Saturday, December 31, 2011

Short end of year update!

Heeee, sangat bersalah membiarkan my gorgeous blog bersendirian for about two weeks.
Even more I'm feeling more guilty to find there are some great friends out there who are always stalking and dropping here, waiting for my new post. You guys and girls are so wonderful, :')



I'll be updating more frequent soon.
Am enjoying my last day at home before heading back to Puncak Alam tomorrow night.
FYI I won't be home for 3 months,
I will only be home after finishing my last final exam paper which I don't know when.
And these all are bugging my mind so badly as I don't know how to survive there for this last 3 months.
Oh Allah I'm begging for more strength.
It's so peaceful to live the life at home, be within my parents' care,
in the circle of siblings' happiness and love :')

Have to press the 'Publish' button. Gonna help my mummy, we're making pizzas today ^^
Enjoy the last day of 2011.
A year full of memories, sad and happy.
A year of learning to be far from home.
Yet I haven't learnt how to live well while my family's not around T__T
I'm just a little girl with a grown up face -,-'

Take care buddies :)


Photobucket
Share:

Monday, December 12, 2011

Terlajak Bot Boleh diReverse.

Assalamualaikum :)



Andai aku tersilap memilih kata,
maafkan segalanya.

Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
jikalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

Manusia sering alpa,
tak tersedar dia terlanjur kata,
tak ter-realise ada hati telah terluka,
tak terampun jika maaf tidak dipinta,
manusia memang pelupa,
rasa diri lengkap segala-galanya,
terus terbuai dengan rasa bangga,
namun realitinya,
tiada siapa yang cukup sempurna.

Adeh, tapak tak lengkap lah pulak -,-


Maafkan aku.

Hidup perlu selalu cautious,
bak menuruni lereng di perbukitan yang curam.

Kata pepatah,
lidah lebih tajam daripada pedang.

Ya,
hati manusia tidaklah sekeras suasa,
luaran tampak perkasa,
namun batinnya,
selembut sutera.

Sekali lagi,
maafkan aku.

Aku khilaf dalam memilih kata.

Bukanlah aku sengaja,
namun akibat didesak emosi yang bergelora,
aku melangkau batasan susila.

Maafkan aku.

Photobucket
Share:

Saturday, December 10, 2011

Aisyah Binti Abu Bakar R.HA: ISTERI YANG KREATIF MEMPAMERKAN CINTANYA


Assalamualaikum :)

Classmates aku cakap,
sharing is caring,
reramai korang jawab hari tu eh time aku kena jawab ape itu ingestion time Bio,takpe takpe..hihi
Nasib baik Iman miming bagi klu apa aku nak jawab, menyesal den terlelap sambil tegak duduk -,-
Oh Biology dan mataku :|
So, oleh sebab diorang cakap sharing is caring, dan aku ini caring orangnya heh,
tadi aku came across blog ini then aku sangat bahagia bila baca kisah isteri kesayangan Rasulullah ni,
so korang rajin2kan lah baca jugak ek ;)

*****



Saidatina Aisyah r.ha adalah isteri kesayangan Nabi selepas wafatnya isteri pertama yang tidak pernah dimadukannya, Saidatina Khadijah r.ha.

Lumrah Cinta
          
Lumrah cinta, seorang kekasih paling cenderung pada seorang sahaja kekasih dalam bab hati dan perasaan. Tiada seorang lelakipun di dunia ini yang mampu berlaku adil dalam hal cinta. Keadilan hanya mampu berlaku dalam hal luaran semata-mata. Begitulah kecenderungan cinta Rasulullah SAW kepada Aisyah r.ha, ia bukan lagi satu rahsia.

Siapakah wanita pertama di hati Rasulullah SAW selepas Khadijah r.ha? Bukan Saudah r.ha sebaliknya Aisyah r.ha. Baginda menikahi Saudah r.ha dan Aisyah r.ha pada masa yang sama. Saudah ketika itu merupakan janda yang sudah tua, uzur, gemuk dan tidak menarik. (Rujuk Mahmud al-Mishri, 35 Sirah Shahabiyah). Memandangkan Aisyah r.ha masih kecil, Saudah r.ha lebih dahulu berada di sisi Nabi setelah Khadijah r.ha. Namun, Aisyah r.ha lebih dahulu memenangi hati dan cinta baginda berbanding Saudah r.ha.

Allah SWT banyak kali menghadirkan mimpi tentang wanita suci bernama Aisyah r.ha. sebelum hadirnya Saudah r.ha. Dalam kecemburuan, Aisyah redha seorang demi seorang janda-janda yang perlukan pembelaan, menumpang kasih suaminya.Kenapa? Kerana dia sedar semua itu hanya untuk kepentingan Islam, bukan kepentingan nafsu baginda. Oleh sebab lumrah cinta yang tiada ‘dua’ ini, tidak hairanlah, Prof. Dr. Mahmud Zuhdi menjelaskan dalam bukunya yang terkenal, Undang-undang Keluarga Islam bahawa majoriti ulama mengatakan poligami itu diharuskan bukannya digalakkan.

Kelebihan Aisyah r.ha.

            Aisyah r.ha berbicara, “Ada 7 kelebihanku yang tidak dimiliki wanita lain kecuali kelebihan yang diberikan Allah kepada Maryam binti I’mran. Demi Allah, dengan mengatakan hal ini aku tidak bermaksud membanggakan diriku atas teman-temanku (isteri-isteri Rasulullah yang lain).”

            Abdullah bin Shafwan bertanya, “Apa 7 kelebihan itu wahai ummul mukminin?”
Aisyah r.ha menjawab,
1)Malaikat (Jibril) membawa imejku kepada Rasulullah SAW (dalam mimpi).
2)Rasulullah SAW menikahiku saat diriku berumur 7 tahun, lalu aku diserahkan serumah dengan baginda saat berusia 9 tahun. Baginda menikahiku saat aku perawan.
3)Beliau menerima wahyu ketika sedang berada dalam satu selimut denganku.
4) Aku adalah orang yang paling dicintai oleh baginda dan puteri dari orang yang paling baginda sayangi (Abu Bakr).
5) Allah menurunkan beberapa ayat-ayat Al-Quran kerana aku di saat umat hampir celaka kerananya.
6) Aku pernah melihat Jibril dan tidak ada seorangpun di antara isteri-isteri Rasulullah lainnya yang pernah melihatnya.
7) Rasulullah SAW meninggal di rumahku pada saat tidak ada orang yang menguruskannya, selain diriku dan malaikat.
(Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaid, no. 15308, “Riwayat ini tercantum dalam kitab Ash-Shahih dengan ringkas sementara riwayat di atas dari Thabrani. Para perawi dalam salah satu sanat riwayat Thabrani adalah perawi-perawi kitab al-Shahih. Rujuk juga riwayat Hakim, vol.4, hlm. 10. Hakim menyatakan hadis ini sahih dan al-Zahabi menyetujuinya).

Kedudukan Aisyah r.ha di Hati Rasulullah

            Dalam riwayat lain, Aisyah r.ha bercerita, “Rasulullah SAW masuk ke rumahku dan baginda mendapatiku sedang menangis. Baginda bertanya, “Mengapa dinda menangis?” Aku menjawab, “Fatimah menghinaku.” Rasulullah SAW segera memanggil Fatimah lalu berkata, “Wahai Fatimah, apakah benar anakanda menghina Aisyah?” Fatimah menjawab, “Benar, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW berkata, “Bukankah anakanda mencintai apa yang ayahanda cintai?” Fatimah menjawab, “Sudah tentu.” Rasulullah SAW berkata, “Sesungguhnya ayahanda mencintai Aisyah, maka cintailah dia.” Fatimah berkata, “Kalau begitu, saya tidak akan pernah mengatakan sesuatu yang dapat menyakiti Aisyah lagi.” (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaid, no.15311, perawi-perawi lainnya adalah para perawi kitab al-Sahih)

Cemburu Aisyah Bukan Kekurangan Tapi Tanda Besarnya Cinta

            Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah ! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

            Imam al-Nawawi berkata, “Mengenai pernyataan Rasulullah kepada Aisyah ini, al-Qadhi berkata, ‘Kemarahan Aisyah kepada Nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada baginda. Kecemburuan menjadi faktor tidak berlakunya sekian banyak hukum bagi wanita kerana ia tidak dapat dipisahkan daripadanya. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat, tidak berlaku bagi wanita yang menuduhnya suaminya berzina ketika ia sedang cemburu. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi, ‘Wanita cemburu tidak dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.”

Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi Rasulullah SAW merupakan dosa besar. Untuk itu Aisyah r.ha berkata, “Dinda hanya mampu menjauhi namamu.” Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaannya kepada Rasulullah SAW tetap seperti sedia kala. Kecemburuan wanita didorong oleh rasa cinta yang terlalu besar.” (Rujuk Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, vol.15. hlm.292-293).

Minta Digigit Ular dan Kala Jengking agar Mendapat Perhatian Suami

            Aisyah mengatakan bahawa jika Rasulullah SAW hendak melakukan perjalanan jauh, maka baginda akan mengundi siapa di antara isterinya yang akan menemani baginda. Suatu ketika, Aisyah dan Hafsah terpilih sehingga mereka berdua sama-sama mengikuti baginda. Selama dalam perjalanan, Rasulullah SAW memilih waktu malam untuk berjalan dan berbincang dengan Aisyah. Oleh sebab itu, pada suatu hari Hafsah berkata kepada Aisyah, “Apakah awak bersedia jika malam ini, saya menaiki unta awak dan awak menaiki unta saya, lalu kita tetap menjaga jarak hingga kita dapat saling melihat.” Aisyah bersetuju.

            Saat malam tiba, Aisyah menaiki unta Hafsah, sedangkan Hafsah menaiki unta Aisyah. Kemudian datanglah Rasulullah dan naik di bahagian depan unta Aisyah yang kali ini membawa Hafsah. Setelah mengucapkan salam, beliau menjalankan untanya hingga beristirehat di suatu tempat. Saat itulah Aisyah tidak dapat mengikutinya dan kehilangan jejak Rasulullah, maka rasa cemburunya tidak dapat dibendung. Ketika Aisyah sampai di tempat istirehat, beliau lalu menyelitkan kakinya antara daun-daun idzkir lalu berkata, “Ya Tuhanku, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berkata apa-apa. (HR Muslim, no.2445, kitab Fadhailus Sahabah, bab Fii Fadhl Aisyah r.ha.).

Bertanyakan Cinta Lalu Dihiburkan Suami dengan Lafaz Cinta

Aisyah r.ha mengatakan bahawa dia pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling kanda cintai?” Baginda bertanya balik, “Kenapa dinda bertanya seperti itu?” Aisyah menjawab, “Dinda ingin mencintai orang yang kanda cintai.” Baginda menjelaskan, “Dia adalah Aisyah.” (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaa’id no.15309, hadis ini diriwayatkan oleh Thabrani. Sanadnya hasan.)

Lebih Memilih Zuhud daripada Meminta-minta dengan Suami

Urwah mengatakan bahawa Aisyah r.ha berkata, “Demi Allah, wahai anak saudaraku, kami pernah melihat kemunculan bulan sabit, lalu bulan sabit berikutnya, lalu bulan sabit berikutnya, yakni tiga kali kemunculan bulan sabit atau dua bulan berturut-turut, di rumah-rumah Rasulullah sama sekali tidak dinyalakan api (untuk memasak).”

            Urwah bertanya, “Lalu dengan apa mereka dapat bertahan hidup?” Aisyah menjawab, “Dengan al-Aswadaan, yakni kurma dan air. Hanya sahaja, Rasulullah SAW mempunyai beberapa tetangga daripada kalangan ansar yang mempunyai kambing. Mereka sering mengirimkan susunya kepada beliau. Lalu beliau memberikan kepada kami.” (Muttafaqun a’laih).

            Cerita tentang kezuhudan Aisyah terlalu banyak. Dia memilih kesederhanaan walaupun sering kali dilimpahkan kekayaan. Antara ceritanya yang mahsyur ialah, Urwah pernah menggambarkan gaya hidup Aisyah bahawa dia pernah membahagi-bahagikan 70,000 dirham wang perak padahal saat yang sama, dia menampal jahitan pakaiannya. (al-Zuhd, Imam Ahmad, hlm. 205-206).

            Suatu ketika, Muawiyah pernah mengirimkan 100,000 dirham kepada Aisyah. Maka Aisyah langsung membahagi-bahagikannya tanpa meninggalkan sedikitpun. Sehingga Barirah berkata kepadanya, “Sesungguhnya puan sedang berpuasa. Mengapa puan tidak tinggalkan satu dirham sahaja untuk membeli daging?” Aisyah lalu berkata, “Kalau tadi awak ingatkan saya, sudah tentu saya melakukannya.” (Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab al-Hilyah, vol.2. hlm 7).

Banyak Solat dan Puasa    

            Urwah menuturkan bahawa Aisyah selalu berpuasa. Al-Qasim mengatakan bahawa Aisyah berpuasa sepanjang masa. Ia hanya berbuka (tidak puasa), pada hari Aidul Adha dan Aidul Fitri.
            Dalam riwayat lain, Urwah menceritkan bahawa setiap hari, dia memulai kegiatannya dengan mengunjungi ibu saudaranya, Aisyah r.ha untuk mengucapkan salam kepadanya. Pada suatu hari, dia pergi ke rumahnya, ketika itu dia sedang solat dan berdoa. Aisyah terus berdoa dan menangis sambil mengulang-ulang bacaan Surah al-Thur, ayat 27 yang bermaksud, “Maka Allah member kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.” Urwah berdiri dengan lama hingga dia pergi dahulu ke pasar untuk membeli keperluan. Apabila dia kembali semula ke rumah Aisyah, dia melihat Aisyah masih lagi solat dan menangis.

Tahan Ujian

            Aisyah mengikuti Rasulullah SAW dalam perang Musthaliq setelah undian. Sepulangnya beliau daripada perang ini, beliau telah mendapat ujian berat berupa fitnah tentang perlakuan sumbang. Ia bermula apabila beliau kehilangan kalung lalu mencarinya sehingga tertinggal rombongan. Kebetulan Shafwan bin Mua’ththal as-Sullami berjalan di belakang. Apabila melihat Aisyah, dia lalu membiarkan Aisyah menaiki untanya lalu dituntun menyusuli rombongan.Fitnah menular dengan cepat sehingga Rasulullah bersedih.
            Aisyah yang yakin dengan pembelaan Tuhannya, hanya mampu bersabar. Akhirnya, Allah membersihkan Aisyah daripada fitnah itu dengan turunnya ayat-ayat Al-Quran yang akan terus dibaca sepanjang zaman.

Pemalunya Menghias Iman

            Ummul Mukminin Aisyah berkata, “ Setiap kali aku masuk ke rumahku yang di dalamnya telah dimakamkan jasad Rasulullah SAW dan ayahku sendiri, dan hendak membuka baju, aku berkata dalam hati, ‘Tidak perlu malu kerana di sini hanya ada suamiku dan ayahku sendiri.’ Tetapi setelah Umar RA dimakamkan di tempat yang sama, demi Allah, setiap kali berada di dalam rumah, aku selalu memakai pakaian lengkap, kerana malu kepada Umar RA (Bahjatul Majaalis, al-Qurthubi).
            Sungguh indah peribadi murobbiah kita yang malu kepada insane-insan yang sudah tidak bernyawa. Namun realiti hari ini, sejauh mana rasa malu wanita-wanita kita?

Mengikuti Jejak Kekasihnya

            Qais mengatakan bahawa Aisyah r.ha pernah bercita-cita ingin dikuburkan di dalam rumahnya, di sisi suami tercinta, tetapi kemudian beliau berkata, “Sesungguhnya aku melakukan suatu kesalahan setelah perginya Rasulullah SAW. Maka, kuburkanlah jasadku bersama ister-isteri baginda yang lain.” Oleh sebab itu, Aisyah dikuburkan di Baqi’, semoga Allah meredainya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Sa’ad, vol. 8, hlm 74).

            Maksud ucapan Aisyah, melakukan satu keslaahan, adalah terlibat dalam perang Jamal. Aisyah
sangat menyesalinya walaupun dia sebenarnya langsung tidak berniat ke arah itu. Dia cuma berijtihad melakukan kebaikan, sebagaimana dilakukan oleh Thalhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam dan sahabat-sahabat yang lain, semoga Allah meredai mereka kesemuanya.

            Pada bulan Ramadhan, tahun 58 Hijriah, Ummul Mukminin Aisyah r.ha menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kembali ke pangkuan Tuhannya dengan penuh keredaan. Ketika perginya Aisyah r.ha, Ummu Salamah mengumumkan, “Demi Allah, dia adalah orang yang paling dicintai Rasulullah SAW, selain ayahnya.” Jasad Aisyah r.ha dimakamkan pada malam itu juga tepat setelah solat witir.



Kredit to this blog : Diari Rindu Muhsin & Mira
Photobucket
Share:

Saturday, December 3, 2011

Whispering.




Allah did not promise: 
Days without pain, laughter without sorrow, sun without rain.


But He did promise:
Strength for the day, comfort for the tears and light for our ways. 



"And put your trust in Allah if you are believers indeed..." (Qur'an 5:23)


Photobucket
Share:

Friday, December 2, 2011

Semoga Roh Beliau dicucuri RahmatNya

Assalamualaikum.

I'm just posting in regarding the news about Rara Zikry.


Dan lagi sedih bile aku baru tahu TT
Puteri bawah tempurungnye daku sobsob. Huhu.

Moga roh Rara Zikry @ Zarith Nadhira Mohamad Zikri dicucuri rahmatNya, amin.

TakdirNya tak terhalang oleh kita,
who are we to stop the rain, right?

Refer to : http://www.hafizstory.com/2011/12/rara-zikry-meninggal-duniaal-fatihah/

Photobucket
Share:

Thursday, December 1, 2011

Accumulating Strength?

Assalaaaaamualaikum!
*possible ke tak ek kite sebut laaaaaa panjang macam tu? :|

Hmmmm, i don't know what to saaayyy,
baru tekan new post tetibe kilat memancar,
tak kire tak kire,
I nak post jugak -,-

Overall setakat hari ni Khamis, Biology, Mathematics, Physics dah habis Chapter I,
macam laju gileee je, or maybe content each chapter tu sikit?

And my tutors are starting to ask me and my classmates to be prepared with those tutorials,
Encik Ikhwan wanna see the calculations,
Miss Fiza is gonna pick 5, 6 students randomly untuk hantar their works,
okay,
this is a good thing actually,
bagus untuk si ummulwaqiahmaisarah ni lebih2 lagi,
semester 2 baru nak start buat homeworks semule,
dah lame hidup tak buat keje sekolah,
dah kene start jadi a good student.
Tapiiiiiiiiiiiii,
what's so bad about being responsible over my own study actually?

Bagus ape.
Kan kan kan? :)


"Verily, with hardship there is relief
(Qur'an 94:6)


Aku nak jadi diri aku yang asal,
yang mase kecik dulu mak cakap aku rajin.
Zaman darjah satu, zaman darjah due.
Mak cakap aku suke habiskan workbook,
mak cakap tak payah suruh aku akan belajar sendiri,
kenapa dah besar jadi lain? TT



Seorang senior aku pernah berkate,
i don't know whether she coined those phrase or she was borrowing those from others,
she said that,



PAKSA DIRI, BUKAN MANJAKAN DIRI.


And aku masih ingat die suruh tulis besar2 in our notes,
tak silap aku mase tu it was like a ceramah motivasi ke hape entah.

Memey ar, tulis sonang jooo, nak buek tu susahhhh -,-
Kite rojak Kelantan dan nogori ye. Pening :|

Tutup lah part bebel, cian korang rajin2 klik link blog aku,
tup tup bace post, kene dengar aku bebel, hihi.
Manis kan bebelan aku? ><
Aku geram dengan diri sendiri sebenarnye, hoho.

Conclusion nye adek2 kakak2 abang2 datuk2 nenek2 pakcik makcik,

Pressure does have it's own good.
Coercing ourselves in achieving knowledge, 
in doing those long and nerve-wracking calculations to improve our skills is never a waste of time :)

[ Ni sebab buat Maths semalam le ni -,- pastu ade orang cakap die tak suke Physics,
awak, Physics tak memeningkan, Physics menarik ape. But I love Maths more. Kehkeh. Tahniah to Mr Paracetemol sebab score mase final. A physician blogger we have here, hehehee :D ]


"And grieve not over them, and be not distressed because of what they plot."
(Qur'an 16:127)



Nak ucap terime kasih.
Die marah letak gambar die kat blog tapi nak letak jugak, heh. Keh dan keh.
Die la coercer, forcer aku untuk siapkan tutorial. Seriously, much thanks! :D
First kelas malam hari tu,
semua orang excited dan hyper,
dah masuk second time this week, tahap keriangan berkurang.
Dan aku pun menguap belajar Bio semalam. Tapi cerah bile tengok Puan Mazhani pakai iPad mengajar,
nak satu Puan, boleh tak? :s

Meet Iman dan Umi.
Great friends of mine.
Thanks Iman sebab dengar Sarah merintih Selasa lepas time kene gastrik teruk dalam kelas.
Menangis2 dalam tutorial Chemistry. Pegang dan genggam tangan Sarah, bersahabat itu indah :D
Umi pulak, aku suke cari pasal gaduh manje dengan die. Dah name pun lebih kurang.
Umi dan Ummul. Ibuku dan ibu. Hihi.

Eksperimen Fizik, Kirchhoff's Rule eh?
Aku kureng bile Fizik masuk bab Electricity sebab bagi aku tu keje lelaki. Aku perempuan sejati HAHA.
Memang tebal lah muke aku ulang alik tengok litar kat meja boys, haiiihh segaannn :|
Nampak macam Fizik kan? HAHA.
Tak belajar dah buat eksperimen sob sob.

Hmmm tak berseri post kalo takdek gambar, kan kan kan kan? -,-

Kite mesti enjoy ape yang kite buat, baru hidup jadi indah.
*Falsafah budak2 comel macam ummulwaqiahmaisarah LALALA.

Photobucket
Share: