Monday, February 14, 2011

ce tulong wi idea gok... =.=

Translation : cube tolong bagi idea jugak....=.="

Sungguh ku tak mampu sudah nak memerah otak lagi, ape post lagi aku mau taip daaa..
Ini le masalah kalau dah tak sekolah, idea pun susah nak jana, nak pakai otak pun tak reti sudaaa..
26+52 pun 5 minit nak kire, 111x111 pun tak reti nak congak, haisyh...............

Okay, yang bawah ni wajib baca ( especially untuk sape yang tak tau ).

Pagi kelmarin rajin aku duk tercongok depan TV tengok Nasi Lemak Kopi O,
tujuan aku nak tengok segmen Hentikan Tangisan jek tapinye,
rancangan tu tayang bende lain dulu so 2 jam le aku duk tunggu depan TV tuh,
takpelah, aku pun lame dah tak tengok TV :P

Ape pasal ntah tibe2 je letak gambar nih. Eish.
Kredit to google.


Apebende yang aku tunggu sangat tu eh?

Jeng jeng jeng...

Kisah budak kena sula, kes tahun 1999,
aku tak pernah tau pun yang mende ni jadik kat Malaysia!

Normal la kot dah mase tu pun umur aku baru je...bape eh...5 tahun..ha..eh, 6 tahun...
Mane nak amik tahu hal dunia agi, ( sampai sekarang tak amik tahu pun, hahak )

So, terkejut la bile tengok iklan kat TV9 tu pun sebab the night before tengok Akademi Al-Quran, kalau tak, tak tertekan gak channel tu, kartun ah doploh pat jam.

Takpelah,
menyayat hati dan feeling, mak aku pun sampai nangis2 depan TV,
aku kontrol macho ayu, cam selalu, ahaha.

Budak tu name, Mohd Shah tak silap, nak pegi kedai then ade orang yang tak dikenali nak mintak tolong so budak baik, ikutlah, sekali kene tumbuk & pengsan terus!

Bile sedar, die duk sorang2, tangan kaki takleh gerak mulenye, he tried to get up but he failed. Kebetulan ade pakcik India sorang lalu situ then die lambai2 tangan kat pakcik tu. Pakcik tu tolong panggilkan ayah die. Mule2 ayah die pun tak sedar ade kayu dalam badan die! Ayah die at last angkat bawak die pegi hospital.

Akibat perlakuan kejam lagi tak berhati perut otak & what-so-ever tu,
usus die ade yang rosak, pundi kencing bocor & dan lain2, aku tak sanggup nak ingat, kesian sangat2. Tambahan, dia disula dari dubur hingga ke halkum.

Yang paling kejam, kayu tu BERDURI, diulangi, BERDURI!!
(korang bayang : disula oleh kayu berduri, na'uzubillah!)

Sekadar gambar hiasan. Kredit to google.


Ya Allah, makhluk mane ntah yang %#$^&*!! sangat tuh.
Pelakunya dijatuhi hukuman 20 sebatan + penjara 20 tahun, setimpal ke?
Patutnye, sula je lah balik! Geram nih!

Sekarang, mangsa tu berumur 24 tahun & akan menjalani pembedahan ke-3 nya dalam masa terdekat ni, tak silap aku, twenty-sumthing of February untuk operate saluran kencing die yang tersumbat. Doakan pembedahan tu berjaya!

Info : Mangsa merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik & anak lelaki sulung. Ibunya kini bergelar ibu tunggal.

Same2 lah kite doakan beliau sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNYA, amin..

Moral of the story :
Jangan ikut sesiapapun yang tak dikenali ye adik2 mahupun kakak2 abang2.

tandatangan
Share:

3 buddy (ies):

Dereon said...

huhu sadisny cte ni arah

Wanie^fairy said...

btoi2, patut sula balik!!

uwmaisarah said...

syahir : tu lah, tak terbayang, ahir eh..

wanie : setuju dengan kak ani :D