Sunday, May 20, 2012

I'm Home ^__^

Hahaha. Sampai jugak di rumah setelah mengharungi perjalanan yang unik. Hakhak.
Alhamdulillah selamat je.
Seriously yesterday was my first experience riding alone on the bus all the way from KL to Terengganu.
Bas pukul 10am sampai nearly 7pm.
Sengal, lama gila.
Mana taknya pukul 10.40am still terpacak kat Hentian Putra.
Haiihhhh.


Alkisahnya bermula bila sebenarnya aku nak balik malam hari Jumaat,
tapi tiket habis,
so aku belilah tiket 10 pagi Sabtu 19 Mei 2012.
Daripada Putrajaya Sentral.

So pagi tu 9.30am after dah breakfast semua,
aku beserta Cik Mi and Nina pun sampailah kat Putrajaya Sentral tu.
Tapi takde bas Transnasional pun. Takdelah cuak lagi masa tu.
Relax je.

Masa berlalu, area 9.40am adalah bas transnasional satu.
So aku pun keluar lah kereta, pegi intai.
Aku ni pelanggan setia Sani Ekspress tau so memang tak pernah naik la bas2 lain ni.
Aku tengok depan bas trans tu, ada label Kota Bharu. So relax la kan.
Bas tu pun macam nak penuh dah. Aku bergerak menuju ke kaunter, kaunter tak buka lagi.
So berlenggang la aku jalan pegi kat kereta balik.
Lepak dalam kereta.


Detik terus berlalu, aku macam dah cuak takde bas trans yang lain pun,
dan aku tengok bas berlabel KB tadi tu tak gerak2 lagi.

So aku terasa macam lain macam, aku pandang je bas yang ada tu.
Pastu aku keluar lagi sekali,
siap pegi keliling bas tu kot. Hahaha.

Pastu aku tengok ada orang kat kaunter, aku tanya lah,
"Kak! Bas Transnasional yang pegi ke Kuala Terengganu tak sampai lagi ke Kak?"
Sekali akak tu menggelabah, panik,
"Adiiiikk!! Tu bas nye dik (menuding jari ke arah bas yang berlabel KB tadi),
cepat dik, diorang dah nak bertolak tu diiikkkkk! Pegi bagitau driver dia dulu dik!
"
Aku, "Okay kak, terime kasih kak!"

Ek ena, boleh plak label KB tapi turun KT.
Takpe ah, transit kat KT je kot.
Tapi kalau bas Sani, dia akan tulis label every tempat yang dia turunkan penumpang.
Haih sabo je laaa.
Time pegi bagitau driver dia, dia macam angin je, sebbaik dia tengah cakap fon,
takbleh marah aku 100% la. Pengumuman pun takde -__-
Sabo je laaa.

So cepat2 tak cepat sangat,
perempuan jalan macam mana sangat kan hak3,
pegi kat kereta kasitau Nina & Cik Mi,
amik beg, keluar pegi kat bas,
then salam2 ngan Cik Mi, Nina,
cakap terima kasih semua,
aku naik la bas,
before aku tu ada sorang mak cik lambat jugak,
so aku tak rasa bersalah sangat. Haha.
Aku tunjukla tiket bas, tanya seat aku kat mana kan,
dia cakap duduk ikut suka. Deyyy -__-
Aku bawaklah beg naik atas, luckily ada satu seat kosong, sebelah dia just ada beg je,
tuan taktau la ke mana. Aku pun duduk situ. Ingatkan dah boleh tenang tunggu sampai je la.

Sebenarnya, tak sempat aku duduk, bas dah gerak, ceh -,-
Kalaulah terlepas tadi, burn la tiket -__-

Pastu2 dipendekkan cerita,
bas gerak pegi Hentian Putra, aku okay je la tak cuak sebab itu normal.
Tapi bila sampai sana, aku tengok ramai turun. Tu abnormal.
Event apakah ini. Lepas tu aku tengok tinggal beberapa kerat je dalam bas.
Cuak lagi. Eiihhh. Aku pun turun dengan beg. Aku terserempak dengan perempuan sorang ni,
aku tanyalah,
dia jawab kalau nak pegi Terengganu, kena turun.
Haila. Apakah.
Aku cari driver bas. Tanya. So confirm, memang kena turun tunggu bas lain datang amik.
Terpacak lak aku kat Hentian Putra tu dengan takde geng,
tapi nasib baik gak, sempatlah aku beli air 100+ buat persediaan takut pening nanti.
Hohoho. Kat Putrajaya Sentral tak sempat nak cari. Hohoho.

Dalam 10 minit jugak kot baru bas yang nak bawak aku pegi Terengganu sampai.
Tu pun, labelnya 'Shah Alam, Klang".
Aku mementingkan label bas okay. Haila, sabo je laaa.
So lepas tu dah takde pape dah.
Cuma bosan la sorang2 dalam bas.
Duduk ikut suka so aku cop tepi tingkap, tepi pintu kecemasan. Hahaha.
Aku tanya kakak yang duduk sebelah aku, dia nak tutup langsit ke tidak,
dia cakap 'boleh jugak".
Aku tarik langsir, cover tingkap,
dengan kepala2 aku sebab aku nak tengok luarrr. Haha.
Kalau tak nanti aku pening dan loya.


Sekian. Kesian aku tau makan sorang2 je kat Chendor.
Tapi lapar punya pasal aku turun jugak.
Karang gastrik sapa nak tanggung?
Dahla berhenti kat Lanchang aku makan buah mempelam dengan kuah kicap pedas.
Kira tempah nahas la tu, nasib baik sempat cover dengan mi sup.
Kalau tak mana aku nak cari ubat gastrik atas highway tuuu.

Oh ye. Aku baru lepas stalk blog expalam. Terasa bai dengan post kau. Hahaha.
Tapi oleh sebab dia perempuan, aku perempuan jugak,
maka aku fahamla kalau kau nak terasa pun.
Sorry la aku jahat. Tak semulia dan sebaik kau :)
Tapi kadang2 aku tak faham gak bila fikir balik.
So malas la aku nak fikir.
Hahaha.
Sekadar menyusun jari memohon maaf kepadamu wahai ex-coursemate
andai aku turut menyumbang atas rasa pedih di hati mu itu.
Peace no war ^__^


Tak bergerak hidup tu kalau asyik nak fikir hati kita. 
Orang lain pun ada hati masing2.
Jangan fikir kasut kita je, kasut dia pun penting.
You never walked in others' shoes, so girl, please be considerate.



Photobucket
Share:

4 buddy (ies):

Bidadari Besi said...

Yang last tu.
Awak perempuan, saya pun perempuan.
Masing maisg hati sensitif.
So, kalau tak nak diri tu sakit hati, jangan buat orang lain sakit hari.
Kadang bila kita post something tu, kita taksedar yang kita tersakitkan hati orang. Ehh, macam tu ke maksud akak?

uwmaisarah said...


Bidadari Besi,

haha, boleh jugak camtu dik.
Mungkin memang post tu dia intend nak sakitkan hati kita kot. Entahlah.
Papepun, chill! :DDD

budok said...

laen kali naik la bas sp bumi..best! better la dari trans tuh and dye ade label yg betol.hehe

uwmaisarah said...

Hahaha, budok ni mesti pelanggan setia SP Bumi op? Hahaha. Terima kasih sebab suggestkan! :D