Friday, April 29, 2011

Bila HATI dengki, AKAL masih ada untuk pandang dari sudut positif kan?

Nak tulis intro camne ye? Oh, pernah rase dengki?
Tak pernah? Wah, suci! Haha.

Okay2, cakap based on pengalaman la kan, Sarah ni, ehem, agak jealous kot,
bila, ade orang lebih, haha, jealous la :P

Bila orang senang2 je dapat ape yang diorang nak,
tanpa perlu susah payah kan..

Contoh cam birthday ke 12 je, dah dapat laptop sebijik,
MacBook plak tu, tak ke membuak2 jealous nih, aiseh.


Lagi, bila, handphone rosak sengih2 je diorang dapat ganti,
phone baru, latest model lak, haih, kayenye mak bapak diorang ^^,


Takpun kan, lesen kereta belum ade, kereta dah standby,
wah, mewahnya anak2 zaman sekarang, aish, lambatnye nak dapat duit banyak2. Haha.

Em, em, ape lagi?
Oke, tipula Sarah tak rase jelez bile kawan2 lepas SPM sume dok pakat berlumba habiskan lesen memandu, bawak kereta sendiri, senang je nak pi mana2, hmm, best kan?

Lagi? Kalau nak bagi contoh, sampai result UPU kuar nanti pun, tak habis kot,
banyak sangat kalau dilayan hati manusia ni :D

Bila dah jelez camtu, ade la suara cakap,
"kenapa aku tak kaya?"
kenapa itu, kenapa ini.
Kadang2 dalam drama, banyaklah, cakap Tuhan tak adil la, aik,
ade ke patut, tak kan. Tuhan tu Maha Adil. Allah tu Maha Adil dan Saksama.
Kalau nak cakap yang sebaliknya gak kan, sendiri mau ingatla kan, kita ni hamba je.
Ni bukan syarahan agama & Sarah pun bukanla calon terbaik nak bagi ceramah.
Buat malu je manusia yang ada akal cakap camtu, lainla haiwan, Aiman pun tak kisah..haha

So, berbalik pada niat asal post, bila Sarah ade perasaan camni,
I will contemplate, deeply * i guess *

Kadang2, bila lalu dekat traffic light, lampu merah,
nampak ade pakcik tua, nampak keletihan,
namun masih gagah memegang handle basikal tuanya yang tua,
ye la, obvious la gak umur basikal tu.
Kat sebelah dia plak, beberapa orang anak muda,
gah atas 125 masing2, tak pon,
RXZ and what-so-ever-bikes-hot-model yang Sarah tak tau.

Hmm, agak kontra di situ..

So, i'll put myself in that pakcik's situation dan...
segera menginsafi segala keterlanjuran, astaghfirullah...

I have a wonderful life, ape lagi yang Sarah tamakkan, kan?
Eeeei, Sarah = sucks. Haha.

Lagi situasi.
Kat traffic light jugak, nampak sebuah kereta.
Proton Saga. Yang lame, first model dulu tu.
Yang side body kit ( atau ape namenye? Yang sebelah sisi kereta, bawah2 pintu tu, alaa, tak reti nak explain :(.. ) dah berkarat dah.. Rapuh je nampak..
Kat bumper belakang pun, hmm, kesian tengok..
Rase nak tolong gantikan, tapi helpless, nak bagi RM5 bolehla, adoyai :(

Lagi2 terasa bila nampak pakcik2 cari something dekat tong sampah, yang boleh dijual,
untuk dapatkan sesuap nasi buat keluarga, huhu, sedih sangat perasaan..
Qadar masing2.. ( er, betulkah ini? Ataupun qadha'?)


Bile direnungkan mereka ni, memang insaf, rase takmau mintak ape2 pun, sob sob..

So, bile sape2 rase macam ni, sentiasalah beringat, khususnye cik uwmaisarah ni. Hoho.

Okayla, ingat nak taip lagi for a conclusion but i'm in the middle of stomachache, due hari tak makan nasi, faham2 aje lah :(
Ni gastrik kot, skipped my dinner sebab takde pe yang boleh Sarah makan, so chow.
Wassalam :)

PS : Pray for me. Bukan takmau makan tapi ade sedikit kesakitan pada mulut & gusi bengkak so i can't chew the food, that's why i can't eat, rase bosan bile telan tanpa kunyah maggi for breakfast lunch & dinner :( huhu. Even minum pun rase nak menitis air mata apatah lagi nak makan. Nikmatilah sihat anda sebelum sakit. Hoho.

Photobucket
Share:

4 buddy (ies):

kau kesah ke?? said...

untuk rasa bersyukur pandang lah orang dibawah kita.. jangan pandang orang di atas kita... (^^,)

LeEvs! said...

tp kn...kdg2 otak pn mcm taw2 je nk bkerjasama dgn hati..huhu..susah jgk kn?

uwmaisarah said...

@kau kesah ke??, memang kan? :) kalau tak hati duk bengkak dengan jealous sampai mati.hoho

uwmaisarah said...

@LeEvs!, haha, that's the 'tapi', sometimes je kot bile dah jealous overboard :P