Sunday, January 29, 2012

All I want is to mess around


Hey hey world :D
Tajuk sila baca sambil buat evil face dan evil laugh kalau nak lagi berkesan ye xD xD
Blur lah nak fikirkan tajuk yang sesuai.
Kelemahan since dulu kala. Nak fikir tajuk, nak buat introduction dan kesimpulan, memang tak berbakat :/
The phrase is taken from lyrics of What The Hell by Avril Lavigne :)

Purple ^___^

Takmo post panjang2 sebab aku takde mood :/
Tapi aku tetap nak post merapu sebab aku takde tempat nak merapu meraban selain blog nih.
Taip macam laju sikit nak bandingkan dengan menulis diari.
Hoho.

So siang tadi aku bazirkan dengan tidur.
Kadang2 aku rasa better tidur kot sebab kalau bangun,
lately mulut aku memang ringan nak menyumpah sebut sial bagai,
aku tak suka aku jadi macam ni,
tapi memang aku cepat terpengaruh dengan environment sekeliling especially bende2 yang tak enak nih.
Asal ada benda tak kena mesti ringan je nak menyumpah-nyumpah.

Pagi ada kelas, tutorial Biologi, dan jugak Lab Bio.
Ngehehe suka aku bila Fatin cucuk jari aku guna lancet tu,
sakit fizikal yang sikit tu lagi enjoyable nak compare dengan sakit dan pedih dalam hati.
Muahaha. Kiranya sakit yang sekejap tu, menyebabkan aku distracted lah sekejap.
Tu je point nya.
Time tutorial aku macam tenggelam dalam dunia sendiri kejap.
Sebab aku tak study chapter immune tu,
so macam ketinggalan lah sikit.
Harap sempat lah cover before kuiz hari Isnin ni.
Hmm.

Hello cutieeee! :DD

Tadi borak2 dengan Ain, Ain datang bilik Ruwaidah.
Ain cakap lama tak tengok aku, dia cakap aku makin kurus.
Ngahaha aku rasa aku timbang last hari tu dah nearly 45 kilogram still Ain cakap kurus? -,-'
Aku tak rasa aku kurus,
cuma aku rasa less energetic,
spiritless.
Aku rasa terumbang ambing dalam lautan emosi.
Dalam perahu yang tak berkemudi.

Tadi kan, aku list kerja2 aku minggu ni.
Lagi sekali mulut menyumpah-nyumpah.
Bodoh kan,
tu namanya belajar tak ikhlas.
Merungut je kerjanya.
Buatnya tidak.

Silalah berubah, Sarah.

Fly fly butterflyyyy

Tadi tengok baju dinner Ruwaidah.
Lawa. Berkenan aku ngahaha.
Untunglah kan orang berduit,
boleh attend dinner.
Aku jugak yang terperuk kat puncak bukit ni malam esok.
Tapi tak kesahlah,
aku rasa macam better stay sini.
Boleh berfoya2 dengan Iman muahahaha.

Teringin nak ada gaun satu :)

Hmm aku rasa macam demam lagi sekali :(
So paracetamol, nanti masuk mulut aku tau.
Penat lah demam.
Nampak sangat dosa banyak sangat tu yang demam tu,
sakit kan penghapus dosa hohoho.

Hmm okaylah aku ada bergunung kerja.
Oh. Tahanlah badan, tahanlah otak,
minggu depan kita balik rumah bergembira ek ^_^

Isnin ada kuiz Bio.
Pastu BEL mesti kena sambung buat last paragraph dengan conclusion.
Selasa ada tutorial Chemistry. Aku tak faham Acid Base T__T
Memang siaplah tutorial aku.
Malam hari Selasa ada test CTU.
Sampai tajuk 3.
Hmmmm. Semangat-less.
Rabu pulak full of lecture classes. Tapi okaylah.
Cuma kena tahan mata je la, niat ada tapi aku rasa tewas jugak nanti :S
Khamis mungkin ada presentation CTU T___T
Tutorial Math. Macam ada kuiz je tidaaaaaaaaaaaaaaaak!
Jumaat tutorial Fizik. Tutorial 6 kot. Assignment pun tak buat lagi sobsob.
Aku harap sesangat BEL petang tu batal,
nak balik Terengganu, so mesti nak serbu Klang Sentral awal2.
Jumaat jugak kene submit report Bio. Hmmm.

Itu je lah. Je lah sangat.
Macam panjang je post aku.
Ngehehe.

Ngehngehngeh sukasukasuka lawaklawaklawak kejamkejamkejaaam -,-'

Oh ye macam kecewa sikit
sebab bulan Mac aku tak boleh turun Kedah join pernikahan sepupu aku, Kak Ani.
Sobsob. Dah setahun weh aku tak jejak kaki kat rumah Tok Wan & Mak Tok aku.
Sedih sial.
Cuti universiti tak sama dengan cuti sekolah.
So bila family aku pegi Kedah time school holiday, aku tak boleh join.
And bulan 3 aku final, memang dah sah sah lah tak boleh pegi kan T___T
Sedihnya.


Tapi aku kena enjoy this coming hectic week,
sebab at the end, hari Jumaat nak balik Terengganu yayyyyyyy,
kalau takde aral. InsyaAllah. Mintak2 boleh sampai dengan selamat amin :D

Photobucket
Share:

1 buddy (ies):

NaRuFiQ said...

oh , terima kasih sebab ingatkan aku keje yg berlambak....