Monday, January 12, 2015

Nahi Mungkar yang Rasis

Assalamualaikum. Terasa betapa masyarakat tidak adil dalam membenci perilaku kurang moral yang terkini viral di semua media sosial, mengapa bila yang bertudung sahaja dihentam teruk bila menyalahi ajaran agama? Adakah kerana tudungnya itu?
Mengapa bila artis Melayu Islam lelaki dan artis Melayu Islam perempuan yang menjadi para pelaku, tiada pula dikritik hebat oleh pejuang papan kekunci?

Menyebarkan gambar sebegitu, begitu sucikah kita daripada dosa?
Mencela pelaku kerana mereka bertudung, molekkah kita sebagai saudara seagama untuk mencela? Kita bertudung, berkopiah, namun menyebarkan aib, mengutuk mencerca, apakah ini melambangkan peribadi mulia seorang yang beragama Islam?
Kita, apakah sedang dalam usaha mendidik diri/masyarakat atau mengembangkan sifat negatif? Mengapa disebar kebencian bukan kasih sayang?
Benci perlakuan, bukan si pelaku.

Mengutuk jangan sampai lupa diri, bimbang Allah uji dengan perkara yang sama.
Meriak jangan sampai tidak berpijak pada bumi, kerana apa yang kita ada semua dengan keizinanNya.

Mungkin sudah boleh fikir,
mengapa dibenarkan konsert beroperasi di negara Islam sebagai agama rasmi sedangkan ia menyalahi syariat...?
Mengapa dibenarkan anak itu menghadiri konsert hiburan tersebut?
Mungkin masa untuk fikir bagaimana mahu membentuk keluarga dengan iklim din,
mungkin masa untuk fikir bagaimana mahu elak perkara sama berulang.

Janganlah tuding jari salahkan pihak sana, pihak sini, mungkin betul mereka salah,
namun kita ini, adakah terselit dalam doa kita agar saudara kita dijauhkan daripada benda sebegini? Agar saudara kita turut mencari Tuhan dalam hidup?
Agar kita semua dapat bertemu di jannahNya?

Aku juga bukan kalis dosa,
Sarah - 134312012015
Share:

2 buddy (ies):

Nur Izzati said...

hi!
in this issue diorg lupa bila kita buka aib orang tuhan akan buka aib kita juga :)

Sarah Sylph said...

Hi Nur Izzati,

setuju! Sama-samalah kita cuba jaga benda macam ni kan :)