Friday, March 11, 2011

Seronok ke ejek orang?

Assalamualaikum :D
Penat blogwalking tadi, fuh *berpeluh*

Entri ini lahir setelah 9 bulan dikandung wehweh, mengarut! Lahir sebab ade mendapat aduan daripada rakyat jelata, hoho.

Siyes2. Camni, ade somebody ( rahsia okay ) bagitau dia telah dikutuk kerana suatu kepelikan ( turut dirahsiakan ) yang terdapat pada dirinya. Kepelikan ke? Taktau ape kategorinya tapi main point di sini, dia diejek oleh orang lain! Eh weh, manusia ni hebat sangat ke sampai selambe je ejek orang lain?

Kasian la kat dia tau, sedih dia, rendah diri jadik dia tuh. Wuwu.

Sarah pun pernah kesedihan disebabkan ejekan orang.
Once, tahun lepas kot, ade budak-budak ejek my special sister,
they called her " ORANG GILA "!

Eh sedap mulut korang aje,
ade otok dok gune, letok kat lutut saboh, kejean ngate ke orang, guane, bereh doh ke buleh syurge?

Terkeluar loghat Terengganu, maklumlah, nak cakap Kedah tak reti walaupun I was born in Kedah XD



Perasaan? Geram la. Sedih pun ade bile orang kate kat adik camtu. Ye la, Sarah manusia jugak. Ade hati, perasaan, jantung dan perut. Lupa plak nangis ke tak. My sister is a special girl, bukan orang gile, ok! Yang mengate tu pun, bukan budak2 sangat, sebaya Aneesah jugak, dah ada otak, boleh fikir, ape tak belajar bab adab dengan manusia ke? Mak ayah tak ajar ke? Macam tak logik plak tak diajar, kat sekolah subjek Agama Islam mesti ade diselitkan jugak. Ponteng kot..

By the way, perlu ke ejek orang? Seronok?

Masing2 kan ade kelebihan & kekurangan, kite sume dah maklum "nobody's perfect", kan?
Tak payah la ejek2, kutuk2 orang lain, sebab "what goes around, comes around",
contohnya kita kata kat somebody ( lelaki ) yang sedikit lembut, karang korang kawen dapat anak lelaki terlebih lembut, nak?
Buat baik, dibalas baik, buat jahat, balasan pun jahat la, setimpal.

Solat, puasa, sedekah : dapat pahala.
Mengata, fitnah, mengejek : dapat dosa.

Yang hairannya, gejala sebegini sangat menular dalam kalangan orang Melayu kita, majoriti of course agama Islam, sangat hairan. Mengumpat, memfitnah, mengejek, merempit dan segala yang pelik2 tu, mostly, orang Melayu la yang terlibat.
Ejek sesama kita, fitnah saudara sendiri, bila nak hilang tabiat2 semua ni?

Tapi bukan semua, masih ada kita yang baik2 ni, kan?
Peneraju agama, bangsa dan negara pada masa akan datang, insyaALLAH..

Kesimpulannya, tak payahla kita merendahkan, kutuk, ejek saudara2, kawan2 kita, ataupun orang yang tak dikenali, kelak meruntuhkan tali persahabatan yang sedia ada.

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya, “Cukuplah seorang itu dinilai jahat jika dia merendahkan saudaranya sesama Muslim” (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)


Bila dah kutuk dan sebagainya, impaknya, silaturahim antara satu sama lain mesti dah tak kukuh, nanti lama2 tak bertegur sapa dah, tak nak la camtu kan?

"Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Riwayat Al-Imam Muslim)

Tamat post kali ni, moga dapat sesuatu yang bermanfaat ^_^
Wassalam :)

PS : Teringat "Memelihara Ukhuwah Islamiah" dalam PSI, rindu Ustazah Saba T___T
P PS : Rasa macam buat karangan pulak, ouhh, nak pegi sekolah!
Photobucket
Share:

2 buddy (ies):

Fatineyna said...

btol2..org melayu mmg kuat mngata org,dh jd cm satu tabiat lak..huhu

uwmaisarah said...

haha, tak sedar diri memang jadik camtu eyna, wuwu..