Friday, January 23, 2015

Fourth Semester!

Assalamualaikum wbt. Haha rasa cam tak percaya je because I am typing this post at Sierra.
I'm back to school (read: uni) and week 1 dah habiiiiiiiiiiiis. Can you believe it?

Oh Sierra tu nama taman/kawasan rumah yang my friends and I are renting at currently.
We have like few Sierras here like Sierra 1 (where my house is located), Sierra 8, Sierra 2 etc.
Macam a few taman dikelompokkan into one big kawasan gitu.

Dah semester 4! Dan teaching week pun dah habis 1 out of 12 kalau tak silap.
Altogether ada 14 teaching weeks but 2 of them adalah weeks without classes,
which are named reading/study weeks, satu minggu in March and another is in April.
Yang April tu study week for finals la (study week will start on 17 April 2015 -
since last day of class for this semester is on the 16th April), then dalam academic calendar,
diorang declare week yang start with 27 April adalah examination week,
until mid of May. So basically untuk semester ni, aku belajar minggu ni (end of January)
February, March and two weeks in April. Kejap je kan?
Tu pun seminggu off in March, few days off in February due to Thaipusam & CNY.

A week of classes in this Intermediate Cycle 1 is like a week of bombarding my brain with loads of new information,
which most of them I have never heard of. CRY NOW. Hahaha.
Ye, before this untuk the first three semesters, we were being exposed to stuffs like anatomy,
physiology, psychology, pharmacology, embryology, epidemiology camtu kan.
Then sem ni dah ada new stuffs, baru kenal apa itu microbiology, serta pathology.
Buku patho serta microbe pun belum aku beli tau.
Oh banyaknya amount of material itu,
mohon doakan agar aku mampu menghafal segala maklumat yang ada tau.

Bila dah otak more to counting ni kena tukar masuk part memorising,
jadi slow learner lah sikit.
Betul. Rasa macam slow learner gila sekarang.
Otak dah tak tangkas macam zaman kena kira probability, volume of revolution bagai dulu.
Moga Allah permudahkan. Ini semester 4 daripada keseluruhan 10 semester.
Moga Allah permudahkan perjalananku dan rakan-rakan seperjuangan. Amin.

Monday, January 12, 2015

Nahi Mungkar yang Rasis

Assalamualaikum. Terasa betapa masyarakat tidak adil dalam membenci perilaku kurang moral yang terkini viral di semua media sosial, mengapa bila yang bertudung sahaja dihentam teruk bila menyalahi ajaran agama? Adakah kerana tudungnya itu?
Mengapa bila artis Melayu Islam lelaki dan artis Melayu Islam perempuan yang menjadi para pelaku, tiada pula dikritik hebat oleh pejuang papan kekunci?

Menyebarkan gambar sebegitu, begitu sucikah kita daripada dosa?
Mencela pelaku kerana mereka bertudung, molekkah kita sebagai saudara seagama untuk mencela? Kita bertudung, berkopiah, namun menyebarkan aib, mengutuk mencerca, apakah ini melambangkan peribadi mulia seorang yang beragama Islam?
Kita, apakah sedang dalam usaha mendidik diri/masyarakat atau mengembangkan sifat negatif? Mengapa disebar kebencian bukan kasih sayang?
Benci perlakuan, bukan si pelaku.

Mengutuk jangan sampai lupa diri, bimbang Allah uji dengan perkara yang sama.
Meriak jangan sampai tidak berpijak pada bumi, kerana apa yang kita ada semua dengan keizinanNya.

Mungkin sudah boleh fikir,
mengapa dibenarkan konsert beroperasi di negara Islam sebagai agama rasmi sedangkan ia menyalahi syariat...?
Mengapa dibenarkan anak itu menghadiri konsert hiburan tersebut?
Mungkin masa untuk fikir bagaimana mahu membentuk keluarga dengan iklim din,
mungkin masa untuk fikir bagaimana mahu elak perkara sama berulang.

Janganlah tuding jari salahkan pihak sana, pihak sini, mungkin betul mereka salah,
namun kita ini, adakah terselit dalam doa kita agar saudara kita dijauhkan daripada benda sebegini? Agar saudara kita turut mencari Tuhan dalam hidup?
Agar kita semua dapat bertemu di jannahNya?

Aku juga bukan kalis dosa,
Sarah - 134312012015

Friday, January 9, 2015

Review on: DIAgnosis, Raudhah & Divergent.

I must admit that reading these 3 completely different genres of books spins my head.
Hahahahahahaha. One similarity: THEY'RE ALL GOOD BOOKS I TELL YOU.

#DIAgnosis

Short fiction stories written by 3 doctors, most probably inspired by real situations they faced,
tapi watak dan segalanya haruslah confidential babe. Aku mengaku at first aku expect high gila untuk buku ni, sebab baca review semua bagus2 je so aku terlebih expect makanya aku kecewa ah sikit masa mula2 baca.
But bila baca cerita karya Dr Aizzat, aku terpujuk. Dalam banyak2 cerita dalam DIAgnosis,
aku nangis la baca karya dia. HEHEHEHE. Dr AF kinda comel2 gitu cerita dia, lawak2, Dr Azah macam cerpen, tapi semua terselit pengajaran yang boleh kita renung-renungkan.

Kalau nak bacaan yang ringan in between tunggu bas, tunggu kelas, this one suits your need.
Ringan dan bersahaja, tetapi berisi.
Aku tengah fikir nak order DIAgnosis2 online or tunggu je beli over the counter terus.
Haruslah teruja!

#Raudhah

Karya latest penulis thriller no 1 Malaysia ataupun second latest kot haha tak ingat ah, dan as expected, frank words from me who's a die hard fan of RAM, RAUDHAH TIDAK MENGECEWAKAN. Best siot plot twist dia, dan seperti selalu penuh tersurat mesej Islamik dia.
Tapi berat la sakit kepala gua baca non-stop. Bila penat amik Men Are From Mars, Women Are From Venus baca. 2-3 hari jugak baru khatam. Tak nak la buat full sinopsis, tak saspens la en.
Kalau korang memang fan of RAM, Raudhah is a must-read novel guys!

#Divergent

Aku teringin gila nak baca buku ni lepas tengok movie dia,
dan semangat nak baca tu jelas la bila aku beli semua trilogy dia hahaha.
Ni buku ketiga yang aku baca di mana buku ni difilemkan.
Dan ia juga merupakan buku pertama aku baca setelah tengok dulu movie dia.
Sebab tengok Harry Potter & Twilight Saga tak baca buku dia.
Baca PS I Love You tapi tak tengok movie dia hahaha.
Baca Love Rosie dulu baru layan movie dia tu pun Love Rosie baca bertahun2 yang lalu dah so ingat-ingat lupa lah jalan cerita dia.
Hahahaha.
And serious, BUKU DENGAN MOVIE LAINNNNNNNNNN.
Meh aku bocor rahsia sikit,
dalam game Capture the Flag between team Four dengan team Eric,
scene Tris amik flag dalam buku sebenarnya flag tu Christina yang obtained.
Scene Tris jumpa mak dia masa pindah barang masuk lori tu tak wujud pun dalam buku haha.
Dia jumpa mak dia time Visiting Day.
Visiting Day tu, parents datang dekat tempat new faction of their children untuk melawat anak2 yang tinggalkan diorang lol.
Banyak lagi lah yang lain. Pastu Aptitude Test tu sebenarnya kat sekolah diorang je.
Hahaha. Aku baca tu macam semata nak cari differences pun ada. Alahai hahaha.
But above all (ayat klise aku), it's worth reading!

Dengan cuti semester berbaki beberapa hari lagi, aku akan berhempas pulas menghabiskan Insurgent sambil menjadi seorang suri rumah yang berjaya. Hahahahaha. Sebenarnya aku nak menjahit baju kurung tapi tak sempat la uolls.
Tapi dalam baki beberapa hari ni juga aku nak cuba jahit tudung walau sehelai, and a few things.
Haih sedih betul cuti dah nak habis. TAK PUAS LEPAK NGAN FAMILY T_________T
Pastu banyak lagi novel RAM yang aku tak khatam, bersusun dalam rak buku T_________T
SEDIHNYAAAAA :(
Then then rasa macam sekarang bila baca buku dah tak securious zaman dahulukala T__T
Buku Hilal Asyraf yang aku beli pun tak terbaca lagi tau. Sedihlah begini.
Tapi yang tu aku decide nak baca kat Sierra je lah, sebab ringan nak bawak gi sana nanti.
Omoooooooo aku sedih cuti dah nak habis :(
Eh cemana post review buku jadi post emo pulak ni, senang betul distracted hahaha.
Maka sebelum aku emo lagi terus sebab sedih cuti dah nak habis,
aku noktahkan dulu ye post ni.

Hingga ketemu lagi, moga dalam jagaan Allah sentiasa semua kawan2!
Assalamualaikum.

PS: Akhirnyaa blog berwajah baru. HAHA

Saturday, January 3, 2015

Peluang

Hidup hanya sekali, nyawa tiada galang ganti.
Kita manusia, tiada terlepas daripada khilaf, namun peluang sentiasa ada.
Setiap pagi kita bangun, diberi Sang Pencipta peluang untuk memperbaik apa yang perlu.
Sedangkan Dia memberi kita peluang untuk berubah,
kenapa kita terlalu bongkak menutup peluang manusia lain untuk berubah?

Kenapa kita melulu mengklasifikasikan kes-kes tertentu sebagai tiada harapan?
Melihat seorang yang kita hakimi sebagai kurang elok berbanding kita,
tiada harapankah dia untuk berubah menjadi lebih baik?
Melihat seorang yang kita rasa seribu kali lebih baik berbanding kita,
kita pandang rendah terhadap diri sendiri mengangkat bendera putih menyatakan mana pernah mampu kita menjadi sebaik seseorang itu, wajarkah kita?

Perjuangan ini, selagi Dia izinkan, usah kita titik noktahkan usaha itu.
Kerana semangat itu memang ada naik dan turunnya,
sifat manusia yang lemah tiada kita mampu mengubah,
namun teruslah berkayuh dengan sinar harapan,
memandang ke hadapan dengan harapan dan usaha agar diri kita esok lebih baik daripada hari ini.

Perjuangan insan lain juga bukan milik kita untuk dihakimi,
buruk baik mereka biarlah Allah yang menentukan,
bersangka baiklah selalu.
Jika hari ini mereka tampak bukan seperti yang kita harapkan,
teruslah optimis dan memohon kepada Ilahi,
agar esok masih kita dapat raih dan berpeluang merasai dan menyaksikan perubahan yang diharapkan,
sama ada ia tentang kita atau tentang mereka,
teruslah positif.

Kurangkan prejudis, tingkatkan optimis :)

---

Kerana aku banyak menyaksikan perkara yang menggalaukan.
Maafkan aku andai aku khilaf dalam berpendapat,
sesungguhnya telahanku masih dangkal dan kurang ilmu.

Aku bukanlah manusia mulia, aku juga pendosa. Kerana itu jujurnya aku selalu memberi peluang demi peluang kepada mereka yang menyakiti hati ini, dengan harapan, walaupun terluka qalbu ini, peluang itu diberi untuk diri mereka dan juga untuk aku sendiri. Peluang untuk mereka mencuba lagi, dan peluang untuk aku sendiri merasa bahagia setelah mereka berjaya mencuba. Dan aku percaya, aku sendiri mungkin ada sahaja mengguris rasa insan sekeliling, dan aku juga minta andai aku bertindak melulu, berilah aku peluang lagi untuk menjadi lebih rasional dan berhemah. Kerana telah beribu hari Dia meminjamkan lagi roh pada jasadku setelah Dia memegang rohku saat aku tidur, maka aku kira, tiada salah peluang yang aku peroleh itu aku guna untuk diri aku sendiri dan juga untuk orang lain.

Salam perubahan,
Salam Maulidur Rasul,
12 Rabi'ul Awal 1436H
1245 03 Januari 2015M

Thursday, January 1, 2015

Sayonara 2014, Ahlan Wasahlan 2015



Jujur aku katakan,
aku bukanlah tergolong dalam kelompok yang teruja menunggu ketibaan tahun baru.
Jujur aku katakan,
aku bukanlah tergolong dalam kelompok yang teruja menyenaraikan azam baru,
dan kembali menyemak catatan azam tahun yang akan ditinggalkan sama ada telahpun tercapai ataupun belum.

Tidak.
Aku tidak memandang serong mahupun mengecilkan golongan yang teruja menunggu tahun baru.
Itu hak individu, kesannya tiada melibatkan aku.
Mereka bahagia dengan tahun baru, biarlah rona-rona euforia tersebut mewarnai hati mereka.
Bahagia itu memberi kesan psikologi yang positif terhadap minda,
mengapa mahu dihentikan kegembiraan manusia selagi adat tidak menyalahi agama, kan?

Azam itu, matlamat itu, sesuatu yang bagus, provided ia bagus lah,
sebab azam tersebut akan membawa,
dan memandu kamu ke arah mencapai cita-cita yang telah kamu set-kan.
It's a force to drive you to achieving the goals that you've set up.
It's good, and motivating.

Cuma bagi aku, aku belum mampu meneyenaraikan azam mengikut ukuran tahun.
Bagi aku, tahun baru dan tahun lama,
bezanya cuma masa.

Masa kini dan masa lalu.
Cuma dengan masa, aku teruja, untuk melihat,
sejauh mana perubahan dan hijrah yang telah aku capai.
Hari ini dan esok, adakah berbeza jiwa aku?
Hatiku...semakin banyak tompok hitam, atau yang putihnya lebih mendominasi?

Dan juga, aku teruja, untuk melihat,
manusia, masihkan mereka melihat aku sebagaimana aku yang sekarang,
ataupun pandangan mereka terhadapku terkabur oleh imej yang dahulu?
Ataupun bukan pandangan mereka terhadapku, namun terhadap orang yang aku sayang.
Bukan pandangan itu yang aku pentingkan, namun imej itu yang aku titikberatkan.

Berjayakah aku dalam berimejkan seorang Muslim sebenar Muslim?
Mampukah aku tawan hati dan minda ini,
untuk terus padu dalam berimejkan seorang Muslimah yang sebenar Muslimah,
yang kental semangatnya, yang padu kesabarannya,
yang lembut bicaranya, yang kemas ilmu agamanya,
yang mantap ilmu duniawinya, yang gagah melawan arus tipudaya dan bisikan iblis,
yang perkasa budinya, dan yang terpelihara maruahnya?

Kalam terhenti, moga Allah redha.

Ini doaku untuk hari-hari baru, moga ilmu dan amal bertambah. InsyaAllah.
PS: InsyaAllah blog akan berwajah baru, tak sabar pulak nak mengedit coding yang panjang berjela tu haha. Fi hifzillah sahabat semua! Wassalamu'alaikum.