Tuesday, January 4, 2011

Rahsia Kebun yang Subur

Pada suatu hari, seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Abu Qalabah sedang bersiar-siar. Tiba-tiba, beliau terlihat gumpalan awan berarak menuju ke arah suatu tempat. Beliau terdengar satu suara yang berkata, “Siramkan air di kebun itu”. Beliau berasa tertarik dan cuba mengekori awan itu.

Awan itu terus berarak hinggalah tiba di sebuah kebun. Awan itu segera menurunkan hujan dengan lebatnya. Tidak lama kemudian, hujan pun berhenti. Abu Qalabah segera mencari tuan milik kebun itu. Selepas puas mencari, akhirnya berjumpa. Abu Qalabah pun memberikan salam dan memperkenalkan diri. Sesudah itu, beliau pun membuka cerita mengenai awan itu.

“Apakah yang saudara lakukan selama ini sehingga di tempat yang kering ini kebun saudara subur dan sering disirami hujan?” Tanya Abu Qalabah.

Lelaki itu menarik nafas panjang apabila mendengar pertanyaannya. Dia berasa rendah diri kepada Tuhan yang memberikannya rezeki selama ini. “Saya hanya berterima kasih kepada Tuhan. Apabila Tuhan memberi hasil pertanian saya, saya membahagi-bahagikannya kepada tiga bahagian. Pertama, saya berikan kepada fakir miskin. Kedua, saya berikan kepada diri saya dan keluarga saya. Dan ketiga, saya buat modal pertanian saya,” kata lelaki itu.

Share:

0 buddy (ies):