Wednesday, January 26, 2011

Tag from Farah Zoey



Tag from Farah Zoey =)
thanks dear~

Full name
: Ummulwaqiah Maisarah binti Mohd Khairudin.
Date-of-birth : 030993
Age : 17 years n 4 months n ? days =.="
Married : a'ah, married, haih.
Zodiac : Virgin, eh, virgo! Tersasul mak!
Foot-size : tak berape sure, dalam 7 @ 8 kot, entah, beli kasut pun selalu tak tengok saiz sebab bile kasut yang berkenan asyik takde saiz jek, boring!
Weight : less than 45 kilogram =P
Height : 1.53 meter, comel2 aje, haha xD
Nickname(s) : Sarah, Ummul, Umu, Arah =.=" Cutie, Tweety, lalala~
High-school(s) : SMKA Tok Jiring
College/University : don't know yet.
Last-thing-I've-just-did : visiting my sick cat ='(
My-room-condition : chantek jugak lah kot, tak perasan, haha.
Having-a-relationship ? For many times ? : 100 kali dah, hahak. Nak tau sangat.
Take Your Own Picture Now and Don't Edit .


About Others

Name-of-your-gf/bf-right-now : yourname bin/binti yourfather'sname
Name-of-the-person-you-miss-the-most-right-now :
yourname bin/binti yourfather'sname
Name-of-the-person-you-hate-the-most : orang yang tak reti senyum, berbudi bahasa dan bersopan. sekian.
Name-of-the-last-person-you've-hurt : entah, myself kot, haha.
Name-of-your-pet(s) : miau, miao, miai..haha...Putih ( huwaaaa! kene langgar pagi tadi..T___T ), Noddy, Mami & 3 ekor yang x bagi name lagi. ;)

About myself

Pernah korek hidung ? :eh, langsung tak penah, hampeh =.=''
Pernah baca mesej pastu senyum/gelak sorang-sorang ? : pernah aje ;)
Pernah gayut sampai tertidur ? : pernah aje, dengan orang yang tag ni lah =P
Pernah kentut di khalayak ramai ? : tak ingat lah #$%^#^!!
Pernah tidur dalam kelas ? : uiks, rajin!
Pernah pukul orang ? : pernah2! praktis jadi along, haha!
Pernah kena birthday prank ? : tak =(

First time

Kena marah : dalam perut mak, haha. gurau2.
Duduk jauh dari family : darjah 5, kem ape ntah, Kem Bestari Koko Krunch =P
Tengok wayang : tak penah!!!!!
Ponteng kelas : sekolah rendah rasenye, darjah 5 kot =P
Accident : hmmmm, lupe tapi kecik lagi mase tu, atas bukit on the way balik Terengganu from Kedah, lori askar undur langgar kereta kitorang, gerun!

Tag 4

hmmmm..tak taw =(


tandatangan
Share:

Sunday, January 23, 2011

Tutorial : Tukar Kursor di Blog

Assalamualaikum, sihat sume?

Today sebenarnye takde idea nak post a.k.a borak2 tentang ape then tadi ter-cross kat page somebody.
Then tibe2 rase nak kongsi satu tutorial, iaitu tutorial nak tukar gambar kursor kat page kita ni.
By the way, kat sylph's, dah tukar, perasan tak? Hehe.

ni lah die, comel tak?

Sebenonye, memang dah lame Sarah berkenan nak tukar kursor ni tapi kadang2 mood takde, tak jadi jugak. Then mood ade, mase pulak takde. Macam2 aral, then akhirnya penat menunggu mood dan mase, tertukar jua image kursor tu.

Okay lah, cakap banyak tak gune, care2nye? Tutorial ni Sarah dapat kat Pro Turorial Blog - Jeritan Blog, so kalau penerangan Sarah tak clear, boleh rujuk sini :)

First, nak buat, mesti kene sign in kat akaun blog, kalau tak, camne nak buat =.="

Then, bolehlah start cari kursor yang korang berkenan :)
Nak cari katner ek?

Yang macam Sarah tu, Sarah dapatkan dekat sini.

http://www.jellymuffin.com/cursors/ - boleh jugak nak cari sini.


Dah ade yang berkenan, copy URL kursor tu dan paste kan dekat kod kat bawah, paste atas kod : http://cursors2.totallyfreecursors.com/thumbnails/cloud.gif tu.



Cara nak copy URL kursor tu pulak, senang je, right-click kat image kursor tu then select "Copy Image Location".

Lepas dah kod kursor yang korang nak, save keseluruhan kod tu kat dalam mane2 widget kat blog korang, mane2 lah.



Save dan view lah blog tu, tengok jadi ke tak :)

Tak jadi? Tanya lah ye ;)

p/s: Sarah tak sihat :(

tandatangan
Share:

Malaikatmu..

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ? "

"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan,

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU"

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar... Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikanlah walau satu ayat"






tandatangan
Share:

Tuesday, January 18, 2011

aish..



Menyesal bukak emel, haha. Bahananya, aku dah malas nak post sekarang. =.="
Kaitannye?

Dalam inbox dah banyak, tengok kat atas tu, ade 1744 yang belum bace, huwaa. Tak suke tengok banyak2, memang tak suke, tambah pulak aku ni jenis cerewet tahap tak ingat, sebelum delete sume tu mesti nak kena bace satu2, ha, tak ke terjelir nak habiskan seribu lebih tu? Hukhuk. Asal la aku jenis camtu ek?

Takpe2, esok aku delete, first thing to do bile online esok is : DELETE @ BACE UNREAD E-MAIL. Hehe. Lepas tu dah clear, ha, ade lah kot mood nak blogging, kan? Haha.


By the way, to Miss Shaye, awak maksudkan entri "Living Is Giving" kat bawah ni ek? Saye takde idea la yesterday, cadangan? Hehe.

Okay2, esok I'll try to come out with a better entry, than yesterday's and today's. Entri ni for sure xdap jugak kan?

Tadi tibe2 terfikir, asal aku post dalam bahase buku ey, tak bahase Terengganu jek?
Unik sikit kot kalo blogging dalam bahasa Terengganu, op? Haha. Lepah2 ni ah tera taip dalang bahase ganu lok, bereh? Ahaha. ( Eh, walaupun aku duk kat Terengganu, aku ni orang Kedah tauu, haha. Tapi, sorry, dok panda nok cakak kedoh. )

Sekian, nok panjat tangge lap kipah lok. Take care, senyum sokmoooo! =)


tandatangan
Share:

Monday, January 17, 2011

Living Is Giving





Living is giving your best self away,
Living is helping someone every day;
Living is giving more than you get,
It’s treating an animal like a person, instead of a pet.
It’s helping the handicapped across the street,
It’s smiling at the new person at work that you meet;
It’s respect for all nations, colors and creeds,
It’s sharing and caring for your neighbor’s needs
One of God’s greatest laws you can live and believe,
Is the more that you give, the more you’ll receive!

Credit to : Denis Waitley

p/s: Nak cari gambar lain tadi, terjumpe gambar kreatif ni pulak, alahai~

tandatangan
Share:

Thursday, January 13, 2011

Layout Baru ^^,

Assalamualaikum ^^,

So, how do this looks? I know, i know, bunge2 lagi kan?
Nak buat camne, memang dah type minat bunge2, but this time, lagi simple, and background lak putih je, kan? I loike!

Ape perubahan kat blog sylph's ni, by the way, kan?

Hmmm.. Tak banyak actually, tapi kredit untuk Kak Zana coz sediakan tutorial yang yang best, yang sweet tooltips, favicon, gambar sebelah linkies segala tu, yang ape lagi ek, lupe :P tak lupe blog Empayar Bintang Tiga, kat sini lupe dah amik tutorial mane :P dan jugak dekat Teknik Buat Blog, pun bagus jugak! Bertuah ade tutorial segala, cume satu je cam hampeh, kucing untuk kuarkan shoutbox kat atas tu nampak separuh je, alaaahai...


Sape pandai nak baiki kan? Kecil tapak tangan, padang bola saya tadahkan, eh? Hihi


Hmmm... By the way, kelmarin, Sarah terlebih rajin, ecey... Buat kek coklat sebijik! Rajin tak, rajin tak? Sila jawab "YA" kalau tak anda seorang yang sombong, haha. Gurau2..
Kata orang,
tak gurau, tak mesra.
Tak tau lah tu... Ye lah kot, kan?


yum2 tak? ekeke ;)


comot2 sume, tapi takpe, janji sedaaaaap! xD

Sekarang tinggal 1/4 je, sebab sume tujuh orang dalam rumah ni hantu kek coklat, chocolate monster, ho ho ho! Haha. Nak tempah, sila2. tapi kalau hangus, tak mau bayar kos ganti rugi :P haha, takdelah. Tak berani lah, ni mood happy & senang hati buat, okaylah. Kalau tempah2 nanti mesti pressure, so takpelah :P i'll bake for my family cukupla kot :D hehe

Okay lah, sampai sini dah la, nak pegi melantak pulak kat dapuq, lapar pulak bile cakap pasal kek2 ni, weee... Tibai kek coklat sampai abes pun ape salahnye, kan? Hehe..

Papa, take care & wassalam :)
Smile always!

People seldom notice old clothes if you wear a big smile, so smile! =)

Share:

Monday, January 10, 2011

Babbles? xD

Bosan bosan bosan!

Oh lupe! Assalamualaikum :D

Sebenarnye bosan sebab malas nak buat kerja, kerja ada je segala macam jenis, tapi beselah budak2 zaman sekarang kan, malas XD haha. Bukan semua, segelintir aje :P

Alah, bukan malas full time pun, malas tu part time job je :P
Wee, entah, lately macam bosan je online, tak taw dah nak watpe, nak komen2 kat facebook pun tak serajin dulu, nak post kat blog pun idea tak sehebat zaman sekolah dulu, ecey, bajet dah 10 tahun tak sekolah lah tu =.=" alahai.. Nak buat ape yek?

Oh ye, memang, hari tu aku ade cakap nak tukar layout blog segala, kan? Tapi sampai sekarang korang tengok page ni still the same old one kan? Bukan aku tak mau tukaq actually tapi aku kehabisan modal, urm, tak taw nak bertemakan ape pulak this time, fuh, cadangan? Selalu terliur je tengok layout blog orang lain, tap tap tap meleleh air liur, sumpah tak senonoh, haha, takdelah sampai tahap gitu, tapi macam tabik la kat blog sape2 yang layout memang gempak dan superb, lawaaa :D macam Kak Zana punye (memang tak penah tak lawa kot?), style blog Isomerism yang simple tapi i like! Lagi? Header blog Fateen Ateeqah yang cam comel je, haha. Dan baaanyak agi kalo nak diikutkan layout yang lawa2, cun, nice tapi simple. Tapi bile agi search, alahai, tak jumpe langsung yang berkenan, last2 aku pun tekan pangkah warne merah tu then sambung main GTA terus. Bosan punye pasal :P

Hari tu mengemas almari buku ( bahagian aku jep! ) & meja study yang bersepah dengan kertas lantaran exam SPM 2010 hari tu. Lepas SPM terus tinggal gitu je tempat tu, kejam tak? Tak kenang budi tol aku ni kan? Time study kemas yang amat je tapi memang camtulah tiapkali exam, berterabur, memang adegan yang tak mau dilihat, so satu petang tu aku pun kemas sume tu, kadang happy tapi ade satu part tu, sebak je. Why? Jumpe la notes lame2 yang conteng dengan kawan2 sebelah, cakap nyorok2 time cikgu @ ustazah mengajar. Huwaaa! Rindulah! Time paling terharu bile jumpe "PEN. KETUA KELAS" punye badge. Waaaa~ Nyesal pulak tak pakai tahun lepas! Ish.

Waaa~ sampai ke katil bawak tu. Haha xD


Ni pulak notebooks, dari form 1 till form 5 ~ aku pun tak tau kenape aku simpan, kenangan kot?

Terharu mase jumpe,
satu tu badge portal komuniti smkatj,
yang kuning tu badge 9A PMR 2008 =)


paling tak sangka,
jumpe akhbar tahun 2005!
Yang sehari lepas dapat result UPSR 2005,
coz ade gambar budak2 sekolah aku masuk paper, haha.
Aku? Tak nampak coz duk belakang orang, pendek sangat, padan muke :P

Sekarang kertas2 dah masuk kotak, 2 kotak sumenye, dari form 4 sampai form 5, kotak double A, weee ^^, ( tu pun happy ke? musykil.. )

Sekarang bosan2 time nak menghiburkan diri, aku bace buku pulak. Hehe. Dah memang hobi :D
Tak pun, bersudoku!

Ni ha, rajin tak?
Tak pernah buat, try la!


Aku pun tak tau dah nak taip ape lagi, serabut kadang2 bunyi keyboard ni, macam satu kampung je dengar aku taip, hehe.

Aku ade nak share due gambar je lagi, pastu post ni akan ditamatkan. Hehe.



Banjir! Haha. Depan rumah aku mase hujan tak berhenti minggu lepas, baru hujan separuh hari mase tu :P Masalah saliran air namenye ni.

Kucing kesayangan adik2 aku, hehe.
Dah selamat melahirkan 3 ekor anak kucing,
tu yang panjat memanjat tu anak2 die lah tu.
Terkejut ayah aku jumpe mereka2 ini dalam peti surat =.="
Macam takde port lain je. Alahai..

Tapi tadi mak kucing tu makan burung, yucks!!

Got nothing left to be told ^^,
Wslm, take care :)

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.

Share:

Oper Your Eyes - Maher Zain

*198th post!*



Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


Share:

Sunday, January 9, 2011

untuk kamu wahai "KAWAN", sila baca.

Salam all.

Sebenarnye dah lame aku berperang dalam hati tentang ni, oleh kerana, ops, oleh sebab dah lame aku pendam, jadi aku nak berteriak jugak saat ni kat blog aku. Aku tak tahan nak pendam, aku geram sebab aku tak mampu nak buat pape, both of them are my friends. Aku tak mau tengok due2 masam muke lagi. Yang berlesen B tu pun ego tahap tera tak ingat, ingat die sape yang asyik ego je bile si A nak mintak maaf. Susah sangat ke nak memaafkan?

Untuk B:

Eh, korang were friends for multiple of years & because of sikap ko yang teramat ego dan sombong tu, friendship yang tak ternilai tu habis camtu je? Ape kejadahnye ko buat camtu hah B? Besar sangat ke salah die dulu tu? Sedangkan Nabi Muhammad pun maafkan umat, apetah lagi kite manusia biasa yang ntah pape ni. Allah pun terima taubat manusia, asal ko sombong sangat dengan A? Dah cukup besar la tu? Dah punye segala yang ko nak lah kan? Salah yang si A buat tu bukan ade kaitan ngan ko pun, ko je sibuk tetibe nak marahkan si A tu why? Moreover sekarang si A ni dah regret dah pun, ko masih dengan keputusan nak bermasam muke & tak nak memaafkan lagi? Ko pun dah besar panjang (memang panjang pun) so aku tak nak cakap panjang2. Ko pikir la masak2, kalo aku nasihat pun ko tak nak dengar & kutuk si A pulak. Aku cakap leklok bahase melayu dah pun bukan bahase mandarin. Ko pilih, nak pertahankan ego ko tu or friendship yang dah bertahun lamenye. B tu dulu one of your besties jugak, tempat kau mengadu segala problems ko. Bile dah ade kawan baru, ko lupe kawan lame. Camtulah manusia. Satu agi ko patut ingat,
what goes around, comes around.
Aku pun cukup pasti ko paham sangat makne phrase ni. Aku bukan nak doakan ko dapat nasib yang same cam ko buat kat B tapi sebagai persediaan, ko beringatlah, ye?


Dan untuk kawan aku si A ni, aku tak nak coretkan banyak untuk die. Aku tahu die sudah cukup terseksa diperlakukan sebegitu oleh insan yang bername "KAWAN".

A:

Duhai kawan, bersabarlah... :D
Mungkin inilah titiknye yang menunjukkan yang dia bukan seorang yang sepatutnya dianggap KAWAN, kan?

tapi, kite tetap KAWAN, kan? ;)

Share:

untuk tatapan :)


Jangan Meremehkan Sedekah Orang

Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”kami diperintah rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:”Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya’ semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat :”(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.”

(at-Taubah:79)


Jangan Kamu Marah!

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..”

(al-Bukhari)



Huraian:

Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.


Cara Melembutkan Hati

Ibnu Qutaibah adalah cendekiawan Islam dan pakar bahasa Arab pada kurun ke-2 Hijrah ( 828 – 899M ) di negara Iraq. Pada suatu hari, beliau bertelingkah dengan salah seorang anak saudara lelakinya. Mereka berdua perg mengadu kepada hakim. Pada zaman itu, para kadi bertugas sebagai hakim mahkamah bagi semua hal ehwal undang-undang. Di mahkamah, Qutaibah menanti anak saudaranya itu bagi menyelesaikan pertelingkahan mereka.

“Apa sebab saudara berada di sini?” Tanya Bisyir bin Abdullah, sahabatnya yang kebetulan lalu di situ.

Ada sedikit pertelingkahan di antara saya dan anak saudara saya,” jawab Qutaibah.

“Ibnu Qutaibah, dengar apa yang hendak saya katakana kepada saudara. Ayah saudara dahulu selalu berbuat baik kepada saya dan kini saya ingin membalas jasa-jasa baiknya,” kata Bisyir bersungguh-sungguh kepada Ibnu Qutaibah.

Bisyir berkata lagi, “ Dengarlah. Pertelingkahan seperti ini hanya membawa bencana kepada agama saudara, mengrangkan maruah saudara dan saudara hilang kelazatan hidup,” kata Bisyir menasihatinya.

Mendengar nasihat itu, Ibnu Qutaibah bersiap-siap meninggalkan tempat itu. Anak saudaranya yang bertelingkah dengannya merasa hairan. “Ke mana pakcik hendak pergi?” tanya anak saudaranya.

“Aku tidak mahu mendakwa kamu,” jawab Ibnu Qutaibah tegas.

“Sebabnya? Adakah pakcik mengaku saya berada di pihak yang benar?” tanya anak saudaranya.

“Tidak! Tapi aku menyelamatkan maruah diriku daripada terlibat lebih lama dalam pertelingkahan ini.”

Berdetak hati anak saudaranya itu mendengar kata-kata itu. “Baiklah! Kalu begitu saya tidak akan menuntut apa-apa daripada pakcik. Ambillah kembali milik pakcik!” kata pemuda itu dengan lembut.

Ibnu Qutaibah dan anak saudaranya berbaik-baik semula dan mereka pulang dengan hati yang lapang.

Nabi Muhammad pernah berkata, “Dua perkara yang membolehkan saudara masuk syurga adalah dengan cara berlemah lembut apabila bercakap dan dengan menjamu makan.”

Share:

Tuesday, January 4, 2011

Rahsia Kebun yang Subur

Pada suatu hari, seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abu Qalabah sedang bersiar-siar. Tiba-tiba, beliau terlihat gumpalan awan berarak menuju ke arah suatu tempat. Beliau terdengar satu suara yang berkata, “Siramkan air di kebun itu”. Beliau berasa tertarik dan cuba mengekori awan itu.

Awan itu terus berarak hinggalah tiba di sebuah kebun. Awan itu segera menurunkan hujan dengan lebatnya. Tidak lama kemudian, hujan pun berhenti. Abu Qalabah segera mencari tuan milik kebun itu. Selepas puas mencari, akhirnya berjumpa. Abu Qalabah pun memberikan salam dan memperkenalkan diri. Sesudah itu, beliau pun membuka cerita mengenai awan itu.

“Apakah yang saudara lakukan selama ini sehingga di tempat yang kering ini kebun saudara subur dan sering disirami hujan?” Tanya Abu Qalabah.

Lelaki itu menarik nafas panjang apabila mendengar pertanyaannya. Dia berasa rendah diri kepada Tuhan yang memberikannya rezeki selama ini. “Saya hanya berterima kasih kepada Tuhan. Apabila Tuhan memberi hasil pertanian saya, saya membahagi-bahagikannya kepada tiga bahagian. Pertama, saya berikan kepada fakir miskin. Kedua, saya berikan kepada diri saya dan keluarga saya. Dan ketiga, saya buat modal pertanian saya,” kata lelaki itu.

Share:

Monday, January 3, 2011

Award :) *194th post*

i got this from Farah Zoey, thanks dear :D



1 - BERIKAN UCAPAN

Er. Hello. Assalamualaikum. *kena ucap secara formal ke?*
Frankly speaking aku memang gagal dalam memberikan ucapan ni so, pendek aje lah, ye?
Hehe. Aku just nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Farah Ab Rahman atas kesudian beliau menganugerahkan award ni kepada aku, tuan punye blog yang tak seberapa ni. :D
Satu penghormatan buat saya, Farah. Lain kali, bagilah lagi, ye? Sape2 yang nak bagi, pun boleh, jangan malu jangan segan, kecil tapak tangan, tong minyak aku tadahkan. ( takde kaitan =.=" )

2 - BERIKAN 4 CIRI2 GIRL / GUY IDAMAN UNTUK JADIKAN WIFE / HUSBAND

Soalan... Siyes takde kaitan dengan award, alahai.. Hurm, aku jawab je lah ek?

  • Tak tahu
  • I don't know
  • Tak pernah fikir
  • 10 tahun lagi tanya semule ek?
Haha. :P

3 - BERIKAN SATU TIPS UNTUK KEKALKAN HUBUNGAN KORANG DENGAN PARTNER KORANG

Partner ape? Main jongkang jongket ke?
Satu tips? Mesti ade persefahaman. Haha. Perlu ke persefahaman dalam men - jongkang jongket? Hahaha.

4 - PERNAH JUMPE DOA PENDEKAT JODOH / PUTUS CINTA?

Setakat ni belum, kenape? Hihi.

Sape wat soalan ni, siyes gatai......


5 - LETAK 10 LINK PILIHAN ANDA DAN BAGITAHU DIORANG BAHAWA DIORANG DAPAT AWARD NI

  1. Najwa Othman
  2. Mawar Merah
  3. Salma Malihah
  4. Ummu Athirah
  5. Kak Zana
  6. Omar Ridhwan
  7. Maryam Afeefah
  8. Fatin Rashid
  9. Lady Diana
  10. Zaty Shahrudin

Yay! I'm done! :)

Share:

Saturday, January 1, 2011

happy new year :D



Hello there! Sorry dah lame blog ni menyepi, sorry.. Dah lapan hari duk kat rumah ni tapi sekeping pun takde post kat sini, takde idea punye pasal. Huhu. Sedih sebeno nye tapi apakan daya :(

By the way hari ni dah 01.01.11 so i want to seize this opportunity, ruang yang ade ni, ade setengah hari lagi berbaki untuk wish :

Happy New Year!

May this new year bring a lots of happiness to us & much more blessings from HIM ;)

2010 telah melabuhkan tirainye, rase macam cepat sangat mase tu berjalan, macam diorang berlari je, setuju? Hehe

Aku cukup pasti tahun 2010 banyak meninggalkan memori bagi semua insan yang aku kenal, pahit dan manis, indah dan bahagia, sakit dan terluka and pelbagai label lagi. Tak larat nak cerita satu2 yang pastinye, kan?

Di petang yang sejuk ni, aku tak berhasrat nak post panjang2,
tapi followers aku jangan bosan ek jenguk sini, ok?
I'll make some changes in my blog but not today, semua dalam perancangan, & of course, nak tukar layout! Hihi
Dah tu memang wajib bagi aku ;)
Hihi
Aku tak nak biar blog aku ni berhabuk, sayang sangat, dah masuk tahun keempat dah blog ni :D
tak sangke sangat, hihi.. Followers still tak banyak tapinye, sobs~

Takpelah, cakap pasal tahun baru ni, mesti orang ramai berbicara tentang azam, kan?
Ape azam korang?
Aku?

Tak fikir lagi lah =.=" hehe

Mase tak banyak, aku berhenti dulu, tata!
Take care readers! :)

Wassalam..

P/S : Happy 18th birthday to my sister, Kak Cik! Semoga ceria dan bahagia selalu, taw! Sarah sayang kak cik selalu :)


birthday girl, in pink :)
blog's owner, in black ( tu pun nk gtaw ke? =.=" haha )
Share: