Tuesday, March 29, 2011

Contest kM: Header Simple Tp Menarik!



(klik banner untuk tengok contest)

Syarat2 beliau :

1- Jadi follower kM
2- Buat satu entry pasal contest ni..ups, jangan lupe letak banner dan link kan terus pada blog kM
3- Header tak kesah bertemakan ape2 saja..SIMPLE TAPI MENARIK..
4- Contest terbatal jika peserta bawah 10 orang!
5- Tarikh tutup-4 APRIL 2011
6- Tag pada 5 orang blogger & make sure mereka tahu mereka telah ditag.
7- Letak URL entry pasal contest ni pada comment box di bwh..jangan letak pada shoutbox!

Alkisahnya maka tibe2 hari ini free, tak pegi mane2,
teringat kat contest KM yang mudah ni,
nak gedik2 join jugak la. Hihi.

So, Sarah pertaruhkan header sendiri, hasil idea sendiri dan buatan sendiri,
harapnya memenuhi syarat SIMPLE tapi MENARIK tu, kehkehkeh..

printscreen~nak tengok saiz sebenar tengok kat atas tu la ye~kihkih

Mangsa tag hari ini ialah :

Kak Cik
Aneesah
Maryam
Syamim
Naqiah

Sekian!

PS : Suke hati syaratnye senang dan tak perlu taip sendiri, boleh copy je terus, hiiiii~ Kan menyenangkan orang. kM tak suruh letak syarat2 dalam post pun, tapi ini budak gatal~ Kehkeh.Bodek ke? Takla :P

Photobucket
Share:

Monday, March 28, 2011

Maafkan Saya :(

Assalamualaikum :)

Mase tak banyak, nak pegi sekolah lak pasni,
ni nak mintak maaf, sebaaabb.. hmmm, rarely online sekarang,
bukan,
sebab rarely post kat blog, ha, tu baru btol.

Pastu, nak mintak maaf gak, komen2 kat shoutbox, tak terbalas2 lagi. Sobs

Lagi.. Sorry lagi sebab tak follow lagi followers terbaru, so sorry..

Mintak maaf lagi sebab.. Post ni sangat takde isi, heheh. :P



SORRY TAU..
Next week maybe akan kembali aktif berblogging, membalas komen2 dan lain-lain.
Rindu dunia blog ni~

Photobucket
Share:

Friday, March 25, 2011

S is for Sorry, ngeee.......& S is for Syukran Lillah :D

Yeah, I'm so sorry for leaving you for a long time my dear blog, and bloggers, and silent readers, and followers, pendek kate all lah! haha

Oh ye, assalamualaikum!

Tibe2 senyap je blog lepas result kan? Haha. Memang. Memang nak sangat post dekat blog but hari Rabu tu pukul 2 baru balik from school, then the same went on Thursday so hari ni lah sempat sekejap, post yang ringkas.

Syukran lillah, syukur sangat2, i'm so thankful to HIM for giving me such a pretty typed-SPM-result-slip, ALHAMDULILLAH, all praise be to HIM :)

Walaupun tak dapat straight A+ tetapi dah sangat gembira dapat 11a campur2 ni, sangat2 happy, sangat2 suka, i can't describe those feelings anymore, it's wonderful :)

Tak tau lah kalau dapat straight A+'s, i wonder how will the feelings be?
Best nya!!!!

Oh yes, congratulations! To my dearest friends,

  • Shahirah ( 11A+ )
  • Faizah ( 11A+ )
  • Zulaikha ( 11A+ )
  • Aisyah ( 11A+ )

tahniah sebab korang seme mengharumkan nama sekolah kite di peringkat negeri & kebangsaan,
Sarah memang tak sangka sangat. It was really an amazing day!

MB Terengganu datang sekolah, ramai sangat orang ^_^

Tahniah Ika sebab berjaya menjadi antara pelajar terbaik peringkat kebangsaan,
I'm very proud of you, sangat2.

Shahirah, Faizah, Ika,
kite classmates from form 1 until form 5,
kite wakil sekolah pegi Kuiz Pelancongan 2009,
same2 bergembira di Karnival Pelancongan Pelajar 2009,
saya sangat2 gembira when the three of us got straight A+!
TAHNIAH!

Jealousnya! ;) haha
Kenapala saya tidak secerdik kamu bertiga ya?

Cikgu Aziah, Sha, Faizah, Ika, Sarah
Sungguh tak sangka i was standing next to Terengganu's best students!

Hari2 kite bergelak ketawa dalam kelas same2,
belajar same2,
but untuk kamu 4 orang,
yes i admit that,
you all deserve ( more than deserve ) to get straight A+!

TAHNIAH!!

SMKA TOK JIRING BOLEH,
TERENGGANU HEBAT!

Photobucket
Share:

Tuesday, March 22, 2011

S is for Sarah ( and friends! ) Straight A's SPM 2010, Amin!

Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Bersempena hari keputusan SPM 2010 esok hari, today Sarah nak share some events yang terjadik while i was sitting for the big exam last year, ade yang best & ade yang bagi malu tahap harimau main nyorok2 dengan kucing, wakaka. Papepun, sudi-sudikanlah layan :)



Mase ni, first time jawab dalam kertas objektif, lupa la subjek ape, BI kot? Takpun Sejarah la, coz yang tu je subjek first week other than BM, BM memang takde kertas objektif kan? Hihi.

So, kat kertas objektif tu kan, dah siap tercatat nama calon, nombor kad pengenalan dan lain-lain.
Penjaga suruh cek butir2 yang ada dalam kertas jawapan objektif bermaklumat tu.
Sarah ni memang jenis loklaq, clumsy, ape2 je lah, cek sebelah mata je. Done.

Then tibe2 Aisyah ( kawan yang duk sebelah kanan Sarah dalam dewan peperiksaan, kitorang duk paaaaling depan taauu ) gitau, nama ayah die tak cukup.
So, angkat tangan lah kan?
Sarah ni pulak, baru terfikir,
"Eh, nama aku panjang jugak, macam name Aisyah lebih kurang, meh cek tengok"

Sekali nama my daddy pun tak cukup daa..
Hampeh betul Sarah ni, tadi cek konon takde silap la, sekali gabra pulak, bagitau balik kat Aisyah, "Eh, nama saya pun salah la!"
Then kitorang angkat tangan same2, ececey, sehati sejiwa :P

Pengawas exam pun datang, die amik kenyataan kemasukan exam kitorang & hilang sebentar.

Nama Sarah dalam kad pengenalan is Ummulwaqiah Maisarah binti Mohd Khairudin but dalam kertas objektif tu, jadi "Mohd Khairudi" jek, "n" dah hilang, huahuahua. Ayah sape tu? HAHA

Sepanjang SPM until the last objective paper, memang camtu la ejaan nama yang tercatat dalam kertas jawapan tu, sedih kan? Sebab dah takde ruang.

Pengawas : Awak hafal tak surah al-Waqi'ah? Sebab nama awak same la dengan surah tu.

Sarah : (Apehal plak cikgu nih tetibe jek tanya orang hafal ke tak, masuk bab lain dah ni) Er, er, hafal la cikgu. Hehe.

Pengawas : nanti kalau kat slip keputusan awak die eja camni jugak, awak mintak tolong cikgu awak tukar neh.

Sarah : Okay cikgu.

Tapi kan, tak sempat nak bagitau kat cikgu @ pengawas tu, nama Sarah "waqiah" ( dengan sebutan wa-qi-yah ) and surah al-Waqi'ah tu ( sebutan wa-qi-'ah [huruf ain] ), maknanya lain2.

waqiah : pemelihara
waqi'ah : nama lain bagi hari kiamat
Waaahh! Jangan bertukar okay!
Sarah anti sangat sape panggil my name dengan sebutan yang salah, huh!
Especially budak2 SMKA, hukhuk.



Ni pagi mase exam AddMath, pagi2 bace Yasin kan, sebelum masuk dewan, sempatla jenguk lagi buku2 AddMath.

Mase dah suntuk, pengawas exam dah panggil masuk dewan, kawan dah menggesa suruh cepat, Sarah baru tersedar, Sarah tak bawak kenyataan kemasukan ke dewan peperiksaan tuh!

Huwaaaa! Gile punye nervous, apesal la tak sedar awal2. Gabra2.
Nak nangis T_T apehal la senget sangat aku ni, huwaa~

Pastu gitau kat cikgu, "Cikgu, saya tak ingat nak bawak slip exam".
Malangnya cikgu tak dengar. Ade la dalam 3 kali ulang, cikgu tak dengar gax, huwaa~
Dah leleh dah mase tu, takut sangat sebab others dah masuk dewan exam. Ade kami je beberapa orang yang lambat, then my friend tolong bagitau cikgu.

Cikgu pun, "HAH??! Bakpe awak tak kabo awal2?"

Huwaaa~ Bergegas cikgu pegi pejabat amik surat. Maafkan saya, cikgu. Hukhuk. :(
Tak pasal2 nangis before jawab exam, huhu...




Ni hari AddMath gax, disebabkan jarak masa antara paper AddMath agak banyak, Sarah balik rumah dulu, lunch. Rumah kan dekat, no hal la :P haha
So, slip exam dah ade untuk paper petang tu. Next paper start pukul 2, hari tu hujan. Lebat sangat. Musim tengkujuh la katakan dekat negeri Pantai Timur. Berlari2 masuk dewan. Sejuk.

Dah dapat duduk tu, tarik nafas, hembus, baca doa. Tunggu jam tunjuk pukul 2 je lah kan.
Pandang2 orang sebelah, senyum-senyum, sengih-sengih, aku tengok hang, hang jeling aku & so on. ( Tu duk kat depan, buas semacam. Duk kat belakang, tak tau la camne :P )

Pastu tetibe, tengok Aisyah cam gelabah semacam je,
Sarah tanya la die, "Bakpe Aisyah?"

Aisyah : Saya tertinggal kalkulator dalam beg! Boleh gi amik dop?

Sarah : OOoo, gi amik je lah, takpenye. Kabo ar ke cikgu tu.

So sebab Aisyah terlupa nak bawak kalkulator, mata Sarah pun menjalar ke seluruh meja Sarah sendiri, nak tengok kat mana kalkulator Sarah.

Rupa-rupanya........

Sarah : Aisyah!! Saya tak bawak gak! Haha. Mujur gok!

Mintak izin dengan pengawas tu, kitorang pun berlari-lari la meredah hujan pergi amik kalkulator dalam beg masing-masing.

Ade ke nak jawab AddMath tak pakai kalkulator, genius bebeno la kalau camtu, hadeih,...
Ape punye orang da Sarah ni.... Bende penting camtu pun boleh terlupe. Hikhik.



Ni malu gila. Paper kedua terakhir, Bahasa Arab Tinggi.
Hari Selasa, 14 Disember 2010. Last paper, Pen. al-Quran & as-Sunnah - 16 Disember 2010.

Sarah ni, memang jenis tak dengar nasihat la, haha. Degil. Iron baju pagi before pergi sekolah.
Mak dah berbuih mulut suruh iron malam-malam. Tak kalut sebelum nak gi sekolah tu kan, tapi Sarah is Sarah. Degil. Hihi.

Nak dijadikan cerita, pagi 14 Disember tu on la suis iron, letak jilbab,
baru je gerakkan seterika tu 1 cm, tetibe plap! GELAP!!!
Huwaaaa, black out doe!!

Base guh (orang Terengganu paham la kot, haha) , ceh =.="

So, yes yes, I went to school on the day with all the kedut2 on my school uniform.
Menyesal mak oiii! Malu gila. Sume sengih2 kambing je tengok, haish! Ape tengok2, aku ada hutang ka? Malu!

Siap ade tanye agi, "Ummuul! Bakpe gitu??!"
Yeah, dengan selambenye "Hekhek, black out la pagi tadi :P" (Wah, kantoi aku iron baju pagi2)
Tak kurang jugak yang "Ummuuul! HAHA!" -.-"
*blushing sepanjang hari, ouhhh*

Kat sekolah pun black out, jawab exam dalam kegelapan sikit hari tu :P

Akhir kata,
esok pasti tiba.
Takut, nervous, lumrah la kan?


Along, Kak Cik, Aimi, Fiz, Enah, Teef & Sarah.
And this, Anugerah kecemerlangan 2009,
i hope we'll be there again, for "Anugerah Kecemerlangan 2011", maybe?
Amin.
Kredit : Kak Cik
And this.
Amin. Amin. Amin.
InsyaAllah.

InsyaAllah, ada khabar gembira buat kami di SMKA Tok Jiring dan calon SPM 2010 seluruh Malaysia, amin :)
Doakan kami.

Duhai hati, tenanglah dikau..
Percaya bahawa Dia telah merencana sesuatu yang baik untukmu.
Believe in ALLAH.

22 Mac 2011
Photobucket


Share:

Sunday, March 20, 2011

Akhirnya! I did it! Eureka! Waaahh! HAHA

Ignore the title please, crazy mode. Haha.
Alert : SPM results will be announced in 2 days.

Okay, ape yang happy sangat ni? Result tak kuar agi pun, haha. Mintak2 la dapat straight A's hari Rabu ni, amin2!!!
Tempoh hari telah datang sekeping mesej daripada kakak saya, yes Miss Wan Nur Syafiqah Izzati Wan Ibrahim, what the? kakak tapi ayah lain2? Haha. Kakak dalam khayalan, since form 3 dah start panggil her kak cik ^_^ manje sangat gamoknye ambe ni :P

Back to the story, beliau meyakinkan Sarah untuk buatkan header untuk blog beliau, kan Sarah sejak duk rumah duk berjinak ngan photoshop, orang lain dah dapat lesen drive segala, me buat la something yang beneficial jugak. Ek eleh, buat header untuk orang pun kecoh ke? Mestila! Haha. Sebab ni first time, first trial and what-so-ever-called-first!

Starting from last night & ciap tadi, suke sangat sebab animation tu menjadi, weeee~

So, product? Ade la nampak cam keje budak2 sikit, weeee~
And langsung tak pro, kan kan? Pedulik hape! haha

Komen2?

Tu je untuk hari ni,
nak pegi wat tutorial apit lak, yang menu tab accordion, tak jadik2, hampeh + kuciwa =.="
Papai!

PS : Tak bape sharp, ade sape2 leh gitau kenape? Mase dalam process okay je, tetibe mase save jadi cenggitu, sobs T_T

Photobucket
Share:

Saturday, March 19, 2011

Title : Hari ni dah 19 Mac 2011 0_o

Mati kutu. *me - tade kutu oke*
Abis idea nak post, gara2 semalam terlanjur tengok kalendar, weh, apesal neh?

Hari ni 19 Mac 2011... 20, 21, 22, weh! 3 hari agi result! Kenyang ase untuk beberapa hari, wakawaka :D
Kelmarin timbang, 41 kg! Yippee! ^_^

Papai!


New cousins ^_^
Aisyah & Adra, twin babies =)

Photobucket
Share:

Thursday, March 17, 2011

La Tahzan Ya Ukhti :)

Assalamualaikum!
Ha, hari tu, ade janji nak post satu entri untuk my lovely cousin named Naqiah Othman ( eleley.haha.siyes tak tipu,lovely ape.hihi ) yang nampak sedih sangat dalam post beliau tempoh hari~
Terharu dan sedih bace post Dikyah hari tu, mujur tak kantoi nangis depan PC :P

Okay sis, don't be sad anymore!
Read this :)

ALLAH TIDAK MEMBEBANKAN PADA SESEORANG,
MELAINKAN SESUAI DENGAN BATAS KESANGGUPANNYA.

Sepuluh Kaedah Meraih Kebahagiaan

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan.
Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap dengan segera.

Seorang pakar psikologi Amerika mengatakan : "Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah, iaitu :

1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.
2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.
3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.
4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
5. Hayati hidup yang sedang dijalani: jangan menyesali hal yang sudah berlalu: dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.
6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.
7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang-orang yang optimis.
9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.
10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan."

Sarah nak mencadangkan Dikyah beli buku ni, "Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia" :D
Sounds motivating, right? Hihi. Tak sampai RM20 pun, kurang 20 sen lagi nak RM20, haha XD


Pastu, dalam buku ni gak, ada menasihati kite baca doa :


Kan di akhir solat kite, kite bagi salam & lazimnya kite sapu muka dengan tangan, kan?
Dulu, kawan Sarah, Shahirah pernah ajar baca satu doa mase sapu muke tu, maybe readers dah tau, tapi bagi yang belum, bolehlah amalkan ;)

Sampai sini dulu coretan kali ini, insyaAllah bersambung di lain hari :)
Lame tak post kan? Mencari ilham sekejap, ahaha XD
Kan dah berubah header blog ni, tu lah hasil ilhamnya, komen? Hihi
Papai, wassalam! :)

P/S : Fahamkan makna doa time berdoa tu, click on the pic for a larger view.
Photobucket
Share:

Sunday, March 13, 2011

Kurang Sihat, sobs.. T___T

Assalamualaikum dan hello guys :)

Firstly, to my cousin Miss Naqiah, entry yang Sarah janji tu sabar ek,,hikhik :)

Rasa macam dah lama je tak ngadap PC ni, wuwu.
Sakit kepala & tekak lah, seminggu sudah, wuwuwu, sejuukkk grrr, takkan nervous result kot? Huhu. Okay2, memang nervous, tipu doe kalau langsung tak nervous.

Entry je melalut je pun, takde bende penting, kat Terengganu sekarang asyek hujaaan aje, sejuk.. Bukan ke sekarang ni supposedly Monsun Barat Daya ke? Macamla monsun barat daya takde hujan Sarah eh, apo hang merepek, aish....

Tadi, kat facebook, tengok video air pantai ( Pantai Batu Burok kalau tak silap ) naik sampai ke jalan, kesan tsunami kat Jepun, uiks~
Syukur kita selamat lagi kan? Alhamdulillah..

Oh ye, disebabkan tahap kesihatan agak merudum, kucing2 kesayangan turut dapat effect, wuwu, sorry my babies sayangs, Sarah tak punye kekuatan nak kuar bagi dyorang makan, kejam kan? Wuwu. Promise2, lepas ciap entry ni nak offline jenguk dyorang.

Semalam tidur lambat sikit, hajat nak tunggu & tengok Datuk Lee Chong Wei lawan badminton tapi tak kesampaian, too late, tidur lagi bagus, kan? Hihi

Sempat ulang tengok Terminator 3 kat TV2 & selang seli dengan match semi final all england yang men, mix, women double. Tengok tak ni? Rugi tauuu kalo tak tengok, besh2, hihi ^_^

Okaylah, gotta go! Kesian sama kucing2 saya, papai!



Nama dia : Putih
Kurus like his owner, hehek.
Lokasi : Blakang rumah~



Nama dia ni plak, Tiger.
Kucing memang suke tidur telentang ke?



In picture : Putih, Tiger & Totom
Tengah syok tidur, tengok saje lah gaya Putih,
seksa je nampak.



Noddy musyuk2!

P/s : Ada sekor lagi ni! Yang paling tua, Mami nama dia tapi slalu je hilang, gatai pi cari jantan, haish =.="
Photobucket
Share:

Friday, March 11, 2011

Result dan Tsunami

Earthquake berukuran 8.9 magnitude
menyebabkan tsunami di Jepun.



Bukak2 PC tadi terkejut tengok amaran kat google, wow
0_o
Huhu, menakutkan lah bende ni sume,
Dunia dah tua....
Harap2 kite selamat, amin.
Kejutan pertama.

more pictures - click here



Betul tak tipu Sarah baru tau!
Kejutan ke-2 petang ini! Huwaaa~

view NST


Photobucket
Share:

Seronok ke ejek orang?

Assalamualaikum :D
Penat blogwalking tadi, fuh *berpeluh*

Entri ini lahir setelah 9 bulan dikandung wehweh, mengarut! Lahir sebab ade mendapat aduan daripada rakyat jelata, hoho.

Siyes2. Camni, ade somebody ( rahsia okay ) bagitau dia telah dikutuk kerana suatu kepelikan ( turut dirahsiakan ) yang terdapat pada dirinya. Kepelikan ke? Taktau ape kategorinya tapi main point di sini, dia diejek oleh orang lain! Eh weh, manusia ni hebat sangat ke sampai selambe je ejek orang lain?

Kasian la kat dia tau, sedih dia, rendah diri jadik dia tuh. Wuwu.

Sarah pun pernah kesedihan disebabkan ejekan orang.
Once, tahun lepas kot, ade budak-budak ejek my special sister,
they called her " ORANG GILA "!

Eh sedap mulut korang aje,
ade otok dok gune, letok kat lutut saboh, kejean ngate ke orang, guane, bereh doh ke buleh syurge?

Terkeluar loghat Terengganu, maklumlah, nak cakap Kedah tak reti walaupun I was born in Kedah XD



Perasaan? Geram la. Sedih pun ade bile orang kate kat adik camtu. Ye la, Sarah manusia jugak. Ade hati, perasaan, jantung dan perut. Lupa plak nangis ke tak. My sister is a special girl, bukan orang gile, ok! Yang mengate tu pun, bukan budak2 sangat, sebaya Aneesah jugak, dah ada otak, boleh fikir, ape tak belajar bab adab dengan manusia ke? Mak ayah tak ajar ke? Macam tak logik plak tak diajar, kat sekolah subjek Agama Islam mesti ade diselitkan jugak. Ponteng kot..

By the way, perlu ke ejek orang? Seronok?

Masing2 kan ade kelebihan & kekurangan, kite sume dah maklum "nobody's perfect", kan?
Tak payah la ejek2, kutuk2 orang lain, sebab "what goes around, comes around",
contohnya kita kata kat somebody ( lelaki ) yang sedikit lembut, karang korang kawen dapat anak lelaki terlebih lembut, nak?
Buat baik, dibalas baik, buat jahat, balasan pun jahat la, setimpal.

Solat, puasa, sedekah : dapat pahala.
Mengata, fitnah, mengejek : dapat dosa.

Yang hairannya, gejala sebegini sangat menular dalam kalangan orang Melayu kita, majoriti of course agama Islam, sangat hairan. Mengumpat, memfitnah, mengejek, merempit dan segala yang pelik2 tu, mostly, orang Melayu la yang terlibat.
Ejek sesama kita, fitnah saudara sendiri, bila nak hilang tabiat2 semua ni?

Tapi bukan semua, masih ada kita yang baik2 ni, kan?
Peneraju agama, bangsa dan negara pada masa akan datang, insyaALLAH..

Kesimpulannya, tak payahla kita merendahkan, kutuk, ejek saudara2, kawan2 kita, ataupun orang yang tak dikenali, kelak meruntuhkan tali persahabatan yang sedia ada.

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya, “Cukuplah seorang itu dinilai jahat jika dia merendahkan saudaranya sesama Muslim” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Bila dah kutuk dan sebagainya, impaknya, silaturahim antara satu sama lain mesti dah tak kukuh, nanti lama2 tak bertegur sapa dah, tak nak la camtu kan?

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Riwayat Al-Imam Muslim)

Tamat post kali ni, moga dapat sesuatu yang bermanfaat ^_^
Wassalam :)

PS : Teringat "Memelihara Ukhuwah Islamiah" dalam PSI, rindu Ustazah Saba T___T
P PS : Rasa macam buat karangan pulak, ouhh, nak pegi sekolah!
Photobucket
Share:

Thursday, March 10, 2011

Pesanan Untuk Juniorku

Sekarang kan, time duduk sorang2, termenung kat rumah, mesti terfikir, duk congak2 result "bape la aku dapat ek?",
tibe2 rase penyesalan kenape la tak belajar sungguh2 dulu agak kerap singgah di sanubari ini, singgah je pun,tak kekal duduk terus, hahak.
Kalau la dulu aku belajar sungguh2 takdelah rase berdebar kot...takdelah nak termenung due tige jam pikir result dapat bape, kan?

Mengimbau kenangan persekolahan 2010...

Perjalanan di tingkatan 5 tak semudah yang disangka, banyak sangat pengajaran yang aku dapat especially yang melibatkan keputusan peperiksaan.
Sebab tu rase nak abadikan di sini untuk adik2 amik iktibar & tak ulang kesilapan yang agak bodoh yang pernah aku buat dulu.

TOV SPM 2010.

Maybe sebab ni ujian TOV so aku agak meng-anaktiri-kan ujian first untuk tingkatan 5 ni.
Aku tak sedar impak yang akan aku dapat kalau tak score betul2 TOV ni.
Memang untuk subjek sains ( BIO, FIZ, KIM ) & Add. Math, aku buat sambil lewa sebab "alaaa, TOV je, takdelah penting sangat pun, ranking pun takde".

Keputusan? Nah, 6a (yang kebanyakannya a-) 5C! Aku skor cukup2 makan je untuk fizik dengan kimia yang mane masing2 aku dapat 50%,
bio lak aku dapat 55, addmath 54 serta BAT 59!

The worst results ever,seriously!
Ape gune duk kelas 5 Al-Ikhlas dengan result macam tu? Wat malu muke je.
Aku rase kalau cikgu tampal ranking for sure merudum teruk, maybe num 40 & above, wuwuwu.

Menyesal? Dalam hati je tu pun bukan sungguh2. Masih dengan sikap aku yang suke main2 & ambil mudah terhadap suatu perkara.

Then, sampaila saat pemilihan guru muda bagi subjek biologi, kimia, fizik, addmath & bahasa arab.
Perasan tak?
Tu sume subjek yang result aku C!
Dah nampak why aku menyesal?
Sangat2. Aku balik nangis2 dalam bilik, sedih sangat2. Kene pulak para GM ade kem kat sekolah, lagi menambahkan tahap kesedihan dan cemburu aku.
Tu lah kot penyesalan pertama aku dalam tingkatan 5, tak dapat aku gambarkan betapa kecewanya aku.
Menangis tiap2 hari mase tu, sedih tak terkata.
Aku admit, aku memang teringin nak jadi GM for addmath tapi suatu hari aku sedar,
ketetapan Allah semua ada hikmahnya yang tersembunyi. Aku je yang tak tau.

Kemuncak kesedihan aku, bila masing2 GM bawak beg sebab ade kem kat sekolah mase tu.
Kawan2 aku seme terpilih. Daripada 35 orang pelajar 5 al-ikhlas, hanya 5 orang termasuk aku tak terpilih untuk jadi GM ni.
Tak ke rase macam, "b****nye lah aku........" wuwuwu..
Sedihhh...tak siapa tahu...sebab aku pendam sorang2...

Lewat petang tu, aku duk kat rumah, tengah wat bende ape ntah, ade call masuk.
Farah. Aku pun angkat.
Khabar gembira menanti ouh! Ade 2 kekosongan untuk GM Fizik menanti.
Daripada berita yang Farah & Shahirah sampaikan, Cikgu Mad ade sebut name aku.
Ya Allah, bersyukurnya aku mase tu, gembira sangat2 apatah lagi ayah aku dah bagi greenlight.
Tu lah kali pertama aku mengambil masa yang singkat untuk kemas baju & get ready untuk ke sekolah.
Ajaib kan? Bermotivasi nye aku mase tu.

Tapi, ade jugak perasaan ragu2 yang bertandang dalam hati aku ni..
Ye la, aku ni tak layak pun sebenarnya nak jadi GM ni, tibe2 pergi, dahla dapat 50 je, tak ke nanti orang pandang pelik..?
Orang setuju ke aku jadi GM ni?
Layak ke aku ni?
Betapa tebalnya muke aku pergi kem tu mase tu, tak dapat aku bayangkan.
Dekat kem, aku belajar cope dengan keadaan, aku tak fikir ape orang kate.
Aku tingkatkan sikit self-confidence aku mase tu memandangkan aku mempunyai masalah infeority complex yang agak meruncing xD

Mase tu automatically aku pasang azam,
azam baru seorang Ummulwaqiah Maisarah,
mid year exam nanti,
aku nak mengamuk, hoho.
Aku takmau frust dah, aku nak naikkan result aku yang teruk ni.
Especially addmath ( bukan fizik, hoho )

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya....

Midyear exam @ OTI 1 SPM 2010.

Mase berjalan sebegitu pantas. Korang takkan sedar. Apatah lagi dengan kelas tambahan setiap petang, balik lewat,
menjadikan kite lagi letih, mentally & physically. Homeworks pun tungang langgang. Ulangkaji pun berterabur.
Azam aku hari tu pun macam ingat2 lupe je.
Aku menjalani exam dengan jayanya, hoho. Persediaan?
Taklah hebat sangat tapi lebih la berbanding TOV, kan aku dah berazam hari tu. Hihiiii..

Oh ye. Aku agak bermasalah dalam subjek yang memerlukan penghafalan such as Sejarah.
Dari form 1 memang aku mundur dalam subjek Sejarah ni.
Dahla fakta die tak boleh nak main hentam, kene jawab lah dalam bentuk esei. Korang maklum sendiri la kan soalan sejarah upper form.

Full result dah tau. Aku agak sedih walaupun result addmath & bio aku naik mendadak,
aku dapat 69 untuk sejarah dan paling menyedihkan, i scored 66 for my Pendidikan al-Quran & as-Sunnah.
Mengecewakan. Memalukan. Belajar kat SMKA tapi result subjek agama B+.
Aku memang tak dapat memaafkan diri aku saat tu.
Aku bukan saje mengecewakan diri aku sendiri tapi ustazah pun nampak frust sangat mase tu.
Mungkin dalam pada aku tumpu pada subjek lain, aku tercicir PQS ni.

Itulah kesilapan bodoh aku untuk exam mid year. Aku tinggal je subjek yang selama ni aku dapat A,
macam ade unsur kesombongan sikit & tanpa penangguhan, aku terima balasan atas perbuatan aku tu.
B+ untuk PQS tercatat dalam Buku Rekod Kemajuan. Aishhh...

Fizik dan Kimia aku mencatatkan gred B+ & B untuk OTI 1, okaylah tu kot.
Aku tak berbangge malah kecewa, sebab ramai kawan2 aku dapat A, aku plak, B je. sobs.

Sejarah plak, jeng jeng jeng...
Buat junior aku, mesti kenal kan dengan Cikgu Zawaiyah. Hoho. Dengan muke tebal 3 inci aku merayu,
cari jugak kat mane isi dalam esei bagi melayakkan aku untuk dapat 70 ni,
biarlah A- pun,
lebih baik daripada B+ kan?

Hasilnye, Walaupun bukan sebab rayuan aku ( aku fail bab pujuk2 orang okay ),
sape2 yang dapat 69 & 79 ( kalau tak silap ) boleh tambah 1 bagi menaikkan gred keputusan SJ masing2.
Syukur! Baiknye Cikgu aku! Moge Allah merahmati cikgu ^_^

Totally, aku berjaya dapatkan 8a 3b untuk OTI 1 SPM 2010 dengan penyesalan tak berkesudahan bagi subjek PQS.
( Sebab aku pikir, kalau PQS dapat A mesti aku dah dapat 9A, wuwuwu )
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...

Mase tu, 3 orang dah dapat straight A's, bijak diorang kan? Weeee~
Tepukan untuk mereka * clap clap clap *
Dapat hadiah tajaan penerbangan pergi balik ke KL ( untuk satu hari )
Alaaa, tau korang sume kaye, tak heran dengan hadiah camtu, at least diorang dapat free, kan?

Trial SPM 2010

* dup dap dup dap *
Hoho.
Saat2 yang tak dinantikan.
Bahang peperiksaan kian terasa.
Boleh tengok suasana kat sekolah, masing2 dengan study group. Walaupun kelas dah extend until 4.30, sambung lagi dengan study group, gila kan?
Stido group lagi, waka waka. Macam2 ragam.
Aku plak sibuk main game Plant vs Zombie mase ni.
Hoho. Tak matured? Eh, best ape game tu!

Sebelas subjek untuk diulangkaji.
BM BI MM SJ BAT PQS PSI MT BIO FZ KIM
Senang? Fuuuhhhh, aku tak tau lah camne keadaan orang yang amik 20 subjek. mase mane la diorang makan,
tidur, tengok tv, main game etc..hahaaa

Okay.. Aku bukanla tak sedar diri langsung, dalam pada main game sempat jugak aku study.
Harapan mak ayah tinggi, cikgu2 dan aku sendiri, mesti nak tengok ramai dapat straight A's kan?
Aku pun study la mane patut..
Tanye kawan yang mane aku tak pandai.. Kimia especially..
Mujur kawan2 aku seme bijak2 ^^,

Exam - done. Dah habis trial, yay~ Merdeka!
Merdeka sementara. Pastu cuti seminggu, celebrate Hari Raya Aidilfitri,
weeee, dapat duit raye, ( tapi tak banyak macam selalu T________T ).
Then sekolah pulak.
Result trial! Ha, agak2 korang, bape aku dapat?

8 orang daripada 266 calon SPM 2010 SMKATJ dapat straight A's, tak termasuk aku. Hampeh btol =.=
Di sini penyesalan aku untuk trial SPM 2010.
Aku memang tak belajar daripada kesilapan, T___T
Segalanya cantik je, tibe2 aku dapat B+ plak untuk BIO, haisyhhhhh......!
Mentang2 exam sebelum tu aku dah score elok untuk BIO, haila....padan muke aku!


nampak tak result biologi yang turun naik macam degupan jantung, hoho.

Benci betul aku. Waaaaa!
Sedih pun ade, sebab? Yang dapat straight A's tu mostly member2 kamceng aku~
Aku jugak yang paling down, sedih laa T___T
Shahirah, Adlina, Ika, Ain, Faizah ( kawan2 baik sejak form 2 ) diikuti Aisyah, Nurin & Amin.

Tapi, tu belum lagi kemuncak kesedihan aku.

Bese la kan, lepas trial, kerajaan Terengganu akan wat kem untuk calon2 peperiksaan.
Pemilihan berdasarkan result trial la pastinye.

Rase macam kepala kena hempap ngan batu besar je bile dapat tau kene pegi kem bio ( totally blaja bio je ) without any of my girl-friends ( no chaperone, ouhh T___T ), so sape kawan aku kat kem tu?
Yeah2, encik Ajwad yang terhormat, aish......... =.="
Sebab kami je calon SPM 2010 SMKATJ yang tak dapat straight A's sebab kantoi kat subjek Bio.
( Tapi tak se-"best" Syahir kot, wakakaka! Kene pegi kem Fizik sorang2! )
Ops! Sorry Syahir! HAHA.

Korang terfikir tak?
Kawan2 aku yang dapat straight A's tadi dapat kem ape?
Ha, tu lah kemuncak kesedihan aku, sobs.

Mase tu hari Isnin, esoknye hari Selasa,
kelas kitorang dah sepakat nak organise Jamuan Akhir Tahun 5AIK 2010 pada hari Selasa tu.
Tibe2 kan, ade announcement. Cikgu panggil beberapa nama ( 8 orang tadi ), "sila hadir ke pejabat sekarang juga".
Dalam hati aku mase tu, "Ah sudahhh,,,esok jamuan, mesti diorang kene pergi somewhere ni.."

Oh yes, tekaan aku sama sekali tidak meleset,
diorang di-invite untuk ke hotel mana ntah,
menikmati makan malam bersama MB Terengganu dengan calon2 SPM sekolah2 lain yang dapat straight A's gak from seluruh Terengganu.
Takde kem2 dah, kan dah bijak..Hihi.*no hard feeling okay guys if u're reading this*
Cambest je kan?

Well..sape tak jelez ooiiii?
Wuwuwu..
Sedih betul,
sekali lagi rase macam ade orang hempap batu je kat atas kepala ni,
bukan batu,
rasa macam ada orang baling kapal selam je, dush, kene, terus mampus, hoho.
Kenapalah aku tak study betul2? Sobs T____T

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...

Diorang kene pegi petang tu gak & balik selepas 2pm keesokan harinye..
Syukur lagi padaNya sebab jamuan kitorang start pukul 2.30pm..so sempatla diorang join skali..

Dalam sedih2 aku, Allah masih bagi khabar gembira, syukur :)

Tu lah, sape suruh tak study betul2,
kesannya,
aku juga yang dapat, aku jugak yang rase.
Bukan orang lain.
Diulangi, bukan orang lain yang rase, aku jugak.

So,( panjang citer sebelum nak berpesan tu, alahai... )
pesanan aku buat adik2, junior kat SMKATJ khususnye,
study awal2.
Buat yang wajib dulu, yang tak wajib tu tinggalkan dulu.
Utamakan yang terpenting antara yang penting.

Kalau form 5,
anda masih belum terlambat untuk memecut.
Study balik yang form 4 dulu, rajin2 kan diri, mesti gigih, asah otak,
mane yang form 4 dulu tak master agi, please study balik.
Tanye cikgu.
Yang pelajaran baru, tak faham terus tanye, jangan bertangguh!
Saat ni, kite yang kene cari cikgu, bukan tunggu cikgu datang kat kite.
Hendak seribu daya, tak hendak bertrilion dalih!

Form 4,
perlu ingat, time tak faham, terus tanye. Jangan tangguh2 dah.
Especially BAT, addmath, fizik, bio, kimia dan ape2 je lah,
homework pastikan siap. Kalau tak siap pun pastikan faham ape yang dah belajar tu.
Ikhlas pesanan daripada senior korang yang menyesal tak habis, sobs..
Sebab aku dulu tak suke wat homework kalau cikgu tu tak garang, hoho xD

Form 5,
sekarang dah Mac. SPM kebiasaannya bulan November kan?
So ade lagi 7 bulan yang tinggal.
Lame lagi?
Tolak puasa sebulan, raye sebulan, exam mid year & trial sebulan, tak lame dah.
11 subjek yang perlu dikuasai.
Tak nervous? Lantaklah.

SPM tu penting sangat kat Malaysia ni.
Sebab kalau SPM korang tak score, susah nanti nak further study dalam bidang yang korang minat.
Bile SPM cemerlang, serta merta pelbagai tawaran akan korang terima. Tak nak ke macam tu?
Betul, kalau tak cemerlang, memang boleh wat diploma, amik sijil kemahiran atau masuk tingkatan 6 paling kurang nanti,
tapi, sementara boleh berusaha ni,
usahalah agar korang bersama mak ayah tersenyum dan menangis kegembiraan saat result diumumkan next year,
bukan jealous dengan kejayaan orang lain dan menangis kesedihan serta menyesal tak berkesudahan.. (mintak jauh!amin!)
Biar mak ayah bangga dapat anak cam korang, okay?
Takdelah rase membazir duk sekolah dari 5 tahun sampai 17 tahun, tak gitu?

Jangan menyesal dikemudian hari....

Oh ye, doakan kami students batch SPM 2010 agar cemerlang SPM 2010 dengan gemilangnya, amin..

P/s : Tak nak menyesal bile dapat result SPM nanti...hukhuk
Photobucket
Share:

Monday, March 7, 2011

Sunday, March 6, 2011

Adehh... Adik2 aku....

#Insiden 1

Mak tengah potong kuku adik bongsu Sarah.
His name : Wafiy, 6 years old ( tapi macam 3 tahun jek, adeh =.=" )

Pastu maybe terlajak sikit kot.. Tapi budak tu memang exaggerate sikit..

Wafiy : Aaa, sakit2! Aaa, miao miao!

=.= Hape kes la sakit sampai "miao miao",,,hadeih...

#Insiden 2

Semalam, lepas dinner, mesti tolong kemas meja sume2 kan..
Then, rase macam lantai berhabuk je..

Sarah : Neesah, tolong sapu sikit lantai ni..
Neesah : Ok.

Sarah tengah basuh pinggan at that moment.
So, die sapu la, budak "baik" la katakan.. Hoho..
Suddenly..

Sarah : Oit oit! Weh, kaki aku pun kene sapu ke?

Neesah : ( Dengan selambe ) Sampah masyarakat........

Cheish..... Sabo je lahhh....=.=
Photobucket
Share:

Thursday, March 3, 2011

I've updated my followers!

I've updated my followers!
Kawan2 bila lagi?
Sarah buat bloglist untuk "blogs I'm following" coz kebanyakannya adalah followers Sarah :)

Senang sikit tengok update diorang ;)


Photobucket
Share:

Tutorial : Letak Scroll pada Widget

Requested from my sister =)

Okay, scroll macam mane yang Sarah maksudkan ey?
Yang macam dalam gambar kat bawah ni, sila tengok :D


ha, kan ade scroll kat tepi tu.

Sarah buat kat semua bloglist kat blog Sarah & kat blog archive sekali sebab ia menjimatkan ruang dekat sidebar, Sarah suke kemas2 okay, itu memang Sarah, hihi. Unsur perasan di sini. :P

Cakap banyak tak gune, camne nak buat ek?

Okay macam biasa, sign in akaun blogger then from dashboard => Design => Edit HTML.

Untuk keselamatan, takut tak jadi nanti, Download Full Template dulu okay :)

First, dalam coding yang menari2 kat skrin PC / laptop tu, sila cari widget id yang korang nak wujudkan scroll tu.

Katakanlah, Sarah nak buat untuk bloglist BFFs' Sarah tu, so Sarah tekan Ctrl+F then taip "BFFs'".

Nampak tak? Yang Sarah highlight kan sebaris tu.
Okay, yang dalam kotak merah tu is widget id bagi bloglist BFFs' Sarah.
Widget id = BlogList3

Dah ade widget id, baru kite boleh proceed to our next step,
search pulak code



Jumpe tak? Cari sampai jumpe sebab mesti die ade, hihik. cari b:template-skin dulu kalau nak senang.

Okay, code kat bawah ni korang copy then masukkan dalam notepad@wordpad dulu.


#BlogList3{
height:210px;
overflow:auto;
}

BlogList3 tu widget id Sarah, korang paste widget id korang kat situ.

Saiz kotak scroll pulak boleh ubah kat 210px tu, buatlah 180px ke, 300px ke, ikut citarasa :)

Faham sampai sini? Tak faham tanye.

Then siap dah letak widget id korang,
copy sume kod pastu paste kat sebelum kod
tadi.

Tengok Sarah punye, banyaaaakk! Hehe
3 bloglists, 1 blog archive =P

Preview dulu tengok jadi @ tak pastu bile dah jadi, baru boleh save, okay?

Selamat mencuba!
Ade pape kemusykilan tanye je, kot2 Sarah boleh tolong & sorry kalau tutorial ni serabut. Huhu.

Kredit to : Teknik Buat Blog


Photobucket
Share: