Thursday, June 20, 2013

Tinta Hati

Hidup macam roda. Sekali kita di atas.
Di waktu lain kita di bawah.

Kau tahu perasaan bila berada di bawah?

Tak siapa boleh cakap bagaimana perasaan ''di bawah'' itu,
selagi dia belum berada di situasi ''di bawah'' itu.

Cakap memang senang, nak buat susah sangat.
Easier said than done.

Time is a great healer.

Aku agak, sejak dua menjak ni, banyak sangat aku faham pepatah2,
peribahasa2 yang ada dalam kamus. Kata2 orang tua mahupun kata2 pujangga.
Tapi ada juga yang aku masih sedang belajar,
apakah makna yang tersirat di sebalik tiap patah kata yang tercipta itu.
Dan mereka cakap, ujian diberi supaya kita lebih dekat dengan Dia.

Sejak dua menjak aku tu, sejak aku masuk alam ijazah.
Eh dah memulakan tangga ''ijazah'' dah aku.
Terkedek2.
Tak, aku selayaknya dilabel sebagai ''tersungkur'' di tangga-tangga awal alam degree.

Tersungkur. Dalam maknanya.
Mohon rungkai sendiri maksud tersungkur itu.

Maka sejak tersungkur itu, aku sejujurnya,
tak pernah merasa enaknya berdiri tegak dan berlari megah.

Aku masih belajar untuk bangun. Bukan.
Aku masih bertatih untuk merangkak.
Untuk bangun, aku rasa, masih samar dalam penglihatan.
Kabur dalam pandangan.

Jatuh.

Maka siapa yang ada untuk hulurkan tangan saat engkau rebah tersungkur mencium bumi?


Biar aku imbas kembali.
Biar aku cerita pada kalian.

Aku seorang yang lemah. Mungkin pada mata kalian, aku perkasa.
Tapi tidak. Semangat yang ada ini, Dia yang pinjamkan.
Segala yang ada itu milik Dia.

Zaman persekolahan aku, zaman yang aku kira penuh warna-warni,
aku hidup dikelilingi teman-teman rapatku.
Shahirah, Latifah. Dua orang pertama yang aku cari bila aku memerlukan.
Kak Cik, Farah. Dua orang pertama seterusnya yang akan jadi mangsa.
Dan. Aku rasa, yang seorang lagi ni, aku namakan dia Z.

Sekarang ada 5 watak baru.
Dan daripada 5 watak yang aku sebutkan ini,
Shahirah, Latifah dan Z, adalah insan2 yang memang akan tahu segalanya tentang aku.

Pada zaman lalu.

Sejak aku memasuki asasi,
Z mendaki anak tangga menjadi yang pertama akan aku kongsikan segala suka duka,
di samping 4 orang watak yang aku kenalkan tadi.

Maka kiranya, tidak kira apa tidak kira siapa tidak kira di mana,
masih ada 3 orang yang utama menyokong aku dari belakang,
masih ada 3 orang ini yang akan bersuara dan mendengar bila keadaan memerlukan.

Terima kasih atas jasa dan bakti kalian.

Masa terus berlalu. Takdir menentukan yang aku harus hidup tanpa mereka lagi.
Sebak. Berliku. Berduri. Aku rasa gelap. Aku rasa berat.
Aku kira, bermula September 2012,
secara official, aku kehilangan mereka bertiga.
Maka aku belajar untuk hidup bersama Kak Cik dan Farah.
Aku kira, mereka turut merasakan apa yang aku rasa.
Dan sejak hilangnya 3 watak utama itu,
mangsa tempat aku mengadu segala duka ialah Kak Cik.
Aku kira dia yang paling banyak aku hubungi.
Farah, kerana aku tahu dia juga ada kesulitannya sendiri,
tidak banyak yang aku kongsikan kepadanya.
Bimbang dia makin marah, bimbang dia makin sulit, bimbang dia makin gusar.
Dan aku tambah seorang lagi watak baru, Syahir nama beliau.
Merangkap jawatan sebagai wartawan melodi serta the best buddy sejak zaman sekolah.
Kiranya pada manusia2 yang mulia hati inilah aku akan kongsikan tangisku, selain pada Dia.
Ya, tangisku. Tanpa segan. Tanpa silu.

Allahu rabbi. Aku rasa tidak berdaya untuk meneruskan penceritaan.
Sebak bertamu di dada, air mata bergenang di mata, rawan menggunung di hati.

Aku kira bukan masanya lagi untuk aku berterus terang tentang apa makna tersungkur itu.
Belum masanya lagi.
Cuma aku mahu berkongsi pada yang membaca,
betapa penting seorang sahabat kepada sahabatnya.
Betapa bermakna perasaan sayang dan cinta akan teman yang kita pupuk sejak mengenali mereka.
Betapa berkuasanya perasaan2 ini untuk terus memandu kita ke hadapan.

Hilangnya mereka daripada genggaman aku, seolah2 lumpuh badan, seolah2 beku masa.
Di situ aku belajar untuk mencari Dia.
Mungkin aku terlalu alpa. Mungkin ujian itu supaya aku tidak terus istidraj.
Mungkin juga Dia masih sayang pada hambaNya ini.

Tidak, aku belum sempurna. Sangat tidak sempurna.
Kadang2 aku rasa mahu berputus asa untuk terus menjadi yang terbaik.
Kerana aku kerap merasa tidak mampu.

Di saat aku rasa ada kekuatan,
di saat Dia meminjamkan aku kekuatan,
aku rasa kuat.

Di saat aku rasa lemah dan tidak berdaya,
aku cuba untuk tidak berputus asa.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman."
-Surah al-Imran, ayat 139.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
-Surah at-Taubah, ayat 129.

A calamity that makes you turn to Allah is better for you,
than a blessing which makes you forget the remembrance of Allah.


Mereka juga berkata,
"time is a great healer.''
''Sabar, semua ini pasti ada hikmahnya.''

Maka hanya diam mengisi ruang.
Sabar itu mudah untuk kita ungkapkan, namun payah untuk diamalkan.

Tetapi kita diajar untuk terus mencuba.
Never give up.

Justin Bieber pun cakap ''never say never''.
Malulah kita sebagai Muslim kalau nak give up.
Tak gitu?

Kerana bahagia itu tidak akan berterusan dan tidak akan kekal, begitu jua dengan derita.



PS: Aku mahu tiup semangat pada semua. Bukan minta pandangan simpati ^^

Photobucket
Share:

10 buddy (ies):

Miss Ongy (Wanie) said...

Gd luck Dr, never give up! :)

fifahvip™ said...

sarahhhhhh.... i just felt the same thing today :( today is the worst day ever :( stress sgt2..rasenya bagitau parents lagi sedih sebab akan buat diaorang sedih.haihh, takpe, mungkin Allah tak balas lagi apa yang kita nak.sedangkan Rasul pun Allah uji dengan bertahun2 lamanya, takkan kita nak give up kat Allah macam tu je kan. ;) ttime is great healer babeyh.hehe..sabar ye sarah :)

Sarah Sylph said...

Miss Ongy (Wanie),

hehehe thank you Kak Ani! :D
Peluk cium kat Hakimi <3

Sarah Sylph said...

fifahvip™,

Fyfaaahhhh mana blog Fyfahhh???
Hahaha. Well said Fyfah :')
Tak dapat nak tambah apa dah, betul itu semua :D
Btw it's okay. It was just one of those bad days. Tomorrow might come with a beautiful, shining new hope and light ;)
Live it, face it, it'll be over.
Let time decides ^^

wnsi said...

sarah T_T
*teary eyes*
hmm.I've been there.bile jatuh tu, betapa lukanyaaa.pedihnyaaa rase x mmpu nk bgun dh.BUT NEVER GIVE UP,syg.Have faith in Him.Allah x suke org yg berputus asa.sntiasa percaya bahawa kite akn lalui semua ni thru and thru.this is just one phase in our life..new chapter will begin sooner.I believe syg k.cik nikuat.I'll owez b there 4 u..
(psanan buat dr sndri jgk actly)
salam syg,
kak cik yg perasan macho :)

Sarah Sylph said...

wnsi,

eh jangan nangis. Hihi.
Yaa I was thinking of you when writing this. Thinking you were in this kind of situation and admiring how good you are to be able to pass that phase successfully, and you still are in a perfect shape! Jealous :(
Hahaha. Thankyou darling. Kak Cik memang macho pom! :P

norhafizahalias said...

subhanallah.. semoga kak sarah selalu kuat yer.. :'(

Farah Zoey said...

*kesat air mata*

PS : rasa macam komen dah tapi tak komen lagi . lupa nak tekan butang kut aritu . ish ish ish muda-muda dah nyanyuk

Sarah Sylph said...

norhafizahalias,

thanks Fizah! Amin. *hugs*

Sarah Sylph said...

Farah Zoey,

haha selalu camtu! Jangan nyanyuk betul2 sudah. Nak tisu sayang? <3
Atototototo.