Monday, January 30, 2012

January 2012 Gonna Be Over

Assalamualaikum :D

Yay happy sebab hari ni ada satu kelas je which was BEL,
lab bukan giliran kelas aku dan tutorial biologi dibatalkan,
maka haruslah celebrate dengan update blog muahahaha -,-'

Sure lah happy sebab aku takde mood nak berkuiz, study pun tak habis :/
Gara2 semalam kene serang kat facebook,
macam hareeemm hilang mood aku sebab perempuan tu :s

Emo lebih je perempuan ni kan? Haihh kompliketed sungguh. Ngeh3

Tapi petang ni nak pegi melawat bilik Shafiqah dengan Amirah since ada task BEL yang kene baiki lagi,
hailoohhh macam tension,
pressure betul dengan BEL :(
Takpelah, habiskan betul2 petang ni,
biar puas hati,
malam ni for sure nak kene stay up late sebab nak study CTU,
malam esok ada test :(


Dan aku masih belum memujuk Wafiy yang merajuk.
Comel lah adik bongsu aku tu,
merajuk pulak,
aku tersilap cakap dia kalah dengan anak jiran aku,
menangis2 cakap tak nak SMS aku dah,
naseb aku tak menangis sekali petang semalam :/
Memang dia merajuk betul,
tak SMS langsung aku semalam :(

Nanti Sarah pujuk Wafiy tau :)


K lah gotta go nak prepare pegi bilik Shafiqah pulak ^__^
Wassalam and take care ^__^

PS :
Hari ni dah 30 Januari, tinggal lagi hanya dua bulan masa aku kat sini :'(
Memilih untuk bersedih buat ketika ini.
Awak, adakah lagi peluang untuk kita belajar di universiti yang sama? Sobs T__T

Photobucket
Share:

Sunday, January 29, 2012

All I want is to mess around


Hey hey world :D
Tajuk sila baca sambil buat evil face dan evil laugh kalau nak lagi berkesan ye xD xD
Blur lah nak fikirkan tajuk yang sesuai.
Kelemahan since dulu kala. Nak fikir tajuk, nak buat introduction dan kesimpulan, memang tak berbakat :/
The phrase is taken from lyrics of What The Hell by Avril Lavigne :)

Purple ^___^

Takmo post panjang2 sebab aku takde mood :/
Tapi aku tetap nak post merapu sebab aku takde tempat nak merapu meraban selain blog nih.
Taip macam laju sikit nak bandingkan dengan menulis diari.
Hoho.

So siang tadi aku bazirkan dengan tidur.
Kadang2 aku rasa better tidur kot sebab kalau bangun,
lately mulut aku memang ringan nak menyumpah sebut sial bagai,
aku tak suka aku jadi macam ni,
tapi memang aku cepat terpengaruh dengan environment sekeliling especially bende2 yang tak enak nih.
Asal ada benda tak kena mesti ringan je nak menyumpah-nyumpah.

Pagi ada kelas, tutorial Biologi, dan jugak Lab Bio.
Ngehehe suka aku bila Fatin cucuk jari aku guna lancet tu,
sakit fizikal yang sikit tu lagi enjoyable nak compare dengan sakit dan pedih dalam hati.
Muahaha. Kiranya sakit yang sekejap tu, menyebabkan aku distracted lah sekejap.
Tu je point nya.
Time tutorial aku macam tenggelam dalam dunia sendiri kejap.
Sebab aku tak study chapter immune tu,
so macam ketinggalan lah sikit.
Harap sempat lah cover before kuiz hari Isnin ni.
Hmm.

Hello cutieeee! :DD

Tadi borak2 dengan Ain, Ain datang bilik Ruwaidah.
Ain cakap lama tak tengok aku, dia cakap aku makin kurus.
Ngahaha aku rasa aku timbang last hari tu dah nearly 45 kilogram still Ain cakap kurus? -,-'
Aku tak rasa aku kurus,
cuma aku rasa less energetic,
spiritless.
Aku rasa terumbang ambing dalam lautan emosi.
Dalam perahu yang tak berkemudi.

Tadi kan, aku list kerja2 aku minggu ni.
Lagi sekali mulut menyumpah-nyumpah.
Bodoh kan,
tu namanya belajar tak ikhlas.
Merungut je kerjanya.
Buatnya tidak.

Silalah berubah, Sarah.

Fly fly butterflyyyy

Tadi tengok baju dinner Ruwaidah.
Lawa. Berkenan aku ngahaha.
Untunglah kan orang berduit,
boleh attend dinner.
Aku jugak yang terperuk kat puncak bukit ni malam esok.
Tapi tak kesahlah,
aku rasa macam better stay sini.
Boleh berfoya2 dengan Iman muahahaha.

Teringin nak ada gaun satu :)

Hmm aku rasa macam demam lagi sekali :(
So paracetamol, nanti masuk mulut aku tau.
Penat lah demam.
Nampak sangat dosa banyak sangat tu yang demam tu,
sakit kan penghapus dosa hohoho.

Hmm okaylah aku ada bergunung kerja.
Oh. Tahanlah badan, tahanlah otak,
minggu depan kita balik rumah bergembira ek ^_^

Isnin ada kuiz Bio.
Pastu BEL mesti kena sambung buat last paragraph dengan conclusion.
Selasa ada tutorial Chemistry. Aku tak faham Acid Base T__T
Memang siaplah tutorial aku.
Malam hari Selasa ada test CTU.
Sampai tajuk 3.
Hmmmm. Semangat-less.
Rabu pulak full of lecture classes. Tapi okaylah.
Cuma kena tahan mata je la, niat ada tapi aku rasa tewas jugak nanti :S
Khamis mungkin ada presentation CTU T___T
Tutorial Math. Macam ada kuiz je tidaaaaaaaaaaaaaaaak!
Jumaat tutorial Fizik. Tutorial 6 kot. Assignment pun tak buat lagi sobsob.
Aku harap sesangat BEL petang tu batal,
nak balik Terengganu, so mesti nak serbu Klang Sentral awal2.
Jumaat jugak kene submit report Bio. Hmmm.

Itu je lah. Je lah sangat.
Macam panjang je post aku.
Ngehehe.

Ngehngehngeh sukasukasuka lawaklawaklawak kejamkejamkejaaam -,-'

Oh ye macam kecewa sikit
sebab bulan Mac aku tak boleh turun Kedah join pernikahan sepupu aku, Kak Ani.
Sobsob. Dah setahun weh aku tak jejak kaki kat rumah Tok Wan & Mak Tok aku.
Sedih sial.
Cuti universiti tak sama dengan cuti sekolah.
So bila family aku pegi Kedah time school holiday, aku tak boleh join.
And bulan 3 aku final, memang dah sah sah lah tak boleh pegi kan T___T
Sedihnya.


Tapi aku kena enjoy this coming hectic week,
sebab at the end, hari Jumaat nak balik Terengganu yayyyyyyy,
kalau takde aral. InsyaAllah. Mintak2 boleh sampai dengan selamat amin :D

Photobucket
Share:

Friday, January 27, 2012

Lesson of Life.

Assalamualaikum and good evening I bid to my blog readers ^^
Hihihi. Penatlah ada kelas sampai petang,
tapi jiwa masih bersemangat nak post jugak weeee~


As for today, actually ada 3 kelas je but ada gap lama yang amat,
ye lah, Jumaat la Sarah oi,
for sure tengah hari jual beli dihentikan sebab ada Jumaat prayers, heee :D
Taklah, takkan nak ada kelas jugak masa kaum Adam solat Jumaat kan~
And lepas lecture Math pagi tadi ada 1 jam gap before tutorial Physics.
Kene pulak today En Ikhwan takde T___T
So I did nothing except sembang randomly with Hani & kacau Atin buat keje muahaha ><

Thanks Atin sebab tunggu aku siapkan report Chemistry tadi.
Oh electrochemical cells, kecewa sebab aku tak buat awal2.
Hari tu after lab semangat nak buat report on my own for the first time,
sekali kejadian yang tak diingini berlaku kan,
terus terbang semangat sampai dua hari tak buat kerja langsung muehehehehe xDD

So, tengah hari aku naik and membuta kat bilik.
3.15 turun pegi BEL.
Sebenarnya aku rasa kalau tak turun pun no hal ekekeke.
Sebab turn group aku untuk speaking test ( practise ) dah lepas dah pun,
oleh sebab aku budak yang cantik lagi baik maka aku turun.
Hehehe. Niat nak blaja weh.

Sementara menunggu Mr Hanis tadi ^__^

Lepas tu kan,
ada group spoke about macam mana cara nak belajar foreign language.
And one of the ways is through marriage,
dengan foreigners lah of course kan :D
Menarik gila point tu sumpah.
Siap Mr Hanis kasi contoh lagi a friend of his,
kahwin dengan mamat Perancis.

Wow 0.o
And Mr Hanis cakap,
anak diorang sangatlah comel dan lawa,
and he misses the girl everyday.
Budak tecik tomel tu name beliau Eva.
Lagi superb, budak tecik tiut tu pandai cakap Terengganu, English and French!
Grrrr Perancis weh, berbelit kot nak belajar. BM pun aku sampai hari ni tak master,
inikan French. Ngahahaha. Kau belajar Bahasa Arab suda Sarahhh, teheee~

Hmmm mintak2 lah nanti Mr Hanis tunaikan his words which dia cakap nak tunjukkan kitorang gambar Eva and video dia cakap dengan her mother. Mesti comel ^__^

By the way tadi tengah BEL,
aku download skype muahaha.
Pastu tetibe ada call skype masuk,
tergezut aku. Ha sesape nak skype,
silalah download skype jugak kat laptop @ phone anda ye? Hehehehahaha

Yay yay ada skype haha xDD
Sebenarnya before this dah ada tapi tak boleh sign in,
tak tahu kenapa, selalu error :(

Pastu BEL habis, jumpe dengan Iman,
dah janji and memang every week akan naik sesame hohoho.
And we encountered with Saidah who was quite in a hurry tapi sempat lah stop kan dia
& tanya,
dia nak pegi mana.
Tapi dia tak cakap pape.
So kitorang pun blah la kan,
teruskan perjalanan nak turun bawah, tapi pakai lif lah.

On the way, aku berhenti layan notice board, tu memang kegemaran aku.
Ape yang best tatau lahhh. Tapi tadi aku tengok advertisement dinner kitorang,
Noche De Amor which gonna be held on this Sunday night tapi aku tak pegi pon sobsob.

Pastu, Iman ni pulak,
tengok satu kertas A4 putih yang terfotostat IC di atasnya.
Lepas tu dia tanya aku,
"Ni bukan Saidah ke?"

Aku pun macam, "Erk?"
Ya, memang tu IC Saidah. I thought she lost her IC,
then call Saidah, tanya.
Lagi terperanjat when she said, she had lost her purse, actually.
So dia datang kat notice board tu,
call orang yang tampal fotostat IC dia tu,
and got to know, there's no money left anymore in her purse.
Kesian kawan aku tu,
sobsob.
But i hope to see kad bank dia ada lah esok dalam purse dia tu.

Tapi moment yang menyentap aku tadi when Saidah's friend said that,
"Takpe segalanya bukan milik kita, tapi milik Allah."
Macam tu lah meaning ayat dia.
Serious. Macam menampar pipi aku ayat tu.
Tepat lagi benar serta padat ayat yang pendek tu sebenarnya.
Surelah sedihkan duit hilang dalam sekelip mata.
Tapi tu lah. Ujian.
Moga Saidah baik2 saja.
Housemate merangkap kawan sejak kecik aku tu :')
Kalau dia menangis, aku yang tengok pun akan nangis -,-'

Hmmm but the phrase,
yang aku dengar tu,
memang memberikan pengajaran :D
Semua yang kita ada dalam dunia ni,
pinjaman semata-mata,
bila Dia nak ambil,
ya, in the blink of eyes,
semua boleh hilang.
Maka selalu beringat dan bersedia.
Kan? :')



“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas.” 
(QS. Az Zumar:10)


Photobucket
Share:

Thursday, January 26, 2012

Life.

Assalamualaikum :)


Oleh sebab blog ni masih private, second day,
merajuk plus ada orang marahkan kita,
so hari ni macam bebas lah sikit kan nak post.
Tak payah nak fikir nak jaga hati orang lain.
So aku nak cakap pasal aku pulak kali ni.


Okay rase macam lain sebab i have nothing to do more with him.
Rasa lain, seriously.
Tapi biarlah,
sebab tak silap ingatan memang dari dulu ni yang aku idamkan.
Daripada terus2an aku menyeksa dia.
Maka aku kira ini yang terbaik buat dia.

Cume sekarang kene kukuhkan dan stabilkan diri,
yakinkan hati,
yang aku masih boleh dan mampu berdiri,
Punya kudrat untuk berdikari.


Tadi tutorial Math, oleh sebab aku terlajak tidur,
maka tak sempat untuk aku hadiri kuliah Biologi.
Sebab Madam Mazhani akan tutup pintu 10 minit selepas 8.30,
aku bukak mata tengok jam 8.33,
memang sempatlah 7 minit nak melompat terbang ke bawah sana melalui tangga maut segala tu kan walaupun kelas kat DK 1 FSK 1, 5 je.

Then, melompat lah aku jam 10.15 untuk ke kelas tutorial Matematik dan CTU,
TEC room FF3, memang melompat terbanglah,
tapi sempat singgah beli bebola kesayangan,
mengidam air laici, tapi tak sempat nak beli sebab dah lambat.
Satu kerje pulak panjat tangge naik tingkat 6,
sebab yang tunggu lif kat bawah semua budak lelaki,
aku sorang je girl,
jadah ape nak masuk lif aku sorang pompuan,
macam awkward gile,
dahla muke tak kenal,
sah budak2 engine. Sebelum naik tangge,
cam muke Aiman sorang je,
ex-schoolmate dulu. Tu pun muke selambe buat tak nampak.
Membilang anak tangga. Lega bila takde kertas test.
Tu je yang aku takut sebenarnya. Hihihi.
So aku tak menangis lah time Math tadi yayyyy~
Dan lega gila bila CTU start dengan ramahnya apabila Ustaz Wan Salam started the session by apologising to everyone.
:')
Thank you Allah for this great day :D

Lepas tu aku rasa macam banyak gila dapat ilmu hari ni masa CTU tadi,
seriously.
Lepas tu Fadzli bagi Ma'thurat kecil for each person in the class,
jazakumullah, khairan kathira :)

Masa CTU tadi,
pembentangan tajuk Mukjizat,
Firdaus yang mulakan,
then Farhi followed by Esma and Afiq.

Dan aku baru tahu bout asal usul orang bunian.
Aku pernah dengar cerita tu tapi aku dengar separuh je.


Dyorang share about advantages of al-Mulk,
baca sebelum tidur,
amal,
surah tu akan jadi pelindung kita di alam barzakh nanti.

Pastu Afiq did say about something,
tapi aku tak clearly ingat untuk apa,
yang aku ingat,
amal surah al-Mulk, as-Sajdah dan solat sunat witir.

Farhi bentangkan jenis2 dan pembahagian mukjizat rasanya.
He shared about huruf di setiap permulaan surah,
yang jumlah huruf dalam permulaan surah,
tak akan tinggalkan baki bila dibahagikan dengan angka 19.
19 adalah jumlah huruf dalam kalimah basmalah.
So, as an example,
surah al-Kahfi, dimulakan dengan huruf KAF,
dalam surah al-Kahfi ada 57 huruf KAF,
dan 57 boleh dibahagikan dengan 19 tanpa meninggalkan baki, kan?
Lepas tu ada lagi dia bagi contoh tapi akalku agak terbatas untuk mengingati setiap satu dengan terperinci :')

Esma bentangkan bout ilmu2 yang terkandung dalam al-Quran where aku pernah belajar sebenarnya sume ni during form 4 mase PQS dulu.
Ada pasal Sains, Muamalat, Syariat, Hukum2 semua.
Dan Esma ada sentuh pasal setiap satu lah,
jual beli, hukum2, sumpah li'an, membunuh tanpa sengaja, hudud dan sebagainya.

Tibe2 rase jadi form 4 lagi :')

Aku takut nanti giliran aku,
aku tak dapat share info macam diorang2 ni semua :'(
Tapi aku masih boleh cuba, kan? :)

Enough about classes tadi.
Aku dalam bilik ni,
actually tengah heran sebab roommate kesayangan aku tak sampai2..
Ada perjumpaan kah?
Hihihi.


Nina. Aku rasa rugi kalo kehilangan seorang teman like her.
She's very understanding despite my swinging mood,
hari2 nangis :/
Pernah sekali aku on the way naik bilik,
muke ketat tahan nak nangis,
sekali boleh terserempak dengan roommate aku,
she and her classmates were on their way to their class,
and she stopped, suddenly,
aku rasa ada orang tarik aku,
and asked, 'Kenapa?'
Aku dah sebak and kat situ jugak menangis :')
Caring gila. Aku terharu sangat mase tu.

Ada jugak one moment where dalam bilik,
aku lupa tapi dah lama,
aku macam KO sikit  masa tu,
but i did pretend to be okay,
tapi i don't know,
how did she manage to notice my sad mood,
dan tanya, "Sarah OK?"
Ya Allah, tergezut siaa aku masa tu.

Everyday after class,
kitorang akan membebel2 dalam bilik cerita hari masing2,
heee, that's how roommates work. Hohohoho.
Tensionlah wei nak pendam sorang2.
:D
At least stress for the day akan dikurangkan sikit,
hati makin suka ^___^


Back to my Nina (hahaha, 'my', tak tahan heeee),
dia bagaikan Latifah,
who will always know,
bila aku happy,
bila aku sedih,
I can't cheat her with my wide, bright smile like I can cheat everyone else.
She will know.
Even when texting,
dia boleh kenal.
Pernah aku menangis baca text dia sebab dia tanya aku okay ke tak walhal aku text punyalah normal macam biasa, and I was texting the others too but among sume orang yang aku tengah text, Teefah je yang perasan.
Aku pun tak berkemahiran sebegitu.
Aisshhhh.

Me and Latifah :D
So here I have my second Teef, which named Nina, my first roommate :)


Serious, setakat ni, due orang ni je yang boleh kenal aku tengah sedih walaupun di masa aku tengah pamerkan mood happy level yang paling teratas.

Tabik lah korang.
And big thanks for standing by myside :')

Cari gambar berdue dengan Shahirah tapi jumpe yang berempat, pun boleh ^___^
Ni mase form 4 ^___^

Kalau kat Shahirah,
tak sempat nak cam aku tengah sedih,
aku yang tersembur nangis dulu, hihihihi.
Tak boleh nak cover dah depan sahabat kembar tak serupe aku tu... :)

Rindu kawan2 :')


Okaylah nak tengok movie semalam tak sempat habis nangis banyak sangat.
Tunggu mak call pulak tadi putus duduk dalam lif ngehehehe.
Wassalam and take care.
*bajet blog tak privatelah ni ahahahaha xDDD

PS : 26 Januari, macam ada birthday seseorang. Yang aku ingat 27 Januari is Maryam's. 29 Januari is Kak Nadia's. Birthday Nasihah rasanya tapi rasanya 28 Januari. Hmmmm.

**Setakat post ni, blog still private. Yeah. Nanti nak public semule.
Bile dah ada keberanian ngahahaha xDD

Photobucket
Share:

Wednesday, January 25, 2012

Stand, Sarah :D

Takut, esok ada tutorial Math ><
mesti menangis. Huhu
Sarah be strong okay, be strong :D

Grrrrrrrr. Takut. Sumpah.
The worst Mathematics test ever since i was in primary school until this present level :(

Nak nangis boleh?

Gagal sekali bukan gagal selama-lamanya Sarah,
bangun jangan terus jatuh.

Semangat, aku perlukan kau.
Jangan tinggalkan aku lagi ye?
Kita kawan selamanya ek? :)


Stand - Rascal Flatts

You feel like a candle in a hurricane 
Just like a picture with a broken frame 
Alone and helpless 
Like you've lost your fight 
But you'll be alright, you'll be alright

Cause when push comes to shove 
You taste what you're made of 
You might bend, till you break 
Cause its all you can take 
On your knees you look up 
Decide you've had enough 
You get mad you get strong 
Wipe your hands shake it off 
Then you Stand, 
Then you stand 

Life's like a novel 
With the end ripped out 
The edge of a canyon 
With only one way down 
Take what you're given before its gone 
Start holding on, keep holding on 

Cause when push comes to shove 
You taste what you're made of 
You might bend till you break 
Cause it's all you can take 
On your knees you look up 
Decide you've had enough 
You get mad, you get strong 
Wipe your hands, shake it off 
Then you stand, then you stand 

Everytime you get up 
And get back in the race 
One more small piece of you 
Starts to fall into place
Oh
Photobucket
Share:

Tuesday, January 24, 2012

Menghitung Hari :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^___^

Hari ini hari Selasa maka kolej2 kediaman di UiTM Kampus Puncak Alam seperti mendapat nyawa2 mereka kembali apabila penghuni sementara mula pulang dari kampung halaman atau rumah masing2.
Maka kami yang tak pulang ini semakin berkurang rasa cemburu. Tapi hati tetap sayu bile tengok some of them yang dihantar family datang ke mari, sobs isk isk. Sabo je la kite :'(

Takpe, tiket untuk cuti Maulidur Rasul telah dibeli, maka mari kita menghitung sisa2 bilangan hari yang tinggal untuk pulang menemui keluarga tercinta. Dan kucing2 juga ^__^
So, jom senyum, jangan nangis2 lagi tau Sarah ^___^

See, tiket untuk 4 orang,
pergi dan balik,
beratus2 hengget melayang :')

Sungguh taknak mintak dah universiti jauh2. Tapi tak boleh nak predict ape2 lagi untuk next level of study sebab final exam belum, result pun macam entah pape :'(

Takmo fikir takmo fikir. Nak ikut flow je :|

Cuti akan melabuhkan tirainya pagi esok,
jam 9.30 pagi ada lecture, lengkap Biologi, disusuli Kimia dan Fizik,
satu jam seorang, pandai dyorang divide ye.
Jam dua setengah petang, Matematik pula, dengan bab baru i guess,
dan jadual diakhiri dengan sesi makmal Kimia sehingga jam 6.30 mungkin.
Em, eksperimen ape ek esok kawan2? Kite tak tahu :(

Dah tak lama nak duduk kat Puncak Alam ni sebenarnya,
tinggal due bulan je lagi,
sedih ada, sayu ada, happy pun ada.
Tak tahu nak rasa apa, tak tahu nak describe cam mana :(
Tapi mesti aku nangis nanti before tinggalkan Puncak Alam :(
Tapi mesti akan happy sebab nanti boleh balik jumpa family :)
Setiap event akan ade pro dan kontra kan? :')


Okaylah sampai di sini sahaja, ada orang cakap lama gila aku menaip,
sikit je ni, nanti kita story lagi ek kawan2 ^__^

Papai, wassalam dan jaga diri, jaga makan dan jaga kesihatan ^__^
*Erk, okay, dah berapa hari aku skip multivitamin yang doktor bagi, terlupa nak makan aiseh -,-'

Photobucket
Share:

Saturday, January 21, 2012

Trying so hard to be a jerk


Ya aku salah.
Yes I was the reason.
Yet I am the reason.
Happy to know she was and is there for you.
Di mana harus aku mulakan rasa penyesalan aku?








This song doesn't convey everything but it does some :)
Entri mampus, tak boleh komen yay! Hahaha
Sesekali nak jiwang, layan je la eh. -,-'


Photobucket
Share:

Friday, January 20, 2012

20th day of 2012

Assalamualaikum! :D
Pabila didatangkan bersama tanda seru, anggaplah post ini dimulakan dengan bersemangat.
Semangat cuti empat hari yay!

Tapi tetap ada kerja yang perlu dibereskan,
ada paperwork CTU, kene draft intro and conclusion,
ada test CTU next week, so kene revise tapi tataula bile nak revise hohoho.
Kene siapkan paragraph yang belum buat untuk BEL memandangkan Isnin dan Selasa cuti di mana kedue2 hari tersebut wujud kelas BEL dalam jadual,
luckily maybe tak ganti so saya lebih rela buat kerja daripada pergi kelas ganti yay!

Okay okay, tahukah anda apakah itu CTU087 dan BEL311?
These are the codes used for two subjects
which are (1) the subject of agama entitled Kesepaduan Agama dan Sains
and also (2) English ; English for Academic Purposes.

Yang lebih advanced compared to what we have learnt during our first semester yang pastinya hohoho!

Rasanya dah tak boleh nak jawab test kalau tak baca CTU tu,
and english pun macam dah tak lepas je if tak prepare.

Sobs, how I miss to face the examinations in school where we had those spot questions
dan soalan bocor yang sebijik2 masuk exam. Haruslah skor tinggi2 kan. Especially Sejarah.
Tu yang kantoi SPM Sejarah tak dapat A+. SPM mane ade bocor2 keh3.
Kecuali BM, before exam ada text masuk bagitau budak2 Kedah silap dapat Paper 2 masa exam Paper 1,
haruslah kantoi soalan apa yang keluar kan.
Luckily tak perlu re-sit exam.
Kecoh bila dapat rumours which stated the whole fivers of 2010 need to re-sit for BM papers.
Mesti susah gila if betul2 kene exam balik. Haih mintak jauh la kan :)

See how I merapu merepek cakap pasal SPM, rindu lah nak pegi sekolah :')
Rindu kawan2. Rindu suasana yang tak pressure. Rindu nak jalan dekat2 je after sekolah.
Panjat turun naik tangga pegi kelas pun tak sebanyak steps kat tangga Puncak Alam nih.
Jalan balik sekolah pun tak sejauh Rafflesia 1 dengan blok FF untuk attend lecture kat Dewan Kuliah Farmasi :')
Tapi tu semua untuk belajar kan, i'm not supposed to complain about this, right?
Hmmm, ish2. Istighfar ye adek2. Hehehe.
Redha je, semua langkah2 tersebut akan dikurniakan pahala asalkan ikhlaassssss :')


Sabda Nabi,
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” ( Sumber )



Missing them all :'(

Hmm, sebenarnya happy baru lepas siapkan assignment Chemistry. Hihi.
Pastu plus happy cuti. Walaupun tak balik Terengganu cuti ni,
kite mesti sabar. Tunggu cuti Maulidur Rasul nanti, nak balik rumaaah! :DDD
Excited, 2 weeks more to go ^^

Few days back menangis nangis call mak cakap nak balik, hehe.
Sampai demam ha kau, budak manje :|

Hidup saya memang tak sunyi daripada kene makan ubat :|
Cepat2lah sembuh wahai badan kesayangan :)
Hihihi.

Alamak langit gelap sangat plus kilat dan guruh mule muncul,
kene off lah dulu nanti kite post lagi ye tatataatatataaaaaaa!
Wassalam, take care and happy holidays!
Spend your time wisely and for those who'll be driving home, drive carefully.
Utamakan keselamatan, ingatlah orang yang tersayang :DD

*Aunt yang duduk Bangi balik Terengganu, nak itooootttt, nak tumpang sekakiiiiiii :(
Ecey, tadi kemain kau cakap sabar, tak istiqamah sungguh ish!

Photobucket
Share:

Friday, January 13, 2012

Diari Tigabelas Haribulan

Assalamualaikum.
Penat. Hari ini hari Jumaat.
Akhirnya esok lega jugak,
Sabtu yang lega sebab tak ganti kelas akibat cuti umum pada hari Isnin.
Tapi ada but nya.
Ahad kitorang ada test.
Jadi kelegaan tersebut tak berpanjangan.
Apatah lagi bagi aku. Sebab?
Ahad nanti test Chemistry.
Untuk makluman, Chemistry dengan titewwww, dia kurang berminat dengan titeewww.
Hihi. Tapi nanti titewwwww cuba lagi nak tawan hati dia. Hmmmm.
Euuwwwwww titewww2 bagai pulak kau Sarah.

Top-left :
Kotak kesayangan aku ^^
Top-right :
Biology in Physics, er, what? Physics in Biology. Hmmm.
Berkait2 diorang ni. Macam saudara mara kaum kerabat... Hihihi
Bottom :
Mempraktikkan ilmu penulisan dengan menulis surat kiriman rasmi buat lecturer Kimia aku,
lantaran kegagalan aku menghadiri kelas beliau hari Rabu lepas. Terpampang di situ ya "KETIDAKHADIRAN".

Tadi pre-test Physics.
Seperti yang aku jangka, aku tersangkut di soalan electric field.
Tapi overall not bad lah untuk first attempt jawab soalan ala2 test kan.
Tu pre-test.
Encik Ikhwan cakap test 1 Rabu depan taklah senang macam tu. Erk. Dia cakap pre-test tu senang? -,-

Jadi sekarang ni aku bahagia dalam kesibukan.
Bahagia menghitung hari yang kian berkurangan totalnya untuk mengecapi 'kebahagiaan sementara' menjelang weekend depan.
Oh. Cuti 4 hari :D

Aku ada benda nak cerita sebenarnya tapi penatlah pulak tiba2.
Gotta catch my forty winks. Nak regain energy :D
Wassalam & take care buddies :DD
Photobucket
Share:

Tuesday, January 10, 2012

Thursday, January 5, 2012

Ups and Down

Assalamualaikum.
Baru berkesempatan dan ade mood untuk mencoret membebel kat sini.

Dah 4 hari kuliah bermula since masuk balik UiTM after cuti midsem hari tu.
Tinggal lagi less than 2 months untuk habiskan semua silibus 6 subjek, dan satu bulan penentuan.
Ah I hate to be reminded of that :|

2, 3 hari ni mood aku macam data dalam electrocardiogram seriously, naik turun macam our heartbeat.
Macam naik roller coaster. Menangis tu macam dah wajib. Haila, lemahnya seorang aku. -,-
Teringin nak spend time tengok collection of funny stories or anything yang boleh buat aku gelak.
Selalunye aku bace funny quotes je. Helps a little.

Rambling on twitter. Konon nak stabilise kan perasaan sebab tak tahu nak meletup kat mana an -,-

I'M SO GOOD AT SLEEP. I CAN EVEN DO IT WITH MY EYES CLOSED. LOL XD

iPad, iPhone, iPod bla3 and finally i-bankrupt. HAHAHA

Aku dah confirmkan dengan Sho aku tarik diri from our class trip to Penang.
And aku dah confirmkan dengan Umi yang aku tak join dinner asasi.

Aku rasa tu yang terbaik, I've calculated the pros and cons.
Bukan aku tak nak have fun dengan kawan2.
Nasib baik Sho sporting and faham. And even she knew before aku bagitahu lagi. Dahsyat.
Persoalan kenapa hanyalah dijawab dengan 'personal matter'.
Biarlah rahsia. Bajet retis dowh -,-

Hari ni bahagia lah sekejap sebab half day je kelas sebab sebelah petang should be spent on co-cu tapi aku tak join koku pun, aku tak tahu kelab aku ada meeting or tak, rasenye takde. Tak nampak notis pun kat notice board. Takdelah hopefully. Takde mood teramat.

But then esok kelas sampai petangggggggg and Sabtu ada kelas ganti sebab previous Monday cuti.
Apa guna bersenang awal2 then bersusah di kemudian hari? Huwaaaaaa.

Naseblah kelas ganti probably ade tutorial satu jam je cume yang tension sikit kelas tu petang, nak outing pun tak boleh. Sobsob

The next Sunday after this coming Sunday aku ada test. Chemistry pulak.
Dahla aku pending dan loading gila subjek ni.
Sumpah nerves aku bergulung plus tersimpul tapi as usual usaha nak meleraikan simpulan tu takde pun.
As for the other subjects, revision has to be done. Crucially needed to.
Tapi Chemistry nak revise apebendenye kalo basic pun tak de dalam otak.
I'm creating and building some strength, praying so that He eases my way.
I need Him more than anything.

Maher Zain cakap,

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side 

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray 

HEHE. Entah pape lah aku nih. That's all for today.

Writing really is a therapy for me. I mean this.
Why don't you people give yourself a try to write and spill your thoughts off when you're stressed or something. And avoid bad words :)

Take care silent and loud readers, buddies, bloggers.
Appreciate your spent time here. You do care about others :')
Thanks :)
Yang sebelah kiri tu name Lala tapi she's dead once I arrived at palam a few days back T________T

So tinggal Kiki je lah sorang2 sekarang. Total : 5 ekor kucing campur yang remaja dan dewasa :D
OKFINE Nak Balik Rumah Tolonglah.
Photobucket
Share:

Sunday, January 1, 2012

Menemani yang TERISTIMEWA.

Assalamualaikum there :D
Shall I wish you all a Happy New Year first? ^^
Selamat Tahun Baru 2012,
well my first facebook status for this year is ;

Yeah Happy Birthday Kak Cik! Go and wish her at her blog! :D CLICK.

Heee, kenapelah aku post status pasal diari -,-'
Apekehe lah, aiseh ><

By the way,
post ni nak cite pasal pegi Giant last Wednesday ^^
I went to accompany my younger sister Ibah, along with Aneesah,
teman Ibah menghabiskan RM50 voucher given by i don't even know who. heeeeeee :P
Giant lah kot dah kene shopping kat Giant ><

The point is, bukan teman Ibah, but I got to involve in shopping event with her schoolmates too!
Macam menarik and pengalaman baru to go shop with these special kids ^^
Banyak ragam dan tergelak terketawa tersengih sengsorang aku hari tu :')
Unforgettable moments of 2012.
Unfortunately aku terlupe nak beli something as a present for my mom on her birthday the next day,
sorry mom T___T



Pernah dengar about PDK?
Click here to gain more info about PDK. ^^
Klik sini untuk lagi pengetahuan ~

DATA PDK, nak tengok click here ~
So with a total of 428 PDK di seluruh Malaysia, kite ade 18,943 pelatih dan my younger sister is one of them, the special one :)
Sekarang baru tahu kat Johor paling ramai pelatih PDK. Hihi.

My beloved adik pulak, menjadi pelatih di PDK Seberang Takir, KT.
Hmmm, most of her friends sangatlah innocent.
Pernah beberapa kali jumpe diorang,
mase sambutan raya tahun lepas2, dan
tahun ni mase pegi Giant ni lah :')

Dulu mase tunggu result SPM selalu temankan Ibah tunggu van datang amik kat rumah,
so tiap2 pagi diorang akan lambai ramai2 kat aku bile van dah pegi semule, menuju PDK.
Happy je diorang walaupun normal people tengok dengan pandangan pelik -,-

Choose choose ^^

Fatihah & Iskandar

Ibah pun aku belikan selipar jugak! :D

Perspective, like someone said :)

Bayar time!

Ibah and Fatihah ^^

The Voucher

Ibah! Peace! Ignore the background -,-
Okay dah nak lunch take care! :D
PS : Will add more bile sampai palam esok.
Photobucket
Share: