Sunday, June 23, 2013

A Date


Akhirnya dapat juga meluangkan masa dengan Farah Zoey,
juga ditemani si Zaty Zayani hari ni ♥

Oh riangnya rasa hati :D
Pantai.
Pertemuan pertama.
Ngehngeh.

Dan sebenarnya kami tak decide pun nak pergi mana2.
Lepas tu Farah driveeee aje sampai ke bandar,
then singgah bus stand.
Banyak baju, shawl cantik2.
Tapi sebab panas sangat, hangat gilos berpeluh2 tadi,
hilang mood shopping aku. Alahai sayangnya, rugi je peluang yang ada tadi.

Lepas tu serbu kedai kat bawah2 tu macam orang kehausan 3 bulan.
Siap test2 lagi ha air dalam peti tu sejuk ke tak.
Hahaha.

Melepak kat wakaf tepi jalan sambil menghilangkan dahaga,
sambil memerhati gelagat manusia di tengah bandar.
Uii ramai gak orang kat bandar tadi.
Pastu kitorang pergi area giant TTC mydin tu,
ha kat situ Farah bagi tebal sikit poket mamat penjual yang tak reti lipat baju yang dia jual.
Ataupun tolong jualkan. Ngehngeh.

Time merewang kaat situ la hujan turun lebat dengan guruh.
Ingatkan tak jadi dah nak singgah pantai.
Sedih dah masa tu.
Maklumlah dah lama tak lepak kat pantai.
Sobs.

So untuk memohon memanjatkan doa agar hujan berhenti dan kami dapat singgah pantai,
pergi la solat asar kat masjid. Haha. Bukan main ha sampai ke ladang sana.
Lalu pantai batu buruk, tengok ada kuda menumpang teduh bawah khemah sebab hujan.
Comel je. Kesian ek encik kuda, hujan. Kena stay bawah khemah je.
Ada race something kat pantai batu buruk. Macam best je.

Tapi tak singgah la kann, ada hajat lain.
Usai solat, text orang area GB tanya hujan dah berhenti ke belum,
dia cakap dah. So apa lagi, gerak la pergi pantai!
Yayyy :D
Zaty pulak mengidam keropok.
Ha dah macam mengandung semek tu. Berapa bulan dah agaknya.
Hehehe.

Kat pantai lawak gilos.
Memandangkan sebelum keluar kitorang pergi kenduri abang Latifah,
so semua berbaju kurung.
Aku ngan Zaty lak dengan wedges bagai kan.
Haha. Tersangkut2 jalan atas pasir tu.
Lahai. Nak pergi pantai sangat tu.
Pastu aku terjatuhkan nugget makcik yang jual keropok air kelapa dll :(
Kesian dia :(
Sedih2 takmau ingat :(
Aku nak bayar tapi dia taknak.
Makcik, sorry tau :(
Semoga rezeki makcik murah.
Sobsob.


Gambar sumbangan girlfriend pilot. Haha

Tapi sebab dah tak berapa nak awal, dah 6.30 lebih lebih,
tak dapat la nak lepak lelama kat pantai tu.
Hmmm :(
Takpelah. Mungkin lain kali boleh pergi lagi.
Sobsob.
Yang penting dapat jugak melepaskan rindu pada budak dua orang tu.
Makin cantik dah.
Aku je yang makin tak cantik.
Ngahaha.

Tapi kenapa aku tak beli je pape semalam? T___T
Rugi je keluar sobs.

And. Luckily balik rumah takde sape bebel.
Selamat :P :P :P

Cik Farah mata besooo, keje mmolek tuu!
Cik Zaty Zayani, ekgi gi Penang jage diri ^^
Heee.
Share:

Friday, June 21, 2013

Susahnya Nak Bersyukur

Assalamualaikum and greetings comel2 dan handsome2. Hihi.


Jumaat. 12 Syaaban 1343.
Eh betul ke 12 Syaaban dah?

Sedang aku bersiap untuk menunaikan solat Zohor,
waktu itu kaum2 Muslimin sedang berlumba untuk pulang dari masjid seusai solat Jumaat,
dengan pergerakan yang super perlahan aku bersiap.
Sejadah pemberian Latifah aku hamparkan ke lantai.
Lemah tangan mengangkat telekung untuk disarungkan.
Sambil perut berbunyi lagu nasyid (maklumlah, Jumaat, mestilah nasyid haha),
menahan lapar yang menguasai minda.

Aku mengambil masa yang lama untuk menyarung telekung,
sambil menikmati angin yang bertiup masuk melalui tingkap,
syukur, matahari terik namun terasa nyaman dan kurang bahang kepanasan dek bayu yang bertiup,
nikmat Dia, pemurah Dia, sentiasa ada bagi mereka yang berfikir dan memerhati.

Ha point nya aku nak cerita, masa tengah2 bersiap nak solat tu,
tiba2 kedengaran bunyi loceng.
Loceng pakcik penjual aiskrim menaiki motosikal beliau.
Menunggang motosikal yang tak berapa nak baru pada pandangan aku,
mengelilingi kawasan kejiranan mencari pembeli,
punca rezeki beliau, untuk menyediakan sesuap nasi,
klise sangat sesuap nasi,
menyediakan sepiring astro, sepapan televisyen,
buat ahli keluarga.
Tapi cerita kat astro sekarang tak best pun.
Alahai.

Lepas tu aku terfikir.
Pakcik. Jual aiskrim. Bawak motosikal.
Guna petrol lah gamaknya.
Aiskrim pun, 20sen, 50sen, RM1.
Tapi pembeli tu tak selalu ada.
Nak2 masa cenggini. Budak2 bukan keluar rumah lagi kan.
Tapi tetap pakcik tu usaha bawak moto dia cari pembeli aiskrim dia.
Petrol tetap terbakar sebab nak bagi moto jalan.
Tapi pembeli belum tentu ada.
Gigihnya pakcik ni.
Kagum.

Lepas tu aku stop berfikir.
Ngahngahngah.
Tak sanggup nak membayangkan penat lelah pak cik tu mencari rezeki.
Lalu aku doakan semoga Dia melimpahkan rezekiNya buat pakcik tu hari ni.
Amin.

Insaf :')

“O Allah! You are forgiving, and you love forgiveness. So forgive me.”

Pesan mak,
nak rasa bersyukur,
pandang orang yang bawah daripada kita.
Jangan pedulikan mereka yang lagi tinggi berbanding kita.

Macam satu insiden dulu. Aku berhenti di traffic light.
Dalam kereta ayah. Of course ayah lah yang memandu.
Aku mana ada lesen.
Di sudut lain terpandang pakcik tua berhenti di traffic light juga,
bersama basikal tuanya.
Agak2, dah 60an, mungkin 70an pakcik tu.
Aku masa tu umur mungkin belasan tahun.
Tapi aku dah rasa nikmat naik kereta.
Pak cik tu?

Hmmm :(

Tak nak  merungut dah phone jenis biasa2 je tak canggih.
Tak nak merungut dah kamera tak canggih macam orang.
Tak nak merungut dah duit tak banyak macam orang.
Sob sob.

Dia-lah Yang menciptakan kamu, dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur."
 (Surah Al-Mulk [67]: ayat 23)  
Share:

Thursday, June 20, 2013

Tinta Hati

Hidup macam roda. Sekali kita di atas.
Di waktu lain kita di bawah.

Kau tahu perasaan bila berada di bawah?

Tak siapa boleh cakap bagaimana perasaan ''di bawah'' itu,
selagi dia belum berada di situasi ''di bawah'' itu.

Cakap memang senang, nak buat susah sangat.
Easier said than done.

Time is a great healer.

Aku agak, sejak dua menjak ni, banyak sangat aku faham pepatah2,
peribahasa2 yang ada dalam kamus. Kata2 orang tua mahupun kata2 pujangga.
Tapi ada juga yang aku masih sedang belajar,
apakah makna yang tersirat di sebalik tiap patah kata yang tercipta itu.
Dan mereka cakap, ujian diberi supaya kita lebih dekat dengan Dia.

Sejak dua menjak aku tu, sejak aku masuk alam ijazah.
Eh dah memulakan tangga ''ijazah'' dah aku.
Terkedek2.
Tak, aku selayaknya dilabel sebagai ''tersungkur'' di tangga-tangga awal alam degree.

Tersungkur. Dalam maknanya.
Mohon rungkai sendiri maksud tersungkur itu.

Maka sejak tersungkur itu, aku sejujurnya,
tak pernah merasa enaknya berdiri tegak dan berlari megah.

Aku masih belajar untuk bangun. Bukan.
Aku masih bertatih untuk merangkak.
Untuk bangun, aku rasa, masih samar dalam penglihatan.
Kabur dalam pandangan.

Jatuh.

Maka siapa yang ada untuk hulurkan tangan saat engkau rebah tersungkur mencium bumi?


Biar aku imbas kembali.
Biar aku cerita pada kalian.

Aku seorang yang lemah. Mungkin pada mata kalian, aku perkasa.
Tapi tidak. Semangat yang ada ini, Dia yang pinjamkan.
Segala yang ada itu milik Dia.

Zaman persekolahan aku, zaman yang aku kira penuh warna-warni,
aku hidup dikelilingi teman-teman rapatku.
Shahirah, Latifah. Dua orang pertama yang aku cari bila aku memerlukan.
Kak Cik, Farah. Dua orang pertama seterusnya yang akan jadi mangsa.
Dan. Aku rasa, yang seorang lagi ni, aku namakan dia Z.

Sekarang ada 5 watak baru.
Dan daripada 5 watak yang aku sebutkan ini,
Shahirah, Latifah dan Z, adalah insan2 yang memang akan tahu segalanya tentang aku.

Pada zaman lalu.

Sejak aku memasuki asasi,
Z mendaki anak tangga menjadi yang pertama akan aku kongsikan segala suka duka,
di samping 4 orang watak yang aku kenalkan tadi.

Maka kiranya, tidak kira apa tidak kira siapa tidak kira di mana,
masih ada 3 orang yang utama menyokong aku dari belakang,
masih ada 3 orang ini yang akan bersuara dan mendengar bila keadaan memerlukan.

Terima kasih atas jasa dan bakti kalian.

Masa terus berlalu. Takdir menentukan yang aku harus hidup tanpa mereka lagi.
Sebak. Berliku. Berduri. Aku rasa gelap. Aku rasa berat.
Aku kira, bermula September 2012,
secara official, aku kehilangan mereka bertiga.
Maka aku belajar untuk hidup bersama Kak Cik dan Farah.
Aku kira, mereka turut merasakan apa yang aku rasa.
Dan sejak hilangnya 3 watak utama itu,
mangsa tempat aku mengadu segala duka ialah Kak Cik.
Aku kira dia yang paling banyak aku hubungi.
Farah, kerana aku tahu dia juga ada kesulitannya sendiri,
tidak banyak yang aku kongsikan kepadanya.
Bimbang dia makin marah, bimbang dia makin sulit, bimbang dia makin gusar.
Dan aku tambah seorang lagi watak baru, Syahir nama beliau.
Merangkap jawatan sebagai wartawan melodi serta the best buddy sejak zaman sekolah.
Kiranya pada manusia2 yang mulia hati inilah aku akan kongsikan tangisku, selain pada Dia.
Ya, tangisku. Tanpa segan. Tanpa silu.

Allahu rabbi. Aku rasa tidak berdaya untuk meneruskan penceritaan.
Sebak bertamu di dada, air mata bergenang di mata, rawan menggunung di hati.

Aku kira bukan masanya lagi untuk aku berterus terang tentang apa makna tersungkur itu.
Belum masanya lagi.
Cuma aku mahu berkongsi pada yang membaca,
betapa penting seorang sahabat kepada sahabatnya.
Betapa bermakna perasaan sayang dan cinta akan teman yang kita pupuk sejak mengenali mereka.
Betapa berkuasanya perasaan2 ini untuk terus memandu kita ke hadapan.

Hilangnya mereka daripada genggaman aku, seolah2 lumpuh badan, seolah2 beku masa.
Di situ aku belajar untuk mencari Dia.
Mungkin aku terlalu alpa. Mungkin ujian itu supaya aku tidak terus istidraj.
Mungkin juga Dia masih sayang pada hambaNya ini.

Tidak, aku belum sempurna. Sangat tidak sempurna.
Kadang2 aku rasa mahu berputus asa untuk terus menjadi yang terbaik.
Kerana aku kerap merasa tidak mampu.

Di saat aku rasa ada kekuatan,
di saat Dia meminjamkan aku kekuatan,
aku rasa kuat.

Di saat aku rasa lemah dan tidak berdaya,
aku cuba untuk tidak berputus asa.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman."
-Surah al-Imran, ayat 139.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
-Surah at-Taubah, ayat 129.

A calamity that makes you turn to Allah is better for you,
than a blessing which makes you forget the remembrance of Allah.


Mereka juga berkata,
"time is a great healer.''
''Sabar, semua ini pasti ada hikmahnya.''

Maka hanya diam mengisi ruang.
Sabar itu mudah untuk kita ungkapkan, namun payah untuk diamalkan.

Tetapi kita diajar untuk terus mencuba.
Never give up.

Justin Bieber pun cakap ''never say never''.
Malulah kita sebagai Muslim kalau nak give up.
Tak gitu?

Kerana bahagia itu tidak akan berterusan dan tidak akan kekal, begitu jua dengan derita.



PS: Aku mahu tiup semangat pada semua. Bukan minta pandangan simpati ^^

Photobucket
Share:

Tuesday, June 11, 2013

So-So

Assalamualaikum wbt.
Hai hello menaip post dalam keadaan lapar,
mulut kita ada ulser jadi kita kurang makan wakk sobsob.
Hiks. Okay gediks pegi jauh2.

Sebenarnya taknak post dulu, nak edit blog habis-habisan dulu.
Tapi rasa nak post pulak sebelum tutup laptop.
So, komen?
Dah tukar 375 degree ni.
Tak siap lagi sebab link blog tak habis update lagi,
haihhh cemana la boleh lupa nak salin ritu links yang kita letak kat sidebar.
Sedih betei :(
Kiranya ini bukan template final.

By the way dah main edit2 blog ni haruslah sedia maklum yang kita dah balik rumah.
YYAAAYYYY cuti dah mula!
Hihi.

Nak komen sendiri. This is too simple and I really don't like the sidebar actually.
Malangnya I didn't save a backup for my previous background coding.
Sedih kan?
Sobsss.
No background. Just Plain White T's whattheee -___-
I don't know. I just like my previous one compared to the current template.
And whyyyy did I take the decision to completely change the whole thing in the first place? o.O
But I like my new header. Simple je ha. Takde banyak muka dah hahaha.

Hmmm no worries I still got lotsa time to play around with this blog and yes, of course!,
I will update my blog  banyak sikitlah ye,
hopefully berguna dan berinformasi dan bergembira,
eh apakah, ada ke post yang bergembira?
Eheks lantaklah maklumlah dah pening menelaah coding T___T

Siapa tak suka bila tahu ada peminat setia rupanya di blog tersayang ni ♥
Hihi. Huda, Eyna, Kak Cik dah suruh update.
Nanti kita update lagi eh hihi hihi hihi.
Tolonglah bagi pelempang satu aura gedik ni tak pernah nak hilang =,=

Tengok ha iteww ada kembaarrr haha kbai.

Itulah jadinya bila baru download apps pastu bukan nak kemas barang bukan nak pegi study untuk paper agama, tapi pegi test main apps. Haiyaaa ini olang maaa...
Please note that tu lah gambar malam last kat cyber, sebab tu senyum sangat ikhlas sampai senget mulut MUAHAHA.
Hingga bertemu lagi di lain post ;)

PS: Aku rasa nak tukar pakai template lain je.......
Photobucket
Share: