Friday, February 24, 2012

KamDauunn

Bila perempuan mula menangis dan mengalirkan air mata,
bermakna ada perkara yang betul2 menyentuh hatinya
tapi tak dapat diluahkan dengan perkataan.
Kamdaunnn Sarah.
Sobss. Tak malu gila. Boleh pulak aku nangis kat KKPR aka cafe aka public place tu?
-______- HAHA. Dahla satu meja tu ada budak yang tak kenal. Muehehe.
Kesian gila kat Nina, tak pasai2 kene pegi amikkan tisu plus belikan aku Milo satu,
thanks a lot Nins :')

Macam mana boleh misunderstood T_____T
Kan dah menangis malukan diri sendiri :|
Manja. Haihhhh

Takpe Sarah. Sebulan je lagi.
Plus, sebulan tu kejap je sebenarnya.
Nanti kau pulak yang nangis2 taknak tinggal kawan2.
Tengoklah.

Dear blog, thanks for being a good listener.
Photobucket

Thursday, February 23, 2012

Benarlah.

Sebaik mana pun kita sekarang, orang tetap nak ingat kesalahan kita yang satu dulu kan?
Kita tak sebut salah dia yang dulu, dia tetap sebut2 keburukan dan kesalahan kita yang dulu tu kan?
Even worse kita yang present hari ni di judge oleh our past.

Kita takde peluang nak berubah ke?
Atau memang hati mereka dah tertutup untuk tengok kita berubah?


Aku dah hilang a shoulder to cry on. Aku dah hilang a listening ear.
I mean, yang sama2 manusia. Kalau Yang Maha Mendengar, memang kita selalu ada, kan..
Pasrah sudaahhh. Haha. Nak buat macam mana, aku tak baik macam orang lain.
Sape nak kawan dengan aku, kan? Sape tahan kawan dengan aku, kan.. :)
Belajar berdiri atas tapak kaki sendiri, bongok. Tak payah nak harap orang console kau lagi after this, ngek.
Keh3. Kan obvious nak marahkan diri sendiri, haruslah guna perkataan sentap. Harap tak terganggu.

Orang tak hot siapa nak mintak bergambar bersama, apatah lagi orang nak stay by side, kan. Hoho.
Sedar2lah diri, mak cik.

Post kat blog lagi satu lah. Muehehe. -___-

Zzzzzzzzzz..
Photobucket

Sunday, February 19, 2012

Sunday is A Sunny Day

Assalamualaikum.

Kini.
Meniti minggu kedua terakhir untuk meneruskan pengajian di sini.
Dua minggu terakhir sebelum study week bermula.
Dua minggu terakhir untuk bangun awal pagi turun berjalan jauh ke Dewan Fakulti Farmasi.
Dua minggu terakhir untuk berlari menuruni tangga kejayaan Puncak Alam.
Dua minggu terakhir untuk bergembira bergelak ketawa bersama yang tersayang di sini.
Oh, jangan salah faham. Yang tersayang itu bukan merujuk kepada seorang individu sahaja.
Aku maksudkan semua yang mewarnai hidup aku hampir setahun di Puncak Alam ini.

Aku tahu dahulunya aku yang meronta2 menyatakan tidak untuk terus berada di sini,
namun sampai saat perpisahan itu berlaku,
kesedihannya pasti terasa jua,
kepiluan pasti membaluti raga,
kesayuan pasti menyelubungi jiwa,
dan aku pasti,
air mata haruslah tertumpah, duka.

Mac merupakan bulan berjuang.
3 minggu untuk bertarung.
3 minggu penentuan adakah aku bakal mendapatkan impian aku
ataupun bakal menerima apa sahaja kursus yang diberi UPU.

Doa itu senjata Mukmin, aku percaya.
Dan usaha tanpa doa adalah sia-sia. Itu pasti.
Moga kekuatan terus menjadi milik kita, kawan-kawan.

Soalnya, adakah aku mampu?
Sungguh aku takut.
Aku tidak pernah rasa bersedia.
Apatah lagi keputusan Test 1 aku hari tu bukanlah secemerlang kawan2 yang lain.
Tapi aku masih boleh berusaha.
Aku tidak boleh kecewakan mak dan ayah aku lagi.
Aku tidak boleh mengecewakan diri aku sekali lagi.
Aku tidak boleh menghampakan kawan2 aku lagi.

Moga kekuatan selalunya milik aku. Milik kawan-kawan. Milik kita semua.

Second last lab report, Mia Iman Liyana's Domokun,
lepas ni just panggil dia MIL je, atas pesanan dia. Sebab Iman will be referring to another Iman.
Dan stapler2 itu, semua menghuni MIL's pencil case 0.o
Dan itu medium komunikasi aku di sini, medium untuk aku merakamkan saat2 indah di sini.
Oh ye, petang semalam hujan. Sejuk sangat cuaca. Maka aku tewas, lena di petang hari. *Sigh
Mari kita enjoy di minggu2 terakhir ini, stress banyak2 tak elok untuk kesihatan :D
This is the time we should take care more on our health, focus more on our study,
and more tarbiyyah on our Iman.


PS : Pesan2 kat orang. Harap2 aku boleh laksanakan jugak. InsyaALLAH.

Photobucket

The One Who Cares The Most

Caring gila, pantang kurang RM3 -,-

Photobucket

Friday, February 17, 2012

Tourism Wish : Langkawi

Assalamualaikum!
Hihi, hari ini saya mau bercakap tentang satu tempat yang saya pernah teringin nak pegi,
tapi tak ingat pernah jejak tak walaupun sikit,
hoho. Ber'saya' pulak hari ni, terlebih sopan rasanya.

Dulu, saya pernah join satu pertandingan bernama kuiz pelancongan with 3 other friends where we had to memorise every single place of tourism in Malaysia with detailed facts bout it. Dengan homestay, dengan ape2 records yang tempat tu pernah dapat, dengan ape2 awards, tahun berapa, apa nama sampingan and bla bla bla.

Unfortunately we didn't manage to pass the state level, dapat third place je sobs.
But the sweetest moment ever when we got to be chosen to participate in the Karnival Pelancongan Pelajar 2009. Suka sangat sangat sangat :')
Rindu saat happy gila tu. K tutup cerita.

Disebabkan saya ter-expose kepada tempat2 pelancongan ni,
ada satu tempat, yang agak attractive, which agak berminat untuk menjejakkan kaki di sana,
ialah, the Langkawi Sky Bridge.
Weee. Nak pegi tapi rasanya mesti ketaq lutut kalau sampai atas tu, tak bergerak2 kot. Muehehe.
Naik atas empangan Kenyir pun berpeluh bagai. Fear of height. Hehehe.

By the way mesti cantik kan kat atas Sky Bridge tu, nak pegi ^__^

Source

Source
Sky Bridge ini panjangnya 125 meter dengan ketinggian 700 meter above the sea, ngeh3.
Enough enough, tangan saya yang menaip pun dah sweating. Muahahaha :D

Terletak di atas Gunung Mat Chincang, glamour kau gunung disebut2 di website pelancongan. Hihi.

The view from up there is said to be breathtaking,
tapi aku rasa kalau aku yang naik, tak ter-taking breath dah,
hahaha. Semput :P

Jalan2~
Source
Terapung2 di awangan lah kalau sampai sane ^___^

Selain Langkawi Sky Bridge ni,
ada lagi tempat lain which macam cool je kalau sampai,
haaa~
ape tempat tu? Jawapan : Tasik Dayang Bunting :D
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar terbesar yang terdapat di Langkawi.
Pembentukan batu-bata di salah satu sisi tasik itu kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang sedang baring.

Source

Source
Bentuk gunung yang dikatakan seolah2 menyerupai
bentuk badan seorang perempuan hamil yang sedang berbaring.
Tasik ni, ada lagenda tersendiri. Bagi sesiapa yang belum tahu, jom baca :D

Legend of Tasik Dayang Bunting -
The favorite bathing pool of a celestial princess named Mambang Sari was said to be Tasik Dayang Bunting (lake of the pregnant maiden). A prince, Mat Teja, fell madly in love with her and tricked her into marrying him. Sadly, their child died from a mysterious illness at the age of seven days. Distraught, the grieving Mambang Sari left the child's body in the lake and returned to her heavenly abode. Today, some believe barren women who bathe in this lake will be endowed with a child. Many have claimed to be successful.
[Source]

Wallahu'alam betul ke tak, tapi rezeki ajal maut di tangan Allah,
jangan lah pulak percaya kalau tak dapat anak, lepas berendam terus dapat anak, salah tu..

Ape2 pun, tasik ni sangatlah menggamit hati ini untuk ke sana,
mesti tenang menghadap tasik dan gunung dan lautan kan..

Hmmm, nak jadi tenang:')
By the way, sapa nak bawak Sarah pegi tempat2 ni? Hihi

Encik Ikhwan jadi guru pengiring pegi Langkawi class trip sape ntah.
(Okay, buat2 tak tahu. Kah3.) Nak ikut, En. Ikhwan :'(
Bosanlah duduk sini.

Penggunaan -Saya-Aku-Sarah-
Nampak sangat tak tenang kan :P
Photobucket

Tuesday, February 14, 2012

We're Too Small To Stop The Rain.

Makluman : 
Ini hanyalah monolog dalaman pemilik blog.
Harap maaf jika pemahaman anda kabur mengenai titik utama karangan pendek ini. 

Secebis rasa hati pemilik blog yang sedang berdukacita, 
diinterprestasikan ke dalam bentuk tulisan agar perasaan lebih stabil dan tidak goyah, 
dek pusat graviti yang tinggi, dek tapak hati yang kecil area nya :)

***
Aku ingin tahu.
Aku wonder macam mana diri aku yang dulu,
boleh hidup gembira tanpa perlu risau dengan masalah yang ada.
Aku rindu nak jadi begitu.
Aku rindu nak bergelak ketawa dengan sahabat walaupun saat itu aku ada masalah terbesar dalam hidup.
Aku rindu nak membentuk senyuman manis saat hati sedang rawan dan pilu, menangis.
Aku ingin tahu macam mana aku boleh tahan dan pendam masalah aku sorang2 dulu,
tanpa perlu mengadu kepada sesiapa melainkan Dia.
Aku ingin tahu bagaimana aku peroleh kekuatan yang sehebat aku pernah ada waktu dahulu.

Aku sekarang adalah aku yang lemah.
Aku yang tersangat lemah.
Rebah dalam menongkah arus.
Sesat dalam liku2 perjalanan yang sarat dengan cahaya matahari dan titisan hujan.
Keliru dalam menentukan arah mana yang aku ingin lalui.
Terbuta mata akal dan hati saat emosi menguasai.
Ternyata rohani aku kian merapuh.

Serendah diri aku pohon padaNya agar aku mampu berdiri tabah seperti dahulu,
walaupun aku keseorangan.
Doakan aku. Sokonglah walau dari jauh, walau dalam diam.

Aku boleh cuba, aku boleh try, aku harap result nya nanti positif. Sungguh aku berharap.
Sumpah rasa loser bila being too dependent atas orang sekeliling.
Aku mahu berdiri tegak tanpa tongkat.
Bukan bongkak,
hanya ingin cuba berdiri stabil atas tapak selipar crocs sendiri yang haus tapaknya walaupun lantai yang dipijak licin dibasahi air, lecah disaluti lumpur.

Aku mahu pergi jauh. Tapi aku tak berdaya.

Aku mahu aku yang dahulu.
Aku kecewa dengan diri aku yang sekarang.
Kecewa sila pergi, aku mahu berkawan dengan elemen euforia sahaja.
*Senyum. Jiwa senyum, hati senyum, bibir senyum.
Tenang.
Terima kasih ya Allah, Engkau Maha Pemurah :')
Sekian.

Aku boleh! Malaysia boleh!
-,-


Dari Aisyah, beliau berkata: 
“Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seorang muslim, melainkan Allah SWT telah menghapus dengan musibah itu dosanya. Meskipun musibah itu adalah duri yang menusuk dirinya.” (HR. Al-Bukhari no. 3405 dan Muslim 140-141/1062) Sumber 

Maka aku wajib bersabar :)
Moga kawan2 aku dan pembaca semua sedang berbahagia dan licin perjalanan hidup mereka, amin :)

PS :
Terima kasih buat sahabat yang setia menyokong diri ini,
yang berada di sisi dan yang mendoakan dari sudut hati.
Terima kasih atas sudut yang provided buat daku.
Berlemon2 terima kasih kepada Nina, for listening.
Iman, for everything.
Shahirah, for those nice comforting words.
Syahir, for your concerns.
And 3 serangkai, Teefah, Kak Cik, Farah, I know, for your do'a :)

Rasa macam artis buat ucapan terima kasih lepas menang award. Ngahahaha!
Photobucket

Wednesday, February 8, 2012

23 Februari 2012


Menunggu 23 Februari dengan sabar dan debaran....
Hihihi

Auuwwwwww.


Currently tengah buat CTU, esok presentation, lusa submit assignment.
Dan mengetepikan kerja2 lain. Ya saya bertuah dan tak pandai menguruskan masa.
Mood penat, lama dah tak panjat tangga maut. Semput weh.
4 hari je pun tinggal.

K lah kene siapkan cepat, tonight kot ada plan lain kih3.
Wassalam & take care.


PS : Teka2 lah apa yang ditunggu on 23 Februari ek.
Sapa betul ada hadiah misteri, choki2 sepeket. Misteri la sangat kan -,-


Photobucket

Sunday, February 5, 2012

Hati Berbunga Riang :D

Assalamualaikum ^__^
Cuti masih berbaki satu hari penuh,
mood kene maintain happy. Ngehngehngeh.
Walaupun sedih sebenarnye sebab kene balik Puncak Alam lagiiiiii.
Takpe, ini kali terakhir,
huish.

Kene enjoy betul2 kat sane lepas ni,
jumpe semua orang puas2,
tengok puas2,
lepas ni dah takde semua tu :')

Ngeee petang nak balik tu hujan, basah kuyup saya main hujan,
sebab pegi tunggu bas dekat bus stop Angsana.
Kekuyupan saya terbayar pabila saya dapat duduk dengan selesa dalam bas.
Ngehehehe. Suka suka ^__^
Sampai pagi hari Sabtu jam 5,
pukul 8 naik kereta pegi kenduri kat Jerteh,
mula2 mata bulat je tapi tewas jugak 30 minit terakhir perjalanan.
Hehe. Letih naik bas.
Kenduri kat Jerteh ni sepupu mak yang kawen,
sepupu mak orang Kedah, pasangannya Terengganu.
Hihik. Tak transfer lagi gambar dalam kamera, tak boleh lah nak upload kat sini :P
Ni stok2 dalam handphone jeee :|
Ada dua majlis hari Sabtu tu, dua2 majlis aku makan,
tu dia penangan lama tak pegi kenduri kawen kan. Muahaha.
Dengan kenduri kawen pun boleh rindu, ape daaaa :|

Tengah tunggu orang selesai akad nikah masa ni ^__^
Bebudak ni happy dapat kenekan aku dengan Aneesah. Nakai....

Adik bongsu yang manja, Wafiy dah tak merajuk dah bila aku balik ni, hehehe :D

Esok hari Isnin, lusa Selasa dah naik bas.
Begitulah cepatnya masa berlalu sekarang ni.
Sobs. By the way tadi jiran dekat rumah lama datang hantar jemputan perkahwinan,
16 Mac. Sah la tak dapat pegi kan T____T

Nampak gaya aku yang kene kawen nih, barulah aku boleh pegi majlis perkahwinan tu. Kan? ERK. -,-

Muka mengantuk dan lapar,
tengah tunggu orang selesai akad nikah.
Mas kahwin dengar2nya RM10,000.
@.@
Nanti aku berapa ek? MUAHAHA gatai.
Umoq baru 19, haihhhh.
Take care & wassalam :)
Photobucket