Monday, February 21, 2011

Kau Pergi Jua...


Salam untuk rakan bloggers, silent mahupun talkative readers sekalian & terima kasih kerana sudi meluangkan waktu kawan2 di sini.


Dah bace tajuk post kan, aku bukan lah nak post lirik lagu Adam Ahmad yang sedih lagi pedih tu, takde kena mengenanya dengan lirik tu pun kisah aku ni, cume, tu je tajuk post yang terlintas dalam sanubari ni, cewah, macam sasterawan je dah gune perkataan.


Okay2, back to the main story, “Kau” kat atas tu aku tujukan buat kucing aku yang dah pergi, (bukan officially aku punye pun) T_____T siyes sedih, tak penah2 lagi aku sedih sebab kucing mati. Dulu aku heran, kucing mati pun nangis ke? Sekarang, hah, rase sendirik, amacam? Aku tarik balik ape yang aku pikir tu dulu.

Actually aku takde la baik sangat dengan kucing since aku dah fobia sejak form 3 akibat kejadian kucing naik bermanja dengan aku time trial PMR 2008 hari tu, mase tengah jawab exam, aku pun jadi memang tak berapa nak sentuh kucing lepas tu. Tapi dah terlanjur kucing2 tu ade kat rumah sejak tahun lepas, sikit sebanyak fobia aku berkurang. Ecey..


Kucing yang aku maksudkan tu, takdelah special, bukanlah kucing Parsi yang lawa dengan bulu yang lebat, bukanlah beli mahal2 kat pet store, bermulanya kehidupan die kat rumah aku pun sejak adik perempuan bongsu aku jumpe die dalam semak & bawak balik ke rumah, kawan2 die mandikan, bersihkan si comel yang mase tu kecik lagi, maybe baru 2,3 bulan lahir, coz saiz die macam same dengan kucing sedia ade yang baru lahir jugak. Sejak duk sini, bagi makan, die dah tak lari ke lain, provided kat sini die ade kawan yang jantina same so dengan yang seekor lagi la hari2 die duk main. Time aku bosan aku main jugak kadang2, dengan due2 ekor sekaligus, acah2, gosok2. Adik aku panggil Putih & Noddy. Yang main character dalam post aku ni, Putih.



Nak dijadikan cerita, Rabu lepas, pagi tu mak aku kejutkan aku, “Sarah2, bangun, kucing putih kene langgar!” “Hah?! Mati ke?” Aku pun rembat je tudung yang ade dalam penglihatan & berlari turun bawah rumah, sempat lagi aku dengar mak aku menjawab dalam tangisan, “tak tau la, ayah kate mulut dia tak leh tutup….” Aku turun bawah, nampak ayah aku. Kucing? Terletak elok dalam sebuah kotak kasut, aku pun pergi tengok & bile dah jelas aku tengok how she looked at that time, air mata aku memang dah lebat, umpama tengkujuh dan ribut taufan, aku memang tak fakir masih ada esok untuk die. Tapi aku tanya jugak ayah aku, takkan nak biar die camtu je? Aku pun call Ain, mengingatkan cerita tentang kucing jiran die yang ade kanser (tahap 4!), aku nak tanye kat mane jiran tu bawak kucing die tapi Ain pun tak tahu & jiran die pun dah pindah. Melalui kawan2 aku, aku dapat tahu ade satu klinik veterinar kat bandar, aku pun call ayah aku & waited for him. Sepanjang2 menunggu tu, aku duk je tepi Putih ni, gosok2 belakang die, nangis. Dengan darah2, keadaan die yang nampak tak tenteram, berpusing2 die dalam kotak tu, aku memang ingat dah tak lame kot.. Meruntun perasaan sangat tengok keadaan die, her mouth…her eye…aku tak sanggup nak sebut kat sini.. Saat paling aku takut, bile die tibe2 je bangun & dengan payahnye die mengiau 2,3 kali, dengan mulut die yang ternganga, huhu. Tak berhenti2 air mata aku mase tu, sambil gosok si Putih..



Kisah kat klinik..


Sampai2 kat klinik, aku bawak Putih dalam bakul rotan kecik, bakul tu pulak dalam plastic coz takut die bangun melompat2 ke dalam kereta mase on the way tu. First time aku pergi & masuk, memang cam hampeh gile perasaan melihatkan physical appearance klinik tu, macam menyedihkan sangat2. Tak macam duk kat bandaraya langsung.



Sampai2, aku letak kucing aku & gi kat kaunter tapi takde sorang pun yang layan aku! Tapi aku bersabar lagi, aku tengok ade sorang pakcik tengah sibuk on the phone. Dah letak, ade call lagi. Cakap2, letak, ade lagi call masuk. Amboi, sibuk bebeno. Due orang lagi aku nampak ngah sebooooooook menghadap computer, masing2 endah tak endah je kat aku. Sabar lagi, aku duduk sebelah kucing aku. Then pakcik yang sibuk cakap telefon tadi tengok aku, die tanye ape entah, then die suruh masuk dalam bilik, cam bilik rawatan gitu.

Dalam bilik tu, bile aku dah masuk, ade orang rupenye, 3 orang (ayah & mak & anak kot), kucing dalam raga, pakcik kakitangan klinik vet tu. Diorang tanye aku, apebende dalam plastic yang aku bawak tu, aku cakapla kucing. Then selambe je pakcik tuh suruh aku kuarkan kucing aku daripada bilik tu, katenye kucing dengan kucing takleh bertemu, nanti gaduh.


Aku mase tu memang dah tengah membara kat dalam ni, tambah sedih dengan layanan tahap first class ikut je la arahan tu tanpa membantah, walhal dalam hati mase tu “kucing aku dah tahap nak mampos dah, takdenye die nak gaduh2 lagi $@%@##!!!” lalu aku duduk semule kat luar tu. Kuar semule pakcik kat dalam bilik tu then tanye sape suruh aku masuk pandai2 je, muke die pun macam tak puas hati je. Kalau mase tu aku ade senapang gajah memang tak nampak dunia dah orang2 kat situ, sume aku bantai, memang aku geram sangat2. Tapi sabar itu separuh daripada iman….


Sementara tu ade pulak sorang due lalu lalang, tengok, tanye & bersimpati dengan nasib Putih.. Then salah sorang daripada pakcik2 yang menghadap computer tadi panggil aku masuk bilik tu, bukan pakcik hampeh yang aku geram tadi, naseb! Then, die tengok kucing aku, tolong bersihkan darah sikit2, die cakap die tak boleh nak wat pape. Aku? Kecewa tahap maksima, tak pernah aku kecewa gitu. Wuwuwu.. Die inject ubat tahan sakit je kat Putih. Die ade bagi satu contact number, klinik haiwan swasta punye. On the way balik aku call klinik tu tapi die cakap die tak operate kalau tulang patah & dengan anggaran kos yang agak tinggi, aku & ayah aku terus pulang ke rumah..


Terharu aku bile sampai kat rumah, mase aku turun & letak Putih kat bawah, Noddy dating dekat & macam nak jenguk dalam plastic tu. Die tengok2 je. Kucing pun faham..


Hampir pukul 1, adik2 aku balik sekolah, masing2 berlari ke belakang rumah nak tengok Putih. Aneesah menangis tak berhenti lepas tu & Idin lak, tak bercakap terus. Betapa sedihnye. Aku pun macam terkesima dengan suasana macam tu. Time makan muram je. Aku yang dah stabil pun macam sebak semule, tapi control la, depan adik2, takkan nak buat lembik jugak.


Seharian Putih tidur dalam bakul die, kesan ubat agaknye. Aku pulak tak duduk diam, naik turun rumah sekejap temankan Putih, naik buat ape yang patut, turun lagi, naik & turun dan begitulah seterusnya sampai maghrib. Even malam pun aku turun. Sebelum aku tidur malam tu, aku turun lagi gosok2 Putih, dengan penuh rasa kasihan.. Aku duk pikir, camne die nak minum, makan… Huhu.. Naik atas rumah, aku duduk & menangis kat depan TV tu sorang2, sedih sebab mesti die lapar. Sebak aku makin menjadi2 bile aku turun bawak makanan malam tu, selalunye yang kejar makanan ade 3 ekor, tapi malam tu tinggal 2 je lagi. Malam tu aku tidur lewat, dengan linangan air mata.


Khamis 27 Januari 2011


Bangun2 pagi aku terus turun, jenguk Putih. Masih di tempatnya. Hidup. Aku pun macam tak sangka. Kuat rupenye si kecil ini. Aku turun gosok2 die, main dengan kucing2 lain, anak2 kucing yang baru sebulan lahir. Lepas tu naik makan, turun lagi. Sampai la tengah hari, aku turun, Putih takde! Terkejut aku tengok die dah takde kat bakul die tu. Kat suratkhabar yang lapik atas bakul tu, ade kesan2 darah Putih.

Aku cari Putih, jumpe kat depan rumah, berjalan slow2 je. Happynye Dia saje yang tahu. Macam ajaib je tengok die berjalan macam bese. Die pegi jilat2 air yang bertakung depan rumah. Nampak seksa. Aku hulur susu segar yang aku letak dalam bekas tapi die jilat sekali due je. Lame tu aku angkat balik die pergi bawah rumah, coz hujan.


Adik2 aku balik tengah hari tu pun masing2 dah happy.


Menjelang petang aku surf internet, terjumpe satu lagi klinik haiwan dekat gong kapas, aku call & yang menjawab tu cakap boleh try bawak dulu kot2 ade harapan untuk operate mulut Putih. Hati aku berbunge dengan harapan, tak sabar aku tunggu tibanya hari Sabtu sebab doctor ade hari Sabtu & Ahad je. Aku terus bagitahu mak aku lepas tu & bagitahu ayah aku lak petang tu. Happy, besar harapan aku nak tengok Putih boleh makan.


Jumaat 28 Januari 2011


Pagi2 lagi aku dah ade kat bawah rumah. Namun disebabkan tahap kesihatan yang tak berapa baik, aku tak turun sekerap hari Rabu & Khamis, malahan aku boleh terlelap baaeekk punye tengah hari tu. Sedar2 hujan dah lebat, aku terjaga & terus teringat kat kucing aku yang duduk kat tempat terbuke tadi, alamak! Berlari aku turun, Putih takde. Aku tak jumpe. Aku tawaf rumah aku due kali, intai kat bawah setiap almari terpakai kat bawah rumah tapi tak jumpe. Airmata toksah cakaplah, selebat hujan yang turun mase tu. Basah habis baju, siap panggil adik2 aku mintak tolong cari, terjerit2 aku suruh Aneesah bangun tidur. Rupe2nye aku yang miss tengok, Putih ade kat bawah salah satu almari kat bawah rumah, bawah tangga belakang. Ya Allah, memang dah kene tambah power spec ni. Huhu. Aku panggil die keluar tapi die macam tak mau, aku nak tarik die kuar pun die macam beratkan badan die, hukhuk. At last aku biarkan, sebab kat situ tak kene air hujan, so takpelah kot.


Menjelang petang, lagi sekali die hilang. Kali ni betul2 die takde kat dalam kawasan rumah. Aku dari awal dah syak die keluar sebab pintu pagar terbuke. Kawan2 Idin yang sedia maklum tentang Putih pun tolong carikan, ke sane ke mari masing2, aku pulak yang terharu. Tambah terharu bile dah jumpe. Putih duk kat celah2 pagar batu rumah jiran aku. Jiran aku tu pulak takde kat rumah satu family. Pintu pagar berkunci, aku masuk ikut rumah jiran aku yang sorang lagi, ikut pintu belakang. Yang lain ramai2? Sume panjat je pagar. Aduhai, anak beranak spiderman sume ni rupenye. Aku bawak Putih balik rumah smule.


Lepas tu aku masuk berehat dalam rumah. Lewat petang aku turun lagi nak jenguk Putih, die takde lagi. Alahai…gagah betul..ish2.. Aku nampak die berjalan perlahan menuju ke longkang besar, lagi sekali aku angkut die bawak balik. Kali ni die tak lari dah sampai malam. Aku rase die pun dah fed up dengan aku, lari2 aku bawak balik. Lari lagi, aku bawak balik lagi. Hehe.


Sabtu 29 Januari 2011


Akhirnye, hari yang ditunggu2 tibe jua. Mak aku cakap Putih ade kat hujung kat pagar. Aku intai, nampak die, okayla. Tak turun lagi. Intai lagi pastu, eh, dah hilang? Aku cepat2 turun bawah, cari. Then mak aku cakap, “eh Sarah, die ade kat tanah belakang!”


Ah, sudah,,..ikut mane pulak die kuar ni, mesti panjat pagar, alahai. Aku jalan laju2, kejar die, heheh, mane nak lari lagi, lagi sekali aku bawak die balik rumah. Aku gosok2 lagi cakap jangan lari, nanti nak pegi klinik. Hihi. Lepas sume dah ciap, kitorang bawak die pegi klinik. Tunggu doctor, sambil tu kakak yang jage klinik tu tengok2, sembang2. Doktor sampai, tengok2, aku tunggu jugak. Tapi harapan aku tak kesampaian jugak bile doctor cakap, tulang rahang die hancur so die pun tak boleh wat pape. Malaysia tak maju lagi, aku slalu tengok channel animal planet, diorang akan usaha jugak selamatkan haiwan yang sakit, selagi haiwan tu tak mati. Walau ape care diorang akan figure out. Malaysia? Wat sakit ati je.


Doktor cucuk antibiotic dengan ubat tahan sakit & kami pun balik. Dengan sedih L

Hari tu die just berehat & tidur dalam bakul, sampai malam, macam hari Rabu, die tak bangun. Kuatnye kesan ubat yang doctor bagi tu, malam tu aku turun pun tengok die lena semacam je tidur.


Ahad 30 Januari 2011


Aku sempat jenguk sekejap je sebelah pagi lepas dah uruskan adik aku pegi sekolah, tengok2 kejap, die dah bangun & tercongok kat depan rumah. Aku tengok kaki die basah dengan selut so aku basuh kaki die. Aku tak mandikan pun die sebab aku takut, aku tak pernah mandikan kucing sebelum2 ni. Huhu. Lepas tu aku letak die dalam bakul & placed her kat tempat biase. Bile turun die takde lagi, jumpe dekat sebelah rumah, takpelah, at least die tak lari. Aku letak die kat garaj pulak, kot die nak duk situ pulak. Aku ade tetamu menjelang tengah hari tu. Kak Zana & the family =) Tengok baby Irdina buat aku lupe sekejap about my sick cat. Tapi bile dah ingat aku keluar jugak jenguk die. Betul2 aku tak sangka hari ni hari last untuk aku tengok die. The last day untuk aku gosok die. Untuk aku perhatikan keadaan muke die yang cedera tu. Dalam fikiran aku, dah congak2 nak ajak ayah aku bawak pegi klinik lagi the next Saturday, huhu.


Sebelah malam, macam biasa, aku turun jenguk & gosok2 die sebelum aku masuk tidur. Aku rase macam nak je tanye ayah, “tak boleh ke ajak die tidur atas sekali?” tapi macam tak logic pulak nak tanye sebab mak memang tak bagi kucing masuk rumah. Tak sangka aku gosok2 die buat kali terakhir semalam, aku siap cakap lagi kat die, “tidur ey, esok kakak turun lagi..”


Isnin 31 Januari 2011


Aku tunaikan kata2 aku semalam, aku bangun pagi & kuar same2 dengan adik aku. Aku dah tak terkejut bile tengok Putih takde kat bakul die, aku dah on the way nak ke depan rumah coz aku agak die pegi jilat air kat depan. Tapi ternyata sangkaan aku meleset.. Aku dengar Wafiy cakap, “Sarah, Wafiy nampak tangan kucing Putih”


Aku pun tengok kat die tunjuk, memang nampak, nampak kaki je, tak gerak2. Aku takdelah heran lagi, tak terdetik pun kate die dah tak bernyawa. (Maklumlah, positive thinking terlajak). Die duk kat celah antara katil dengan dinding. Kat celah tu pulak ade kayu2. Die macam tersepit gitu. Tapi aku still tak fikir anything negative. Aku sentuh kaki die yang dekat atas, dekat kepala, kaki yang due lagi dah cecah lantai. Bile sentuh tu, takde respon, keras. Gulp! Aku tersentak. Terkesima. Termenung. Mak aku datang. Ayah dah pegi keje. Aneesah & Idin dah pegi sekolah.


Mak aku tengok, mak cakap, “Mati dah kot, Sarah…sebab die takde respon..”


Aku & mak pun alih sikit katil, Putih pun jatuh, keras. Aku tak tengok dah, tak sanggup. Kucing yang aku jage, gosok2 selama 5 hari ni dah takde. 5 hari ni aku yang paling banyak duk kat die, cakap2 dengan die, dah takde. Aku duk sorang kat luar rumah & cried. Aku riba Noddy, gosok2 die. Aku naik atas rumah, nangis2 lagi. Mak aku dah balik dari hantar Wafiy gi sekolah, aku kurang dah sikit nangis. Malulah nak nangis banyak2. Wuwuwu.


Menjelang tengah hari, Latifah ade datang rumah & sempatlah si dia tengok kucing tersebut, mase tu pun macam nak nangis tapi, malu lah.. Hoho..


Lepas adik2 semua dah balik, barulah tanah dikambus & dengan sayunye aku tengok Aneesah nangis, maybe teringat mase mule2 die jumpe kucing tu and so on.. Mesti sedih.

Aku pun sedih, apatah lagi die, kan? Tapi aku macam over sikit je, due tige malam jugaklah bantal basah, sobs T__T

Maka, aku pun meneruskan kehidupan bersama keluarga dengan menjaga 5 ekor kucing yang comel2 dan comel2..


ohoho, untuk Putihku =(


This is Putih Jr =)


And this is Noddy =)

Noddy cakap : Nah, penumbuk satu!
Haha.

tandatangan
Share:

2 buddy (ies):

little cart00n said...

wah..nama kucing noddy?
sama macam nama boyfren elie la!
hahha

uwmaisarah said...

haha, kebetulan plak, elie!
adik yang panggil camtu, sarah ikut je :P