Monday, December 12, 2011

Terlajak Bot Boleh diReverse.

Assalamualaikum :)



Andai aku tersilap memilih kata,
maafkan segalanya.

Kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
jikalau ada silap dan salah,
jangan disimpan di dalam hati.

Manusia sering alpa,
tak tersedar dia terlanjur kata,
tak ter-realise ada hati telah terluka,
tak terampun jika maaf tidak dipinta,
manusia memang pelupa,
rasa diri lengkap segala-galanya,
terus terbuai dengan rasa bangga,
namun realitinya,
tiada siapa yang cukup sempurna.

Adeh, tapak tak lengkap lah pulak -,-


Maafkan aku.

Hidup perlu selalu cautious,
bak menuruni lereng di perbukitan yang curam.

Kata pepatah,
lidah lebih tajam daripada pedang.

Ya,
hati manusia tidaklah sekeras suasa,
luaran tampak perkasa,
namun batinnya,
selembut sutera.

Sekali lagi,
maafkan aku.

Aku khilaf dalam memilih kata.

Bukanlah aku sengaja,
namun akibat didesak emosi yang bergelora,
aku melangkau batasan susila.

Maafkan aku.

Photobucket
Share:

8 buddy (ies):

norhafizahalias said...

wahh.. pandainya akak berkata-kata.. HEHEHE..

(kagum) =.=

uwmaisarah said...

norhafizahalias,
alamak Fizah,
pandai apenyeee,
macam mende ntah ><

Ema said...

Nie kalu masuk pertandingan poetry,bolehla dah saguhati dah nie

uwmaisarah said...

Saguhati je ke, Ema ?hehe

Abg Stalker said...

sume org pnh terlajak kata..:)maaf senang ucap,tp sukar diterima.haihh..:(

uwmaisarah said...

Abg Stalker,
itulah,
sukar untuk diterima,
sobsob.

Ema said...

La.kata ayat "macam mende ntah"
Bolehla tu saguhati.~

uwmaisarah said...

hahaha, boleh pulak ey macam tuu Ema? HEEEEE~