Sunday, June 10, 2012

Kak Cik #1

Entri laju2 sebab masa dah semakin suntuk. Hihi.

Hari ni sebenarnya tak rasa nak post.
Tapi tengok bloglist, tengok blog Kak Cik terupdate.
Dengan title yang blur. Haha.


So aku baca. Okay aku sangat excited kalau ada antara blog kawan2 rapat ni update.
Kak Cik agak kerap, Farah kurang sedikit, dan Teefah? -,-
Dua tahun lagi mungkin?
Busy sungguh budak tu. Sekarang berada di Miri. Malam ini flight pulang.
Mungkin esok / lusa tiba di Terengganu, semoga perjalanan kembali selamat sejahtera ye kanda.
Haha. Kanda tersayang aku tu. Kui3.
Menunggu bawal yang beliau belikan ni. Kehkeh.


Maka setelah dibaca, post Kak Cik adalah penjelasan mengenai Blacky.
Ya. Pertama kali aku lihat Kak Cik post gambar sebegitu.
Tapi aku yakin dan pasti Kak Cik akan sentiasa sedar dan tahu batas2 beliau sebagai seorang muslimah.
Dia yang aku kenal, luar dan hatinya, adalah sentiasa ingin memperbaiki dirinya, imannya.
Dia seorang yang baik. Kalau kira apa perbuatan di zaman lampau, semua orang ada kesilapan masing2.
Tak adil untuk kita label seseorang itu penjahat teragung kerana dia membuat satu kesilapan.
Renung kembali, adakah 1000 kebaikan dan budi yang seseorang itu lakukan tertutup dengan just one,
old mistake?
Kita bukan anak kecil. Cukup matang untuk judge.
Untuk memberikan setiap individu peluang yang baru, jika perlu.
Untuk mendoakan sahabat2 kita agar sentiasa terjaga peribadi dan akhlak mereka.
Doa kita untuk mereka, adalah satu tanda bahawa kita sayang mereka. Dunia dan akhirat.

Maka, apabila aku lihat gambar tersebut, tahulah aku, jejaka itu adalah abang beliau.
Abang kandung seibu sebapa Kak Cik, yang keluar daripada rahim yang sama dengan Kak Cik.
Walaupun aku tak pernah tengok apatah lagi mengenali abang beliau,
kepercayaan yang aku berikan pada Kak Cik adalah dua ratus peratus.
Maka aku tidak tergolong antara mereka yang call, text, inbox facebook tersebut.
Aku kira ada sesuatu yang tersimpan dalam lubuk hati beliau,
tapi hanya gambar yang mampu beliau ketengahkan buat masa ini.
Words, sometimes, aren't enough to describe things.

-gambar hilang heeeeeeeeeeeeee-

Kak Cik, walaupun sama umur, tapi dia seperti kakak.
Apatah lagi aku memang tidak mempunyai seorang kakak kandung.
Mahupun abang. Tidak tahu perasaan sebenar mempunyai seorang kakak.
Kak Cik itu, baik. Dia best.
Dia turut menangis kesedihan jika aku menangis.
Dan dia tanpa segan silu menitiskan air mata kegembiraan apabila aku berjaya dalam sesuatu.
Dia jujur.

Dia sahabat. Dia ukhti.

I love you sis busuk. Hahahahaha.

Photobucket

3 comments:

wnsizzati said...
This comment has been removed by the author.
wnsizzati said...

sarah comey,thanks sbb sarah percayakan k.cik...and terime kasih utk entry nie.
*sebak*

uwmaisarah said...


Kak Cik @ wnsizzati,

alololo jangan sebak2, hehe,
Sarah sentiasa di sini memerhati ^_^

Percaya itu perlu :DDDDD

PS : I know what you typed kat atas tu tauuuuu. Hihik ;)