Wednesday, May 30, 2012

PU-RCSI's Interview.

Assalamualaikum :)
Tiap2 hari bukak blog sendiri, tengok takde new post rasa sayu. Haha.
Haruslah kawan2 terdekat maklum bahawa saya sedang demam, dah masuk second day.
Demam kenapa taktaulah, mungkin cuaca panas sangat kot.
yang pasti macam terharu bila pagi tadi terjaga sebab tiba2 ada tangan dekat dahi,
rupa-rupanya si Waqiuddin yang rasa dahi sambil tanya, "Demam lagi ke?"
Oh tersentuh hatiku! Hehehe. Well kakak penyayang memang disayangi adik2 kan. Haha.

By the way tu bukanlah main point post hari ni.
Hanyalah mau berkongsi pengalaman yang dilalui pada 17 Mei yang lepas.
Ye, aku takde post / cerita secara detail kat blog about what has happened,
aku cuma post pasal aku nak kejar cita-cita,
aku ada cerita pasal kebengangan aku dengan bas transnasional masa nak balik Terengganu Sabtu hari tu,
dan post sebelum post ni yang menyatakan aku bersyukur yang teramat sangat.
Secara khususnya, memang takde langsung disebut apa yang telah berlaku. So, nak tau tak? Hihihi.

Okay kalau bosan minta maaf sebab takde banyak gambar entri kali ni. Sobsobsob.


Macam ni ceritanya. Cewah. Meh cucu2 duduk, nenek nak cerita. Hohoho.
Hari tu, tanggal 15 Mei 2012, aku syok bersantai dalam bilik, tiba2 aku dapat call,
lepas tu apa lagi, angkat la kan,
walaupun unknown number, aku angkat jugak sebab number office.
So the person who called me, spoke in English okay, aku dah ter 'aaaa.aaa',
iyelah aku bukannye pandai nak speaking, MUET aku ritu sangkut gila tang speaking sobsob,
he let me know that I was chosen to be shortlisted as one of the candidates to the Perdana University's interview. For the application I've sent. For Medical Degree programme.
Alhamdulillah. Sangatlah happy masa tu. Terus call ayah. Ops. Point penting.
Aku dapat call masa 15 Mei, interview tu 17 Mei tau tak?
Aku baru excited nak pegi sekolah masa hari guru tapi hajat tak kesampaian.
Tapi takpe. It was for my own future kan. Hikhik.

Gambar diculik daripada website Perdana University.

So call ayah kan.
Bagitau details semua, so, at first, I thought dah kene naik bas pegi sana,
ayah keje kan, so memang tak boleh nak tolong lah, lagipun lagi okay,
rasa macam dah banyak susahkan my parents setahun ni.
Dahla tak shine kat asasi, result tak gempak macam orang pandai, sobsob.
Takpe2. Kebetulah Sakinah (Saidah's sister) akan mendaftar masuk kat UPM 17hb tu
and will be going there 16hb tu.
Oleh sebab our dads adalah baik dan rakan sepejabat dan baik,
maka bertolaklah saya ke Selangor dengan menumpang mereka berempat;
ayah Saidah which we call as Pak Cik Din, Saidah, Sakinah and their second youngest sister,
Saniah yang sangatlah comel ^__^
And they dropped me kat SOGO where my aunt and uncle were waiting there to fetch me up.
Pegi makan semua. Dan sebelah malam they took me to Cuda's house in Kajang.
Sebab Cuda yang akan hantarkan aku ke interview bertempat di PU, Serdang tu.

Lepas tu. Nampak kan, macam aku dah menyusahkan ramai orang.
Rasa bersalah tau takkk tapi macam takde choice T___T
And alang2 aku dah sampai sana, aku nak le amik transkrip result kat palam so arrange plan semua,
aku tidur rumah Nina malam hari Khamis tu. Rasa bersalah lagi sobsob.

So here we go to the interview, aku pegi interview tu dengan Nina tau.
Cuda bawak aku pegi sekolah dia dan Nina amik alih tugas jadi private driver aku dari sana. Hihihi.
Untung jadi aku kan. Hakhak. So aku ada teman pegi PU, sampai2 kat sana, macam takde orang sangat, cari tempat iv, jumpa pak cik guard, tulis nama bagai, lepas tu pegi mendaftar lak, kakak yang dekat tempat mendaftar tu macam baik dan ramah jugaklah, aku sampai 30 minit awal so aku dengan Nina pegi makan dulu. Kesian Nina tak makan lagi terus sign up jadi peneman setia aku. Hohoho.

Yang terselit sengih tu Nina ucuk saya. Haha.
Nina Comel dalam contact phone.
She saved that name by herself.

Aku ada nampak Indians, Chinese, MELAYU MANA? Haiihhhh. Cuak kan?
Aiyak. Takut takut. Rasa rendah diri mula bermaharajalela di dalam diri T___T

Gambar diculik daripada website Perdana University.

Interview ni ada dua part, satu ada exam, english exam,
30 minit sahaja untuk jawab 60 soalan.
Lepas tu baru interview sorang2.

Masa diorang panggil untuk exam tu, aku macam ketinggalan tau,
until ada lelaki sorang ni, Cina, tanya aku,
"interviewing?"
aku jawab lah, "yeah",
then he answered, "you walk there, straight and turn left" sambil tunjukkan aku library.
Woah. Cuak. Nina tunggu aku kat luar masa tu. Aku bawak pencil case, pegi sana.
Orang lain dah start jawab dalam seminit dua, mamat Cina tadi tertinggal something agaknya.
Lepas tu jawaaaab lah. Mula2 soalan dia macam biasa2 je lepas 10-15 minit,
aku dah tergaru2 kepala, dah termenung2  tengok siling semua. Hahaha. Keliru!
English memang la. Dahlah 1 minit je untuk dua soalan.
Sekali fikir terus jawab tak sempat semak la. Confirm.
Kalau grade English aku A+ takpe gak, haihhh. Aku memang dah tak rasa yakin dah masa tu. Sobs.

Siap exam, aku keluar. Jumpa Nina. Cakap tunggu nak interview lak, so Nina pegi rumah nenek dia dulu,
sementara tunggu turn aku. Calon masa tu adalah 10-15 orang, aku tak kira, nervous. Ada dua orang je Melayu, dua2 perempuan termasuk aku.


Masa tunggu turn nak interview tu, kitorang duduk kat satu ruang tau. Senyap sunyi je ruang tu.
Ada sorang ni je yang bercakap sikit, speaking la for sure.
Dan untuk meredakan ke-nervous-an aku, aku cakap2 lah dengan dia. Broken english pun aku buat taktau je. Lepas 3 orang dipanggil, sampailah turn aku.
Heh. Buat muka selambe tapi dalam hati rasa nak bukak langkah terus pecut keluar je. Hehehe.

Interviewers aku ada dua orang, duduk dalam bilik berdinding kaca so aku nampak dari luar lah diorang ni,
bila masuk, aku dapat tahu nama diorang, sorang Dr Karen, sorang Dr Jonathan.
Dr Karen tu gayanya Irish, Dr Jonathan tu mungkin local doctor, tapi aku pun tak pasti.
Masa tengok diorang ni, aku dah ketaq lutut semua tau, gayanya memang macam tak faham BM langsung ni. Huhuhuhuk.

So diorang suruh aku introduce diri aku sendiri,
aku jawablah macam aku dah practise. Hehehe.
Lepas tu tanya kenapa interested nak buat medic ni, meaning apa yang buat aku determined nak jadi doktor,
aku jawab lah, cerita yang Malaysia kurang doktor,
statistik cakap ratio doktor:populasi kat Malaysia adalah 1:800 pada 2010.
Dan keadaan di hospital macam mana, yang macam pernah aku nampak. So aku concern.
Sebagai warganegara yang baik, mana boleh biarkan keadaan itu berterusan. Cewah.
Aku cerita semua macam ayah ajar.
Hohohoho. Ayah aku yang supply aku dengan jawapan ni semua tauuu.
Patutnya ayah aku yang pegi interview T___T

Then kalau nak specialist karang, nak bidang apa?
Aku jawablah aku belum pilih tapi mungkin between pediatic ataupun O&G.
Lepas tu confirmlah diorang tanya why kan.
Ha, gorengggg. Macam ayah dah ajar jugak. Hekhek.
Alhamdulillah lah kan.

Pastu kan, ada dia tanya, pernah join event yang berkaitan dengan bidang medic atau tak,
ku macam helpless sangat masa tu sebab memang takde kan T__T so aku jawab je lah no. Sobsob.

Lagi dia ada jugak tanya "What do you know about RCSI?"
Aku dah kelu. Sebab tak ingat. Aku ingat soalan akan focus lebih untuk Perdana University.
Tapi aku ingat jugak yang it was founded in 1784 dan dia ada 3 lagi collaboration kat lain selain dengan PU. Yang dahsyatnya, aku ingat dua je, kat Penang (PMC) dan Bahrain, satu lagi aku lupa. Haihhh.

Ada jugak diorang tanya, "Do you know any doctor?"
Aku tengah fikir on the way nak jawab tu, aku tanya pulak dia, nak doktor yang famous ke, ikut suka?
Hehehe sengal kan. At last aku cakap aku ada kenal doktor kat satu klinik for 3 years dah. Bolehlah tu kan.
Then dia macam tanyalah, so, bila tengok doktor tu, apa pendapat aku tentang kerjaya seorang doktor ni.
Ha. Aku punya jawapan macam budak2. Nampak interesting. Enjoyable. Hahaha.

*Updated.
Lepas dah publish post dah kasi laptop dekat adik baru teringat semalam.
Ada jugak dia tanya, pada pandangan aku, penyakit apa yang banyak orang Malaysia suffer sekarang ni.
Aku masa ni tak ter-predict dia tanya soalan tu, aku bantai je la cakap diabetes -,-
entah betul entah tidak. Hohoho. Aku tambah lah few penyakit lain macam sakit jantung, stroke semua.
Aisshhh kira jawapan yang tawakal gila harap diorang terima je masa tu. Hohoho.
Tapi dia doktor jugak so kalau tak betul time tu diorang tau lah aku tak aware pasal tu kan kan.

Tapi serious. Aku takdelah fluent gila speaking. Banyak tergagap2.
Even lepas interview aku rasa bersalah yang teramat dengan semua orang sebab aku rasa macam fail je interview tu. I said "I'm sorry" for hundreds of times tau tak.
Sebab aku takut diorang tak faham apa aku cakap. Wuwuwuwu. Seriously.
Seriously aku rasa teramat tak yakin dan penuh dengan rasa bersalah.
Rasa bersalah dengan ayah sebab dah banyak bazirkan his money and time for an useless daughter like me. Sobsob.
Rasa bersalah dengan makcik2 aku yang membantu, hantar aku, support aku, morally, financially.
Nina pun. Yang temankan aku. Tumpangkan aku tidur at her house. Dua malam lak tu sebab takde tiket bas. Sobsobsob.

Rasa nak sorok muka dalam tanah macam burung unta tau tak.

Tapi, ada tapinya, at least aku ada pengalaman baru kan. Hehehe.
Interview. Dengan doktor.
Irish pulak tuuuu. Hahaha.
So sekarang aku berharap agar pihak JPA memberikan aku peluang untuk di-interview pulak.
Dan berjaya lah kan, insyaAllah.
Korang pun tolong lah doakan ek. Ek. Ek. Aku takut sebenarnya.

Gambar diculik daripada website Perdana University.

Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu, sampai courier from Perdana University,
envelope containing their offer letter for 5 years undergraduate medical degree programme.
Serious. It was really beyond my expectation. Ya Allah, aku macam kelu masa tu :')
Syukur yang teramat. Sebab tu, aku berharap sangat pada JPA sekarang ni.
Rasa macam tak sia2 ayah habiskan duit untuk application dia, untuk support aku ke sana semua.
Sobsob. Tacing tacing :')

And my friends were congratulating me, it was a very delighted moment, tersangat.
They are very happy for me, syukran ya Allah for these enchanted moments.
I'm praying to be shortlisted for JPA's interview.
Dalam ramai2, Kak Cik je tak tau. So, Kak Cik, surprise!!! Hihihi.
Looking forward to receive a hug from you :P

Untuk pengetahun kawan2, Perdana University ni universiti baru,
dan bekerjasama dengan Royal College of Surgeons in Ireland untuk buat medical programme kat Malaysia. Batch pertama adalah kemasukan pada tahun 2011 dan kiranya kalau ada rezeki aku ke sana,
aku adalah batch kedua. InsyaAllah :)









Gambar diculik daripada website Perdana University.

Permanent campus diorang sedang dibina dan dijangka akan siap in 2014.
Tempat tinggal adalah di Cyberjaya Heights tapi part tu diri sendiri pun tak tau sangat,
sedang buat research,
so kalau perlu I'll update about it later ;)

Untuk info lebih boleh tengok sini - http://www.perdanauniversity.edu.my/PU-RCSIbroucher.pdf
Di sini untuk download borang permohonan : http://www.perdanauniversity.edu.my/purcsi.php

Cepat2, mana tau kita boleh jadi kawan nanti. Hihihi.

*PU-RCSI : Perdana University - Royal College of Surgeons in Ireland.
**Link kat atas dah tak boleh guna.
For info about PU-RCSI, you guys can visit this website;
http://www.perdanauniversity.edu.my/pu/purcsi/
Sorry for any inconvenience caused.

Photobucket
Share:

22 buddy (ies):

Ema | Memoir said...

WOWWW!orang Irish.mesti pekat cakap Irish dier

budok said...

woit comey!!! congratulations!! =D
rezeki Allah luas.. =)

Anonymous said...

Tahniah. Rasa macam diri sendiri lak bila baca. Suka baca cerita pengalaman camni, boleh dijadikan teladan. :)

Sarah Sylph said...


Ema,

agaklah Ema, Kak Sarah kena dengar betul2 baru tangkap apa yang dia cakap tu. Hiihihi

Sarah Sylph said...


budok,

haha, thanks Huda!
Your words came to be true, thanks <3

Sarah Sylph said...


Terima kasih, kerintingputih,

thanks again sebab sudi baca dan komen ^_^
Share supaya kawan2 yang nak pergi interview boleh rasa yakin nanti.

Ahmad Mawardi said...

tahniah.. kalau ayh ru yg intvw mesti kalah dr tu haha padan berlawan2 plak nt bcakap haha

Sarah Sylph said...


Ahmad Mawardi,

rasanya macam tu lah, haha. Tepat sekali komen tu :P

Twilighter said...

saya ni baca2 je...tertarik dng cerita interview u...first of all, congratz.... :) nak tanya sikit...test english tu objektif atau subjektif? pasal apa test tu? thx...

Sarah Sylph said...
This comment has been removed by the author.
Sarah Sylph said...
This comment has been removed by the author.
Twilighter said...

wow...subjektif...berapa soalan? semua subjektif atau ada objektif juga? lagi senang daripada muet ke lebih susah? boleh beri cth soalan...thx...

Sarah Sylph said...


Twilighter,

60 soalan untuk dijawab dalam masa 30 minit.
Semua objektif. Saya tak pasti, tapi,
MUET more to reading and understanding the passage provided kan, yang ni takde passage or article,
soalan general about grammar.
Saya tak ingat sangat,
tapi sebagai contoh, dia bagi satu ayat dengan satu tempat kosong then choose the right word to be placed there,
jawapan die pulak macam lebih kurang je,
antara couldn't can't wouldn't won't macam tu. :)

Sarah Sylph said...


Twilighter,

[ Respond to : saya ni baca2 je...tertarik dng cerita interview u...first of all, congratz.... :) nak tanya sikit...test english tu objektif atau subjektif? pasal apa test tu? thx... ]

terima kasih ek sebab sudi singgah, spend time baca :)
Thanks again :D
Test tuu objektif, basically just nak test grammar sahaja, soalan ada senang, ada sedang2, ada yang confusing jugak sebab jawapan lebih kurang je, multiple choices soalan dia :)
My pleasure ^_^

*Maafkan saya sebab tersilap jawab sebelum ni. Haiihh mabuk agaknya masa jawab hari tu. Huhu. Sorry :(

Seanniethum said...

"interviewing?"
aku jawab lah, "yeah",
then he answered, "you walk there, straight and turn left" sambil tunjukkan aku library.


Errrrrr.....so that was you.

Sarah Sylph said...


Sean,

haha, so we actually have met! Haha.
Sorry I called you 'mamat' here, I hope it's okay hehe.

Lisya said...

salam akak. akak apply perdana guna pointer upu ke? kalau pointer upu saya 3.67 agak2 ada pluang tak? lagi satu kalau yg jpa utk perdana ni brp pointer yg dia nak? result saya xdelah gempak mcm org lain. :( medic ipta mcm xde harapan. family sy berharap sgt dgn perdana ni.

Sarah Sylph said...


Waalaikumussalam Lisya,

to be honest,
akak bagi dua2 pointer UiTM & pointer UPU masa akak apply PU. Tapi boleh je apply guna pointer UPU :)
InsyaAllah takde masalah sebab minimum requirement dia adalah 3.5 kan. JPA pun nak above 3.5 so adik lepas sama ada nak apply PU ataupun JPA ataupun kedua2nya.
InsyaAllah, cuba try isi form, hantar okay. And do your best in the upcoming interview, okay adik?
Keep on praying dear!

Anonymous said...

tempat tinggal disediakan ke x?

Anonymous said...

ramai x student asasi palam yg dapat time batch akak?

Sarah Sylph said...


Farah,

em student asasi palam ada 6 orang masa batch akak. Ada jugak beberapa orang lagi student palam yang akak kenal dapat offer PU tapi tak pergi sebab masuk IPTA :)

Tempat tinggal ada disediakan oleh pihak PU.

Unknown said...

blm pernah bc story pasal perdana university ni..tq for the info.

gud luck ya dear..