Thursday, March 17, 2011

La Tahzan Ya Ukhti :)

Assalamualaikum!
Ha, hari tu, ade janji nak post satu entri untuk my lovely cousin named Naqiah Othman ( eleley.haha.siyes tak tipu,lovely ape.hihi ) yang nampak sedih sangat dalam post beliau tempoh hari~
Terharu dan sedih bace post Dikyah hari tu, mujur tak kantoi nangis depan PC :P

Okay sis, don't be sad anymore!
Read this :)

ALLAH TIDAK MEMBEBANKAN PADA SESEORANG,
MELAINKAN SESUAI DENGAN BATAS KESANGGUPANNYA.

Sepuluh Kaedah Meraih Kebahagiaan

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan.
Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap dengan segera.

Seorang pakar psikologi Amerika mengatakan : "Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah, iaitu :

1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.
2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.
3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.
4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
5. Hayati hidup yang sedang dijalani: jangan menyesali hal yang sudah berlalu: dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.
6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.
7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang-orang yang optimis.
9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.
10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan."

Sarah nak mencadangkan Dikyah beli buku ni, "Jangan Bersedih, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia" :D
Sounds motivating, right? Hihi. Tak sampai RM20 pun, kurang 20 sen lagi nak RM20, haha XD


Pastu, dalam buku ni gak, ada menasihati kite baca doa :


Kan di akhir solat kite, kite bagi salam & lazimnya kite sapu muka dengan tangan, kan?
Dulu, kawan Sarah, Shahirah pernah ajar baca satu doa mase sapu muke tu, maybe readers dah tau, tapi bagi yang belum, bolehlah amalkan ;)

Sampai sini dulu coretan kali ini, insyaAllah bersambung di lain hari :)
Lame tak post kan? Mencari ilham sekejap, ahaha XD
Kan dah berubah header blog ni, tu lah hasil ilhamnya, komen? Hihi
Papai, wassalam! :)

P/S : Fahamkan makna doa time berdoa tu, click on the pic for a larger view.
Photobucket
Share:

6 buddy (ies):

naqiah said...

tq sarah... dikyah ad 2 buku ni.. dok mana xtau..

uwmaisarah said...

ya ka? baca la :)
best :) hihi

u're most welcome :)

naqiah said...

dh baca abih dh sara.. tp dh lma.. hehehe

uwmaisarah said...

gud2, silap suggest ni, haha XD

Syauqatul Wardah said...

Assalamualaikum..^_^

kak b2 pun ada dah buku ni,
Cikgu xtau kak b2 ada, pegi beli satu lagi..
sudahnya dua2 ada buku ni...hehehehe

sedap2 ^_^

uwmaisarah said...

waalaikumussalam :)

hahaha, xpe, nanti kalau ade yang pinjam, still ada lebih satu. heee :P

betul2, sedap buku ni, byk kata2 menarik dan menyenangkan hati..