Wednesday, October 12, 2011

Kehidupan, Life, Hayaat :)

Assalamualaikum.

Terlalu banyak masa senggang yang aku dapati sejak menjejakkkan kaki ke rumah
membuatkan aku lebih banyak berfikir dan merenung. Dan tidur.

Aku dapati mindaku tidak secerdas dahulu,
sel-sel tidak selincah waktu aku bergelar pelajar sekolah.
Kecewa dengan pencapaian mental aku yang tak seberapa ini,
aku lebih banyak berdiam. Padan muke banyak sangat tidur!


Dan hari-hari yang berlalu di rumah ku rasakan terlalu pantas,
maka hari ini telah genap 198+ jam aku bersantai
setelah penat menjalani kehidupan berjauhan daripada keluarga tercinta.

Dengan terlontarnya aku ke negeri tempat tinggal aku suatu masa dulu itu,
aku teruskan satu lagi fasa perjalanan hidup aku dengan gelaran sebagai seorang siswi.
Bahagian pertama telah pun tamat, bahagian kedua hanya menanti tiba saatnya untuk dilancarkan.


Kini,
berada di rumah merupakan suatu anugerah kebahagiaan yang tak ternilai,
berada dalam lingkaran jagaan kasih sayang kedua ibu dan bapa,
dalam paksi kegembiraan bersama adik-adik comel,
petang hari keluar rumah mengejar kucing-kucing kesayangan.
Hidup itu indah, kan?

Wafiy & Idin. Dan Noddy, kucing kesayangan yang ucuk :DD
Beberapa malam berlalu dengan agak berfaedah bagi aku,
aku kagumi semangat para junior aku,
yang sanggup datang ke rumah aku,
untuk mendapatkan setitik, dua titik ilmu.
Hmmm, ilmu yang aku ada pun bukanlah selautan. Sebaldi pun tak cukup --'
Malu nak mengaku aku jadi tutor tak bertauliah mereka.
Hehe.
Matematik dan matematik tambahan.
Due subjek favourite aku during my schooldays.
Dan seribu kemaafan aku pohon atas kekurangan diri dalam subjek Sains,
antaranya Fizik dan Kimia,
memang aku tak berapa nak master dalam bidang-bidang nih.
Biologi apatah lagi.
Maafkan akak, adik-adik. Hehe. Tua terasa. Terasa tua.
Inversi.
Walaubagaimanapun, keep on striving dear juniors :DD

Aku pun tak faham, mengapakah dan kenapa post kali ini,
tulisan aku tertaip dengan cara yang agak skema.
Mungkin akibat menyepi dari dunia blogging menyebabkan blogging-style aku mula pudar,
ataupun mood aku sebenarnya yang mempengaruhi.
Mungkin ada sesuatu yang dipendam. Mungkin dan mungkin.

Enough said about my current life.

Sekarang,
eh, petang tadi, aku turun ke dapur, setelah penat menjadi sleeping-not-beauty.
Wafiy was drinking a cup of tea.
Yeah, name pun petang, tea-time peeps.
Then, si kecil tu pun mengadu,

Wafiy    : Sarah, tadi Wafiy nampak Ibah minum air teh due kaliiiii...!
Aku    : Hmm, dah tu, Wafiy minum la due kali jugak.
Wafiy    : Mane boleh! Nanti kesian la orang lain pun nak minum jugak!
Aku    : --' (Dah tu ape motif kau mengadu kat aku tadi wahai adik tersayaaanngg? --')

Hmm, nampaknye adik bongsu aku tu dah mule belajar sesuatu mengenai kehidupan.
Belajar untuk bertolak ansur.
Belajar untuk think & care about others too instead of just think & care for ourselves only.
Bukan ke tu salah satu subtopik penting dalam silibus kehidupan?

Well done my dear Wafiy, hope you'll be great in life, guided by the Almighty, amin :D

Aku baru terperasan, nampaknye adik aku tu dah pandai menjawab, sebijik macam aku daaa -,-

Awak, kaktus sayeee, haha xD (yang lame dipinggirkan, sobs)

Hmmm, satu lagi.
Tadi seperti biasa, aku meneruskan kehidupan harian,
tatkala usai menelan daily supplement aku,
aku terpandang senarai ingredients kat bahagian label botol2 kapsul aku tu.

Folic acid. Lactose. Hmmmm.
Chapter 1 silibus semester 1 asasi Sains UiTM. Macromolecules ke ape ntah.
Biology is a part of life.
Eh, biologi?

Duuhhh,
T_____T
Final akuuuuuu :'(
Pointer akuuuuuuu, adeeehhh T_______T

"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah 
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."
(Al-Fatihah, 5)

Hanya pada Dia aku sandarkan sejalur harapan.
Enough said. :)

 PS : 
Esok aku MUET : Speaking Test. Moga dipermudahkan segala urusan. For me and for all, amin :)

Photobucket
Share:

4 buddy (ies):

NaRuFiQ said...

ehem2....blog anda semakin skema dan bermadah-madah lah~ siapa la agaknya yang selalu stalk saya ya? kah3 anyway , nice post~

o-r-b-s said...

sastera gilllleeeeee post.
nampaknye boleh ajar BM la lps ni~ :D

uwmaisarah said...

NaRuFiQ,
ceh, syafiq, kejam ><

aku tak sehebat ko~

uwmaisarah said...

o-r-b-s,
sesekali praktik ape salahnye omar,
kalo tak rugi le belajar BM dulu :P
haha
tak sanggup nak ajar bidang bahase, haha~