Thursday, January 1, 2015

Sayonara 2014, Ahlan Wasahlan 2015



Jujur aku katakan,
aku bukanlah tergolong dalam kelompok yang teruja menunggu ketibaan tahun baru.
Jujur aku katakan,
aku bukanlah tergolong dalam kelompok yang teruja menyenaraikan azam baru,
dan kembali menyemak catatan azam tahun yang akan ditinggalkan sama ada telahpun tercapai ataupun belum.

Tidak.
Aku tidak memandang serong mahupun mengecilkan golongan yang teruja menunggu tahun baru.
Itu hak individu, kesannya tiada melibatkan aku.
Mereka bahagia dengan tahun baru, biarlah rona-rona euforia tersebut mewarnai hati mereka.
Bahagia itu memberi kesan psikologi yang positif terhadap minda,
mengapa mahu dihentikan kegembiraan manusia selagi adat tidak menyalahi agama, kan?

Azam itu, matlamat itu, sesuatu yang bagus, provided ia bagus lah,
sebab azam tersebut akan membawa,
dan memandu kamu ke arah mencapai cita-cita yang telah kamu set-kan.
It's a force to drive you to achieving the goals that you've set up.
It's good, and motivating.

Cuma bagi aku, aku belum mampu meneyenaraikan azam mengikut ukuran tahun.
Bagi aku, tahun baru dan tahun lama,
bezanya cuma masa.

Masa kini dan masa lalu.
Cuma dengan masa, aku teruja, untuk melihat,
sejauh mana perubahan dan hijrah yang telah aku capai.
Hari ini dan esok, adakah berbeza jiwa aku?
Hatiku...semakin banyak tompok hitam, atau yang putihnya lebih mendominasi?

Dan juga, aku teruja, untuk melihat,
manusia, masihkan mereka melihat aku sebagaimana aku yang sekarang,
ataupun pandangan mereka terhadapku terkabur oleh imej yang dahulu?
Ataupun bukan pandangan mereka terhadapku, namun terhadap orang yang aku sayang.
Bukan pandangan itu yang aku pentingkan, namun imej itu yang aku titikberatkan.

Berjayakah aku dalam berimejkan seorang Muslim sebenar Muslim?
Mampukah aku tawan hati dan minda ini,
untuk terus padu dalam berimejkan seorang Muslimah yang sebenar Muslimah,
yang kental semangatnya, yang padu kesabarannya,
yang lembut bicaranya, yang kemas ilmu agamanya,
yang mantap ilmu duniawinya, yang gagah melawan arus tipudaya dan bisikan iblis,
yang perkasa budinya, dan yang terpelihara maruahnya?

Kalam terhenti, moga Allah redha.

Ini doaku untuk hari-hari baru, moga ilmu dan amal bertambah. InsyaAllah.
PS: InsyaAllah blog akan berwajah baru, tak sabar pulak nak mengedit coding yang panjang berjela tu haha. Fi hifzillah sahabat semua! Wassalamu'alaikum.
Share:

2 buddy (ies):

Sofea Ada Sazlin said...

"Berjayakah aku dalam berimejkan seorang Muslim sebenar Muslim?". Persoalan yg sebenar-benarny untk diri kita. Nice. Karya yg bagus. Keep it up :)

Sarah Sylph said...

Sofea Ada Sazlin,

terima kasih atas dorongan, insyaAllah!