Wednesday, September 12, 2012

Ya Allah, Berikan Kami Kesabaran.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya dan
 mengurniakan beliau ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaanNya, amin :')
Ni aku tempek kat wallpaper laptop sebab aku rasa dapat inspirasi bila tengok ayat2 agung ini :')
Yelah sedih nak berjauhan dengan family la katakan.

Thought nak post cerita pasal raya but a sudden incident just happened maka aku pun jadi touching and simpan kisah raya2 ni untuk post lain. Sobsob.

Tadi bangun tidur ada dua orang lelaki datang rumah, tunggu tuan rumah respon sementara diorang tercongok kat pagar, aku yang bukak pintu,
yang sorang nama Wan cakap diorang nak jumpa kak (my mom).
So mak aku pun pakai la proper dress kan, pegi kat pintu.
Si Wan tu tadi, datanglah masuk kawasan rumah, cerita lah dia baru sampai from Siam but then kena rompak, semalam. Hajatnya nak ke Kuantan untuk kerja, cari duit untuk Raya Iduladha.

Namun takdir lebih dulu menentukan yang dia dirompak.
Actually ada lagi details tapi aku macam tak dengar sangat since aku duk berkhayal kat balik dinding.
Wan tu duduk kat luar je, mak aku tak ajak masuk lah sebab ayah takde kan.
Wan tu pun cakap, takpe la kak, nanti jiran nampak ape pulak diorang kate kan.
(in Kelantanese dialect tapi aku lupa camne bunyiknye dalam dialek Kelantan hikhik)
Wan tu sebenarnya, mak aku kenal dia,
sebab 2-3 tahun yang lalu, dia datang rumah jual periuk2 camtulah.
Orang merantau cari rezeki..
Pastu mak aku ni jenis mudah kesiankan orang, mak aku pun beli lah periuk dia dulu tu.
Okay. Normal la kan. Ayah aku pun boleh beli karpet yang orang Bangla/Pakistan datang jual -__-
Punyalah aku heran masa tu acano la bapak aku pun boleh beli.
Maka tak heranlah aku ni pun senang sangat percayakan orang dan kesiankan orang walaupun tak kenal sebab sifat ini sifat warisan hehehehe =P

So tiba2 datang cari mak aku tadi, macam pelik jugak, apa yang dia nak.
Seriously, tak pasti apa tujuan dia.
Dia cerita2 nasib malang dia semalam tu, tapi, dia langsung tak sebut yang dia nak duit ke, ape ke.
Aku rasa lah, mungkin dia macam blur taktau nak buat apa.
Maka mak aku pun advised him supaya pegi report polis.
Ye lah, main kena rompak sampai IC dan passport pun perompak tu kebas,
nanti tak ke naya kalau polis tahan tengah jalan cakap dia ni PATI? Huhuhu.
Lepas tu mak aku pun suruh la dia duduk sat, mak hidangkan air, then bukak cari baju ayah yang lama2,
seluar yang tak pakai yang tak muat dah, nak bagi kat dia ni since dia ni dah tinggal sehelai sepinggang.
Beg baju pun perompak tu angkut -,-
Kejam punya perompak. Sobsob.
Baju yang Wan tu pakai tadi pun hasil ihsan kawan dia (pinjam sementara).
Oh. Kawan dia dah blah pegi kerja masa tu. Kawan dia kerja jual aiskrim yang jaja guna motosikal tu.
Gigihnya para perantau ini mencari sesuap nasi buat keluarga :')


Ayah pun text cakap bagilah kain pelikat yang baru2 sket untuk Wan tu.
Pastu ada lah salah satu seluar yang nak diderma tu, macam koyak sket,
mak tak jadi nak bagi, tapi, seluar tu nampak macam muat dengan dia,
dia tu kurus2 je saiz aku je kot.
Then, mak nak jahitkan seluar tu tau tak sebelum bagi kat dia.
Aku macam terkejut gak lah. Lalu aku yang jahitkan seluar tu cepat2.
Menjahit2 ni memang minat aku so macam no hal lah walaupun nak cepat kihkih.
Tapi tu lah, terharu gila aku sebab mak tak sampai hati nak bagi yang koyak sampai nak jahitkan dulu before giving that trousers away. Aku pun tak semulia itu. Kena muhasabah banyak kot T___T

Sedih gila aku tadi tapi takdelah tunjuk kan.
Datang Malaysia nak kerja cari duit untuk sambut IdulAdha tapi macam tu pulak dugaannya.
Dia ada adik umur lebih kurang tujuh tahun.
Mak dah takde.
Nenek baru meninggal due tahun lepas.
And tadi aku dengar dia cakap ngan mak yang dia cancel pegi kerja tu sebab passport takde,
huhuhu. Muka dia pun boleh tengok la, diselubungi kesedihan.

Part paling touching bila mak aku bagi semua baju2 seluar ngan bantuan sikit untuk makan minum sementara nak sampai kampung halaman kan, Siam tu bukanlah 10 minit jauhnya dengan Terengganu.
Mak aku sebak2 sampai berderai ayaq mata T____T
Aku dah agak la mak akan nangis sebab mak memang cepat touching.
Yang aku tak sangka.............
Wan tu pun sebak2 and akhirnya aku nampak dia takleh nak berkata2 then turut menitiskan air mata T__T

Lelaki - menangis? Depan mata aku. Rare. Sumpah rare.
Tu yang macam touching jugak.
(Tapi aku acted cool la derr.
Aku ini konon-hati-batu-muka-beku sebab memang aku tak nangis depan family kay lolzz)

Aku hanya boleh doakan dia dari sini, moga2 urusan beliau sentiasa dipermudahkan.
Sebak jugaklah bila aku bayangkan aku berada di situasi dia. Sebak sebab aku kan hati penyayang.

Sobsob.
Banyak nikmat hidup aku sebenarnya.
Aku je yang alpa.
Astaghfirullah.

Photobucket
Share:

Saturday, September 8, 2012

321 Cinta


Assalamualaikum and hello.
It's been awhile (awhile? -__-) since my last potpet here,
kalau extend for another 6 days,
cukup sebulan aku tak update blog.

Ni aku tak berniat nak post panjang pun,
sekadar meng-appreciate sesiapa yang view blog aku,
mesti korang rindu dengan aku kan.
Hehehe. Thanks for viewing my blog everyday walaupun aku tak update. LOL.
Google Stats cakap macam tu. Kehkeh.

Me, I, am, here, having super mixed up emotions.
Memang mixed up gila2.
Bercampur2, everything, in a one small head.

Even we ourselves find it's difficult to understand our own feelings,
bukan mentality lagi tu.

Puasa dah habis, raya dah nak habis, birthday aku pun dah lepas,
I didn't say a word pun kan padahal dah selamat sampai rumah raya kelima.
Birthday bonus kurang digunakan.
Mood diculik ke Jeli, Zaym amik.

InsyaAllah I'll make a short update on everything (it'll be about everything, and I say short?
Don't believe me, it'll be a long entry),
before going to Serdang this 18th Sept.
Roughly a week left.
Ahhh how time flies.
Time nowadays travels in rocket I guess.
In a blink it's already your bedtime. Sigh.

PS : 321 Cinta because I miss Puncak Alam.

Photobucket
Share: