Saturday, December 28, 2013

Pengecut. Oh Ini Isu Boikot.

Sungguh, aku kecewa.
Sungguh, aku rasa bawahan.
Sungguh, aku rasa kecil.
Sungguh, aku rasa tiada daya.
Dan memang daya itu wujud hanyalah atas izin Tuhan.

Aku, aku sedar.
Aku bukanlah manusia terbaik.
Namun aku benci untuk menjadi yang terburuk.

Aku, aku sedar.
Aku bukanlah yang terpandai.
Namun aku benci untuk menjadi yang paling bodoh.

Aku, aku sedar.
Aku bukanlah yang suci daripada dosa.
Namun aku benci untuk menjadi yang paling kurang pahalanya.

Aku, aku sedar.
Aku bukanlah contoh muslimah teragung.
Namun aku benci untuk menjadi contoh yang buruk.

...

Satu fakta tentang diri aku yang paling mengecewakan hati dan akal aku sendiri.
Aku tidak lantang bersuara. Aku tidak tegak berdiri.
Aku tidak kuat untuk stand for my own self.
Aku pernah menulis tentang ini zaman dulu-dulu.
Pertamanya aku percaya kita masing-masing ada kepercayaan yang kita pegang.
Keduanya aku tahu kita kebanyakannya adalah hasil didikan ibu bapa, keluarga dan juga masyarakat sekeliling.

Aku, hasil didikan ibu bapaku, aku juga menyambut dan menyokong penuh kempen boikot Israel.
Aku rasa gagah bila hidup dalam komuniti yang turut gembira dengan kempen ini.
Tapi aku rasa lemah bila aku tak mampu sebarkan kempen yang bagus ini.
Lagi lemah bila berhadapan dengan mereka yang tidak percaya akan kempen ini.
Lagi lagi lemah bila ada yang memperlekeh hasil yang diperoleh daripada memboikot barangan Israel.

Terus terang aku katakan memang aku tak mampu nak boikot 100% barangan mereka.
Intel contohnya.

Namun suka untuk aku katakan, selain yang itu, kebanyakannya tiada dalam kitaran hidup aku.
Alhamdulillah aku tak ada rasa rendah diri bila aku tak makan McDonalds etc, aku juga masih belum mati dengan memboikot produk Nestle contohnya, aku juga masih mampu mengecap indahnya hidup walaupun aku tak minum Starbucks.

Betul.
Ada masa ku tewas juga,
kerana tidak kuat untuk bersuara mencadangkan tempat makan yang out of boycott list kepada teman2.
Betul.
Ada masa aku biarkan perut aku kosong,
sebab tempat yang teman2 menuju tu termasuk dalam list boikot aku. Inilah aku, pengecut :(

Post ini hanyalah luahan hati, aku maafkan mereka yang tidak mengetahui,
namun apa tujuan hidup kalau ilmu tidak digali?

Apa yang buat aku terluka hanyalah bila seorang Muslim memperlekeh benda2 macam ni.
Like seriously, aku rasa offended.

Memang, kalau tak ramai boikot, memang kita tak boleh nak lumpuhkan pergerakan Israel.
Tapi, boikot itu sendiri sebenarnya adalah reflection diri kita sendiri.

Reflection diri kita,
adakah kita care about saudara Muslim kita di Palestin,
ataupun kita saudara atas nama sahaja; susah kau susah kau seoranglah.

Mungkin sebab kita tidak kenal mereka,
maka kita tak ada rasa simpati, apatah lagi empati terhadap mereka.

Tapi cuba kita terbalikkan situasi,
letakkan diri kita dalam kehidupan mereka,
apa rasa kita yang sedang dizalimi pihak Israel bila saudara seIslam kita di Malaysia sedang enak melabur wang kepada perniagaan/premis/syarikat yang menyokong Israel?

Sayang, kita hidup bukan untuk kebahagiaan di dunia semata-mata.
Hidup kita juga untuk cari bekalan agar kita turut bahagia si alam sana.

Sayang, kehidupan kita bukan meliputi dunia kecik lingkungan 1km radius bertitik tengahkan diri kita sahaja.
Kehidupan ini adalah tentang sesuatu yang lebih besar.

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression." 
- Syeikh Yusuf Al Qardawi

Dan aku pernah came across satu kata-kata,
boikot ini bukan tentang ingin melumpuhkan Israel semata-mata,
tapi ia juga tentang iman kita, tentang rasa kita terhadap agamaNya.

We must all be united against the aggressors. We are united in Islam, including unity of belief in the Shari`ah, unity of belief in the Qiblah, and also united in pain and hope. As Allah Almighty says: "Verily this Ummah of yours is one Ummah." (Qur'an, 21:92).

Non-Muslims pun ada yang boikot Israel. 
Tak rasa terpukul ke?

Better late than never.
Changing for good is not a sin.
Usahalah :)

Pinjam masa sikit lagi boleh?
Untuk apa yang terkandung dalam links di bawah.
Terima kasih.
Allah mesti suka :)

1. http://www.inminds.co.uk/boycott-faq.html
2. http://www.inminds.com/boycott-brands.html
3. http://www.inminds.co.uk/boycott-fatwas.html
4. http://inijalanku.wordpress.com/parti2/aaa-senarai-produk-boikot-israelusa/
5. http://www.sabasun.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=52&Itemid=64
6. http://www.sinarharian.com.my/kempen-boikot-israel-1.231779



Share:

0 buddy (ies):