Tuesday, December 25, 2012

Post Ledakan Rasa Gembira lol


Yeehaaa yippeeee sukaa sukaaa aku rasa sangatlah gembiraaaa,
anggaplah aku sedang berdiri ala2 Statue of Liberty tapi bergerak2 menabur kebahagiaan yang sedang menggelegak dalam diri ini,
untuk aku kongsi dengan korang HIHIHIHI.

Okay sat sat assalamualaikum haihai selamat siang HAHA.
Okay melampau kegembiraan aku kan kan?

Sebenarnya aku gembira melampau terkinja2 ni sebaaabbbb AKU DAH SAMPAI RUMAHHHH YAYYYY!
Akhirnya, kelas untuk semester satu telahpun tamat maka kami student Perdana University sedang bercuti krismas
selama dua minggu diikuti cuti study week seminggu sebelum paper final melawat kami pada 15 Januari,
hingga 23 Januari. Hekhekhek.

Jumaat lepas satu family datang amik aku kat PU, Serdang jam 1230 and straight pegi lepak ampang before berfoya2 di AEON Keramat.
Hekhekehek. Keesokan harinya balik Kedah bertolak pukul 11.20pagi sampai Kedah area 8 malam,
nampak tak di situ kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke Kedah drp Ampang, included masa solat sekali lah.
Kereta banyak gilaaaa kejap jalan kejap sangkut, puas dah kitorang tidur, bangun2 tak sampai jugak,
coklat bar semua habis duk makan, sebab nak berhenti R&R pun orang ramaaaaaii sangat, kereta bersusun kat susur keluar nak pegi R&R,
memang sebijik cam raya iduladha ritu tapi yang raya ritu lagi teruk laa.
Maka tidur dua malam di Kedah tamatlah holiday aku di perantauan aceceyyy,
tibalah aku di rumah kesayangan di Terengganu kesayangan hikhik gedik siakkk minah ni.
Walaupun family aku pegi shopping di Big Bad Wolf tak ajak aku,
walaupun diorang pegi Nilai ramai2 pun tak ajak aku,
aku tetap happy takpe nanti suatu hari aku pegi dengan kawan2 tak payah ajak diorang muehehehe *evil giggling*
HAHA SENGAL. Takdelahhhh. InsyaAllah 4 1/2 tahun aku kat sana sempatlah aku nak jalan2 ke mana yang aku tak sampai lagi.
Hihihihi. Ya Allah sukanya aku sampai rumahhh suka gillaaaa takleh aku nak gambarkan betapa happy nya aku sekarangggg :D

Ini adik aku punya, saja je dia tayang nak kasi aku jealousT__T

Ni baru belajar kat Serdang duk kat Cyber,
kalau belajar oversea mau aku sabotaj tayar kapal terbang sebab taknak tinggalkan Malaysia HAHA.

Hari aku sampai kat rumah, tapi ini memang berlaku kalau hujan lebat turun.
Everytime kot. :P

Oh yeee, tadi sepanjang perjalanan pulang dari Kedah merentasi beberapa negeri,
dapatlah aku menyaksikan rumah2 di tepi jalan yang tenggelam dek air banjir,
bah sudah datanggg. Kat Kelantan, kat Terengganu, hatta dalam kawasan UniSZA pun air naikk.
Laman rumah jiran aku pun tenggelam sebab kawasan rumah kitorang jadi rendah since orang yang baru buat rumah semua tambun tanah tinggi2,
kesian kitorang, laman rumah aku pun tenggelam separuh sobsss.
Ketibaan aku di rumah disambut bunyi nyaring kucing aku yang kesejukan dan kelaparan kikiki.
Kesian Toti, dahla penakut air. Tapi makanan yang ayah tinggal sampai dua bungkus habis kucing2 aku kerjakan dalam masa kurang seminggu,
agak dahsyat di situ.

Lepas tu kan kan kan aku agak jealous dengan adik2 aku,
sebab diorang boleh borong buku kat Big Bad Wolf,
sobssss.
Sampai hati diorang pi BBW tak bagitauuuu padahal malam hari Khamis tu aku free duk membuta je kott HAHA.
Banyaklah jugak diorang beli buku tapi tak banyak sangat compared to orang lain yang siap bawak luggage untuk borong buku.
Takpe aku aim BBW next year.
Simpan duit sem 3 (insyaAllah hanya untuk buku OKAY BERANGAN TAK SUDAH KAU SARAH HAHA)!
Oh yeee. Ari tu aku gigit jari jee tengok jam Elle kat AEON Keramat, chantek kottt.
Yang tu aku berangan nak beli semester dua nanti. Hahaha.
Dream on Sarah -___-
Duit yang semester 1 habis macam air terjun duk terjun kat Niagara Waterfalls je,
apa tak nya, every weekend pegi enjoy -___-

Okaylah sebenarnya aku rindu nak bebel, nak cakap ngan korang, nak update pasal aku kat korang,
tu yang aku taip post merapu merepek, nak post semalam tak sempat, maka aku post lah hari ni.
Bangun pagi2 hari ni keluar pegi sabasun, aku pakai merah satu badan okay, siap ada makcik tengok aku dua kali sobsss, merah sangat eh makcik? HEHEHEHE.

Reddddd redddd HAHA.
Dah pegi buat spec baruuuuuu (eh korang tau ke spec aku patah 4 minggu yang lalu? :P)
Yaaayyyy pastu power aku naik sobsss, mencecah angka 600 dah T___________T
Rabunnya daku.......
Apa lagi aku nak report eh? Tadi ikut adik2 aku pegi bli kasut sekolah.
Aku cucuk adik aku suruh beli kasut kain gaya2 aku zaman sekolah, bajet2 gangstar KAHKAH.
Tapi adik aku baik, dia cakap sekolah tak bagi. Yelayelah, adik lagi baik daripada kakak, normal la an? :P
K tu je kot nanti aku update lagi eh?
Jangan rindu aku taauuuuu muehehehe :3
Assalamualaikum & take care korang :)

Photobucket
Share:

4 buddy (ies):

wnsizzati said...

merahnye mak ngah!hahahaha :p

Cik Violet Sofia said...

oh. pasal mata tu. power sarah sampai 600 ke? tinggi tu. ade rabun silau tak? apa kata kalau sarah mula belajar ambil supplement untuk mata? natberry sangat bagus untuk melancarkan peredaran dalam mata. sofia pun ambil juga. memang best, mata rasa segar je. dulu waktu kerja kat pusat optik, pernah ade satu customer tu datang nak tukar cermin mata. cermin lama dia punya power 400 lebih. tapi masa nak buat cermin baru, check2 mata dia, power dia just 200 camtu je. tanya dia macam mana power boleh kurang? dia kata dia amalkan makan supplement natberry macam yang doktor nasihat kat dia. so, apa kata kalau sarah pun cuba? sarah masih muda. kalau dalam umur muda macam ni power dah 600, nanti bila umur dah 39 atau 40 dah start ada rabun jauh pulak. lagi susah nanti mata nak match dengan lense jauh dan dekat. penat.

uwmaisarah said...


wnsizzati,

hahaha merah itu menawan! :D

uwmaisarah said...


Cik Violet Sofia,

thanks for the info Sofia, mungkin Sarah boleh cuba & tengok how the supplements give its impacts towards my eyes. Thanks again! :D