Thursday, March 10, 2011

Pesanan Untuk Juniorku

Sekarang kan, time duduk sorang2, termenung kat rumah, mesti terfikir, duk congak2 result "bape la aku dapat ek?",
tibe2 rase penyesalan kenape la tak belajar sungguh2 dulu agak kerap singgah di sanubari ini, singgah je pun,tak kekal duduk terus, hahak.
Kalau la dulu aku belajar sungguh2 takdelah rase berdebar kot...takdelah nak termenung due tige jam pikir result dapat bape, kan?

Mengimbau kenangan persekolahan 2010...

Perjalanan di tingkatan 5 tak semudah yang disangka, banyak sangat pengajaran yang aku dapat especially yang melibatkan keputusan peperiksaan.
Sebab tu rase nak abadikan di sini untuk adik2 amik iktibar & tak ulang kesilapan yang agak bodoh yang pernah aku buat dulu.

TOV SPM 2010.

Maybe sebab ni ujian TOV so aku agak meng-anaktiri-kan ujian first untuk tingkatan 5 ni.
Aku tak sedar impak yang akan aku dapat kalau tak score betul2 TOV ni.
Memang untuk subjek sains ( BIO, FIZ, KIM ) & Add. Math, aku buat sambil lewa sebab "alaaa, TOV je, takdelah penting sangat pun, ranking pun takde".

Keputusan? Nah, 6a (yang kebanyakannya a-) 5C! Aku skor cukup2 makan je untuk fizik dengan kimia yang mane masing2 aku dapat 50%,
bio lak aku dapat 55, addmath 54 serta BAT 59!

The worst results ever,seriously!
Ape gune duk kelas 5 Al-Ikhlas dengan result macam tu? Wat malu muke je.
Aku rase kalau cikgu tampal ranking for sure merudum teruk, maybe num 40 & above, wuwuwu.

Menyesal? Dalam hati je tu pun bukan sungguh2. Masih dengan sikap aku yang suke main2 & ambil mudah terhadap suatu perkara.

Then, sampaila saat pemilihan guru muda bagi subjek biologi, kimia, fizik, addmath & bahasa arab.
Perasan tak?
Tu sume subjek yang result aku C!
Dah nampak why aku menyesal?
Sangat2. Aku balik nangis2 dalam bilik, sedih sangat2. Kene pulak para GM ade kem kat sekolah, lagi menambahkan tahap kesedihan dan cemburu aku.
Tu lah kot penyesalan pertama aku dalam tingkatan 5, tak dapat aku gambarkan betapa kecewanya aku.
Menangis tiap2 hari mase tu, sedih tak terkata.
Aku admit, aku memang teringin nak jadi GM for addmath tapi suatu hari aku sedar,
ketetapan Allah semua ada hikmahnya yang tersembunyi. Aku je yang tak tau.

Kemuncak kesedihan aku, bila masing2 GM bawak beg sebab ade kem kat sekolah mase tu.
Kawan2 aku seme terpilih. Daripada 35 orang pelajar 5 al-ikhlas, hanya 5 orang termasuk aku tak terpilih untuk jadi GM ni.
Tak ke rase macam, "b****nye lah aku........" wuwuwu..
Sedihhh...tak siapa tahu...sebab aku pendam sorang2...

Lewat petang tu, aku duk kat rumah, tengah wat bende ape ntah, ade call masuk.
Farah. Aku pun angkat.
Khabar gembira menanti ouh! Ade 2 kekosongan untuk GM Fizik menanti.
Daripada berita yang Farah & Shahirah sampaikan, Cikgu Mad ade sebut name aku.
Ya Allah, bersyukurnya aku mase tu, gembira sangat2 apatah lagi ayah aku dah bagi greenlight.
Tu lah kali pertama aku mengambil masa yang singkat untuk kemas baju & get ready untuk ke sekolah.
Ajaib kan? Bermotivasi nye aku mase tu.

Tapi, ade jugak perasaan ragu2 yang bertandang dalam hati aku ni..
Ye la, aku ni tak layak pun sebenarnya nak jadi GM ni, tibe2 pergi, dahla dapat 50 je, tak ke nanti orang pandang pelik..?
Orang setuju ke aku jadi GM ni?
Layak ke aku ni?
Betapa tebalnya muke aku pergi kem tu mase tu, tak dapat aku bayangkan.
Dekat kem, aku belajar cope dengan keadaan, aku tak fikir ape orang kate.
Aku tingkatkan sikit self-confidence aku mase tu memandangkan aku mempunyai masalah infeority complex yang agak meruncing xD

Mase tu automatically aku pasang azam,
azam baru seorang Ummulwaqiah Maisarah,
mid year exam nanti,
aku nak mengamuk, hoho.
Aku takmau frust dah, aku nak naikkan result aku yang teruk ni.
Especially addmath ( bukan fizik, hoho )

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya....

Midyear exam @ OTI 1 SPM 2010.

Mase berjalan sebegitu pantas. Korang takkan sedar. Apatah lagi dengan kelas tambahan setiap petang, balik lewat,
menjadikan kite lagi letih, mentally & physically. Homeworks pun tungang langgang. Ulangkaji pun berterabur.
Azam aku hari tu pun macam ingat2 lupe je.
Aku menjalani exam dengan jayanya, hoho. Persediaan?
Taklah hebat sangat tapi lebih la berbanding TOV, kan aku dah berazam hari tu. Hihiiii..

Oh ye. Aku agak bermasalah dalam subjek yang memerlukan penghafalan such as Sejarah.
Dari form 1 memang aku mundur dalam subjek Sejarah ni.
Dahla fakta die tak boleh nak main hentam, kene jawab lah dalam bentuk esei. Korang maklum sendiri la kan soalan sejarah upper form.

Full result dah tau. Aku agak sedih walaupun result addmath & bio aku naik mendadak,
aku dapat 69 untuk sejarah dan paling menyedihkan, i scored 66 for my Pendidikan al-Quran & as-Sunnah.
Mengecewakan. Memalukan. Belajar kat SMKA tapi result subjek agama B+.
Aku memang tak dapat memaafkan diri aku saat tu.
Aku bukan saje mengecewakan diri aku sendiri tapi ustazah pun nampak frust sangat mase tu.
Mungkin dalam pada aku tumpu pada subjek lain, aku tercicir PQS ni.

Itulah kesilapan bodoh aku untuk exam mid year. Aku tinggal je subjek yang selama ni aku dapat A,
macam ade unsur kesombongan sikit & tanpa penangguhan, aku terima balasan atas perbuatan aku tu.
B+ untuk PQS tercatat dalam Buku Rekod Kemajuan. Aishhh...

Fizik dan Kimia aku mencatatkan gred B+ & B untuk OTI 1, okaylah tu kot.
Aku tak berbangge malah kecewa, sebab ramai kawan2 aku dapat A, aku plak, B je. sobs.

Sejarah plak, jeng jeng jeng...
Buat junior aku, mesti kenal kan dengan Cikgu Zawaiyah. Hoho. Dengan muke tebal 3 inci aku merayu,
cari jugak kat mane isi dalam esei bagi melayakkan aku untuk dapat 70 ni,
biarlah A- pun,
lebih baik daripada B+ kan?

Hasilnye, Walaupun bukan sebab rayuan aku ( aku fail bab pujuk2 orang okay ),
sape2 yang dapat 69 & 79 ( kalau tak silap ) boleh tambah 1 bagi menaikkan gred keputusan SJ masing2.
Syukur! Baiknye Cikgu aku! Moge Allah merahmati cikgu ^_^

Totally, aku berjaya dapatkan 8a 3b untuk OTI 1 SPM 2010 dengan penyesalan tak berkesudahan bagi subjek PQS.
( Sebab aku pikir, kalau PQS dapat A mesti aku dah dapat 9A, wuwuwu )
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...

Mase tu, 3 orang dah dapat straight A's, bijak diorang kan? Weeee~
Tepukan untuk mereka * clap clap clap *
Dapat hadiah tajaan penerbangan pergi balik ke KL ( untuk satu hari )
Alaaa, tau korang sume kaye, tak heran dengan hadiah camtu, at least diorang dapat free, kan?

Trial SPM 2010

* dup dap dup dap *
Hoho.
Saat2 yang tak dinantikan.
Bahang peperiksaan kian terasa.
Boleh tengok suasana kat sekolah, masing2 dengan study group. Walaupun kelas dah extend until 4.30, sambung lagi dengan study group, gila kan?
Stido group lagi, waka waka. Macam2 ragam.
Aku plak sibuk main game Plant vs Zombie mase ni.
Hoho. Tak matured? Eh, best ape game tu!

Sebelas subjek untuk diulangkaji.
BM BI MM SJ BAT PQS PSI MT BIO FZ KIM
Senang? Fuuuhhhh, aku tak tau lah camne keadaan orang yang amik 20 subjek. mase mane la diorang makan,
tidur, tengok tv, main game etc..hahaaa

Okay.. Aku bukanla tak sedar diri langsung, dalam pada main game sempat jugak aku study.
Harapan mak ayah tinggi, cikgu2 dan aku sendiri, mesti nak tengok ramai dapat straight A's kan?
Aku pun study la mane patut..
Tanye kawan yang mane aku tak pandai.. Kimia especially..
Mujur kawan2 aku seme bijak2 ^^,

Exam - done. Dah habis trial, yay~ Merdeka!
Merdeka sementara. Pastu cuti seminggu, celebrate Hari Raya Aidilfitri,
weeee, dapat duit raye, ( tapi tak banyak macam selalu T________T ).
Then sekolah pulak.
Result trial! Ha, agak2 korang, bape aku dapat?

8 orang daripada 266 calon SPM 2010 SMKATJ dapat straight A's, tak termasuk aku. Hampeh btol =.=
Di sini penyesalan aku untuk trial SPM 2010.
Aku memang tak belajar daripada kesilapan, T___T
Segalanya cantik je, tibe2 aku dapat B+ plak untuk BIO, haisyhhhhh......!
Mentang2 exam sebelum tu aku dah score elok untuk BIO, haila....padan muke aku!


nampak tak result biologi yang turun naik macam degupan jantung, hoho.

Benci betul aku. Waaaaa!
Sedih pun ade, sebab? Yang dapat straight A's tu mostly member2 kamceng aku~
Aku jugak yang paling down, sedih laa T___T
Shahirah, Adlina, Ika, Ain, Faizah ( kawan2 baik sejak form 2 ) diikuti Aisyah, Nurin & Amin.

Tapi, tu belum lagi kemuncak kesedihan aku.

Bese la kan, lepas trial, kerajaan Terengganu akan wat kem untuk calon2 peperiksaan.
Pemilihan berdasarkan result trial la pastinye.

Rase macam kepala kena hempap ngan batu besar je bile dapat tau kene pegi kem bio ( totally blaja bio je ) without any of my girl-friends ( no chaperone, ouhh T___T ), so sape kawan aku kat kem tu?
Yeah2, encik Ajwad yang terhormat, aish......... =.="
Sebab kami je calon SPM 2010 SMKATJ yang tak dapat straight A's sebab kantoi kat subjek Bio.
( Tapi tak se-"best" Syahir kot, wakakaka! Kene pegi kem Fizik sorang2! )
Ops! Sorry Syahir! HAHA.

Korang terfikir tak?
Kawan2 aku yang dapat straight A's tadi dapat kem ape?
Ha, tu lah kemuncak kesedihan aku, sobs.

Mase tu hari Isnin, esoknye hari Selasa,
kelas kitorang dah sepakat nak organise Jamuan Akhir Tahun 5AIK 2010 pada hari Selasa tu.
Tibe2 kan, ade announcement. Cikgu panggil beberapa nama ( 8 orang tadi ), "sila hadir ke pejabat sekarang juga".
Dalam hati aku mase tu, "Ah sudahhh,,,esok jamuan, mesti diorang kene pergi somewhere ni.."

Oh yes, tekaan aku sama sekali tidak meleset,
diorang di-invite untuk ke hotel mana ntah,
menikmati makan malam bersama MB Terengganu dengan calon2 SPM sekolah2 lain yang dapat straight A's gak from seluruh Terengganu.
Takde kem2 dah, kan dah bijak..Hihi.*no hard feeling okay guys if u're reading this*
Cambest je kan?

Well..sape tak jelez ooiiii?
Wuwuwu..
Sedih betul,
sekali lagi rase macam ade orang hempap batu je kat atas kepala ni,
bukan batu,
rasa macam ada orang baling kapal selam je, dush, kene, terus mampus, hoho.
Kenapalah aku tak study betul2? Sobs T____T

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...

Diorang kene pegi petang tu gak & balik selepas 2pm keesokan harinye..
Syukur lagi padaNya sebab jamuan kitorang start pukul 2.30pm..so sempatla diorang join skali..

Dalam sedih2 aku, Allah masih bagi khabar gembira, syukur :)

Tu lah, sape suruh tak study betul2,
kesannya,
aku juga yang dapat, aku jugak yang rase.
Bukan orang lain.
Diulangi, bukan orang lain yang rase, aku jugak.

So,( panjang citer sebelum nak berpesan tu, alahai... )
pesanan aku buat adik2, junior kat SMKATJ khususnye,
study awal2.
Buat yang wajib dulu, yang tak wajib tu tinggalkan dulu.
Utamakan yang terpenting antara yang penting.

Kalau form 5,
anda masih belum terlambat untuk memecut.
Study balik yang form 4 dulu, rajin2 kan diri, mesti gigih, asah otak,
mane yang form 4 dulu tak master agi, please study balik.
Tanye cikgu.
Yang pelajaran baru, tak faham terus tanye, jangan bertangguh!
Saat ni, kite yang kene cari cikgu, bukan tunggu cikgu datang kat kite.
Hendak seribu daya, tak hendak bertrilion dalih!

Form 4,
perlu ingat, time tak faham, terus tanye. Jangan tangguh2 dah.
Especially BAT, addmath, fizik, bio, kimia dan ape2 je lah,
homework pastikan siap. Kalau tak siap pun pastikan faham ape yang dah belajar tu.
Ikhlas pesanan daripada senior korang yang menyesal tak habis, sobs..
Sebab aku dulu tak suke wat homework kalau cikgu tu tak garang, hoho xD

Form 5,
sekarang dah Mac. SPM kebiasaannya bulan November kan?
So ade lagi 7 bulan yang tinggal.
Lame lagi?
Tolak puasa sebulan, raye sebulan, exam mid year & trial sebulan, tak lame dah.
11 subjek yang perlu dikuasai.
Tak nervous? Lantaklah.

SPM tu penting sangat kat Malaysia ni.
Sebab kalau SPM korang tak score, susah nanti nak further study dalam bidang yang korang minat.
Bile SPM cemerlang, serta merta pelbagai tawaran akan korang terima. Tak nak ke macam tu?
Betul, kalau tak cemerlang, memang boleh wat diploma, amik sijil kemahiran atau masuk tingkatan 6 paling kurang nanti,
tapi, sementara boleh berusaha ni,
usahalah agar korang bersama mak ayah tersenyum dan menangis kegembiraan saat result diumumkan next year,
bukan jealous dengan kejayaan orang lain dan menangis kesedihan serta menyesal tak berkesudahan.. (mintak jauh!amin!)
Biar mak ayah bangga dapat anak cam korang, okay?
Takdelah rase membazir duk sekolah dari 5 tahun sampai 17 tahun, tak gitu?

Jangan menyesal dikemudian hari....

Oh ye, doakan kami students batch SPM 2010 agar cemerlang SPM 2010 dengan gemilangnya, amin..

P/s : Tak nak menyesal bile dapat result SPM nanti...hukhuk
Photobucket
Share:

12 buddy (ies):

syazwani said...

amiin~
sy pon tgh tggu result jgak. and student sains agama(11 subjek!). same dgn awk. SMKATJ stands for?

uwmaisarah said...

amin! thanks, same2 doa ek..
SMKA Tok Jiring, K Trgnu :)

skolah mana ni?

syazwani said...

ouh. sy skolah kat Perak.
SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah.

uwmaisarah said...

waahh, jauhnye :)
hihi, orang Perak rupanya!

Mamaleesya said...

tunggu result la saat paling mendebarkan sekali.

http://diarialeesya.blogspot.com

uwmaisarah said...

hoho
betul2, mengakuinya kerana sedang merasai :P

menakutkan lagi :P

syamim nadiah ;) said...

sarah..speechless! huuhu
snguh mnyesal sgt2 T_T

Nasri said...
This comment has been removed by the author.
Ati Masrif said...

salam perkenalan sarah,

cantik nama tu..mesti geng cik tom kan..

semoga akan dpt result yg cemerlang wokey!

kak ati sini ^____^

uwmaisarah said...

camim :

betul3! nanti lepas ni kite buat elok2, takmau nyesal dah! chaiyok2! ^^,

kak ati :

salam perkenalan kak ati ^_^
hihiii, thanks kak ati =)
amin amin amin!!

Maryam 'Afeefah Sazali said...

terkesan. panas kejap mata XD
memang sgt menyesal.
cuma hrp usaha yg dibuat menjelang SPM dulu berbaloi. amin :)

uwmaisarah said...

haha. sorry maryam cz buat mata kamu jadik panas :P
ekeke
amin, sy pun harap gitu jugak :)