Wednesday, February 16, 2011

Rugikah Memaafkan Orang?


Ya, hak anda untuk memaafkan atau tidak. Memang kita berhak untuk memilih, sama ada memaafkan seseorang atas kesalahan yang dilakukan ke atas kita ataupun membiarkan dia terus menyesali dosanya itu. Kita juga boleh bersorak girang kerana mendapat pahala hasil perbuatannya manakala dia terus memikul dosa-dosanya hingga Hari Kiamat tiba.

Segelintir atau mungkin, kebanyakan kita memang begitu. Memaafkan seseorang adalah perkara terakhir untuk dilakukan, apatah lagi jika pesalah itu berbuat jahat dengan sengaja dan memang bertujuan untuk menyakiti hati kita. Berat bagi kita untuk menyatakan “Saya pun mintak maaf jugak” dan lebih rela menyumpah di dalam hati “Padan muka, tanggunglah dosa-dosa kau sampai kiamat!”

Kitakah orang itu?

Namun, bahagia dan legakah jika berbuat demikian?

Bagi saya sendiri, memaafkan memang tak susah, bukan juga mudah tapi bagi majority keadaan, saya lebih senang memaafkan kerana bersengketa memang bukan kegemaran saya. Perdamaian lebih membahagiakan, baik membahagiakan hati saya dan semua orang. Bukankah memang fitrah manusia memang suka akan keamanan?

Memang tiada salahnya pendirian kita jika berkeras untuk menangguhkan maaf buat si pesalah, kerana jika dilihat dari suatu sudut, ia menjadi pengajaran buat si pesalah. Mungkin dia akan serik, jika dia betul-betul menyesal seikhlas hati. Dia juga mungkin tidak akan mengganggu kita lagi dan sangat menjaga perlakuan. Selain itu, ia petanda yang menandakan kita seorang yang tegas dan mempunyai pendirian yang tidak mungkin digoyahkan orang lain.

Tapi sedarkah kita kesalahan yang tidak diselesaikan di dunia akan berlanjutan sehingga ke Akhirat? Saya rasa kita semua memag sudah maklum memang begini hakikatnya. Dan di Akhirat, orang yang bersalah terpaksa memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang pernah dizaliminya. Hingga akhirnya dia muflis dan dihumban ke Neraka.

Kita orang Islam bersaudara, bukan? Tegakah kita melihat saudara sendiri dihumban ke Neraka? Memang pada dasarnya dialah punca kerana dia yang berbuat jahat terhadap kita namun kita mempunyai pilihan untuk membantu dia ke syurga ataupun sebaliknya.

Besar kan implikasi maaf?

Ia barangkali menjadi penentu nasib seseorang di Akhirat kelak.

Andaikata kita terbalikkan keadaan, letakkan diri kita di tempat si peminta maaf dan dia menjadi kita. Tidakkah kita terlalu inginkan kemaafan tersebut? Untuk menghapuskan dosa dan juga mendamaikan perasaan masing-masing. Perasaan bersalah akan terus menghantui kita selagi kemaafan tidak diterima. Sangat menyeksakan untuk hidup dalam penantian. Saya percaya, semua memang sudah maklum, “penantian suatu penyeksaan.”

Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Seboleh mungkin kita jangan lakukan kesalahan terhadap manusia. Kadangkala, kita perlu menzalimi perasaan sendiri untuk membahagiakan pihak lain dan begitulah selalunya, bukan kadangkala.

Namun begitu, tidak rugi memaafkan orang lain, setuju?

Sebagai penutup kalam, ingin saya tampilkan satu cerita, untuk kita jadikan teladan dalam hidup. Sudi-sudikanlah membaca.

Suatu hari, tatkala melihat Rasulullah tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya. Jawab Rasulullah s.a.w., “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya ALLAH, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu.”

Berfirman ALLAH S.W.T., ”Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”

Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya ALLAH, wahai TUHANku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”

Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”

Tatkala ini kelihatan Rasulullah s.a.w. mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian ALLAH S.W.T. berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatkanlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”

Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan perak, bertahtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah itu semua untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?”

Maka dijawab oleh ALLAH S.W.T., “Itu untuk sesiapa saja yang sanggup membayarnya!”

Maka kata si penuntut itu, “Ya ALLAH, siapakah yang memiliki harta untuk membeli Syurga yang amat hebat itu?”

Dijawab oleh ALLAH S.W.T., “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”

Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!”

Firman ALLAH S.W.T., “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim.”

Kan sebelum tidur, ada yang menggalakkan amalan memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita, tak salah amalkan :)

Kawan-kawan, milikilah sekeping hati yang tak pernah membenci.



tandatangan
Share:

2 buddy (ies):

Dereon said...

arah,btl ke u yg post ni?? or copy n paste?

uwmaisarah said...

haha, jahat tol soalan, ini campur2 punye post :)

ade mine & story tu of cz la amik org punye :D