Tuesday, February 14, 2012

We're Too Small To Stop The Rain.

Makluman : 
Ini hanyalah monolog dalaman pemilik blog.
Harap maaf jika pemahaman anda kabur mengenai titik utama karangan pendek ini. 

Secebis rasa hati pemilik blog yang sedang berdukacita, 
diinterprestasikan ke dalam bentuk tulisan agar perasaan lebih stabil dan tidak goyah, 
dek pusat graviti yang tinggi, dek tapak hati yang kecil area nya :)

***
Aku ingin tahu.
Aku wonder macam mana diri aku yang dulu,
boleh hidup gembira tanpa perlu risau dengan masalah yang ada.
Aku rindu nak jadi begitu.
Aku rindu nak bergelak ketawa dengan sahabat walaupun saat itu aku ada masalah terbesar dalam hidup.
Aku rindu nak membentuk senyuman manis saat hati sedang rawan dan pilu, menangis.
Aku ingin tahu macam mana aku boleh tahan dan pendam masalah aku sorang2 dulu,
tanpa perlu mengadu kepada sesiapa melainkan Dia.
Aku ingin tahu bagaimana aku peroleh kekuatan yang sehebat aku pernah ada waktu dahulu.

Aku sekarang adalah aku yang lemah.
Aku yang tersangat lemah.
Rebah dalam menongkah arus.
Sesat dalam liku2 perjalanan yang sarat dengan cahaya matahari dan titisan hujan.
Keliru dalam menentukan arah mana yang aku ingin lalui.
Terbuta mata akal dan hati saat emosi menguasai.
Ternyata rohani aku kian merapuh.

Serendah diri aku pohon padaNya agar aku mampu berdiri tabah seperti dahulu,
walaupun aku keseorangan.
Doakan aku. Sokonglah walau dari jauh, walau dalam diam.

Aku boleh cuba, aku boleh try, aku harap result nya nanti positif. Sungguh aku berharap.
Sumpah rasa loser bila being too dependent atas orang sekeliling.
Aku mahu berdiri tegak tanpa tongkat.
Bukan bongkak,
hanya ingin cuba berdiri stabil atas tapak selipar crocs sendiri yang haus tapaknya walaupun lantai yang dipijak licin dibasahi air, lecah disaluti lumpur.

Aku mahu pergi jauh. Tapi aku tak berdaya.

Aku mahu aku yang dahulu.
Aku kecewa dengan diri aku yang sekarang.
Kecewa sila pergi, aku mahu berkawan dengan elemen euforia sahaja.
*Senyum. Jiwa senyum, hati senyum, bibir senyum.
Tenang.
Terima kasih ya Allah, Engkau Maha Pemurah :')
Sekian.

Aku boleh! Malaysia boleh!
-,-


Dari Aisyah, beliau berkata: 
“Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seorang muslim, melainkan Allah SWT telah menghapus dengan musibah itu dosanya. Meskipun musibah itu adalah duri yang menusuk dirinya.” (HR. Al-Bukhari no. 3405 dan Muslim 140-141/1062) Sumber 

Maka aku wajib bersabar :)
Moga kawan2 aku dan pembaca semua sedang berbahagia dan licin perjalanan hidup mereka, amin :)

PS :
Terima kasih buat sahabat yang setia menyokong diri ini,
yang berada di sisi dan yang mendoakan dari sudut hati.
Terima kasih atas sudut yang provided buat daku.
Berlemon2 terima kasih kepada Nina, for listening.
Iman, for everything.
Shahirah, for those nice comforting words.
Syahir, for your concerns.
And 3 serangkai, Teefah, Kak Cik, Farah, I know, for your do'a :)

Rasa macam artis buat ucapan terima kasih lepas menang award. Ngahahaha!
Photobucket
Share:

0 buddy (ies):