yang sekarang berape kilo yang tinggal.
Hari ni baru start makan nasi after two days puasa nasi. Hmmm, baru rase kenyang, syukur.
Before this ade ulser 3 bijik tu yang takde selera nak makan ><

Overall timetable untuk semester 2 ini agak menguji ketahanan mental dan fizikal ><
Sebab hari Rabu ade kelas malam (but they said the administrator akan ubah so that sume kelas akan dijalankan on the day) and selalunye after Jumaat prayer, kelas kami free, sekarang sem 2 dah ade BEL, 2 jam pulak tu. Alahai.
And aku tak faham asal BEL bolot 6 jam untuk die sorang2,
kalo derma satu jam for each core subject pun takpe. Hukhuk.
Even CTU pun just 2 hours per week.


Ape lagi nak dilaporkan, hmm, lecturer!
For biology, sume tukar lecturer baru, we got Puan Mazhani untuk lecture [ Puan ek? Kot Miss? ], and Miss Q untuk lab & tutorial.
Miss Q is from Terengganu, agak di luar sangkaan di situ because takde slang Terengganu pun bile Miss cakap ><
BEL & CTU tukar jugak.
Others, same as semester satu and I'm more than happy, glad, and bla3 sebab lecturer yang best2 tu still stay ajar kelas kitorang, hehe. And how I prayed for that. Syukran lillah ^^
Sayanglah kat penyusun lecturer ni, hekhek.
Buah hati penyusun lecturer jangan jealous pulak ><

Kelas dah due hari, so me is still menyesuaikan diri dengan situasi baru, yela kan before this lame gile duk hibernate kat rumah >< hihi

Apo lagi den nak bebel kat sini ek?

Click animation di atas ^^

Takde dah kot. Kite share something je la untuk penutup. Ecewah dah macam essay! -,-

10 requirements for Seeking knowledge:

1. Sincerity (al-Ikhlaas)
2. Manners (al-Adab)
3. Trust (al-Amanah)
4. Truthfulness (as-Sidq)
5. Humbleness (al-Tawaadu’)
6. Trust and Reliance (al-Thiqah wa al-Tawakkul)
7. Worship (al-’Ibaadah)
8. Remembrance (al-Dhikr)
9. Acting Upon It (al-’Amalu bihi)
10. Specialization (al-Takhassus)

*Shared from Iman's tumblr :) Thanks Iman :D



Aku jumpa nih kat tumblr, siut, bestnye anak2 dye boleh gelongsor everyday.
Kalo ade family gathering kat rumah dye lagi meriah kot, dari atok sampai cucu sume pakat duk main gelongsor turun haha xD






*Sit Rep : Situation Report
 PS : Nak balik rumah TT

Photobucket
Share:

Friday, November 18, 2011

This time I'll let you name the title ;)

Assalamualaikum, er, apakah yang mahu ku katakan ya? Emmm.
Emm, kelu lidah untuk berbicara,
kalendar kat phone, laptop, kat peti sejuk,
kat dinding, semua aku check memang menunjukkan tarikh hari ini 18 November,
memang tak salah la, esok malam akan aku tidur dalam bas,
bangun pagi bersama2 air 100 plus meleleh kat tepi bibir sedar2 dah sampai kat Klang,
big sobs.

And for the first time aku menangis tak nak pergi Puncak Alam untuk semester 2 nih.
Kata lain, semester terakhir. Kata yang lain lagi dah takde =,=

Actually dah seminggu kan kalau korang perasan blog tak berapa nak gorgeous aku ni sunyi,
yes i was and i am fighting silently with myself, hmm,
hilang segala mood nak online, even laptop pun tak sentuh.

Tapi selepas seseorang mempengaruhi aku untuk menyambung career aku dalam NFS,
menyebabkan aku sentuh laptop dan maybe tu titik laptop aku bernafas semula, heheh.
Ayat, tolong lah, peh-lis, :/

Dah2, enough2.

Satu lagi bende yang menyebabkan semangat berblogging aku kembali menyala2,
bila bukak2 blog semalam,
okay, followers aku naik mendadak,
tutup bukak balik laptop tetap same angka itu, haha.
Bajet followers dah 3000 padahal 300 je -,-
Takpelah, sikit2 lama2 jadi bukit, acecey.
Aku sangat berminat sekarang ni nak tahu sapekah first follower aku.
Hmmm, sape ek?
By the way dah terlajak masuk bab follower,
aku nak ucap thanks bebanyak le kat kawan2 comel yang sudi press the follow button,
heeee, you've lightened up my mood again, suke suke ^^

Then then,
I hereby, sitting on my cosy bed, wanna congratulate my youngest lil sis [ you can click this is a link. hehe ]for passing her UPSR with flying colours, heeee, i knew she will make it and syukran lillah, He granted our prayers :D



Dan sekarang I think tak mustahil adik aku ni boleh beat aku in academic few years more,
PMR, SPM, and maybe in Uni level. Aisshh.
Tapi tak kesah pun, lagi suke, adik aku jugak, kan?
And kalau boleh I want her to succeed in everything lah if possible.
Sepanjang 12 tahun she lives pun nampaknye die lagi banyak gondol anugerah
nak dibandingkan dengan aku. Hoho.
Aku sekali je, tu pun tahun 1999, sobsob.
Ade satu pun mujur, hihi.

And tak payah la frust tak dapat bicycle macam headmistress kamu janji tuh,
kamu tetap cemerlang in our eyes oke ;)
*kes tak dapat basikal nih aku nak bebel in the nest post ><

Dan all her friends lahh, to those who managed to get 5A's, tahniah!
Kalaupun tak dapat 5A, takpe dik. Kecemerlangan tak diukur semata2 pada bilangan A.
Lagipun PMR dan SPM sedang menunggu.
SPM pun tengah berjalan sekarang ni kan?
Sedih gile takde kredit the night before 14th Nov,
tak dapat nak wish juniors TT



So kepada juniors, Yoe especially, then Fizah, Ema, Omar, Naim, Fatin, Fini, Ain, Kimah, Syu, Syuk, Shahirah,er, semualah, All The Best yup, beat 2010's batch okay. Hehehe.
*Sorry tak sempat nak tag korang.

Rojak campur post nih, tu la bahana dah lama tak posting ><

And Semoga Berjaya to my bestie who's facing her finals starting today :DD

Ape lagi ape lagi? Hekhek

Oh my mom dah panggil for lunch!
And selepas Jumaat nak keluar pergi klinik cause the boys nak disunatkan. Hihi.
Later guys ;)



Yeah I miss to merapu merepek here. :')

PS : For those who are waiting patiently for my potpetpotpet: awak oi, kite dah post, bacelah. Hehe
P PS : Gile perasan, ceit --'

Photobucket

Share:

Tuesday, November 8, 2011

Pantai Teluk Ketapang, KT :D

Assalamualaikum ^^

Benar2 tidak mempunyai ilham untuk menaip so kite post random things je la ek ><

By the way semalam lepas pergi kenduri naik rumah & kenduri aqiqah,
ayah bawak2 pegi jalan2 and we went to Pantai Teluk Ketapang which caused me to get over excited phase, entahla kenape -,-

Hmmm, sekarang pantai tu physically dah berubah sebab berlakunye tumbesaran pada kawasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Acecey, sape2 nak datang Terengganu bolehlah kite jadi tourist guide >< LOL

Lapangan Terbang Sultan Mahmud diperluas hari tu,
jadi seolah2 wujud satu tanjung yang panjang ke arah pantai.
Tapi kawasan tu, hujungye batu2 besar.
And that was why aku jadi excited tahap bangang ><
Nak panjat batu tu je :|

*Gambar tidak mengikut turutan.

Besar lagi avanza bapak aku daripada kapalterbang ><
hihi

Setail dowh, tapi senyum tak ikhlas pulak -,-


Rocks, big rocks :D

Weeeeee

Wafiy was nervous, heeee. Comel lil bro.

That's all! Oceans, beaches are always a calming scenery :)
Photobucket
Share:

Saturday, November 5, 2011

Aku Cantik & Abg Stalker



Memandangkan aku agak lost dan tidak tahu nak buat apa walaupun homework aku banyak kat rumah ni, aku nak join promotion Abang Stalker ni.
Ape salahnye memeriahkan segmen pemberi komen setia kat blog kecil aku ni kan. Heee :D
Kagum aku, rajin betul dia nih bace berpuluh2 tak pun beratus2 blog pastu drop komen.
Baik hati dan penyayang bhai xD
*Tak available lah pulak kalo tak boleh ngorat. #Sumpahtaklawak -,-

Post promotion Abang Stalker : Klik di sini :D



Seperti yang dikehendaki Abang Stalker, these are the details :

♥ Nama : uwmaisarah ; prefer to be called as Sarah.
♥ Umur : 18 tahun 2 bulan 2 hari on 5th of November 2011
♥ Status : Not available.
♥ 3 sebab kenapa cantik......? : Cemana nak bagi sebab, kite tak cantik, kite comel je ><
  1. First sebab kite pendek =.=
  2. Second sebab kawan2 kite cantik jadi bile kite kawan ngan diorang,
    kite pun jadi cantik jugak -,-
  3. Third sebaaaaaaab, sebab ape lagi eh? Sebab muke kite tak licin :S
Okay done! :DD
*Sorry tempek gambar hari tu, takde gambar lain dah T__T

 Photobucket
Share:

Empat November :)

Assalamualaikum
and the very first of all things i wanna apologise for being silent for a quite long moment.
Hmm, busy sangat -,-

Then straight to the point lah,
this post is dedicated to Miss Nurul Shahirah Puteh in wishing her

HAPPY BELATED BIRTHDAY

heeee, serious gila wish birthday,
sorry for my late post but as usual, BETTER LATE THAN NEVER right?
That used to be our phrase kan? Heee, better late than never.
Rindu nak gune ayat tu in daily life with her.
Agak ralat bile belajar kat palam without her by my side, hmmm T____T
By the way the happy birthday fonts are set in blue sebab biru is her favourite colour.
Suke sangat warna biru meja zaman sekolah dulu, ngeee~

Hmmm,
agak terharu bile she will always stay to listen,
to support me even aku ini kurang baik dan bijak orangnye,
kurang comel dan kurang segala2nya kecuali agak cute, heh.
Mane boleh kutuuukk je, mesti ade part puji diri sendiri jugak ><

Baru aku sedar bahawasanya aku rindu nak merapu merepek dalam blog tak seberapa gorgeous nih.
As said by my Kak Cik, writing is a good therapy.
Well sis, I guess it's perfectly true ;)

Hmm birthday mood still in the air sebab esok birthday Ibah!
Dan jugak esok Hari Raya Idul Adha! :DD
Tapi it seems like tahun ni raya haji tak meriah as before :(
Hmm kau boleh beraya kat rumah & kampung pun dah syukur Sarah weh,
to those yang stuck in their college,
jangan sedih2 ya,
nanti abes belajar celebrate la kat rumah hehehehehe ^^

So tak nak cakap banyak, ni post wish birthday :D


Penat saya cari gambar ni awak,
heee, kite susah sangat nak bergambar berdue, dengan due2 comel,
selalu saye mesti spoil ><
Hmm, hope you don't mind seeing this pic in my blog,
once in a blue moon je, jangan marah2,
nanti kene jual, peace no waaarrr :DD
Heee, disebabkan si die ini sangat menyukai kucen2,
dan suke kucen dalam gambar di atas,
maka saye mengambil inisiatif untuk post gambar di bawah untuk tatapan awak di KMB sane,
dengan ucapan,
enjoy the yawn and sleep well there, haha xDDD

Nice shot isn't it? Haha
Credit to MEEE!
Suka gila sempat snap a pic of Noddy, menguap.
Memang dye sangat suke tidur ><


*Ucapan sikit sebab dah wish banyak through my text kan? HAHA. Take care girl :)

Photobucket
Share:

Friday, October 28, 2011

Kehilangan. Lagi.


*Post ini agak emo. Biasalah perempuan, hati lembut. Lebih2 lagi aku. Kihkih

Assalamualaikum, hmm, straight to the point, tanggal 26 Oktober 2011,
aku ( and the whole family ) kehilangan seekor lagi kucing kesayangan, ohh, what a sad day T__T
Pulak tu on the same day aku tertumpahkan minyak agak panas atas kaki aku. -,-
Careless. Really was and will always be --'

Dan mood berblogging, surfing, online, ngadap laptop aku belum kembali seperti biasa.
Tadi scroll reading list kat dashboard pun aku tak tekan mana2 link blog melainkan link ini.
Berminat barangkali. Hmmm.

Maghrib hari Rabu yang lepas, aku sedang bersantai dalam bilik, datang adik lelaki aku,
Waqiuddin secara tiba2 lalu menunjukkan isyarat senyap dan membisikkan "kucing mati".
And i thought he was joking. And the whole siblings tiptoed down the stairs straight to the window at family room and what I saw was my mummy, standing there. Memandangkan ruang famili rumah bapak aku nih atas sikit daripada ground level, aku terus nampak dengan jelas dengan bantuan mata empat aku ni, sebuah lubang siap digali, dan seekor kucing diam di dalamnya.

What I felt after that was totally unexplainable.

Sekilas pandang aku cam kucing oren comel diam dalam kubur kecil itu merupakan si Tiger.
Dan oleh sebab aku masih waras maka aku tahu itu tandanya Tiger telah pergi meninggalkan aku T_T

Lepas tu, aku terus berlari menuruni tangga lagi sekali, ke ruang tamu dan aku nampak ayah sedang membasuh jalan masuk ke garaj. I couldn't clearly see if there was any blood on the road sebab mase tu dah gelap sangat. Maghrib.

Lalu tumpah lah air mata berharga aku, berharga ke?
Alaa, aku makhluk penyayang, sebab tu aku menangis T___T

Tak sempat mencecah umur setahun, Tiger tinggalkan kami.
Walaupun ia hanyalah seekor kucing, ia tetap memberi kesan kepada aku, and the whole family's sad about what has happened.

 Sedih dah tak dapat tengok beliau berlari2 mengelilingi rumah.

Paling sedih sebab he was a really, totally, undeniably good cat.
Sangatlah jinak and that was why aku sangat suka kacau beliau mase beliau tidur.
Sekarang dah tak dapat nak kacau lagi T____T


At the moment these pictures were captured,
his age was less than a month.
Date : Jan 2011.





This was the last day I played with him,
a couple days before the day he left us.
[ Except for the pictures which he laid on the stairs. Rumah ayah aku banyak tangga -,- ]

And that evening, dia sangatlah comel :)
And as usual, he still suka menggigit shuttlecock tersebut dengan rakusnya, comel ;)







Sape yang takde kucing & tak pernah rasa hilang kucing kesayangan diorang,
tak akan faham perasaan sedih kehilangan seekor kucing ni.

Hmmm, sebijik rasa macam hilang Putih bulan April hari tu.
Yang tu lagi sedih kisahnye.


Aku masih wonder bila Malaysia nak ada hospital haiwan.



Photobucket
Share: