Tuesday, June 16, 2015

Malu.

Malunya.
Allah suruh tutup aurat, nak jaga kita daripada pandangan lelaki.
Tapi aku, tanpa segan silu, upload gambar sana-sini.

Malunya.
Allah suruh jaga pandangan, untuk jaga hati.
Tapi aku, scroll instagram sana sini,
Tengok drama jamu mata,
Fangirling over nonMuslim.

Malunya.
Bila Allah Yang Maha Pengampun,
Tapi aku sombong hidup umpama tiada berdosa,
Konon hidup lama tangguh taubat dari sehari ke sehari.

Malunya jadi diri sendiri.
Dulu sekolah agama jaga batas pergaulan.
Bila nak berborak lain jantina ada muhrim menemani.
Tapi kini tak ada muhrim pun takpe, syaitan boleh jadi ganti...

Lagi malu bila dulu semua tentang agama pernah belajar,
Exam semua dapat A+,
Tapi gaya hidup tak ubah gred G,
Konon dunia jambatan ke ukhrawi,
Nampak gaya bukan syurga yang dicari,
Tapi menempah annar yang panasnya tidak terperi...

Ni kalau mati sekarang, apalah jadi.

Astaghfirullah.
Share:

2 buddy (ies):

Huda Nazdi said...

mind if i share this? - budok02

Sarah Sylph said...

Huda Nazdi,

no I don't, silakan yong :*