Sunday, June 23, 2013

A Date


Akhirnya dapat juga meluangkan masa dengan Farah Zoey,
juga ditemani si Zaty Zayani hari ni ♥

Oh riangnya rasa hati :D
Pantai.
Pertemuan pertama.
Ngehngeh.

Dan sebenarnya kami tak decide pun nak pergi mana2.
Lepas tu Farah driveeee aje sampai ke bandar,
then singgah bus stand.
Banyak baju, shawl cantik2.
Tapi sebab panas sangat, hangat gilos berpeluh2 tadi,
hilang mood shopping aku. Alahai sayangnya, rugi je peluang yang ada tadi.

Lepas tu serbu kedai kat bawah2 tu macam orang kehausan 3 bulan.
Siap test2 lagi ha air dalam peti tu sejuk ke tak.
Hahaha.

Melepak kat wakaf tepi jalan sambil menghilangkan dahaga,
sambil memerhati gelagat manusia di tengah bandar.
Uii ramai gak orang kat bandar tadi.
Pastu kitorang pergi area giant TTC mydin tu,
ha kat situ Farah bagi tebal sikit poket mamat penjual yang tak reti lipat baju yang dia jual.
Ataupun tolong jualkan. Ngehngeh.

Time merewang kaat situ la hujan turun lebat dengan guruh.
Ingatkan tak jadi dah nak singgah pantai.
Sedih dah masa tu.
Maklumlah dah lama tak lepak kat pantai.
Sobs.

So untuk memohon memanjatkan doa agar hujan berhenti dan kami dapat singgah pantai,
pergi la solat asar kat masjid. Haha. Bukan main ha sampai ke ladang sana.
Lalu pantai batu buruk, tengok ada kuda menumpang teduh bawah khemah sebab hujan.
Comel je. Kesian ek encik kuda, hujan. Kena stay bawah khemah je.
Ada race something kat pantai batu buruk. Macam best je.

Tapi tak singgah la kann, ada hajat lain.
Usai solat, text orang area GB tanya hujan dah berhenti ke belum,
dia cakap dah. So apa lagi, gerak la pergi pantai!
Yayyy :D
Zaty pulak mengidam keropok.
Ha dah macam mengandung semek tu. Berapa bulan dah agaknya.
Hehehe.

Kat pantai lawak gilos.
Memandangkan sebelum keluar kitorang pergi kenduri abang Latifah,
so semua berbaju kurung.
Aku ngan Zaty lak dengan wedges bagai kan.
Haha. Tersangkut2 jalan atas pasir tu.
Lahai. Nak pergi pantai sangat tu.
Pastu aku terjatuhkan nugget makcik yang jual keropok air kelapa dll :(
Kesian dia :(
Sedih2 takmau ingat :(
Aku nak bayar tapi dia taknak.
Makcik, sorry tau :(
Semoga rezeki makcik murah.
Sobsob.


Gambar sumbangan girlfriend pilot. Haha

Tapi sebab dah tak berapa nak awal, dah 6.30 lebih lebih,
tak dapat la nak lepak lelama kat pantai tu.
Hmmm :(
Takpelah. Mungkin lain kali boleh pergi lagi.
Sobsob.
Yang penting dapat jugak melepaskan rindu pada budak dua orang tu.
Makin cantik dah.
Aku je yang makin tak cantik.
Ngahaha.

Tapi kenapa aku tak beli je pape semalam? T___T
Rugi je keluar sobs.

And. Luckily balik rumah takde sape bebel.
Selamat :P :P :P

Cik Farah mata besooo, keje mmolek tuu!
Cik Zaty Zayani, ekgi gi Penang jage diri ^^
Heee.
Share:

2 buddy (ies):

zaty said...

wah !! touching ! sob sob * lap air mata * pilot memang tak leh tinggal eyh? hahaha. btw best kot semalam main hujan sesama. nanti kite kuar lagi eyh :D

Sarah Sylph said...

zaty,

atototo nak tisu cik girlfriend pilot? Hahahaha. Takleh tinggal, modal nok ngusik tu. Baiklah, insyaAllah ^^