Sunday, January 9, 2011

untuk tatapan :)


Jangan Meremehkan Sedekah Orang

Dari Abu Mas’ud r.a katanya:”kami diperintah rasulullah s.a.w supaya bersedekah sedangkan kami hanya sebagai buruh kasar atau kuli. Namun Abu Uqail bersedekah setengah gantang. Kemudian yang lainnya mengikutinya dengan menyedekahkan apa sahaja namun lebih banyak dari itu. Melihat kenyataan itu, orang-orang munafik berkata:”Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Dia tidak memerlukan sedekah itu dan ini. dan mereka melakukan ini semua, hanya kerana riya’ semata-mata.” Kerana ucapan mereka itu maka turunlah ayat :”(orang-orang munafik iaitu) mereka yang mencela orang-orang mukmin yang memberikan sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu untuk disedekahkan) selain hasil jerih payah mereka. Maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan mebalas penghinaan mereka itu dengan siksa yang pedih.”

(at-Taubah:79)


Jangan Kamu Marah!

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..”

(al-Bukhari)



Huraian:

Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.


Cara Melembutkan Hati

Ibnu Qutaibah adalah cendekiawan Islam dan pakar bahasa Arab pada kurun ke-2 Hijrah ( 828 – 899M ) di negara Iraq. Pada suatu hari, beliau bertelingkah dengan salah seorang anak saudara lelakinya. Mereka berdua perg mengadu kepada hakim. Pada zaman itu, para kadi bertugas sebagai hakim mahkamah bagi semua hal ehwal undang-undang. Di mahkamah, Qutaibah menanti anak saudaranya itu bagi menyelesaikan pertelingkahan mereka.

“Apa sebab saudara berada di sini?” Tanya Bisyir bin Abdullah, sahabatnya yang kebetulan lalu di situ.

Ada sedikit pertelingkahan di antara saya dan anak saudara saya,” jawab Qutaibah.

“Ibnu Qutaibah, dengar apa yang hendak saya katakana kepada saudara. Ayah saudara dahulu selalu berbuat baik kepada saya dan kini saya ingin membalas jasa-jasa baiknya,” kata Bisyir bersungguh-sungguh kepada Ibnu Qutaibah.

Bisyir berkata lagi, “ Dengarlah. Pertelingkahan seperti ini hanya membawa bencana kepada agama saudara, mengrangkan maruah saudara dan saudara hilang kelazatan hidup,” kata Bisyir menasihatinya.

Mendengar nasihat itu, Ibnu Qutaibah bersiap-siap meninggalkan tempat itu. Anak saudaranya yang bertelingkah dengannya merasa hairan. “Ke mana pakcik hendak pergi?” tanya anak saudaranya.

“Aku tidak mahu mendakwa kamu,” jawab Ibnu Qutaibah tegas.

“Sebabnya? Adakah pakcik mengaku saya berada di pihak yang benar?” tanya anak saudaranya.

“Tidak! Tapi aku menyelamatkan maruah diriku daripada terlibat lebih lama dalam pertelingkahan ini.”

Berdetak hati anak saudaranya itu mendengar kata-kata itu. “Baiklah! Kalu begitu saya tidak akan menuntut apa-apa daripada pakcik. Ambillah kembali milik pakcik!” kata pemuda itu dengan lembut.

Ibnu Qutaibah dan anak saudaranya berbaik-baik semula dan mereka pulang dengan hati yang lapang.

Nabi Muhammad pernah berkata, “Dua perkara yang membolehkan saudara masuk syurga adalah dengan cara berlemah lembut apabila bercakap dan dengan menjamu makan.”

Share:

2 buddy (ies):

Mommy Pinky said...

mayb dia mmg dh takmo berkawan. punca gaduh tu alasan je. yg penting sarah tak berperangai gitu. ekeke :)

uwmaisarah said...

aik, asl kak zana komen sini? hehe
maybe lah kan? saje cari alasan...
hmm...boleh diterima! :D
betul3... :)