Sunday, February 19, 2012

Sunday is A Sunny Day

Assalamualaikum.

Kini.
Meniti minggu kedua terakhir untuk meneruskan pengajian di sini.
Dua minggu terakhir sebelum study week bermula.
Dua minggu terakhir untuk bangun awal pagi turun berjalan jauh ke Dewan Fakulti Farmasi.
Dua minggu terakhir untuk berlari menuruni tangga kejayaan Puncak Alam.
Dua minggu terakhir untuk bergembira bergelak ketawa bersama yang tersayang di sini.
Oh, jangan salah faham. Yang tersayang itu bukan merujuk kepada seorang individu sahaja.
Aku maksudkan semua yang mewarnai hidup aku hampir setahun di Puncak Alam ini.

Aku tahu dahulunya aku yang meronta2 menyatakan tidak untuk terus berada di sini,
namun sampai saat perpisahan itu berlaku,
kesedihannya pasti terasa jua,
kepiluan pasti membaluti raga,
kesayuan pasti menyelubungi jiwa,
dan aku pasti,
air mata haruslah tertumpah, duka.

Mac merupakan bulan berjuang.
3 minggu untuk bertarung.
3 minggu penentuan adakah aku bakal mendapatkan impian aku
ataupun bakal menerima apa sahaja kursus yang diberi UPU.

Doa itu senjata Mukmin, aku percaya.
Dan usaha tanpa doa adalah sia-sia. Itu pasti.
Moga kekuatan terus menjadi milik kita, kawan-kawan.

Soalnya, adakah aku mampu?
Sungguh aku takut.
Aku tidak pernah rasa bersedia.
Apatah lagi keputusan Test 1 aku hari tu bukanlah secemerlang kawan2 yang lain.
Tapi aku masih boleh berusaha.
Aku tidak boleh kecewakan mak dan ayah aku lagi.
Aku tidak boleh mengecewakan diri aku sekali lagi.
Aku tidak boleh menghampakan kawan2 aku lagi.

Moga kekuatan selalunya milik aku. Milik kawan-kawan. Milik kita semua.

Second last lab report, Mia Iman Liyana's Domokun,
lepas ni just panggil dia MIL je, atas pesanan dia. Sebab Iman will be referring to another Iman.
Dan stapler2 itu, semua menghuni MIL's pencil case 0.o
Dan itu medium komunikasi aku di sini, medium untuk aku merakamkan saat2 indah di sini.
Oh ye, petang semalam hujan. Sejuk sangat cuaca. Maka aku tewas, lena di petang hari. *Sigh
Mari kita enjoy di minggu2 terakhir ini, stress banyak2 tak elok untuk kesihatan :D
This is the time we should take care more on our health, focus more on our study,
and more tarbiyyah on our Iman.


PS : Pesan2 kat orang. Harap2 aku boleh laksanakan jugak. InsyaALLAH.

Photobucket

Share:

2 buddy (ies):

SiLabiLabi said...

stdy dekat uitm puncak alam ye? nice to know u..

Orang lain tengok Iklan pun dapat duit [KLIK SINI]

uwmaisarah said...

SiLabiLabi,
yup, dekat palam ^___^
hee thanks :)