Monday, December 31, 2012

Two and Two, Together.

This is what you get when anak2 mak ibu ayah taknak kalah mengata each other.
Pasal bawah ketiak pun boleh. 

Photobucket

Thursday, December 27, 2012

Song Dedication, Some Hope.

from Little Things - 1D


Tuhan Jagakan Dia – Motif Band 

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

I've once came across this song but ignored it till that particular person sang it to me last night.
It's unbelievable how a tiny fragile heart is so easily persuaded by a short song even though it has been broken and has fallen into pieces for thousand times.
Above all, thank you Z :)

Mentang2 dah dapat password WiFi UniSZA, terus update blog kan. Hehe.
Bibir mengukir senyum tapi hati merana siapa tahu.
Ku doa moga hati ini terus sabar dan tabah.
InsyaAllah.


Sabar itu memang pahit dan susah, namun terus percaya yang hasilnya bakal menggembirakan.
Moga-moga. Sangka baik dengan Dia :)

Dengar ya hati, terus sabar dan tabah.
Walau untuk keseribu kali :)


PS : Mohon yang broken-hearted turut ter-inspire, kita kuat kan? :)
Photobucket

Tuesday, December 25, 2012

Post Ledakan Rasa Gembira lol


Yeehaaa yippeeee sukaa sukaaa aku rasa sangatlah gembiraaaa,
anggaplah aku sedang berdiri ala2 Statue of Liberty tapi bergerak2 menabur kebahagiaan yang sedang menggelegak dalam diri ini,
untuk aku kongsi dengan korang HIHIHIHI.

Okay sat sat assalamualaikum haihai selamat siang HAHA.
Okay melampau kegembiraan aku kan kan?

Sebenarnya aku gembira melampau terkinja2 ni sebaaabbbb AKU DAH SAMPAI RUMAHHHH YAYYYY!
Akhirnya, kelas untuk semester satu telahpun tamat maka kami student Perdana University sedang bercuti krismas
selama dua minggu diikuti cuti study week seminggu sebelum paper final melawat kami pada 15 Januari,
hingga 23 Januari. Hekhekhek.

Jumaat lepas satu family datang amik aku kat PU, Serdang jam 1230 and straight pegi lepak ampang before berfoya2 di AEON Keramat.
Hekhekehek. Keesokan harinya balik Kedah bertolak pukul 11.20pagi sampai Kedah area 8 malam,
nampak tak di situ kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke Kedah drp Ampang, included masa solat sekali lah.
Kereta banyak gilaaaa kejap jalan kejap sangkut, puas dah kitorang tidur, bangun2 tak sampai jugak,
coklat bar semua habis duk makan, sebab nak berhenti R&R pun orang ramaaaaaii sangat, kereta bersusun kat susur keluar nak pegi R&R,
memang sebijik cam raya iduladha ritu tapi yang raya ritu lagi teruk laa.
Maka tidur dua malam di Kedah tamatlah holiday aku di perantauan aceceyyy,
tibalah aku di rumah kesayangan di Terengganu kesayangan hikhik gedik siakkk minah ni.
Walaupun family aku pegi shopping di Big Bad Wolf tak ajak aku,
walaupun diorang pegi Nilai ramai2 pun tak ajak aku,
aku tetap happy takpe nanti suatu hari aku pegi dengan kawan2 tak payah ajak diorang muehehehe *evil giggling*
HAHA SENGAL. Takdelahhhh. InsyaAllah 4 1/2 tahun aku kat sana sempatlah aku nak jalan2 ke mana yang aku tak sampai lagi.
Hihihihi. Ya Allah sukanya aku sampai rumahhh suka gillaaaa takleh aku nak gambarkan betapa happy nya aku sekarangggg :D

Ini adik aku punya, saja je dia tayang nak kasi aku jealousT__T

Ni baru belajar kat Serdang duk kat Cyber,
kalau belajar oversea mau aku sabotaj tayar kapal terbang sebab taknak tinggalkan Malaysia HAHA.

Hari aku sampai kat rumah, tapi ini memang berlaku kalau hujan lebat turun.
Everytime kot. :P

Oh yeee, tadi sepanjang perjalanan pulang dari Kedah merentasi beberapa negeri,
dapatlah aku menyaksikan rumah2 di tepi jalan yang tenggelam dek air banjir,
bah sudah datanggg. Kat Kelantan, kat Terengganu, hatta dalam kawasan UniSZA pun air naikk.
Laman rumah jiran aku pun tenggelam sebab kawasan rumah kitorang jadi rendah since orang yang baru buat rumah semua tambun tanah tinggi2,
kesian kitorang, laman rumah aku pun tenggelam separuh sobsss.
Ketibaan aku di rumah disambut bunyi nyaring kucing aku yang kesejukan dan kelaparan kikiki.
Kesian Toti, dahla penakut air. Tapi makanan yang ayah tinggal sampai dua bungkus habis kucing2 aku kerjakan dalam masa kurang seminggu,
agak dahsyat di situ.

Lepas tu kan kan kan aku agak jealous dengan adik2 aku,
sebab diorang boleh borong buku kat Big Bad Wolf,
sobssss.
Sampai hati diorang pi BBW tak bagitauuuu padahal malam hari Khamis tu aku free duk membuta je kott HAHA.
Banyaklah jugak diorang beli buku tapi tak banyak sangat compared to orang lain yang siap bawak luggage untuk borong buku.
Takpe aku aim BBW next year.
Simpan duit sem 3 (insyaAllah hanya untuk buku OKAY BERANGAN TAK SUDAH KAU SARAH HAHA)!
Oh yeee. Ari tu aku gigit jari jee tengok jam Elle kat AEON Keramat, chantek kottt.
Yang tu aku berangan nak beli semester dua nanti. Hahaha.
Dream on Sarah -___-
Duit yang semester 1 habis macam air terjun duk terjun kat Niagara Waterfalls je,
apa tak nya, every weekend pegi enjoy -___-

Okaylah sebenarnya aku rindu nak bebel, nak cakap ngan korang, nak update pasal aku kat korang,
tu yang aku taip post merapu merepek, nak post semalam tak sempat, maka aku post lah hari ni.
Bangun pagi2 hari ni keluar pegi sabasun, aku pakai merah satu badan okay, siap ada makcik tengok aku dua kali sobsss, merah sangat eh makcik? HEHEHEHE.

Reddddd redddd HAHA.
Dah pegi buat spec baruuuuuu (eh korang tau ke spec aku patah 4 minggu yang lalu? :P)
Yaaayyyy pastu power aku naik sobsss, mencecah angka 600 dah T___________T
Rabunnya daku.......
Apa lagi aku nak report eh? Tadi ikut adik2 aku pegi bli kasut sekolah.
Aku cucuk adik aku suruh beli kasut kain gaya2 aku zaman sekolah, bajet2 gangstar KAHKAH.
Tapi adik aku baik, dia cakap sekolah tak bagi. Yelayelah, adik lagi baik daripada kakak, normal la an? :P
K tu je kot nanti aku update lagi eh?
Jangan rindu aku taauuuuu muehehehe :3
Assalamualaikum & take care korang :)

Photobucket

Thursday, November 29, 2012

RRYC Celebrates World AIDS Day 2012!


Hai hello assalamualaikum dan salam sejahtera :D
Greetings, great people ^^


I'm writing this post on behalf of Red Ribbon Youth Club (RRYC),
we will be celebrating World AIDS Day,
this 1st December at Berjaya Times Square, so we are encouraging teramat sangat korang korang korang awak awak kamu kamu adik abang kakak untuk come and join us okay!
So before kita proceed, RRYC tu apa?

Red Ribbon Youth Club (Kelab Belia Riben Merah) merupakan seruan Majlis AIDS Malaysia kepada para belia (18 – 40 tahun) di negara ini untuk memperkasakan diri dengan maklumat yang tepat tentang HIV & AIDS, selain menyediakan platform untuk mereka menyalurkan sumbangan terhadap usaha-usaha masyarakat sivil menangani epidemik HIV di peringkat akar umbi.

Belia golongan peringkat umur kes terkumpul jangkitan HIV tertinggi dilaporkan. Lebih 76 peratus, atau 69,747 daripada jumlah keseluruhan kes HIV sehingga akhir tahun 2010 adalah di kalangan belia berusia antara 20 dan 39 tahun. Manakala, pada tahun 2011, bagi setiap empat kes baru jangkitan HIV, satu dilaporkan di kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan 13 hingga 29 tahun.

Pertama menyahut seruan Majlis AIDS Malaysia ini ialah Aaron Aziz, Selebriti Sokongan Riben Merah yang juga jurucakap program Remaja & HIV. “Pengetahuan yang tepat tentang HIV asas kepada tingkah laku yang bertanggungjawab,” jelas Aaron yang turut bimbang akan kadar jangkitan HIV yang tinggi di kalangan belia. “Inilah peranan saya sebagai Selebriti Sokongan Riben Merah untuk memastikan mesej pencegahan HIV disebarkan seluas mungkin kepada golongan remaja dan belia, khasnya mereka yang berisiko tinggi.”

So, main point aku sebenarnya,
sekali lagi aku nak ajak korang datang Times Square Sabtu ni (1 Disember 2012),
show your support for us and spread and try to arise the awareness about this HIV & AIDS thingy among us, the teenagers especially sebab we are most likely golongan yang paling berisiko untuk terjebak dengan gejala2 yang memungkinkan jangkitan AIDS dan HIV.


Okay, sebelum extra points jadi berterabur, better aku susun satu2 right.
Most basic, apa itu AIDS dan HIV kawan2?

Apa itu HIV?
HIV stands for Human Immunodeficiency Virus, adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. HIV menyerang Sistem daya tahan badan, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif HIV tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS kerana AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

Nine new cases each day people, 9 isn't just a number.


AIDS pulak?
AIDS pulak merupakan Acquired Immune Deficiency Syndrome (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit), ialah gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV. AIDS bukanlah satu penyakit yang tersendiri. AIDS merujuk kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang positif HIV. Dengan lumpuhnya keupayaan tubuh, mereka yang dijangkiti HIV lebih mudah terdedah kepada pelbagai jenis kuman termasuklah yang tidak membahayakan manusia normal. Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah jangkitan-jangkitan oportunistik (iaitu yang mengambil kesempatan) seperti radang paru-paru, batuk kering, thrush (selaput putih pada lidah dan dalam mulut), beberapa jenis barah dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap.

Hehe. Berilmiah pulak aku rasa post aku. HAHA.
Okay memang wajib ada info kalau tak apa guna buat post ni?



And some add on info yang korang perlu tahu jugak.

Cara Jangkitan HIV?
3 cara utama HIV berjangkit adalah melalui:
1) Seks tanpa perlindungan dengan orang yang dijangkiti.
2) Perkongsian jarum suntikan yang tercemar dengan HIV.
3) Dari ibu positif yang mengandung kepada anak yang dikandung sewaktu kandungan,
sewaktu melahirkan dan sewaktu menyusukan.

Terdapat juga cara-cara jangkitan yang lain iaitu pemindahan darah, permindahan organ dan kecederaan akibat jarum suntikan.

REMEMBER, you can’t get HIV from:
Hugging, social kissing, tears, sweat, coughing, sneezing and mosquitoes!
(LIVING AND WORKING WITH SOMEONE WHO'S HIV POSITIVE IS SAFE!)

Like seriously, korang please jangan pulaukan mereka yang HIV+ please.
Have a better attitude, we are all human beings, treat people equally okay sayang2ku sekalian ^^
Okay ni masuk bab E.R.A.S.E sekali. Aku petik sikit from guideline volunteer,

People living with HIV often face discrimination. This year, instead of championing the issue of reducing the number of people living with HIV, Medical Society aims to stop stigma against HIV/AIDS as well as to provide support to people living with HIV.
HIV/AIDS Week focuses on reducing discrimination towards people living with HIV by creating awareness through peer educators. The process of education will be executed with the help of volunteers from medical institutions around Malaysia. 

So, briefly, E.R.A.S.E is ERadicate - (AIDS + Stigma) = Equality.

E.R.A.S.E is organised by University of Malaya Medical Society in conjunction with World AIDS Day, which aims to raise awareness among youngsters in Malaysia not to discriminate people who are HIV+ as well as to spread more information dan general knowledge to the public about HIV dan AIDS.
So korang kena lah datang BTS this wekends untuk tengok apa lagi aktiviti yang tersedia untuk korang, okay?

And apa lagi ada on that day?

Booths.
Of mereka yang took part, tolong datang Perdana University pun ada okayy HAHA,
UM, UCSI, Kolej Poly-Tech MARA, dan lain-lain termasuk MAC,
wajib ada lah dah nama pun Malaysian AIDS Council right HEHEHE.

RRCS that is confirmed coming on that day is Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Dayang Nurfaizah, Bob AF2, Anantha, Uthaya, Owen Yap and Umie Aida.
Seize the chance to meet these cool personalities! (^^,)v

Lagi? Giant Red Ribbon Centrepiece!

The prime highlight of this event is the huge Red Ribbon Sculpture with walkway to be installed at Berjaya Time Square. This structure will serve as a platform for people to dedicate their messages and support to people living with HIV. The Red Ribbon will be meticulously designed by the Architecture Society UM and the public will be able to paste dedications, messages, letters and even small notes.

More?
Lift Harith up with balloons?


YEAH YOU READ IT PEOPLE! 
Do go to http://www.facebook.com/DurexMalaysia/app_122871477870550 to make this become real! :)
Won't it be great seeing him in the air this Dec 1? :P
Spread the message! :D

Activities that will be held on the day itself :)
Hope to see you guys this Saturday!

Malaysian AIDS Council FB page : https://www.facebook.com/Malaysian.AIDS.Council?ref=ts&fref=ts
ERASE page : https://www.facebook.com/ERASEAIDS
Official RRYC page :  fb.me/redribboyouthclub
Twibbon! : http://twibbon.com/support/rryc-celebrates-wad-2012

Monday, November 12, 2012

True Story


Wah aku jumpa ni masa merayau2 kat twitter pastu aku rasa macam goosebumps,
pastu apa aku nak cakap adalah tweet diorang memang betul kottttttt.
HAHA.

TRUE STORY!



Yang ni memang benar kahkah. Tak sangka wujud woiii.

Hehehe boleh tak bayang perasaan aku bila a girl cakap macam ni dengan aku sedangkan dia tatau aku ni sapa? Perghhhhhhh. Perasaan tu. Haram tak sanggup dah aku nak rasaaaa.

Okay bila aku nak post pasal AIDS ni? =_=

Photobucket

Friday, November 9, 2012

Holidaaaaaaaaayyyyyyyyyyy

Assalamualaikum ^^
Hello hello I'm at PU's library but jangan pulak cakap aku study sebab mana boleh study kalau hati tengah melonjak2 nak balik HAHA.
Bas malam ni pukul 9, ohhh I can't wait dudeeeee.
Seriouslyyyyyyyyyyy.

Kat rumah aku nak update blog nak cerita macam2 pasal test pasal card signing pastu nak cerita pasal Red Ribbon Youth Club, pasal outing pasal Skyfall pasal semua laaa haha.
And even sekarang aku tengah tunggu Nina datang amik nak melepak hekhekhek.
Tak sabaaqqq ^^,



Oh ohh korang pegi lah like page Red Ribbon Youth Club tu kat facebook okay,
(https://www.facebook.com/RedRibbonYouthClub?ref=ts&fref=ts),
and kalau free jompergi Berjaya Times Square to celebrate the World AIDS Day,
on the 1st December 2012 (9am
give your support to them! :D
Please please :D
Thanks! :D
Muka excited exam habis pastu nak keluar dengan kawan2 ;)
Okay muka excited nak balik Ganu la actually. Hehe.

Nothing else, just nak share kegembiraan aku nak balik rumah dan tidur atas katil kesayangan HEHEHE.
And and some pictures :D
Haha takde motif :P
Heeeeeee :D
Official Bloggers for RRYC :D

K tatatatata see you again doakan aku selamat sampai Terengganu ek ;)
Take care ^_^
Photobucket

Wednesday, November 7, 2012

Before CPB and AS

Assalamualaikum guys. Hi hi!
Dropping by to transfer some of my stress here LOL because,
I'm so freaking lazy to revise CPB and AS for the formative assessment (test laaa senang).
And after that free, merdeka, yippeeeeee :D

Tapi kemalasan ini susah sungguh untuk disingkirkan haippppppppp.
Susah nak concentrate I don't know whyyyy.

Webcaming at Discussion Room, Perdana University LOL nak jugak tempek nama universiti kan KAHKAH.
Oh itu cover phone baru, lepas dah tercampak 33 kali baru nak beli cover lah, screen protector lah =_=
So wish me luck for my test which is going to be held at 1.30pm nanti kayyy.
Gotta go, nasi lemak and nescafe are waiting.
Yummmm yummmm :D

CPB stands for Concepts and Principles of Biomedicine while AS is Alimentary System.
Doakanlah aku sempat cover mana yang patut.
10 kali baca pun kalau dah bersangkut paut dengan Chemistry ni memang susah aku nak ingat T__T

Current addiction. I mean, I'm extremely addicted to him HAHA.
Worse than Zayn and 1D boys. Oh my Chester.
Below is one of his videos which has always succeeded in making me smile sengih2 sorang2 depan laptop.
Angau parah dah ni. Hahaha.


PS : Tonight ada blogger class at Sentul hekhek. Nak update nak update ^_^
Photobucket

Monday, November 5, 2012

RINDU

Damn true -_-


Hahaha tak leh blah tajuk post setelah lama senyap menyepi kau boleh buat post title camtu siap dengan capslock -_-
Hi people! LOL XD

Assalamualaikum :D
Okay sebenarnya aku ada test petang ni tapi,
tiba2 aku rasa aku rindu dunia blogging yang dah lama aku tinggalkan sebab banyak sangat benda berlaku lately but I think I'm adapting, even if slowly but I feel I'm improving la yippeee :D

Thanks EVERYONE.

Soooo tak leh la post panjang2, nanti aku post lain kayyy lepas test habis, hari ni satu paper,
esok card signing (mati mati mati mati) and ada satu paper lagi hari Rabu pastu aku ada something something so aku sendiri pun tatau bila free kahkah.
Jumaat ni balik Terengganu yayyy balik aku suka balik.

K, aku chow dulu, have a nice day people people people take care.
*gaya bajet hot boleh blah la kau Sarah -_-

By the way I really miss writing banyak2 bebel panjang2, sumpah.


Photobucket

Wednesday, October 10, 2012

Ain't A Blithest Astrum.


After weeks of not blogging anything, I really hope for an enjoy-filled-post.
Apparently this is not what I was hoping.
Thanks to you.




Mengapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan?
Mengapa ada derita bila bahagia tercipta?

Photobucket

Wednesday, September 12, 2012

Ya Allah, Berikan Kami Kesabaran.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya dan
 mengurniakan beliau ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaanNya, amin :')
Ni aku tempek kat wallpaper laptop sebab aku rasa dapat inspirasi bila tengok ayat2 agung ini :')
Yelah sedih nak berjauhan dengan family la katakan.

Thought nak post cerita pasal raya but a sudden incident just happened maka aku pun jadi touching and simpan kisah raya2 ni untuk post lain. Sobsob.

Tadi bangun tidur ada dua orang lelaki datang rumah, tunggu tuan rumah respon sementara diorang tercongok kat pagar, aku yang bukak pintu,
yang sorang nama Wan cakap diorang nak jumpa kak (my mom).
So mak aku pun pakai la proper dress kan, pegi kat pintu.
Si Wan tu tadi, datanglah masuk kawasan rumah, cerita lah dia baru sampai from Siam but then kena rompak, semalam. Hajatnya nak ke Kuantan untuk kerja, cari duit untuk Raya Iduladha.

Namun takdir lebih dulu menentukan yang dia dirompak.
Actually ada lagi details tapi aku macam tak dengar sangat since aku duk berkhayal kat balik dinding.
Wan tu duduk kat luar je, mak aku tak ajak masuk lah sebab ayah takde kan.
Wan tu pun cakap, takpe la kak, nanti jiran nampak ape pulak diorang kate kan.
(in Kelantanese dialect tapi aku lupa camne bunyiknye dalam dialek Kelantan hikhik)
Wan tu sebenarnya, mak aku kenal dia,
sebab 2-3 tahun yang lalu, dia datang rumah jual periuk2 camtulah.
Orang merantau cari rezeki..
Pastu mak aku ni jenis mudah kesiankan orang, mak aku pun beli lah periuk dia dulu tu.
Okay. Normal la kan. Ayah aku pun boleh beli karpet yang orang Bangla/Pakistan datang jual -__-
Punyalah aku heran masa tu acano la bapak aku pun boleh beli.
Maka tak heranlah aku ni pun senang sangat percayakan orang dan kesiankan orang walaupun tak kenal sebab sifat ini sifat warisan hehehehe =P

So tiba2 datang cari mak aku tadi, macam pelik jugak, apa yang dia nak.
Seriously, tak pasti apa tujuan dia.
Dia cerita2 nasib malang dia semalam tu, tapi, dia langsung tak sebut yang dia nak duit ke, ape ke.
Aku rasa lah, mungkin dia macam blur taktau nak buat apa.
Maka mak aku pun advised him supaya pegi report polis.
Ye lah, main kena rompak sampai IC dan passport pun perompak tu kebas,
nanti tak ke naya kalau polis tahan tengah jalan cakap dia ni PATI? Huhuhu.
Lepas tu mak aku pun suruh la dia duduk sat, mak hidangkan air, then bukak cari baju ayah yang lama2,
seluar yang tak pakai yang tak muat dah, nak bagi kat dia ni since dia ni dah tinggal sehelai sepinggang.
Beg baju pun perompak tu angkut -,-
Kejam punya perompak. Sobsob.
Baju yang Wan tu pakai tadi pun hasil ihsan kawan dia (pinjam sementara).
Oh. Kawan dia dah blah pegi kerja masa tu. Kawan dia kerja jual aiskrim yang jaja guna motosikal tu.
Gigihnya para perantau ini mencari sesuap nasi buat keluarga :')


Ayah pun text cakap bagilah kain pelikat yang baru2 sket untuk Wan tu.
Pastu ada lah salah satu seluar yang nak diderma tu, macam koyak sket,
mak tak jadi nak bagi, tapi, seluar tu nampak macam muat dengan dia,
dia tu kurus2 je saiz aku je kot.
Then, mak nak jahitkan seluar tu tau tak sebelum bagi kat dia.
Aku macam terkejut gak lah. Lalu aku yang jahitkan seluar tu cepat2.
Menjahit2 ni memang minat aku so macam no hal lah walaupun nak cepat kihkih.
Tapi tu lah, terharu gila aku sebab mak tak sampai hati nak bagi yang koyak sampai nak jahitkan dulu before giving that trousers away. Aku pun tak semulia itu. Kena muhasabah banyak kot T___T

Sedih gila aku tadi tapi takdelah tunjuk kan.
Datang Malaysia nak kerja cari duit untuk sambut IdulAdha tapi macam tu pulak dugaannya.
Dia ada adik umur lebih kurang tujuh tahun.
Mak dah takde.
Nenek baru meninggal due tahun lepas.
And tadi aku dengar dia cakap ngan mak yang dia cancel pegi kerja tu sebab passport takde,
huhuhu. Muka dia pun boleh tengok la, diselubungi kesedihan.

Part paling touching bila mak aku bagi semua baju2 seluar ngan bantuan sikit untuk makan minum sementara nak sampai kampung halaman kan, Siam tu bukanlah 10 minit jauhnya dengan Terengganu.
Mak aku sebak2 sampai berderai ayaq mata T____T
Aku dah agak la mak akan nangis sebab mak memang cepat touching.
Yang aku tak sangka.............
Wan tu pun sebak2 and akhirnya aku nampak dia takleh nak berkata2 then turut menitiskan air mata T__T

Lelaki - menangis? Depan mata aku. Rare. Sumpah rare.
Tu yang macam touching jugak.
(Tapi aku acted cool la derr.
Aku ini konon-hati-batu-muka-beku sebab memang aku tak nangis depan family kay lolzz)

Aku hanya boleh doakan dia dari sini, moga2 urusan beliau sentiasa dipermudahkan.
Sebak jugaklah bila aku bayangkan aku berada di situasi dia. Sebak sebab aku kan hati penyayang.

Sobsob.
Banyak nikmat hidup aku sebenarnya.
Aku je yang alpa.
Astaghfirullah.

Photobucket

Saturday, September 8, 2012

321 Cinta


Assalamualaikum and hello.
It's been awhile (awhile? -__-) since my last potpet here,
kalau extend for another 6 days,
cukup sebulan aku tak update blog.

Ni aku tak berniat nak post panjang pun,
sekadar meng-appreciate sesiapa yang view blog aku,
mesti korang rindu dengan aku kan.
Hehehe. Thanks for viewing my blog everyday walaupun aku tak update. LOL.
Google Stats cakap macam tu. Kehkeh.

Me, I, am, here, having super mixed up emotions.
Memang mixed up gila2.
Bercampur2, everything, in a one small head.

Even we ourselves find it's difficult to understand our own feelings,
bukan mentality lagi tu.

Puasa dah habis, raya dah nak habis, birthday aku pun dah lepas,
I didn't say a word pun kan padahal dah selamat sampai rumah raya kelima.
Birthday bonus kurang digunakan.
Mood diculik ke Jeli, Zaym amik.

InsyaAllah I'll make a short update on everything (it'll be about everything, and I say short?
Don't believe me, it'll be a long entry),
before going to Serdang this 18th Sept.
Roughly a week left.
Ahhh how time flies.
Time nowadays travels in rocket I guess.
In a blink it's already your bedtime. Sigh.

PS : 321 Cinta because I miss Puncak Alam.

Photobucket

Thursday, August 16, 2012

Aku Dah Buat Pilihan :'D

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat kalian.
Hari ni cuaca sangat indah, aku rasa angin sepoi2 je mengelus pipi tak licin ni,
walaupun aku tercongok dalam bilik, angin tetap datang masuk melalui tingkap,
syoknya, tak panas punggg! :D


Kawan2, aku dah buat pilihan!
Terima kasih buat 'Afeefah (HEHEHE.MEKSAROH IS A NICE CHOICE.),
sebab sudi buat satu post,
khusus untuk sahabat beliau yang comel dan cute ni kahkahkah.
Dia cakap suruh ikut hati aku,
mana lebih berat, tang vet ka, tang biomed. Siap hang-hang lagi ha mentang2 aku dah nak balik Kedah besok. Hehehe.
Tak lupa jugak terima kasih buat Diyana sebab sudi bagi pendapat beliau about which course should I choose for myself. Dengan hujah2 yang beliau berikan, bolehlah join debat nanti kalau pegi UPM ek. Hihihi. Masuk kelab debat.
All the best for you two, sorang ('Afeefah) nak jadi CSI, erk,
belajar sains forensik maksud aku,
Diyana pulak still tak pilih lagi nak pegi USM-KLE or UPM. I'm not a good adviser,
jadi memang tak pandai nak supply suggestion untuk awak. Hohoho. Selamat berkekalan dengan budak busuk kay, kot2 dapat invitation online 6-7 tahun lagi, boleh saya jejak kaki kat Kulim. Hihi. Gurau2 :D
And untuk orang lain yang bagi pendapat jugak, Hani, Syahir, Shahirah, PokCik dan lain-lain,
terima kasih atas sumbangan masa anda :')


I was awakened by my mom's voice tadi, bukak2 mata, I saw mom was crying.
Dalam hati aku, "daaahhh, sapa pulak mati niiiiii" T______T

To my great surprise, she told me, aku dapat biasiswa JPA for PU-RCSI when she hugged me.
Ya Allah, apakah benar aku tidak bermimpi? Sebab pagi tadi aku terlena selepas dengar mak cakap,
"pagi ni redup je, lailatulqadar ke semalam", gitu2 lah. Lepas tu terus blackout, mengantuk sangat T___T

Bangun2 tengok mak nangis, aku amatlah panik. Sebab terimbau kenangan dapat result semester satu,
masa kat palam, sebab result aku agak jauh daripada sasaran, mak menangis. Sedih gila aku masa tu,
tau taaakk T____T UPSR PMR SPM aku mampu menggembirakan beliau dengan izinNya tapi,
masuk asasi terus mengecewakan beliau, sobsobsob. Sedihnya hanya Dia yang mengerti. Sobsob.

Dahla due malam yang lalu, akibat kecuaian aku, nyaris2 mak tak dapat beraya dengan muka mak yang cun itu, sebab gas keluar from dapur, bila mak bukak api nak panaskan lauk, api menyambooor, besaq nak mampuih, menjerit mak dengan aku-aku sekali menjerit, huaaaaa T____T apakah yang telah aku lakukan, mengapakah takdirku selalu malang dengan memasak T____T aku dah beberapa tahun fobia dengan menggoreng, ni api dapur pulak, due tahun aku nak boikot memasak lepas ni, aku fobia T__________T
Panjang kan aku bebel kes nya nak gitau sal JPA je. Sheiisshhhh.

Lepas tu mak suruh aku buat sujud syukur :')

Dad called from his office, ayat pertama keluar masa aku angkat handphone,
"Bangun bangun nok gi beli contact lens!" LOL. Hahaha.
Kisahnya, aku mengada2 request nak pakai contact lens bila raya,
dengan syarat, kalau aku berjaya dapat JPA untuk PU-RCSI.
Alhamdulillah makbul doa mak ayah, doa aku & semua yang mendoakan,
perasaan bila Allah bagi semua ni,
tak terkata, rasa kita ni terlalu banyak nikmat, rasa dah tak layak nak meminta2 padaNya,
walaupun hari tu aku sangkut tetiba sorang2 je tak dapat offer langsung daripada IPTA,
tiba2 in a week time, aku dapat tiga offers. Hikmah sesuatu kejadian tu,
DIA je yang tau, DIA selalu tahu, DIA selalu susun benda2 yang terbaik buat hambaNya,
kita kena sentiasa percaya dan redha :')

Ayah sambung lagi suruh aku online dan buat pengesahan terima JPA tu di website eSila,
dan he congratulated me :')
Walaupun mamai, aku tetap over-excited. Suka sangat sangat.


Jadi, kawan2, penat aku post selama ni, cakap dah penat tunggu JPA,
alhamdulillah penantian aku tak sia-sia.
Jadi keputusan yang aku buat hari ini tak lain tak bukan,
aku accept offer JPA untuk pursue study di Perdana University,
in collaboration with Royal College of Surgeons in Ireland,
untuk buat medic selama 5 tahun di Serdang, Selangor, Malaysia.

I hope this is the best path for me, insyaAllah.
Terima kasih ya Allah atas segala2nya,
terima kasih mak ayah atas segala pengorbanan,
terima kasih kawan2 atas segala support,
terima kasih semuanya atas doa2 kalian :')


Dan sebelum aku mengakhiri sesi kita pada hari ini,
tak lupa aku nak ucapkan,


Selamat Hari Raya Idulfitri,

mohon diampunkan segala kesalahan aku sepanjang kita kenal,
segala keterlanjuran kata2 dan perbuatan sama ada aku sedar ataupun tidak,
semua lah, ye! :D
Raya elok2, jangan lupa kutip duit raya banyak2! Hihi.
Sumpah aku rasa Ramadhan kali ini Ramadhan paling singkat,
moga2 umur kita panjang lagi untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya, amin :)
Tahun ni aku raya kat Kedah, esok insyaAllah bertolak,
doakan aku selamat sampai di Kedah,
dan selamat sampai di Terengganu Khamis depan, amin.
Jumaat beraya kat kampung Terengganu,
Sabtu aku ada kat rumah insyaAllah, meh la datang beraya kat rumah :D

Taraf aku main lilin je, mercun2 berbahaya
(Ceh padahal main jugak, gambar je takde :P)

PS : Baibai Kelantan. Tak dapat nak duduk satu negeri dengan Z. Sedih juga :') Haha gatal.
P PS : Cuti panjang first (2 minggu je pon) for PU-RCSI adalah Christmas Break. Lambatnyeeee -___-
Aneesah dah suke dah sebab laptop aku bakalan menjadi hak beliau. Sheeiisshhh.

Photobucket