Friday, October 28, 2011

Kehilangan. Lagi.


*Post ini agak emo. Biasalah perempuan, hati lembut. Lebih2 lagi aku. Kihkih

Assalamualaikum, hmm, straight to the point, tanggal 26 Oktober 2011,
aku ( and the whole family ) kehilangan seekor lagi kucing kesayangan, ohh, what a sad day T__T
Pulak tu on the same day aku tertumpahkan minyak agak panas atas kaki aku. -,-
Careless. Really was and will always be --'

Dan mood berblogging, surfing, online, ngadap laptop aku belum kembali seperti biasa.
Tadi scroll reading list kat dashboard pun aku tak tekan mana2 link blog melainkan link ini.
Berminat barangkali. Hmmm.

Maghrib hari Rabu yang lepas, aku sedang bersantai dalam bilik, datang adik lelaki aku,
Waqiuddin secara tiba2 lalu menunjukkan isyarat senyap dan membisikkan "kucing mati".
And i thought he was joking. And the whole siblings tiptoed down the stairs straight to the window at family room and what I saw was my mummy, standing there. Memandangkan ruang famili rumah bapak aku nih atas sikit daripada ground level, aku terus nampak dengan jelas dengan bantuan mata empat aku ni, sebuah lubang siap digali, dan seekor kucing diam di dalamnya.

What I felt after that was totally unexplainable.

Sekilas pandang aku cam kucing oren comel diam dalam kubur kecil itu merupakan si Tiger.
Dan oleh sebab aku masih waras maka aku tahu itu tandanya Tiger telah pergi meninggalkan aku T_T

Lepas tu, aku terus berlari menuruni tangga lagi sekali, ke ruang tamu dan aku nampak ayah sedang membasuh jalan masuk ke garaj. I couldn't clearly see if there was any blood on the road sebab mase tu dah gelap sangat. Maghrib.

Lalu tumpah lah air mata berharga aku, berharga ke?
Alaa, aku makhluk penyayang, sebab tu aku menangis T___T

Tak sempat mencecah umur setahun, Tiger tinggalkan kami.
Walaupun ia hanyalah seekor kucing, ia tetap memberi kesan kepada aku, and the whole family's sad about what has happened.

 Sedih dah tak dapat tengok beliau berlari2 mengelilingi rumah.

Paling sedih sebab he was a really, totally, undeniably good cat.
Sangatlah jinak and that was why aku sangat suka kacau beliau mase beliau tidur.
Sekarang dah tak dapat nak kacau lagi T____T


At the moment these pictures were captured,
his age was less than a month.
Date : Jan 2011.





This was the last day I played with him,
a couple days before the day he left us.
[ Except for the pictures which he laid on the stairs. Rumah ayah aku banyak tangga -,- ]

And that evening, dia sangatlah comel :)
And as usual, he still suka menggigit shuttlecock tersebut dengan rakusnya, comel ;)







Sape yang takde kucing & tak pernah rasa hilang kucing kesayangan diorang,
tak akan faham perasaan sedih kehilangan seekor kucing ni.

Hmmm, sebijik rasa macam hilang Putih bulan April hari tu.
Yang tu lagi sedih kisahnye.


Aku masih wonder bila Malaysia nak ada hospital haiwan.



Photobucket
Share:

Saturday, October 22, 2011

Aku dan PhD.

Assalamualaikum :D

Hmmm, saat aku mula menaip ni angka sa'ah (jam) menunjukkan 11.25PM,
hari Jumaat mengikut kalendar Masihi,
tapi mengikut kalendar Hijrah,
sekarang merupakan malam Sabtu yang mana
hari Sabtunya bermula tika azan maghrib berkumandang.

Jumaat, sayyidul ayyam :D
Ayyam, isim jamak bagi yaumu.

Siang tadi aku & family keluar ke rumah saudara,
rumah abang2 ayah aku,
melawat sanak saudara :D
Abang kedua kepada ayah aku tak sihat semenjak dua menjak ni,
hmmm, tadi pun aku tengok Ayah Teh tak segar,
tak seperti selalu yang jumpe2 before this.
Papepun harapnya beliau akan kembali pulih seperti sediakala, insyaAllah :)

Gambar ihsan google ^^

Bukan tu aku nak story kat sini, tu sekadar selingan je, heee~
Dalam perjalanan pulang, aiseh, ayat essay BM --'
Lalu ikut pantai, weee, da lame tak tengok pantai :DD
Tapiiii, ramainyeee makhlukkkk, aisshh,
pastu tak dapat pulak nak minum air kelapa feveret sebab air kelapa kat makcik feveret ramai pembeli,
hmmmm, melepas 0.0

Dan yang menyebabkan pandangan aku semakin menyampah sampah tadi adalah
bersepah2 kanak2 remaja belia muda mudi yang mengayuh basikal berwarna neon
such as pink, hijau, putih, pfffttt, basikal fixie tuh, konpem la korang kenal -,-

Ape yang lazat sangat eh basikal tu?
Tak faham aku =.=

Aku tak pasti kenapa aku harus mengeluarkan statement di atas, kehkeh.
Mungkin kerana perasaan hasad dengki aka PhD? Cemburu? Ekekeke
Takde maknenye. Aku just tak faham dengan keadaan semasa.
Aku tak nampak kelebihan basikal tersebut :|

Dan setahu aku dengan pengetahuan yang tak seberapa ni,
basikal tu bukanlah semurah harga goreng pisang,
Tak kurang RM350 jugak, alahai, banyaknya duit koranggg -,-
And baiknye mak ayah korang belikan :S

My first bicycle was when I'm at the age of 3 or 4 but nevermind time tu kecik and aku anak pertama,
memang dimanjakan lebih la kot, kecik2 adik2 takde so mintak pape time tu dapatlah, agaknye.
Lepas tu aku ingat aku dapat new brand bicycle mase darjah 4 sebab dapat no 1.
Hmm, bersebab beb. Bangga gila boleh kayuh beskal baru dari kedai sampai rumah.
Ayah aku fetch aku kat sekolah stret bawak pegi kedai basikal.
Kedai ayah Najmiah, primary-school-mate aku.
Jangan korang tak tau, ayah aku ikut dengan kereta dari belakang, heh. Power tak? Kihkih

Lepas tu aku ingat aku pernah mintak ayah belikan roller blade,
but until now dah besar tak berapa nak panjang, tak dapat2 pun lagiii T_T
aku nak sesangat kasut beroda2 tu,
Ingat lagi, time pergi Jusco kat Ipoh few years back,
aku tilik setilik2nya (haaa amek kau, maf'ul mutlak aku bagi)
tapi my supergreatdaddy buat2 tak paham, hampeh -,-
sebabnye, aku tahu,
kalo beli, tak boleh beli satu, kene beli empat :S
adek2 aku mesti nak jugak and we're not the kind of sharing toys :x
And bende tu 50,60 jugaaakk sebijikkk, beli 4 beratus jugaaakk,
Kau ingat bapak kau tokey balak kah ummulwaqiah maisarah? :x

Nanti aku dapat gaji first aku nak beli kasut tuh.

Hmmm, aku jarang mintak ayah aku belikan barang yang quite unnecessary
*unless using my own moneeeyy,
kecualilah kalau kasut sekolah rosak dan memang macam kene tebuk tupai, gigit tikus and bla3,
tu necessary gila lah kot.
Takkan nak bantai pakai selipar Jepun pegi sekolah?
Aku kan skema.
Lawa pulak tu, jatuh la standard. *censored*. HAHAHA.

Dan korang tahu tak kenapa aku jarang meminta?
Sebab. Sebab.
Aku rasa aku belajar tak pandai.
And I don't, don't, don't (never will be) deserve to ask anything unnecessary from them.
Because they have care and give their loves,
feed me, buy me books, outfits,
for years,
and yet they don't ask anything in return.

Dan aku sangat berpegang kuat pada prinsip rekaan aku nih time secondary school.
Sangat2. Sampai sekarang pon lah agaknye ><

It just, aku tak sampai hati.
Nak mintak sesuka hati.

Aku ingat lagi zaman form 1,
Mathematics,
semua orang mostly dah pakai calculator,
yang casio 350/570 tu laahh,
mostly classmates aku dah pakai,
guna untuk calculation mathematics.
Tapi aku takde.
Sedih jugak.
Rasa macam miskin semacam je --'
Tapi takde lah sedih sangat. Pulak.
*Oke fine aku memang berbelit2 sikit. Syak berlebihan. Lack of certainty.
-,-
Naik form 2 nak mid year baru aku mintak,
bulan Mei ke Jun ntah mase tu,
tu pun dengan teragak2 :S
Tak taulah kenapa --'

Dan time dapat result PMR,
jealous gila babeng laahh,
tengok friends of mine,
dapat hadiah masing2 from parents @ elder siblings.
Bila dapat straight A's = 9A's.

Paling tak bleh blah best,
Syahir dapat phone SE W595 mase tu,
hampeh, jealous gilaaa,
mahal kot bende tu zaman 2008/2009,
nearly RM900, mahal lah bagi golongan aku.
Dahla lawa, slide phone.
*Aku die-hard-fan slide phone neh. Phone aku sekarang slide. Before this pun slide. Forever slide. HAHA.


Pastu Teef,
kakak die bagi phone jugak.
SE W660i.
Pheewwiittt, aku?
Guna phone SE jugak. K310i.
Beli mase form 1. Pakai duit sendiri. Diulangi my own money.
Dahla pernah kene rampas dek cikgu Disiplin mase form 1. Heh, penjenayah sekolah :X
*Sorryla kawan2, siap mention nama. HAHA.

Yang mintak, terus dapat lagi lah aku jealous, kihkih.
Tak payah tunggu result gempak time exam besar.
Yang spesies family kaya-raya harta tak habis sampai anak cucu.

Aku nak mention Syahir lagi sekali. Haha.
Raya 2009, ada new camera, sony, touchscreen pulak.
Oh bestnya. Hadiah hari raya. Untunglaa jadi anak bongsu. The only son pulak. Untungla~
*Sila baca dengan nada jealous. Haha.

Haaa, aku nak mention budak nih lagi sorang.
Untunglaaa, Zo-wie Tsui. Haha.
Untungla Farah, dapat DSLR few months ago, UNTUNGLAAAAAAA, JEALOUS! HAHA.

ISH. APEHAL AKU NIH? =.=
SIOT. TAK SEDAR WEH. MELUAHKAN PERASAAN SEWENANG2NYA. OH SHOOOTTT.

Aku tak kisah aku tak punya semua itu.
Itu hanya secebis daripada nikmat2 dunia.
*Korang anak orang kaya mesti cakap ayat ni ayat pasrah,
ayat minah sengkek an? Takpelaaaa :( hahaha.


Tak salah pun nak ada semua tu jika berkemampuan. Kan?
Takde salah pun~
Dah mampu dan berminat, beli je lah.
Dah tak berapa nak mampu macam aku, tengok je lah. HAHAHA.


Dan perasaan insaf aku akan mencurah2 mengisi ruang akal dan hati saat terpandang kelibat seorang pakcik tua, kurus, mengayuh basikal yang juga tua, di kaki jalan raya. Mungkin pulang daripada bekerja, demi mencari sesuap nasi.

Mana sempat nak fikir telefon Sony HTC Nokia BB Apple CSL Sagem Samsung ke apa,
hanya terfikir bagaimana nasib isteri dan keluarga jika dirinya dipanggil ke pangkuanNya.

Mana sempat nak rasa jealous2 PhD orang pakai kereta BMW, Proton, Mercedes, Honda, Toyota, Perodua Kancil Rusa Kembara Di Tanah Gersang bla3 eh tu lagu nasyid -,-
hanya sempat mencongak apakah wang hasil kerja kerasnya cukup bagi mengisi setiap perut2 yang menunggu di rumah..


Rezeki ajal maut semua di tangan Tuhan.
Qadar kita telah termaktub.

*updated
Dan masing2 punya kelebihan dan kekurangan.
ALLAH itu MAHA ADIL.
HE KNOWS THE BEST FOR YOU.
HE KNOWS THE BEST FOR YOU.
**repeatlah sendiri pulak nak bagi meresap cepat ke dalam jiwa. keh2

HMMM, manusia. Insan.
Manusia adalah makhluk yang cepat lupa.

Aku apatah lagi.
Cepat lupa dengan berjuta nikmat yang Dia kurniakan.

Nikmat hidup yang Dia anugerahkan,
nikmat sihat yang Dia kurniakan,
nikmat Islam dan iman yang Dia hadiahkan,
oksigen masih percuma, dan akan kekal percuma,
perjalanan sel2 neuron dalam otak pun,
adalah nikmat, kalau tak, maklumat tak dapat diproses,
nak kira 1 + 1 pun mungkin tak berkemampuan.

Apa guna hidup di dunia jika bukan bertujuan mengejar kebahagiaan di akhirat? :)

Kemewahan hidup di dunia tak menjanjikan kemewahan dan kebahagiaaan hidup di akhirat.

Malahan,
mesti pernah dengar kan,
kata2 ni,

mereka yang bersenang-senang di dunia, akan bersusahan di akhirat.
dan yang bersusah-susah di dunia, insyaAllah bersenang-senang di akhirat nanti.


Dari Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.
(Hadis Riwayat Muslim)


Moga kita menjadi lebih baik berbanding kelmarin
dan esok adalah lebih baik daripada hari ini :)

Aku bukanlah ustazah atau insan yang paling mulia antara semua,
aku hanyalah seorang manusia biasa,
yang juga pelaku dosa.
Aku tak pernah hidup sebagai insan yang sempurna.
Tapi kita tak perlu tunggu untuk jadi yang paling baik untuk saling mengingatkan,
bahawa hidup kita adalah menuju MATI. Itu aku pasti.
Wassalam.



You only live once, but if you work it right, once is enough. =)


*Maaf andai ada terkasar bicara, bumi mana tak ditimpa hujan,
manusia mana tak berbuat khilaf. Memaafkan itu lebih baik :)



Photobucket
Share:

Tuesday, October 18, 2011

MUET :D

As-salam :D

Lama kan aku senyap? Weeee.
Ini pun sekadar singgah.

Khamis yang lalu, i've done my speaking test for MUET and it went quite fine.
I'm not hoping for any great marks from the speaking test,
but the task B did went like I prayed : I was the candidate D.

Kakak senior umur 20 tahun candidate A,
studying at UniSZA, Law.

Candidate B, pun kakak senior,
sedang menjalankan practical,
degree Finance, umur 22, UiTM.

Candidate C? =.=
Miss Shalia, classmate aku time form 4,
heee, I was lucky to have her along the test :D
Student Foundation in Science, UiTM.

Bersama2 aku hari tu,
13 lagi calon MUET yang 7 orang daripada mereka merupakan pelajar asasi PALAM, kehkeh. Ngadap muke same je :P

Ade Ain Najwa, Emilia, Shalia. Kih3

By the way,
the question was...hmmm..ape ye?

Somekind like this,
who would you invite to give a talk about life in university to pre-university students?
i) A university lecturer
ii) A university student
iii) A university counselor
iv) A successful university graduate

Hmmm, i was a lil' bit passive in the discussion,
sebab aku jenis segan nak bercakap kalo ade orang yang aku kenal --'
tapi aku tak kesaaaahhh la pasif ponnn,
malah happy :D
Selesai task B terus grab fon dalam bakul angkat kaki nak blah.
Tengah semangat lompat2 turun tangga,
Shalia pulak "WEEHH, HANDSET AKUUU!"
Dey kichi, sendiri punya fon pun lupa ka? xDD

Tu je nak tulis.
Menambahkan post dan share soalan MUET Oct/Nov 2011, take care readers, wassalam :)
*Juge mengurangkan rindu korang nak bace aku merapu merepek, kan kannnn? Ngaaakuuu je laahh, BUAHAHAHAHA.


Photobucket
Share:

Wednesday, October 12, 2011

Kehidupan, Life, Hayaat :)

Assalamualaikum.

Terlalu banyak masa senggang yang aku dapati sejak menjejakkkan kaki ke rumah
membuatkan aku lebih banyak berfikir dan merenung. Dan tidur.

Aku dapati mindaku tidak secerdas dahulu,
sel-sel tidak selincah waktu aku bergelar pelajar sekolah.
Kecewa dengan pencapaian mental aku yang tak seberapa ini,
aku lebih banyak berdiam. Padan muke banyak sangat tidur!


Dan hari-hari yang berlalu di rumah ku rasakan terlalu pantas,
maka hari ini telah genap 198+ jam aku bersantai
setelah penat menjalani kehidupan berjauhan daripada keluarga tercinta.

Dengan terlontarnya aku ke negeri tempat tinggal aku suatu masa dulu itu,
aku teruskan satu lagi fasa perjalanan hidup aku dengan gelaran sebagai seorang siswi.
Bahagian pertama telah pun tamat, bahagian kedua hanya menanti tiba saatnya untuk dilancarkan.


Kini,
berada di rumah merupakan suatu anugerah kebahagiaan yang tak ternilai,
berada dalam lingkaran jagaan kasih sayang kedua ibu dan bapa,
dalam paksi kegembiraan bersama adik-adik comel,
petang hari keluar rumah mengejar kucing-kucing kesayangan.
Hidup itu indah, kan?

Wafiy & Idin. Dan Noddy, kucing kesayangan yang ucuk :DD
Beberapa malam berlalu dengan agak berfaedah bagi aku,
aku kagumi semangat para junior aku,
yang sanggup datang ke rumah aku,
untuk mendapatkan setitik, dua titik ilmu.
Hmmm, ilmu yang aku ada pun bukanlah selautan. Sebaldi pun tak cukup --'
Malu nak mengaku aku jadi tutor tak bertauliah mereka.
Hehe.
Matematik dan matematik tambahan.
Due subjek favourite aku during my schooldays.
Dan seribu kemaafan aku pohon atas kekurangan diri dalam subjek Sains,
antaranya Fizik dan Kimia,
memang aku tak berapa nak master dalam bidang-bidang nih.
Biologi apatah lagi.
Maafkan akak, adik-adik. Hehe. Tua terasa. Terasa tua.
Inversi.
Walaubagaimanapun, keep on striving dear juniors :DD

Aku pun tak faham, mengapakah dan kenapa post kali ini,
tulisan aku tertaip dengan cara yang agak skema.
Mungkin akibat menyepi dari dunia blogging menyebabkan blogging-style aku mula pudar,
ataupun mood aku sebenarnya yang mempengaruhi.
Mungkin ada sesuatu yang dipendam. Mungkin dan mungkin.

Enough said about my current life.

Sekarang,
eh, petang tadi, aku turun ke dapur, setelah penat menjadi sleeping-not-beauty.
Wafiy was drinking a cup of tea.
Yeah, name pun petang, tea-time peeps.
Then, si kecil tu pun mengadu,

Wafiy    : Sarah, tadi Wafiy nampak Ibah minum air teh due kaliiiii...!
Aku    : Hmm, dah tu, Wafiy minum la due kali jugak.
Wafiy    : Mane boleh! Nanti kesian la orang lain pun nak minum jugak!
Aku    : --' (Dah tu ape motif kau mengadu kat aku tadi wahai adik tersayaaanngg? --')

Hmm, nampaknye adik bongsu aku tu dah mule belajar sesuatu mengenai kehidupan.
Belajar untuk bertolak ansur.
Belajar untuk think & care about others too instead of just think & care for ourselves only.
Bukan ke tu salah satu subtopik penting dalam silibus kehidupan?

Well done my dear Wafiy, hope you'll be great in life, guided by the Almighty, amin :D

Aku baru terperasan, nampaknye adik aku tu dah pandai menjawab, sebijik macam aku daaa -,-

Awak, kaktus sayeee, haha xD (yang lame dipinggirkan, sobs)

Hmmm, satu lagi.
Tadi seperti biasa, aku meneruskan kehidupan harian,
tatkala usai menelan daily supplement aku,
aku terpandang senarai ingredients kat bahagian label botol2 kapsul aku tu.

Folic acid. Lactose. Hmmmm.
Chapter 1 silibus semester 1 asasi Sains UiTM. Macromolecules ke ape ntah.
Biology is a part of life.
Eh, biologi?

Duuhhh,
T_____T
Final akuuuuuu :'(
Pointer akuuuuuuu, adeeehhh T_______T

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah 
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."
(Al-Fatihah, 5)

Hanya pada Dia aku sandarkan sejalur harapan.
Enough said. :)

 PS : 
Esok aku MUET : Speaking Test. Moga dipermudahkan segala urusan. For me and for all, amin :)

Photobucket
Share: