Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #2







*Last Biology lab for sem 1. Oh time really does fly.
**Counting days for home :)
***Have a safe journey for those yang balik esok, jealous much :D

Photobucket

Monday, August 22, 2011

Crying Makes You Stronger, eh?

*title quoted from Mr Paracetemol,
aku ubah2 sikit ayat kau, sorry bro i can't think of anything else.

Hmm, takde mood. Can't be described. Unlisted. Unidentified.
Unmanageable. And what-so-ever-un. Thanks Iman for listening just now :')


Sarah & Iman :D
*the day i broke one test tube during lab session, thumbs down :(

****



Sahabat Selamanya - Padi ft Upin Ipin

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia

Karena sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia




You - Nur Jannah Alia

You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you.

How can i forget all that
When you're the one who make me smile
You'll always be a part of me
How i wish you were still mine.

Never will forget the day
How we've met and came this far
We all know we got this feeling
But somehow it has to end up here.

I know it's me who say good bye
And that the hardest thing to do
Cause you mean so much to me
And guide the truth from me to you.

For all the things I've done and said
For all the hurt I've caused of you
I hope you will forgive me baby
Cause that wasn't what i meant to do.




Bila Aku Sudah Tiada - Hujan

Bila aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
Jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya


#Thanks dear bloggie, feeling better :)
Photobucket

AL-FATIHAH




AL-FATIHAH untuk Arwah Azizi Haji Abdullah,
penulis buku2 superb dengan jalan cerita yang aku kagumi,
mesej dalam novel2 beliau yang menginsafkan.
Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya, AMIN.


*tengok dalam suratkhabar mase lalu depan mini mart tengahari tadi.

Photobucket

Sunday, August 21, 2011

Mane mood revision & exam aku pergi?


Kawan2 aku dah start posting schedule second test and final exam yang tak lame lagi akan menjenguk kitorang. Tapi aku tetap aku, takde perasaan. Seriously.

All I know, sekarang ni, nak balik rumah je. Parah kan homesick aku? Heeee.
Pedulik. Nak balik dulu, pastu baru mood study boleh di-upgrade ^___^

******

TEST 2

Date: 7/9/2011 (Wednesday)
Time: 3-4.00pm
Subj: MATHS 093

Date:12/9/2011 (Monday)
Time: 12.30-1.30pm
Subj: Chemistry 092

Date:13/9/2011 (Tuesday)
Time: 12.30-1.30pm
Subj: Physics 094

Date:14/9/2011 (Wednesday)
Time:10-11.00am
Subj: Biology 091

Location: FSK6 DP3 -----> Group aku lah, heeee~ ^___^



Tu dia, tak lame dah mak aih.
Banyak lagi tak cover nih.
Ni final plak. Untuk asasian students of UiTM Puncak Alam tersayangs. Hek3



FINAL EXAM PI080

*WED(21/09/11)
9.00-12.00 pm
~MAT 093 [ Math ohhhhhh takuuuuuuut >.< ]

*THU(22/09/11)
9.00-12.00 pm
~BEL260 [ English weeeeee~ ]

*MON(26/09/11)
9.00-11.00 am
~CTU085 [ Tasawur Islam woot woot ]

*TUE(27/09/11)
9.00-12.00 pm
~BIO091 [ Allah....:( *killer subject bagi aku nih T_____T ]

*THU(29/09/11)
9.00-12.00 pm
~CHM092 [ Chapter 4 chapter 4 kritikal ]

*MON(03/10/11)
2.15-5.15 pm
~PHY094 [ hape aku belajar eh untuk physics nih? --' ]

The question is........mane mood revision aku pergi? Haih. Tertinggal kat rumah kot hari tu --'
Tak pun, mood tersebut telah pulang ke kampung halaman untuk beraya. Eish. Balik tak ajak aku sekali. Bertuah.

Oh, aku highlight Physics? Sebab? Exam Physics di petang hari? Haih, memang menduga iman.
Mesti ngantuk nanti --'

By the way guys,
cepat kan belajar nih,
semester 1 dah nak sampai penghujung,
sedar tak sedar physics dah 15 chapters. 0_o
Bio dah masuk homeostasis ( chapter 6 )
Math dah nak habis random variables ( chapter 7 eh? )
Chemistry dah Gas Law....ek? :P Chapter 5.
Paling tak boleh blah, Physics ah. Banyak gila. Dahla in an hour blajar 2 chapter sekaligus.
Power siut. Kalo tidur lagi power. Ah terasa :S

Walaupun masih awal, goodluck untuk korang eh,
especially teman2 rapat aku kat palam nih,
tak larat eden nak senaraikan :P
then anggota B5 yang comel2 dan handsome2 ^___^
then ahli2 group Terengganu Pre-Degree Kids Club [ gah je nama tu, suke suke ^__^ ]
then sume students palam, oh yeah we can make this together - be the best batch ever :D

Happy Studying,
jangan malas macam aku xD

Photobucket

Saturday, August 20, 2011

Mak


Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari awek,isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Copied from group Penyu Bekeng P@lAm, shared by Shahreen~

Photobucket

Friday, August 19, 2011

Have fun! :D

Mak : Alim bangun lim..makan sahur nie...
Alim masih menarik selimut & bertanye pada mak nye..
Alim : Mak buat HO..HO...HORLICK erk ???
...
Mak : HO...HO...HOTAK engkau...bangun cepatttt..!!!!



Wife to husband: U don't LOVE Me at all..
.
.
.
.
.
Husband points towards their five children n says-
.
.
.
do u think I downloaded these from Google ???



Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."



Pbeli: telur sekilo berapa?
Pjual: ayam @ itik?
Pbeli: ayam
Pjual: Telur ayam biasa @ ayam kampung?
Pbeli: Ayam biasa
Pjual: tempatan atau import?
Pbeli: tempatan
Pjual: tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor @ tampin?
Pbeli: ipohlah (blur).
Pjual: Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara @ Selatan?
Pbeli: Adik nie jual telur @ nak jalan2?
Pjual: Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi mkn. Saya disuruh berbual dulu dengan pbeli sampai dia dtg.



Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya.

Guru : Siapa dalam kelas ini yang mengenal nombor?
Razif : Saya cikgu
Guru : Apa betul awak kenal nombor-nombor?
Razif : Ya cikgu saya telah belajar dengan ayah
Guru : Baiklah mari kita lihat selepas 3.. berapa?
Razif : 4
Guru : Bagus Selepas 6?
Razif : 7
Guru : Ya bagus selepas 9?
Razif : 10
Guru : Ya. Bagus sekali nampaknya ayah mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah. Akhir sekali. selepas sepuluh berapa?
Razif : jack, Queen, & King


Ali & Abu berkhemah di dalam hutan.. Pada malamnya, mereka tidur la dalam khemah mereka.. tgh sy0k2 tido, tiba2 Ali mengejutkan Abu..
Ali: wei abu, bangun cepat bangun !
Abu: pehal ni, aku tgh mimpi yuna ni, apehal..
Ali: bangun wei, cuba kau tgk atas..
Abu: hmm, wah cantiknya bintang2 kt langit tu kan..
Ali: ha'ah mmg cantik, kau tau tak ape maknanya?
Abu: ape maknanya?
Ali: maknanya, khemah kita kena curik la bodow!



A man buys a lie detector robot which slaps a person who lies. He decided to try it during dinner.
Dad: Son, where were you at noon?
Son: At school.
*robot slaps son* OK! I'm watching DVDs with my friends.
Dad: What DVD?
Son: Toy Story. *robot slaps him* Ok! I was watching porn.
Dad: WHAT? When I was your age I didn't know what porn is.
*robot slaps dad*
Mom: HAHA! He's definitely your son.
*now robot slaps mom*



*uwmaisarah :
HEHEHE. COPIED AND PASTED FROM FACEBOOK :D


Photobucket

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #1




angry bird in exam --'



cats are cutes

Photobucket

And so I cried

As Iman said, lagu berhantu. Ek Iman? Ni lagu berhantu Sarah. Once dengar, repeat then nangis sambil dengar =="
Hoho. Bukan nak nangis bile baca alQuran yang ayat citer pasal azab2 neraka, bertuah. --'

***



I Won't Let Go - Rascal Flatts

It’s like a storm
That cuts a path
It’s breaks your will
It feels like that

You think your lost
But your not lost on your own
Your not alone
I will stand by you
I will help you through
When you’ve done all you can do
If you can’t cope
I will dry your eyes
I will fight your fight
I will hold you tight
And I wont let go

It hurts my heart
To see you cry
I know it’s dark
This part of life
Oh it finds us all
And we’re too small
To stop the rain
Oh but when it rains

I will stand by you
I will help you through
When you’ve done all you can do
And you can’t cope
I will dry your eyes
I will fight your fight
I will hold you tight

And I wont let you fall
Don’t be afraid to fall
I’m right here to catch you
I wont let you down
It wont get you down
Your gonna make it
Yea I know you can make it

Cause I will stand by you
I will help you through
When you’ve done all you can do
And you can’t cope
And I will dry your eyes
I will fight your fight
I will hold you tight
And I wont let go
Oh I’m gonna hold you
And I wont let go
Wont let you go
No I wont





And so I cried. Lepas edit dah tak nampak plak some tears kat mata, haih --'
Ape motif gambar ni ade pun tak diketahui, syntax error bak kata calculator casio. Hehek

LinkPhotobucket

Monday, August 15, 2011

BEL 260

Aloha, tengah mengantuk dalam lecture hall, update blog jap, hehek.
Tengah tunggu turn untuk speaking test, sekarang group 10, i'm 12. Oh lambatnye saya nak balik tidur ni awak. Hentam je la, saya pun nak hentam je nanti. Asalkan boleh balik tidur berehat2 bagaikan tuan puteri. Haha.

Oh Sarah please laa, you got a lorry of works to be done in this week
0_o
Ok, hari ni nak kene search bout assignment CTU.
Tomorrow ade kuiz, kuiz Kimia, kuiz Math. Esok jugak kene submit lab report.
Rabu CUTI weeeeee!
Tapi kene shoot untuk assignment Bio, haih.
Tapi Khamis ade presentation CTU plak, plus kene hantar assignment skali.
Last, Jumaat, kuiz Bio, yeah. Banyak bende nak kene bace, bab photosynthesis, cellular respiration yang tak pernah menarik, sobs.

Oh ye, hari ni dah 15 Ramadhan, semalam bulat mata tengok bulan yang bulat. Heee, comel tak comel tak? :P

Enough Sarah. Gotta go, tetibe rase kecut perut pulak. Dahla aircond ni sejuk, grrrr.

Photobucket

Mamat & Fidaaa? Wow!

Fida: Tandatangan Mamat buat saya jatuh hati


11 Ogos – "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."

"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.

Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.

"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.

+ Source +

Tapi yang lawaknye, pak cik ni punye komen :P


Photobucket

Saturday, August 13, 2011

Life is a Learning Process : Tumbuk Kang!

Woot woot, assalamualaikum!
Akhirnya boleh jugak layan blogging kejap,
haih, busy seminggu ni,
busy tidur, busy tidur dan busy tidur,
busy kan? Haha.

Actually takde idea sangat nak post tapi tetibe teringat satu insiden yang terjadik kat aku sendiri minggu lepas, tak silap ingatan aku, 1 Ramadhan tarikh keramat tersebut,
menduga keimanan, dahla first day puasa, memang memang dan memang ah.

Selalunye aku pegi kelas, aku bawak beg galas je,
coz lebih praktikal dan senang nak bawak turun tangga,
walaupun mengurangkan keayuan semulajadi aku,
aku takde la kisah sangat, HAHAHA. Sikit je pun yang kurang.
Okay, enough. Ignore those annoying lines.

Namun disebabkan nasib aku yang agak malang pada Ahad sebelumnya,
langsir bilik aku telah menumpahkan maggi cup aku dengan jayanya lalu merebaklah cecair maggi makanan rasmi aku sejak masuk palam nih, dengan beg2 galas aku sekali beliau kotori.
Big hug and much thanks to Mr Langsir, hehehe. Ditiup angin, Subhanallah, Astaghfirullah.
Aku tak marahkan angin. Siapa aku nak melawan takdirNya.

So dipendekkan story ( dah panjang aku intro, haha )
tak bolehla aku bawak beg galas Isnin tu.
So aku pakai sling bag.
Nak dijadikan cerita, aku nak mencelah la di celah2 barisan kerusi dalam dewan kuliah,
nak duduk kat sebelah kawan aku ni,
kan kerusi dalam dewan kuliah berlapis2 macam panggung,
so sling bag aku tadi kirenye at the same level dengan kepala orang yang duduk kat seat depan and bertuah jugak aku, lupe yang aku bukannya pakai beg galas,
aku redah je masuk dengan beg tu kat tepi,
lupe nak berhati2 :(
lalu dengan momentum yang tak berapa nak laju, tak berapa nak perlahan,
dengan sukses aku merempuh kepala seorang budak kurang bertuah ni.

Aku tak sedar sampaila minah tu cakap, "Adoooooiiii!!"

What the...eh,
"oh my....awak, sorry2, awak, sorry, saya tak sedar, sorry sangat bla3"
panjang aku buat ayat mintak simpati, memohon maaf dan seribu keampunan daripada beliau,

namun...

beliau....

berpaling ke arah aku....

dengan muka yang tak dapat aku nak tafsirkan....

menjeling sambil menunjukkan buku lima ; TUMBUK KAAAANNGG!



SERIOUSLY! MARAH GILA BABENG AH MINAH TU,
MENOPAUS KE APEEEE??!

Aku dah cuak tahap terabytes mase tu, cuak gile, cuak nak mam,
lecture time for Physics petang tu,
aku langsung tak concentrate, duk fikir kat minah tu,
memang die macam tak maafkan aku la,
and yes, memang die tak main2 a nak tumbuk tu.
Die memang serius.

Even mase lecture time tu da habis,
aku panggil die nak apologise lagi,
die ignore je. =="

Sumpah aku tak nak jumpe da orang macam ni.
Tension aku. Haih. Memang life la.
The best teacher is EXPERIENCE kan?
Pengajarannye? Aku kene bawak beg galas even berbau maggi. Cheit =="



Sampai hari ni kalo jumpe minah tu aku buat2 tak nampak je kat die, siut tension aku ngadap muke die. Baik tengok mi goreng basi. Hoho.

Sabar je lah aku. Alhamdulillah dapat aku tahan kebengangan aku, ikutkan hati ni,
nak sindir2 je cakap penumbuk die langsung tak menakutkan, malah menggiurkan.
Meh lawan meh. Aku nak hire sumo lah sorang. 0_o

Pics ihsan google.
Photobucket

Friday, August 5, 2011

Aku,Kau,Berbeza..Aku,Kau..Isti​mewa

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya ,
dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya
dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)



Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



# uwmaisarah ;
Merenung ke dalam diri, bermula dari bangun tidur,
hingga melelapkan kembali mata di malam hari,
apakah aku menyumbang pahala atau dosa buat bapaku?
Muhasabah jom, for a better life.
Nak buat pahala senang, nak buat dosa tak susah.

*Copied from MDS Sesi Mei 2011 UiTM Puncak Alam (^^,)v

Photobucket

Wednesday, August 3, 2011

oh biology

Ouh stressed out. Nothing much to be said.
Oh biology, oh my lab report.
Since my schooldays i have never liked photosynthesis.
Tak baik kan padahal it produces oxygen for me. Ohhh.

Gonna continue on my report, 12.16am already =="
NGANTUK.
Mummy please i wanna go homeeeeeeeee T_T


Our plans miscarry because they have no aim. When a man does not know what harbor he is making for, no wind is the right wind.

Seneca

Photobucket