Monday, February 28, 2011

Contest Blog Terkemas dan Comel

Tadi jalan2 then jumpe contest ni so Sarah pun nak cube lah, mane tahu kot2 ade luck, hihi, walaupun seumur hidup baru due kali dapat cabutan bertuah, ngeee~


Checkout syarat-syarat penyertaan pulak!

Follow blog
ila dan irah > Telah!
Ade blog > Mempunyai! haha
Entri bout contest dan bertajuk "Contest Blog Terkemas dan Comel" > Sedang dan akan siap!
Tinggal komen dan link kat blog ila > Akan :)
Letak banner contest kat entri & sidebar > Beres!
Tag 4 orang bloggers > Sarah nak tag ini empat :


Bukti peng-follow-an :


Hehe. Harap berkenan dengan blog Sarah ye ;)

tandatangan

I'm still here



Assalamualaikum :)

Maaf sebab agak lama menyepi ( walaupun tak sampai seminggu ) tapi rasa macam "lamanya aku tak jenguk blog dan lain-lain" and sampaikan kawan tanya "bakpe lame tak online?"

Hey girl, i'm still here ;)

Hoho, bukan saje2, ditambah pulak memang dah kewajipan sejak bergelar grapers tahap menggeletar ( maksudnya tak tahan bosan, hoho ) memang antara aktiviti untuk mengisi masa ialah surfing internet tapi akhir2 ini Sarah macam dah agak addicted dengan Photoshop, jadi sampai tak kire mase duk belajar buat effect cantik dengan software tersebut. Rase macam "oh, kenapa tak sedar awal2 bahawa buat bende2 macam ini sangat best?" hoho, menyesal biar je photoshop tu berhabuk je dalam pc selama ini~

I really wish the above slip is mine.
Sumber sini.

Okay guys, hari ni dah 27 Februari & sampai sekarang Sarah masih menanti bila keputusan SPM 2010 akan diumumkan. Bila lah,,,aduhai... Rasa dah letih menunggu, benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan, sungguh2 terseksa :(

Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena, i admit this.

Bila ye? Cepatlah umum, nak tau tarikh je!
Please please please *merayu dengan mata comel macam puss dalam shrek*

oh so chumel!
Sumber : google.

PS : 11A's, amin..... Don't stop praying, Allah hears every single word of our supplication.

tandatangan

Monday, February 21, 2011

Kau Pergi Jua...


Salam untuk rakan bloggers, silent mahupun talkative readers sekalian & terima kasih kerana sudi meluangkan waktu kawan2 di sini.


Dah bace tajuk post kan, aku bukan lah nak post lirik lagu Adam Ahmad yang sedih lagi pedih tu, takde kena mengenanya dengan lirik tu pun kisah aku ni, cume, tu je tajuk post yang terlintas dalam sanubari ni, cewah, macam sasterawan je dah gune perkataan.


Okay2, back to the main story, “Kau” kat atas tu aku tujukan buat kucing aku yang dah pergi, (bukan officially aku punye pun) T_____T siyes sedih, tak penah2 lagi aku sedih sebab kucing mati. Dulu aku heran, kucing mati pun nangis ke? Sekarang, hah, rase sendirik, amacam? Aku tarik balik ape yang aku pikir tu dulu.

Actually aku takde la baik sangat dengan kucing since aku dah fobia sejak form 3 akibat kejadian kucing naik bermanja dengan aku time trial PMR 2008 hari tu, mase tengah jawab exam, aku pun jadi memang tak berapa nak sentuh kucing lepas tu. Tapi dah terlanjur kucing2 tu ade kat rumah sejak tahun lepas, sikit sebanyak fobia aku berkurang. Ecey..


Kucing yang aku maksudkan tu, takdelah special, bukanlah kucing Parsi yang lawa dengan bulu yang lebat, bukanlah beli mahal2 kat pet store, bermulanya kehidupan die kat rumah aku pun sejak adik perempuan bongsu aku jumpe die dalam semak & bawak balik ke rumah, kawan2 die mandikan, bersihkan si comel yang mase tu kecik lagi, maybe baru 2,3 bulan lahir, coz saiz die macam same dengan kucing sedia ade yang baru lahir jugak. Sejak duk sini, bagi makan, die dah tak lari ke lain, provided kat sini die ade kawan yang jantina same so dengan yang seekor lagi la hari2 die duk main. Time aku bosan aku main jugak kadang2, dengan due2 ekor sekaligus, acah2, gosok2. Adik aku panggil Putih & Noddy. Yang main character dalam post aku ni, Putih.



Nak dijadikan cerita, Rabu lepas, pagi tu mak aku kejutkan aku, “Sarah2, bangun, kucing putih kene langgar!” “Hah?! Mati ke?” Aku pun rembat je tudung yang ade dalam penglihatan & berlari turun bawah rumah, sempat lagi aku dengar mak aku menjawab dalam tangisan, “tak tau la, ayah kate mulut dia tak leh tutup….” Aku turun bawah, nampak ayah aku. Kucing? Terletak elok dalam sebuah kotak kasut, aku pun pergi tengok & bile dah jelas aku tengok how she looked at that time, air mata aku memang dah lebat, umpama tengkujuh dan ribut taufan, aku memang tak fakir masih ada esok untuk die. Tapi aku tanya jugak ayah aku, takkan nak biar die camtu je? Aku pun call Ain, mengingatkan cerita tentang kucing jiran die yang ade kanser (tahap 4!), aku nak tanye kat mane jiran tu bawak kucing die tapi Ain pun tak tahu & jiran die pun dah pindah. Melalui kawan2 aku, aku dapat tahu ade satu klinik veterinar kat bandar, aku pun call ayah aku & waited for him. Sepanjang2 menunggu tu, aku duk je tepi Putih ni, gosok2 belakang die, nangis. Dengan darah2, keadaan die yang nampak tak tenteram, berpusing2 die dalam kotak tu, aku memang ingat dah tak lame kot.. Meruntun perasaan sangat tengok keadaan die, her mouth…her eye…aku tak sanggup nak sebut kat sini.. Saat paling aku takut, bile die tibe2 je bangun & dengan payahnye die mengiau 2,3 kali, dengan mulut die yang ternganga, huhu. Tak berhenti2 air mata aku mase tu, sambil gosok si Putih..



Kisah kat klinik..


Sampai2 kat klinik, aku bawak Putih dalam bakul rotan kecik, bakul tu pulak dalam plastic coz takut die bangun melompat2 ke dalam kereta mase on the way tu. First time aku pergi & masuk, memang cam hampeh gile perasaan melihatkan physical appearance klinik tu, macam menyedihkan sangat2. Tak macam duk kat bandaraya langsung.



Sampai2, aku letak kucing aku & gi kat kaunter tapi takde sorang pun yang layan aku! Tapi aku bersabar lagi, aku tengok ade sorang pakcik tengah sibuk on the phone. Dah letak, ade call lagi. Cakap2, letak, ade lagi call masuk. Amboi, sibuk bebeno. Due orang lagi aku nampak ngah sebooooooook menghadap computer, masing2 endah tak endah je kat aku. Sabar lagi, aku duduk sebelah kucing aku. Then pakcik yang sibuk cakap telefon tadi tengok aku, die tanye ape entah, then die suruh masuk dalam bilik, cam bilik rawatan gitu.

Dalam bilik tu, bile aku dah masuk, ade orang rupenye, 3 orang (ayah & mak & anak kot), kucing dalam raga, pakcik kakitangan klinik vet tu. Diorang tanye aku, apebende dalam plastic yang aku bawak tu, aku cakapla kucing. Then selambe je pakcik tuh suruh aku kuarkan kucing aku daripada bilik tu, katenye kucing dengan kucing takleh bertemu, nanti gaduh.


Aku mase tu memang dah tengah membara kat dalam ni, tambah sedih dengan layanan tahap first class ikut je la arahan tu tanpa membantah, walhal dalam hati mase tu “kucing aku dah tahap nak mampos dah, takdenye die nak gaduh2 lagi $@%@##!!!” lalu aku duduk semule kat luar tu. Kuar semule pakcik kat dalam bilik tu then tanye sape suruh aku masuk pandai2 je, muke die pun macam tak puas hati je. Kalau mase tu aku ade senapang gajah memang tak nampak dunia dah orang2 kat situ, sume aku bantai, memang aku geram sangat2. Tapi sabar itu separuh daripada iman….


Sementara tu ade pulak sorang due lalu lalang, tengok, tanye & bersimpati dengan nasib Putih.. Then salah sorang daripada pakcik2 yang menghadap computer tadi panggil aku masuk bilik tu, bukan pakcik hampeh yang aku geram tadi, naseb! Then, die tengok kucing aku, tolong bersihkan darah sikit2, die cakap die tak boleh nak wat pape. Aku? Kecewa tahap maksima, tak pernah aku kecewa gitu. Wuwuwu.. Die inject ubat tahan sakit je kat Putih. Die ade bagi satu contact number, klinik haiwan swasta punye. On the way balik aku call klinik tu tapi die cakap die tak operate kalau tulang patah & dengan anggaran kos yang agak tinggi, aku & ayah aku terus pulang ke rumah..


Terharu aku bile sampai kat rumah, mase aku turun & letak Putih kat bawah, Noddy dating dekat & macam nak jenguk dalam plastic tu. Die tengok2 je. Kucing pun faham..


Hampir pukul 1, adik2 aku balik sekolah, masing2 berlari ke belakang rumah nak tengok Putih. Aneesah menangis tak berhenti lepas tu & Idin lak, tak bercakap terus. Betapa sedihnye. Aku pun macam terkesima dengan suasana macam tu. Time makan muram je. Aku yang dah stabil pun macam sebak semule, tapi control la, depan adik2, takkan nak buat lembik jugak.


Seharian Putih tidur dalam bakul die, kesan ubat agaknye. Aku pulak tak duduk diam, naik turun rumah sekejap temankan Putih, naik buat ape yang patut, turun lagi, naik & turun dan begitulah seterusnya sampai maghrib. Even malam pun aku turun. Sebelum aku tidur malam tu, aku turun lagi gosok2 Putih, dengan penuh rasa kasihan.. Aku duk pikir, camne die nak minum, makan… Huhu.. Naik atas rumah, aku duduk & menangis kat depan TV tu sorang2, sedih sebab mesti die lapar. Sebak aku makin menjadi2 bile aku turun bawak makanan malam tu, selalunye yang kejar makanan ade 3 ekor, tapi malam tu tinggal 2 je lagi. Malam tu aku tidur lewat, dengan linangan air mata.


Khamis 27 Januari 2011


Bangun2 pagi aku terus turun, jenguk Putih. Masih di tempatnya. Hidup. Aku pun macam tak sangka. Kuat rupenye si kecil ini. Aku turun gosok2 die, main dengan kucing2 lain, anak2 kucing yang baru sebulan lahir. Lepas tu naik makan, turun lagi. Sampai la tengah hari, aku turun, Putih takde! Terkejut aku tengok die dah takde kat bakul die tu. Kat suratkhabar yang lapik atas bakul tu, ade kesan2 darah Putih.

Aku cari Putih, jumpe kat depan rumah, berjalan slow2 je. Happynye Dia saje yang tahu. Macam ajaib je tengok die berjalan macam bese. Die pegi jilat2 air yang bertakung depan rumah. Nampak seksa. Aku hulur susu segar yang aku letak dalam bekas tapi die jilat sekali due je. Lame tu aku angkat balik die pergi bawah rumah, coz hujan.


Adik2 aku balik tengah hari tu pun masing2 dah happy.


Menjelang petang aku surf internet, terjumpe satu lagi klinik haiwan dekat gong kapas, aku call & yang menjawab tu cakap boleh try bawak dulu kot2 ade harapan untuk operate mulut Putih. Hati aku berbunge dengan harapan, tak sabar aku tunggu tibanya hari Sabtu sebab doctor ade hari Sabtu & Ahad je. Aku terus bagitahu mak aku lepas tu & bagitahu ayah aku lak petang tu. Happy, besar harapan aku nak tengok Putih boleh makan.


Jumaat 28 Januari 2011


Pagi2 lagi aku dah ade kat bawah rumah. Namun disebabkan tahap kesihatan yang tak berapa baik, aku tak turun sekerap hari Rabu & Khamis, malahan aku boleh terlelap baaeekk punye tengah hari tu. Sedar2 hujan dah lebat, aku terjaga & terus teringat kat kucing aku yang duduk kat tempat terbuke tadi, alamak! Berlari aku turun, Putih takde. Aku tak jumpe. Aku tawaf rumah aku due kali, intai kat bawah setiap almari terpakai kat bawah rumah tapi tak jumpe. Airmata toksah cakaplah, selebat hujan yang turun mase tu. Basah habis baju, siap panggil adik2 aku mintak tolong cari, terjerit2 aku suruh Aneesah bangun tidur. Rupe2nye aku yang miss tengok, Putih ade kat bawah salah satu almari kat bawah rumah, bawah tangga belakang. Ya Allah, memang dah kene tambah power spec ni. Huhu. Aku panggil die keluar tapi die macam tak mau, aku nak tarik die kuar pun die macam beratkan badan die, hukhuk. At last aku biarkan, sebab kat situ tak kene air hujan, so takpelah kot.


Menjelang petang, lagi sekali die hilang. Kali ni betul2 die takde kat dalam kawasan rumah. Aku dari awal dah syak die keluar sebab pintu pagar terbuke. Kawan2 Idin yang sedia maklum tentang Putih pun tolong carikan, ke sane ke mari masing2, aku pulak yang terharu. Tambah terharu bile dah jumpe. Putih duk kat celah2 pagar batu rumah jiran aku. Jiran aku tu pulak takde kat rumah satu family. Pintu pagar berkunci, aku masuk ikut rumah jiran aku yang sorang lagi, ikut pintu belakang. Yang lain ramai2? Sume panjat je pagar. Aduhai, anak beranak spiderman sume ni rupenye. Aku bawak Putih balik rumah smule.


Lepas tu aku masuk berehat dalam rumah. Lewat petang aku turun lagi nak jenguk Putih, die takde lagi. Alahai…gagah betul..ish2.. Aku nampak die berjalan perlahan menuju ke longkang besar, lagi sekali aku angkut die bawak balik. Kali ni die tak lari dah sampai malam. Aku rase die pun dah fed up dengan aku, lari2 aku bawak balik. Lari lagi, aku bawak balik lagi. Hehe.


Sabtu 29 Januari 2011


Akhirnye, hari yang ditunggu2 tibe jua. Mak aku cakap Putih ade kat hujung kat pagar. Aku intai, nampak die, okayla. Tak turun lagi. Intai lagi pastu, eh, dah hilang? Aku cepat2 turun bawah, cari. Then mak aku cakap, “eh Sarah, die ade kat tanah belakang!”


Ah, sudah,,..ikut mane pulak die kuar ni, mesti panjat pagar, alahai. Aku jalan laju2, kejar die, heheh, mane nak lari lagi, lagi sekali aku bawak die balik rumah. Aku gosok2 lagi cakap jangan lari, nanti nak pegi klinik. Hihi. Lepas sume dah ciap, kitorang bawak die pegi klinik. Tunggu doctor, sambil tu kakak yang jage klinik tu tengok2, sembang2. Doktor sampai, tengok2, aku tunggu jugak. Tapi harapan aku tak kesampaian jugak bile doctor cakap, tulang rahang die hancur so die pun tak boleh wat pape. Malaysia tak maju lagi, aku slalu tengok channel animal planet, diorang akan usaha jugak selamatkan haiwan yang sakit, selagi haiwan tu tak mati. Walau ape care diorang akan figure out. Malaysia? Wat sakit ati je.


Doktor cucuk antibiotic dengan ubat tahan sakit & kami pun balik. Dengan sedih L

Hari tu die just berehat & tidur dalam bakul, sampai malam, macam hari Rabu, die tak bangun. Kuatnye kesan ubat yang doctor bagi tu, malam tu aku turun pun tengok die lena semacam je tidur.


Ahad 30 Januari 2011


Aku sempat jenguk sekejap je sebelah pagi lepas dah uruskan adik aku pegi sekolah, tengok2 kejap, die dah bangun & tercongok kat depan rumah. Aku tengok kaki die basah dengan selut so aku basuh kaki die. Aku tak mandikan pun die sebab aku takut, aku tak pernah mandikan kucing sebelum2 ni. Huhu. Lepas tu aku letak die dalam bakul & placed her kat tempat biase. Bile turun die takde lagi, jumpe dekat sebelah rumah, takpelah, at least die tak lari. Aku letak die kat garaj pulak, kot die nak duk situ pulak. Aku ade tetamu menjelang tengah hari tu. Kak Zana & the family =) Tengok baby Irdina buat aku lupe sekejap about my sick cat. Tapi bile dah ingat aku keluar jugak jenguk die. Betul2 aku tak sangka hari ni hari last untuk aku tengok die. The last day untuk aku gosok die. Untuk aku perhatikan keadaan muke die yang cedera tu. Dalam fikiran aku, dah congak2 nak ajak ayah aku bawak pegi klinik lagi the next Saturday, huhu.


Sebelah malam, macam biasa, aku turun jenguk & gosok2 die sebelum aku masuk tidur. Aku rase macam nak je tanye ayah, “tak boleh ke ajak die tidur atas sekali?” tapi macam tak logic pulak nak tanye sebab mak memang tak bagi kucing masuk rumah. Tak sangka aku gosok2 die buat kali terakhir semalam, aku siap cakap lagi kat die, “tidur ey, esok kakak turun lagi..”


Isnin 31 Januari 2011


Aku tunaikan kata2 aku semalam, aku bangun pagi & kuar same2 dengan adik aku. Aku dah tak terkejut bile tengok Putih takde kat bakul die, aku dah on the way nak ke depan rumah coz aku agak die pegi jilat air kat depan. Tapi ternyata sangkaan aku meleset.. Aku dengar Wafiy cakap, “Sarah, Wafiy nampak tangan kucing Putih”


Aku pun tengok kat die tunjuk, memang nampak, nampak kaki je, tak gerak2. Aku takdelah heran lagi, tak terdetik pun kate die dah tak bernyawa. (Maklumlah, positive thinking terlajak). Die duk kat celah antara katil dengan dinding. Kat celah tu pulak ade kayu2. Die macam tersepit gitu. Tapi aku still tak fikir anything negative. Aku sentuh kaki die yang dekat atas, dekat kepala, kaki yang due lagi dah cecah lantai. Bile sentuh tu, takde respon, keras. Gulp! Aku tersentak. Terkesima. Termenung. Mak aku datang. Ayah dah pegi keje. Aneesah & Idin dah pegi sekolah.


Mak aku tengok, mak cakap, “Mati dah kot, Sarah…sebab die takde respon..”


Aku & mak pun alih sikit katil, Putih pun jatuh, keras. Aku tak tengok dah, tak sanggup. Kucing yang aku jage, gosok2 selama 5 hari ni dah takde. 5 hari ni aku yang paling banyak duk kat die, cakap2 dengan die, dah takde. Aku duk sorang kat luar rumah & cried. Aku riba Noddy, gosok2 die. Aku naik atas rumah, nangis2 lagi. Mak aku dah balik dari hantar Wafiy gi sekolah, aku kurang dah sikit nangis. Malulah nak nangis banyak2. Wuwuwu.


Menjelang tengah hari, Latifah ade datang rumah & sempatlah si dia tengok kucing tersebut, mase tu pun macam nak nangis tapi, malu lah.. Hoho..


Lepas adik2 semua dah balik, barulah tanah dikambus & dengan sayunye aku tengok Aneesah nangis, maybe teringat mase mule2 die jumpe kucing tu and so on.. Mesti sedih.

Aku pun sedih, apatah lagi die, kan? Tapi aku macam over sikit je, due tige malam jugaklah bantal basah, sobs T__T

Maka, aku pun meneruskan kehidupan bersama keluarga dengan menjaga 5 ekor kucing yang comel2 dan comel2..


ohoho, untuk Putihku =(


This is Putih Jr =)


And this is Noddy =)

Noddy cakap : Nah, penumbuk satu!
Haha.

tandatangan

Shoutbox buttons eh?

Assalamualaikum!

Heeee~ Sarah sebenarnya malu nak post bende2 kat bawah ni tapiiiiiiiiiii....diteruskan jua niat awalku itu untuk mengisi masa lapang serta mencuba nasib untuk dapatkan pendapat2 awam, hehe. Silalah maklum dahulu bahawa saya bukanlah profesional, okay. Jangan kutuk2 tau, sentap karang, merajuk tak mau buat dah sampai bile2, ahaha xD

Okay, semua yang kat bawah ni, sape yang berkenan boleh amik tapi mungkin terdapat kelemahan :(
Cube lah dulu ( promote :P )
Inform tau nak amik pun, barulah boleh rase bangge sikit, hohoho :P
( Astaghfirullahal azim...... Tak baek bangge2 tu! )


http://img80.imageshack.us/img80/8639/typehere.png


http://img406.imageshack.us/img406/7365/tinggaljejak.png


http://img218.imageshack.us/img218/7020/tepi.png


http://img714.imageshack.us/img714/9251/smbgbrpi.png


http://img96.imageshack.us/img96/1814/shoutneesah.png


http://img821.imageshack.us/img821/3347/shoutflower.png

http://img809.imageshack.us/img809/4179/shoutlagi.png



http://img255.imageshack.us/img255/7627/nextp.png

tandatangan

Join Faceblog Jom!

( ohoho, ayat title lintang pukang, maafin ya? :P )

Okay2, setelah membaca post Farah tadi, Sarah juga ingin join Faceblog so jomlah kite join ramai2, baru besh :D
Jom!



SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

Oleh sebab Sarah tak tau nak promote camne so I just copied & pasted je yang atas tu :)

P/s : Just click on the Faceblog button badge & you'll be directly linked to it's page :)


tandatangan

Saturday, February 19, 2011

Tutorial : Energy Saving Mode

Hai semua, moga2 sihat belaka :D

I'm sooooo out of idea to write a new post for my blog so I decided to add one more tutorial here in my own blog ;)

Hari ini Sarah pilih tutorial : Energy Saving Mode

Apekebende Energy Saving Mode ni ek?
Bende kat bawah ni la :


Bende ni akan muncul ala2 screensaver selepas beberapa ketika jika kite tak gerakkan mouse @ kursor kat page kite tu, so, how to do this?

Seperti biasa Sign In to blogger account then from Dashboard => Design => Edit HTML

Then cari kod
<head>

( Tekan Ctrl+F untuk memudahkan pencarian )

Next, copy & paste kod di bawah ni, paste sebelum kod
<head>
tadi


<!-- save your energy -->

<script language='javascript' src='http://nikbir09.ws/scriptforenergy.js' type='text/javascript'/>

<!-- save your energy end -->



Save!

Senang je kan?

PS : Untuk langkah keselamatan, sila "Download Full Template" before edit HTML tu :)
Kredit to http://jeritanblog.blogspot.com/

tandatangan

Thursday, February 17, 2011

Kashian sama adik saya =P

Hekhek.

Saya budak baru belajar tengah main Photoshop, lalu terhasillah yang di bawah ini for my younger sister's blog :


Akan tetapi, link blog dekat header tu sekali salah daaa...haha
sepatutnya 'aneesahmdh' but i did 'anesahmdh', kesian kat ini budak =P

To my lil' sis:
Esok sarah tukar ye? Hari ni dah lame sangat mengadap PC, makin rabun rasanya, ohhh =.=

By the way Sarah ade buat beberapa button untuk shoutbox, nak tengok tak?
Malulah nak post kalau orang takmau tengok, ngeee~

tandatangan

Is it true, 28th Feb is the BIG day??!

As-salam & semoga semakin ceria belake!

Ouhhh, jantung ini dup dap dup dap tak tenang dua tiga menjak ni, oh kenapa ye?

Risaukan result SPM 2010 for sure! Sarah pun tak mengerti kenapa perlu risau kalau dah buat yang terbaik tapi tetap risau jugak apeee, hukhuk. Harapnye semua baik2, kan?
Hoho.

Debaran kian terasa setelah mendengar khabar angin yang menyatakan tarikh pengumuman keputusan SPM jatuh pada tanggal 28 Februari 2011, OMG! Kucut purut *kecut perut* cek mak oii!

Camne, tak ke hilang rase nak enjoy tuh, alaaahai =(

Tidur sekarang pun tak seindah dulu, macam2 mimpi, jumpe monster la, lipan la, pegi France la, pegi kem Chemistry la, apebende mimpi ntah, tak tenang perasaan ini, I really wish that I could skip all these moments & the day won't arrive tapi sume tu impossible kan? Ouhhh :(


Lagi? Mimpi jugak yang Sarah dapat result & mimpi my bestfriend nasihat supaya takyah duk risau sal result, adeehh =.="
Oh thanks a lot Sher walaupun itu hanyalah mimpi ;)


Sher & Sarah xD
(classmates for 10 years!)

Hoho, the person that shares everything with me & vice versa, miss & love you so much!
Kalau ku tahu kite serasi bersama ( ecey! ), dari darjah 2 lagi saye dah kawan baik2 dengan awak, hihik xD

Okaylah, tak buleh story banyak2 sal budak ni, nanti die marah, hehek :P
( I know u'll read this so, jangan marah, okay? hihik )

Saye sangat takut nak tahu result saye so please, i need someone, hoho. Help?
Kawan2 seangkatan pun mesti berperasaan serupa so,
Superman please? Batman, Spiderman, Sandman, er, Cicakman? Huh!

Do pray for me & my friends please!
tandatangan

Wednesday, February 16, 2011

Rugikah Memaafkan Orang?


Ya, hak anda untuk memaafkan atau tidak. Memang kita berhak untuk memilih, sama ada memaafkan seseorang atas kesalahan yang dilakukan ke atas kita ataupun membiarkan dia terus menyesali dosanya itu. Kita juga boleh bersorak girang kerana mendapat pahala hasil perbuatannya manakala dia terus memikul dosa-dosanya hingga Hari Kiamat tiba.

Segelintir atau mungkin, kebanyakan kita memang begitu. Memaafkan seseorang adalah perkara terakhir untuk dilakukan, apatah lagi jika pesalah itu berbuat jahat dengan sengaja dan memang bertujuan untuk menyakiti hati kita. Berat bagi kita untuk menyatakan “Saya pun mintak maaf jugak” dan lebih rela menyumpah di dalam hati “Padan muka, tanggunglah dosa-dosa kau sampai kiamat!”

Kitakah orang itu?

Namun, bahagia dan legakah jika berbuat demikian?

Bagi saya sendiri, memaafkan memang tak susah, bukan juga mudah tapi bagi majority keadaan, saya lebih senang memaafkan kerana bersengketa memang bukan kegemaran saya. Perdamaian lebih membahagiakan, baik membahagiakan hati saya dan semua orang. Bukankah memang fitrah manusia memang suka akan keamanan?

Memang tiada salahnya pendirian kita jika berkeras untuk menangguhkan maaf buat si pesalah, kerana jika dilihat dari suatu sudut, ia menjadi pengajaran buat si pesalah. Mungkin dia akan serik, jika dia betul-betul menyesal seikhlas hati. Dia juga mungkin tidak akan mengganggu kita lagi dan sangat menjaga perlakuan. Selain itu, ia petanda yang menandakan kita seorang yang tegas dan mempunyai pendirian yang tidak mungkin digoyahkan orang lain.

Tapi sedarkah kita kesalahan yang tidak diselesaikan di dunia akan berlanjutan sehingga ke Akhirat? Saya rasa kita semua memag sudah maklum memang begini hakikatnya. Dan di Akhirat, orang yang bersalah terpaksa memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang pernah dizaliminya. Hingga akhirnya dia muflis dan dihumban ke Neraka.

Kita orang Islam bersaudara, bukan? Tegakah kita melihat saudara sendiri dihumban ke Neraka? Memang pada dasarnya dialah punca kerana dia yang berbuat jahat terhadap kita namun kita mempunyai pilihan untuk membantu dia ke syurga ataupun sebaliknya.

Besar kan implikasi maaf?

Ia barangkali menjadi penentu nasib seseorang di Akhirat kelak.

Andaikata kita terbalikkan keadaan, letakkan diri kita di tempat si peminta maaf dan dia menjadi kita. Tidakkah kita terlalu inginkan kemaafan tersebut? Untuk menghapuskan dosa dan juga mendamaikan perasaan masing-masing. Perasaan bersalah akan terus menghantui kita selagi kemaafan tidak diterima. Sangat menyeksakan untuk hidup dalam penantian. Saya percaya, semua memang sudah maklum, “penantian suatu penyeksaan.”

Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Seboleh mungkin kita jangan lakukan kesalahan terhadap manusia. Kadangkala, kita perlu menzalimi perasaan sendiri untuk membahagiakan pihak lain dan begitulah selalunya, bukan kadangkala.

Namun begitu, tidak rugi memaafkan orang lain, setuju?

Sebagai penutup kalam, ingin saya tampilkan satu cerita, untuk kita jadikan teladan dalam hidup. Sudi-sudikanlah membaca.

Suatu hari, tatkala melihat Rasulullah tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya. Jawab Rasulullah s.a.w., “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya ALLAH, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu.”

Berfirman ALLAH S.W.T., ”Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”

Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya ALLAH, wahai TUHANku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”

Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”

Tatkala ini kelihatan Rasulullah s.a.w. mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatkanlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”

Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan perak, bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah itu semua untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?”

Maka dijawab oleh ALLAH S.W.T., “Itu untuk sesiapa saja yang sanggup membayarnya!”

Maka kata si penuntut itu, “Ya ALLAH, siapakah yang memiliki harta untuk membeli Syurga yang amat hebat itu?”

Dijawab oleh ALLAH S.W.T., “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”

Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!”

Firman ALLAH S.W.T., “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”

Kan sebelum tidur, ada yang menggalakkan amalan memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita, tak salah amalkan :)

Kawan-kawan, milikilah sekeping hati yang tak pernah membenci.



tandatangan

Monday, February 14, 2011

ce tulong wi idea gok... =.=

Translation : cube tolong bagi idea jugak....=.="

Sungguh ku tak mampu sudah nak memerah otak lagi, ape post lagi aku mau taip daaa..
Ini le masalah kalau dah tak sekolah, idea pun susah nak jana, nak pakai otak pun tak reti sudaaa..
26+52 pun 5 minit nak kire, 111x111 pun tak reti nak congak, haisyh...............

Okay, yang bawah ni wajib baca ( especially untuk sape yang tak tau ).

Pagi kelmarin rajin aku duk tercongok depan TV tengok Nasi Lemak Kopi O,
tujuan aku nak tengok segmen Hentikan Tangisan jek tapinye,
rancangan tu tayang bende lain dulu so 2 jam le aku duk tunggu depan TV tuh,
takpelah, aku pun lame dah tak tengok TV :P

Ape pasal ntah tibe2 je letak gambar nih. Eish.
Kredit to google.


Apebende yang aku tunggu sangat tu eh?

Jeng jeng jeng...

Kisah budak kena sula, kes tahun 1999,
aku tak pernah tau pun yang mende ni jadik kat Malaysia!

Normal la kot dah mase tu pun umur aku baru je...bape eh...5 tahun..ha..eh, 6 tahun...
Mane nak amik tahu hal dunia agi, ( sampai sekarang tak amik tahu pun, hahak )

So, terkejut la bile tengok iklan kat TV9 tu pun sebab the night before tengok Akademi Al-Quran, kalau tak, tak tertekan gak channel tu, kartun ah doploh pat jam.

Takpelah,
menyayat hati dan feeling, mak aku pun sampai nangis2 depan TV,
aku kontrol macho ayu, cam selalu, ahaha.

Budak tu name, Mohd Shah tak silap, nak pegi kedai then ade orang yang tak dikenali nak mintak tolong so budak baik, ikutlah, sekali kene tumbuk & pengsan terus!

Bile sedar, die duk sorang2, tangan kaki takleh gerak mulenye, he tried to get up but he failed. Kebetulan ade pakcik India sorang lalu situ then die lambai2 tangan kat pakcik tu. Pakcik tu tolong panggilkan ayah die. Mule2 ayah die pun tak sedar ade kayu dalam badan die! Ayah die at last angkat bawak die pegi hospital.

Akibat perlakuan kejam lagi tak berhati perut otak & what-so-ever tu,
usus die ade yang rosak, pundi kencing bocor & dan lain2, aku tak sanggup nak ingat, kesian sangat2. Tambahan, dia disula dari dubur hingga ke halkum.

Yang paling kejam, kayu tu BERDURI, diulangi, BERDURI!!
(korang bayang : disula oleh kayu berduri, na'uzubillah!)

Sekadar gambar hiasan. Kredit to google.


Ya Allah, makhluk mane ntah yang %#$^&*!! sangat tuh.
Pelakunya dijatuhi hukuman 20 sebatan + penjara 20 tahun, setimpal ke?
Patutnye, sula je lah balik! Geram nih!

Sekarang, mangsa tu berumur 24 tahun & akan menjalani pembedahan ke-3 nya dalam masa terdekat ni, tak silap aku, twenty-sumthing of February untuk operate saluran kencing die yang tersumbat. Doakan pembedahan tu berjaya!

Info : Mangsa merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik & anak lelaki sulung. Ibunya kini bergelar ibu tunggal.

Same2 lah kite doakan beliau sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNYA, amin..

Moral of the story :
Jangan ikut sesiapapun yang tak dikenali ye adik2 mahupun kakak2 abang2.

tandatangan

Sunday, February 13, 2011

Tutorial : Floating Buttons

Hello & salam to all :D

Ini khas untuk Cik Adik Dalilah yang sampai due kali tanye kat shoutbox Sarah ( or should I call myself 'kak'? Oh tuenye! xD haha ), ape die tanye ek?

Oooo, Dalilah tanye camne nak buat bende ni ek?


Bende comel ni ( lagi comel kalau background blog just white & plain ) Kak Sarah belajar buat daripada blog Kak Zana yang menyediakan pelbagai tutorial untuk meng-superb-kan lagi blog kite ni. Daripada situ jugaklah Kak Sarah tau bende ni kite panggil "Floating Buttons" or kalu nak memperkasakan Bahasa Melayu, "Butang Terapung" kot? Ape2 je lah, heheee..

Nak buat bende ni senang je dik, ecey, macam berlagak la plak, takde ah, motivasi tu, taknak bagi jadi malas, ehakz! Haha. Okay2, ikut step ni.

1. Sign in blog then dari Dashboard => Designs => Page Elements => Add a Gadjet

2. Pilih HTML/JavaScript.

3. Copy & paste codes kat bawah ni ye, masuk kat HTML/JavaScript tadi.


<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-6px;'>

<a class='linkopacity' href='http://www.facebook.com/uwmaisarah3993' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/232.png" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='http://twitter.com/home' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/432.png" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='http://www.blogger.com/home' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='feed'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/blogger_64x64.png" /></a><br />

</div>


4. Nanti! Jangan save dulu! Yang dimerahkan tu, my facebook link so perlu tukar ye?
Yang oren tu plak, masukkanlah link twitter Dalilah, okay?

5. Siap tukar link, baru boleh save :)

Ha, kan dah cakap senang :)
Cepat2lah tengok hasilnye.

Kredit to Kak Zana :D

Updated :

link yang berwarna hijau boleh digantikan dengan URL gambar / icon lain, in case kalau taknak icon yang ber-effect-kan kertas koyak rabak kat tepi tu, ok?



tandatangan

Friday, February 11, 2011

Dibunuh oleh laptop? Hoho

Amacam, sentap tak bace tajuk post ni? Huahuahua.
Jangan pulak amik baling lappy @ acu pisau kat lappy masing2 bile bace ni, haha.

Sarah pun tak tau kesahihannya but nak kongsi la dengan followers & readers sekalian yang dikasihi, eceeeyy, bodeekk lah pulak.

By the way, i received an e-mail & it sounds like this :


A couple lost their 25 year old son, Arun Gopal Ratnam, in a fire at home on June 4th. The son who had graduated with MBA from the University of Wisconsin-Madison two weeks earlier had come home for a while. He had lunch with his dad at home and decided to go back to clean up his hostel room. His father told him to wait, to meet his mother, before he went back for a few days. Arun decided to take a nap while waiting for his mom to come back home from work.

Some time later their neighbors called 911 when they saw black smoke coming out of the house. Unfortunately, 25 years old Arun died in the three year old house. It took several days of investigation to find out the cause of the fire. It was determined that the fire was caused by the lap top resting on the bed.

When the lap top was on the bed cooling fan did not get the air to cool the computer and that is what caused the fire. He did not even wake up to get out of the bed because he died of breathing in carbon monoxide.

The reason I am writing this to all of you is that I have seen many of us using our lap top while in bed. Let us all decide and make it a practice not to do that. The risk is real. Let us make it a rule not to use the lap top on bed or put the computer on bed with blankets and pillows around. Please educate as many people as you can.


p/s : Oleh itu, as a safety precaution, sebelum tidur angkat lappy letak atas meja, okay! =)

tandatangan

Thursday, February 10, 2011

Terasa

Mengapa...
Mendung hitam tak berlalu...

Memayungkan aku..


Ecey, sedihla pulak..
Tak mau cakap banyak, just..






p/s : whoa~apesal ni ey? Entah, sepatutnya dah berkurun post bende ni, tapi asyik tertangguh je, ni da post hah, takde la sedih pun actually, reason? Just keep it as a secret-lahhh.. :)
tandatangan