Tuesday, May 8, 2012

Asasi Sains UiTM @ Kampus Puncak Alam.

Assalamualaikum! :DDD

Other reference :
A little bit info regarding minimum requirement to apply for this programme and subjects that will be taken during this programme can be retrieved at Pusat Asasi UiTM's website,
by visiting this link:


Suggestion : Nanti adik2 bawak extension pegi sana okay,
senang nak pasang banyak plug dalam satu masa ^__^

First thing first, tahniah adik2 coz dapat mengikut jejak langkah kakakmu ini muahahaha!!
And to my cousin too. Heee.
Excited saya :DD
And some of your seniors also kalau kenal Haniff (anak teacher Yati Bio),
Asyaari, Saidah (kakak Sakinah),
Ruwaidah, Afifah dan lain-lain.
Kami ex-TJ ada about 11 orang macam tu lah last year.
Then some of your seniors yang dah pindah during form four pun ada dapat situ.
Congratulations :D
So dalam content below Kak Sarah ada mention nama2 kamu para juniors,
sekadar gurauan okay adik2. Sebab nak selit jugak nama korang bagi glamour =P

Antara bangunan2 yang ada di UiTM Kampus Puncak Alam.
So post ni memang dah lama terniat nak buat tapi tertunda dek kemalasan muehehe :3
Hari ini dikurniakan kerajinan yang lebih maka nak kongsi serba sedikit mengenai UiTM Kampus Puncak Alam dan Asasi Sains UiTM,
especially untuk student SPM 2011 yang baru je dapat result UPU dan semestinya untuk mereka yang dapat Asasi Sains.
Dan setakat last year, Asasi Kejuruteraan pun bertempat di situ selain Diploma Kejururawatan, Ijazah Farmasi.
Dan beberapa program lain lagi, saya pun tak tau =P



So, tahun lepas, saya dan kawan-kawan dibantu oleh seorang kakak yang sangat baik hati,
she was in palam, asasi sains jugak, a year before my batch,
she let us know everything we need to know about palam dan asasi sains tu.
She's now doing Medicine in USM. Hebat kan? Applause for her please ^__^
Thanks Kak Fakhriah, we owe you one. A big one :)

Therefore, ini giliran kami2 pula membantu kamu2. Muahaha.
Stop the babbles. Focus on the topic more please Sarah. Okay okay

Untuk memudahkan kerja,
I'm referring to Kak Fakhriah's explanation last year but will edit and add on some part, okay?

Teeheeee :D

Hal pelajaran letak tepi dulu, coz kita sedang bercuti yaayy -__-
Kita cakap hal kampus dulu =P
Tak serious betul Kak Sarah ni, kata Afini -___- Hihihi.

Kolej Kediaman
As for the girls, nama kolej kediaman kita ialah Rafflesia. I got R1.
Untuk perempuan ada Rafflesia 1 until 6.
Tapi budak2 asasi last year occupied Rafflesia 1, 2, 3 and 5 kot.
And boys, you got Angsana 1, 2, 3, 4 and 5.
This is Rafflesia 1 daripada belakang. Hihi. 7 tingkat tapi ada lif dun worry =)

Rafflesia 2, 9 tingkat :D
So, kolej itu ala2 apartment, so kita panggil rumah.
Satu rumah ada empat bilik, and satu bilik ada dua orang sahaja.
Each room will has two study tables, two single beds and also two lockers.
So masing2 akan ada study table, katil dan locker.
Your table will be slightly big so senang nak selerakkan buku lulz xD
And a house will have one bathroom and two toilets.
Ada ampaian kecik dalam kawasan tandas tu.
Sink ada dua and sedikit ruangan untuk letak your stuffs such as shampoos etc.
Boleh jugak basuh baju di situ.

And each kolej akan ada bilik dobi, surau, bilik belajar di level 1.
Dobi, sekali basuh RM2
(syiling, so kumpul coins banyak2 bawak pegi sane untuk mereka yang memang tak basuh baju sendiri :P)
and ada dryer, pun RM2 untuk sekali basuh.
Tapi nak jimat boleh pilih masa basuh sendiri.
Weekend kat dobi kamu kene beraturkan baldi berisi baju tersebut so pandai2 choose masa untuk membasuh oke.
Hihihi. Dobi tu hanyalah ada tiga mesin basuh setakat Mac 2012,
dan you yourself have to put your laundry in those washing machines and take them when they've done washing~
Kat bilik belajar ada TV so bila free and rajin boleh la pegi tengok :)

Roommate. *updated.
Kalau tahun lepas still boleh janji nak datang same2 and daftar satu bilik.
So bolehla nak berpakat dengan kawan duduk satu bilik okay girls and guys :)
Tapi bukan booking untuk kawan la. Just tunggu kawan sampai same2 then daftar :)

Tu kolej2 kediaman.
I captured this from the top of bangunan Fakulti Pengurusan Pejabat, best gila naik sini :DD
Nampak tangga? Be prepared! :DD
Electrical Appliances
TV memang tak boleh bawak muehehe. No rice cooker also. Hihi.
Iron, electric kettle, hair dryer, printer, hair straightener, scanner, vacuum yang kecik tu,
boleh bawak tapi each of them mesti didaftarkan and RM10 each. So pandai2 lah bajet.
Charger phone dan laptop dah RM20 =P

Akan ada masanya nanti bila you all kena register all those appliances
dan kamu akan dapat sticker untuk ditampal pada barang2 kamu.

Sticker sticker. Hahaha

Cafe (Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia)
Kita panggil dia ni KKPR. Ada dalam 4,5,6 cafe.
Mini mart.
Surau kat tingkat atas. Mini gymnasium. Dll.
Di sini ada kemudahan internet, wireless @ wifi so no hal nak surfing kat sini sambil makan :P

Mini mart pulak kind of kedai runcit la. Nama pun mini mart.
You can buy baldi, extension, sabun bla3 berus gigi bla3 air kotak air mineral,
maggi dan sebagainya here. Roti pun. Nanti dah masuk sana pegilah tengok sendiri lulz xDD

Sengal Kak sarah ni -__- kata Kimah pula. Muehehe :3

Inilah KKPR ataupun kami panggil Raff je :P
Took this from Alumni Asasi UiTM Puncak Alam's group. From this person.
Riadah.
Petang2 boleh sewa basikal, tanya lah pakcik2 yang ada kat KKPR. Ataupun joging di lereng2 bukit.
Petang2 dulu memang akan ada orang joging, pagi2 tak pasti sebab tak tengok (padahal tak bangun tidur haha).

Pakaian.
Isnin wajib baju kurung untuk perempuan and guysss, kemeja with tali leher.
*Isnin lelaki tak boleh pakai jeans.
Kad nama nanti bila dapat make cure sure pakai sentiasa or at least bring together with you coz
Pak Guard bila bosan akan cari kamu2 yang tak pakai student card ni.
Pastu saman. Hihi.
So jadilah pelajar yang baik ye adik2 :DD
Hari2 lain setakat Mac 2012 no hal ikut suka kamu ye :)
Jangan macam nak pegi funfair or majlis pernikahan sudah~
Nak pakai jeans slack jubah kebaya untuk hari Selasa Rabu Khamis Jumaat,
setakat my batch memang takde hal :)
Cuma Jumaat mostly akan pakai baju kurung ~

Transport.
Kereta memang tak boleh bawak langsung.
Motor last batch still boleh, tapi tak pasti start bila boleh bawak tu.
Coz stok manja2 tak mau guna tangga kejayaan lettew =P

Bas ade okay,
untuk naik turun bukit from kolej kediaman to academic buildings or vice versa.
RM1.
Untuk ke Klang dan kawasan sekitarnya pun RM 1.
Pegi Shah Alam RM2 :)
Klang and Shah Alam cari RapidKL U90.
Klang nanti akan stop at Klang Sentral which is stesen bas, boleh beli tiket.
Wajib tahu okay nanti nak balik Terengganu senang :P
Kita selalunya beli tiket bas Sani Ekspres : RM45.50 sehala.
Cewah semangat dengan harga tiket bas >__<
Ada GIANT area situ. Kalau Tesco kena lintas HIGHWAY :P
Shah Alam ada Kompleks PKNS, SACC Mall, Plaza Alam Sentral dan lain-lain.
From Shah Alam ada banyak bas untuk pergi ke kawasan lain pulak such as untuk pegi KL or Sunway, maybe?

SACC Mall :)


Untuk ke Bandar Puncak Alam (ada pasar malam hari Sabtu dan Rabu rasanya) dan sekitarnya
such as econsave pun RM1. Cari RapidKL T600.

Pasar malam bandar Puncak Alam.
Nak pegi McD depan palam pun naik bas, then kene jalan sikit, RM1 jugak~
Tanya dengan pak cik bas tu nanti, jangan malu2, nanti sesat jalan muehehe :3



Klinik.
Dalam kawasan UiTM ada klinik, dekat area sempadan kolej Rafflesia and Angsana.
Free of charge. Setakat Mac 2012, weekend tutup.
Weekdays until 5pm sahaja. Lunch hour 1pm until 2pm.
So demam or ape2 sila ke klinik ya :D

Tangga.
Tangga adalah laluan utama pejalan kaki yang menghubungkan bangunan akademik dengan kolej kediaman kamu.
Kolej kediaman terletak di atas bukit manakala bangunan2 akademik tersusun indah di kawasan bawah sikit.
Kikiki. Untuk awal2, yes, kamu akan mengeluh penat dan sebagainya, but believe me, alah bisa tegal biasa,
nanti akan jadi biasa and tak kesah pun nak panjat 200+ anak tangga tu.
Serious. Tangga Puncak Alam adalah lebih hebat daripada tangga Batu caves.
Kita orang palam orang hebat hohoho.

Dari bawah nak naik atas~
Dari atas pulak. Hehehe.
Internet.
Di bangunan akademik akan ada wifi, dalam lecture hall or tutorial classes,
laboratory, complete, wifi zone semua. Inclucing at KKPR.
Kolej kediaman takde wifi but in each room akan ade LAN.
So, bring together your LAN WIRE/LAN CABLE untuk connect your laptop or dekstop dengan internet.
No modem internet.
Broadband tak pasti lak camne, coz I didn't use it, I was using palam's internet the whole time.
Tak pasti la slow or laju for celcom / maxis / digi.
Tapi ada je orang bawak :)

Oleh sebab ramai bertanya tentang LAN wire/cable ni,
atau nama lain dia ethernet cable, ni akak letak gambarnya.
Moga membantu ya! Selamat menempuhi alam asasi! All the best ;)





Laptop / netbook.
As for me, laptop bukan lah keperluan but yes, untuk ease your work and yourself as nanti
akan ada kerja2 online. Kalau batch kami dahulu, assignment Chemistry adalah secara online.
Untuk subjek2 lain atas tutor @ lecturer masing2.
Batch akan datang wallahu'alam.
But then, nak buat lab report, mesti nak research bagai dan
bila belajar mesti nak cari maklumat lebih bila tak faham,
so it's kinda important. Tak compulsory. As Kak Fakhriah cakap, 45% important.
Tapi ada je boleh hidup without laptop, cemerlang je pun. So, chill! :D

Perpustakaan.
Shortform nya PTAR (Perpustakaan Tunku Abdul Razak).
Kat kawasan PTAR ada computer lab untuk student, boleh guna,
tapi kena ada student card. So kalau tak bawak laptop boleh buat kerja online anda di sini.

Elaun.
Untuk pelajar asasi & matrikulasi, setakat batch kami,
Kementerian Pengajian Tinggi ada sediakan elaun,
mengikut semester. Satu semester dapat RM1250 rasanya.
*updated.
RM1960 in total termasuk elaun bagi tempat tinggal dan yuran.
Eh. Ye ke?
Alamak. Lupa la the real amount :/
Dan kitorang last year dapat area Julai sebab pihak KPT perlukan sedikit masa untuk proses borang2 tu semua so bulan2 terawal tu mak ayah sponsor dulu sobsob.

Untuk Asasi Sains UiTM lak,
setakat batch 11/12,
so what I'll be telling you below adalah based on tahun saya, 2011/2012, okay?
Mungkin batch kamu akan ada perubahan di mana2 bahagian.
Ada empat subjek asas iaitu Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia.
Dan jugak English dan agama.
Dun worry, English and Agama ni tak susah sangat pun, tak membebankan :)

Textbooks.
Setakat batch 2011/2012,
Fizik Biologi dan Kimia semua buku pearson,
nanti bila MDS ada orang akan explain,
or nanti lecturer akan bagitau,
don't worry :)
Sebab kalau saya nak bagitau takut tahun kamu ni,
dia tukar pakai textbook lain pulak.
Sebab batch kami dan batch before us, buku teks lain2.

Mathematics until March 2012, we all pakai matriculation books as reference.
Certain topics je belajar, bukan semua topik dalam matriculation books tu akan dipelajari,
coz syllabus kita dengan matriks lain.
Wuwu.

English dan agama pun nanti ada textbooks.

Secara keseluruhan semua subjek ada basic SPM tapi
you'll be learning further and more details on each subject.
Best tapi mesti alert from semester satu.
Jangan main banyak sangat macam saya hehehe :D
Serious tiba2 minat Physics gila-gila time asasi.
Zaman sekolah punyalah tidur je time Physics.
Rupa-rupanya Physics ni best gila. menyesal tak serious sangat time SPM,
kalau tak mesti lagi awal sedar yang Physics itu menarik =P
Tapi kena alert dan pandai membahagi masa dan arrange your strategy.
Serious ada orang kecundang SPM, asasi Sains rilek je score 4.00.
Yang excellent SPM pulak fail asasi. *terasa muehehe*

Transformasi buku teks ye adek2. Berat sangat nak bawak ke hulu ke hilir =P
Lecture classes.
Hari2 ada lecture, 1 @ 2 hours per each subject. Maybe ada 2-3 kuliah per day.
Kadang2 lecturer akan bagi kerja or task, depends atas your lecturer.
Presentation maybe? Assignments pun ada, depends.
Kedatangan adalah wajib.


English dulu ada 6 hours per week, lecture sahaja dan ada presentation, assignment.
Agama 2 hours per week, ada assignment dan presentation.


Took this from Alumni Asasi UiTM Puncak Alam's group. From this person.
Tutorial Classes.
Satu jam per subjek, every week ada empat kelas.
Masa untuk discuss tutorial and tanya your tutor bout benda yang tak faham or anything.
During tutorial, ada kuiz. Atas tutor masing2, ada kuiz mengejut,
ada yang dia akan inform kamu dulu.
Ada markah. Dan it's important! Sebab akan diambil kira for your carry marks.
Try to score to the fullest walaupun full mark dia sepuluh je or whatever.
Sebab bende2 kecik ni lah will help you :)
Kehadiran wajib.

Laboratory Practical.
Physics, Biology and Chemistry. Math takda. 2 hours.
Lab sejuk serious saya selalu tak tahan akan kesejukan tersebut kikiki.
Eksperimen macam zaman sekolah cuma lab report buat sendiri.
You can ask your lab instructor for guidance tapi better buat sendiri dulu
then pegi tanya kat lab instructor kamu how's you report,
and you can change / edit lab report tu dengan his/her suggestion dan submit before due date.
Lab coat nanti boleh beli dengan UiTM, RM35/45 *(lupa) setakat batch lepas.
Kalau dah ada tak beli pun takpe :)
Oh ye. Lab report ada markah, ada part in your carry marks so mesti buat elok2 jangan hentam2 je.
Kehadiran wajib. Assumed as marks for all classes, labs, lectures.

Assignments.
Based on my year, mungkin tahun kamu lain ye.
Chemistry : Online Assignment. Ada markah, dan dikira untuk carrymarks.
Physics : Tutor bagi, jawab and submit.
Biology : Depends, zaman saya setiap kelas berbeza.
Mathematics : Emmm. Takde kott.
Agama : Ada, nanti lecturer terangkan.
Dan kami hari tu kena hafal al-Mulk 1-15(First sem) dan Sajdah 1-15(second sem).
At least takdelah belajar hal keduniaan je kat sane nanti :)
English : Ada term paper untuk second semester. Ada online quizzes for both semesters.

Ape2 hal don't worry, lecturer dan tutor akan terangkan segala2nya :D

Examinations.
You'll be having two tests per semester. And final examinations.
Test sila score, penting penting penting. Test contribute untuk your carry marks.
Kita takde mid sem exam, terus final masa akhir sem.
So setiap universiti adalah berbeza caranya.
Dan final exam selalunya berganda susah daripada test.
Tapi no hal kalau faham setiap apa yang dipelajari (belajar daripada pengalaman ececeyy).

Carry Marks.
Markah akhir nanti, i mean untuk menentukan pointer,
50% adalah daripada final exam dan the other half is taken from your carry marks.
So together they make 100 in total.
Carry marks adalah gabungan markah kuiz, tests, lab report (bio fiz kim).
Nanti first class / lab / tutorial / lecturer / tutor akan explain :)

Grading.
76 and above adalah A. A means 4.00.
Dan nak pointer 4.00, Mathematics wajib A.
Takpe nanti ada orang akan explain.
Rasa macam too early if nak terangkan sekarang.
Hehehe.

Bayaran.
As for yuran, kami last year bayar before daftar, thru bank.
Nanti akan ada panduan masa nak print borang pendaftaran so adik2 jangan bimbang ye?
Tahun lepas bayar dalam RM700+ camtu la untuk yuran.
Dan yuran kolej about RM420 tapi bayar bila dapat elaun pun boleh.
Pihak kolej akan cerita dengan lebih lanjut nanti.
As for awal2 ni, bawak RM500 cukup kot.
You all akan ada sesi orientasi masa first week, makan depa tanggung masa tu,
cuma minggu pertama start belajar, duit yang banyak tu pakai nak beli buku lah :)

ATM Machine *updated.
Dekat KKPR ada satu, bank islam.
CIMB tak sure, maybe boleh guna yang tu jugak.
Mostly foundationers guna bank islam coz elaun masuk thru bank islam.
Dan bawah dekat food court ada dua, satu mesin deposit.
Dekat FSK 7 ada satu. Hihi.

Ada yang bertanya after asasi sains ni boleh buat medic or tak,
yes you can. Including farmasi or dentistry.
In fact nak pegi engineering or TESL sekalipun no problem :)
Cabang sains adalah luas, don't worry be happyyyyy ^__^

Oh ye, last year, bulan puasa,
ada bazar tau dekat padang kawad, ada stall jual makanan,
okay lah jugak. Sekali beli banyak jugak >__<
Padang kawad tu, nanti time MDS, korang kenal la kat mana.
Area kolej kediaman je pun =P

Lecturer, tutor, lab instructor yang saya dapat dulu semua best,
and they are willingly to help you in any way,
sangat best.
Boleh talk about future, tanya tentang pelajaran, bergurau senda bila yang sesuai.
Lecturers of UiTM baiklah pendek kata ^__^

I think that's all.
Papehal nak tanya komen, I'll answer you setakat yang mampu.
Hope this helps you, juniors :)
Tahniah atas keputusan UPU masing2, kalau tak suka,
jangan mengeluh because HE KNOWS THE BEST FOR YOU. HE REALLY KNOWS :)

I once hated to go there cause I worried and scared too much
but it turned out to be the most unforgettable place ever :D

UiTM Kampus Puncak Alam serious best!

Daripada atas :P
Took this from Alumni Asasi UiTM Puncak Alam's group. From this person.
Took this from Alumni Asasi UiTM Puncak Alam's group. From this person.
So pagi2 ada kabus. Best kan kan kan? =P

Fakulti Pengurusan Pejabat. Captured this from bangunan Fakulti Farmasi kot.

Pembinaan fasa dua sedang dijalankan. I wonder camne la sekarang ni rupanya.
Disclaimer :
Gambar2 yang bukan hak milik saya, saya link kan pemiliknya di bawah every picture. 
Saya pinjam ya :)
Dan nama Kak Fakhriah pun saya link-kan if rasa nak melawat dia di blog beliau teeheee ;D
Thanks :D

Oh ye. Tahniah sebab berjaya habiskan membaca post ni.
Kata a friend of mine, post ni panjang.
Ye kot. Hahaha.
Photobucket

248 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 248 of 248
Anonymous said...

akak, boleh ke sy pegi dftar pagi sedangkan kat surat twran tu sy perlu dftar petang. mcm mana ye kak? kwn2 ramai yg dftar pagi.

Anonymous said...

akak, boleh ke sy pegi dftar pagi sedangkan kat surat twran tu sy perlu dftar petang. mcm mana ye kak? kwn2 ramai yg dftar pagi.

uwmaisarah said...


Anonymous,

waalaikumussalam, printer better bawak ke tak?
Em, mostly dulu tak bawak.
But kalau adik jenis perfectionist,
nak nota adik ikut certain2 skala dsb, better bawak untuk keselesaan diri sendiri.
Tapi bagi akak, takde pun takpe :)

uwmaisarah said...


fadilah,

waalaikumussalam dik.
My pleasure, glad that you like it :)
LAN wire tu, kabel yang kita guna untuk connect internet daripada punca internet tu kepada laptop. Em, akak update post ni dengan gambar, cuba adik tengok :)
Harap membantu ye.

uwmaisarah said...


Anonymous,

rasanya boleh aje adik. Tapi untuk lagi pasti, adik boleh call pihak asasi untuk bertanya. Kalau zaman akak dulu, tiada masalah :)

Anonymous said...

salam.. mggu MDS nnti, ikut student guidebook, kena pkai bju kurung putih, kain gelap.. hmm.. yg terlintas kat fikiran cme bju skolah je.. akak dulu pkai bju cmne?

Elina Harris said...

salam akak, LAN tu kan, ok x line dia? kalo surf internet sgkut2 x? dan ada block x?

uwmaisarah said...


Anonymous,

waalaikumussalam, boleh je baju sekolah dik, ramai je yang buat macam tu :)
Akak dulu kebetulan ada baju kurung putih, means corak dia pun putih, akak pakai yang tu lah :)

uwmaisarah said...


Waalaikumussalam Elina Harris,

LAN tu seingat akak okay, sangkut pun kadang2 je, jarang rasanya. Superb jugaklah. Takde block masa batch akak :)
Torrent tak sure dia block ke tak hihi.

Najihah Muhd said...

salam! akak thanks bagi info yg lengkap ni!! mana lagi bagus? asasi sains UITM or asasi sains pertanian UPM ? SAYA CONFUSE ANTARA DUA ASASI NI! UHUK T^T

cita2 : doktor/scientist

ibnukhalid said...

PTAR stand for Perpustakaan Tun Abdul Razak not Tunku Abd Rahman.. btw.. klu dah hbis asasi blh apply utk optometri.. satu bidang yg mnarik.. klu xnk pon blh dtg klinik kami d aras 2 fsk 2,3,4 utk check mata free.. sekian - ex-asasi n currently bachelor of optometry.. =)

Sarah Sylph said...

Waalaikumussalam adik Najihah Muhd,

menurut beberapa sumber yang akak perolehi,
masing2 ada kurang dan lebih,

bagi asasi sains UiTM contohnya,
adik tak akan terikat dengan UiTM untuk further degree (meaning you can further your study at any university of your own choice other than UiTM) tetapi once adik terima offer asasi sains pertanian UPM, adik kena further study di UPM meaning adik memang bounded to UPM until you finish your degree.

Dari segi pelajaran,
akak tak sure tapi melalui dua2 program adik boleh further study in medicine. Untuk saintis, terpulang dalam bidang apa adik nak buat major :)

Maaf atas respons yang agak lambat dan mungkin tidak memuaskan :/
Semoga berjaya dik! :)

Sarah Sylph said...

Hai ibnukhalid,

terima kasih atas pemberitahuan, akan dibaiki dengan kadar yang segera :)
Optometri pun best (sebab kita pakai spec hihi) :D
Kalau rasa ada info yang berguna boleh dimuatkan dalam entri ini bolehlah let me know ye ;)

sharifah imana said...

Akak saya sharifah...akak ad wechat? Sng skit nak tnya soalan :)

sharifah imana said...

Akak saya sharifah...akak ad wechat? Sng skit nak tnya soalan :)

Syahirah Basri said...

Salam akak. Kat palam senang tak nak score? Ada ke yg result biasa2 then dpaat 4 flat? Takut nak masuk asasi 😭

Sarah Sylph said...

Hai sharifah imana,

WeChat ID akak: uwmaisarah
Kalau tak jumpa (in case) adik email akak at uwmaisarah@gmail.com nanti akak bagi phone number :)

Sarah Sylph said...

Waalaikumussalam adik Syahirah Basri,

senang tak senang depends on kita punya usaha, fairly enough to say, man jada wa jada wa man zaro'a hasoda, maknanya siapa usaha insyaAllah berjaya lah hehe. Ada je yang result tak straight A's masuk asasi dapat 4.00 masa asasi ;)

Sarah Sylph said...

Waalaikumussalam adik Syahirah Basri,

senang tak senang depends on kita punya usaha, fairly enough to say, man jada wa jada wa man zaro'a hasoda, maknanya siapa usaha insyaAllah berjaya lah hehe. Ada je yang result tak straight A's masuk asasi dapat 4.00 masa asasi ;)

NISHIE said...

Salam akak...
satu benda ja nak tanya ni.
kenapa tarikh pendaftaran berbeza-beza?
ada orang 1/6 ada 2/6 dan saya 3/6.

kalau berbeza macam mana saya nak daftar serumah dengan member saya?
=)
big deal ni kak. tu member saya dari mrsm beseri ke mrsm langkawi and sekarang ke uitm palam lak. ceyy

Sarah Sylph said...

Waalaikumussalam NISHIE,

tarikh pendaftaran berbeza-beza sebab dia nak scatterkan students yang ramai masa sesi pendaftaran. If dia buat satu hari je semua tak menang tangan lah kot sebab students asasi ramai dik, 2-3k jumlahnya kalau gather asasi sains dan kejuruteraan.

Sebenarnya takde masalah kalau tarikh berlainan,
boleh datang daftar hari yang sama pada mana-mana tarikh pendaftaran.

Macam akak buat dulu, akak sepatutnya daftar hari Ahad tapi disebabkan Ahad tu ayah akak kerja, so akak email orang/pihak berkenaan mintak daftar awal sehari then orang/pihak berkenaan reply cakap no hal boleh je daftar awal sehari, just bawak surat dan dokumen yang diperlukan.

So adik pergi je pada hari yang sama dengan member tu. Hehe.
Ukhwah kena jaga dik haha. Kalau dah selesa dengan dia teruskan berkepit haha. Semoga berjaya dik di alam asasi! :)

NISHIE said...

@Sarah Sylph
THANKS KAK!!! U MADE MY DAY!!!
Saya punyalah dok susah hati sehari dua ni. Hahaha
once again, thanks byk2 kak!!! =)

Sarah Sylph said...

NISHIE,

haha, happy nya dia! Akak pun happy lah sebab boleh buat Nishie happy ;)
Sama-sama dik Nishie, all the best for your future undertakings adik! :)

latifah suleiman said...

Terima Kasih adik atas sharing ni. Sangat2membantu..

Akak.tgh survey2 info utk adik ipar yg dapat asasi sains uitm Palam.

Intake dierang memang ramai..tak.silap dalam 4k.students yg daftar baru.ni.

Adik ipar pon dapat stay kat kolaj baru~ Kolej Casuarina.

Akak dah masuk masa hantar dia baru ni..tai tak nampak pulak yg port utk wayar LAN tu. Meja study pun kecik~muat untuk study je.la..buku2.lain kena susun kat rak Atas.


Akak.nak.tanya la..

LAPTOP ni since 45% penting..

Akak.nak.tanya..its.is.oke utk budak asasi bawa note book atau guna laptop yg saiz 11 inch tu?

Susah ke.kalau takda laptop? Jauh ya kita.nak.ke Computer Lab utk siapkan assignment?

Sbb mula2 akak.ingat macam, depa.ni..klu tak.bwk.laptop.pun..Lab komputer ada utk buat assignment.

Kalau bwk.laptop nanti, dok sibuk main game.or medis sosial.pulak.

Tu yang akak nak tahu betul2 regards to.isu.laptop.

Kalau betul2 sgt penting ada, nak beli laptop yg hi spec atau yg basic utk buat assignmen.

Harap adik dan rakan2 views boleh membantu.


Terima kasih.

Che'Pah
0142982830

Sarah Sylph said...

Sama-sama latifah suleiman,

ooo banyak dah benda baru, rasa segan pulak post ni macam dah outdated sobsob. Untuk kolej baru saya tak pasti biliknya macam mana kak, maaf sangat.

Disebabkan saya dulu masuk untuk academic year 2011/2012, saya tanya ex-student asasi yang baru habis untuk sesi 2013/2014, dan jawapan dia mengenai laptop ini ialah:

Laptop tu sgt sgt penting. Sbb ade online assignment. And memang wajib buat sbb termsuk dlm carrymarks. Sbb tkut2 tab yg dia bwk tu (kalau plan nak bawak tab) x leh survive dgn nak save nota lg ke or nk update flash player ke. Better beli laptop.

Dan kalau tanya pendapat saya pun akak, mungkin dah boleh belikan laptop since masuk universiti pun nak pakai laptop. Kecuali adik ipar akak memang tak kisah nak turun pergi lab komputer (tapi limited time lah). Main game atau media sosial tu rasanya dah tiba masa dia belajar control diri dia sendiri kot kak. Rasanya boleh beli laptop yang spec sedang2 (yang long lasting with long warranty) supaya tak rosak cepat. High spec sangat tak perlu kot :)
Basic laptop ataupun notebook pun insyaAllah boleh survive :)

Maaf atas balasan yang delayed akak. Kalau ada pape akak boleh email saya atau tinggal komen lagi yea.

NISHIE said...

salam kak.
saya dah sebulan kat palam ni.
akak, boleh x saya nak mohon untuk tukar bilik sebab saya rsa x selesa dgn semua housemate saya.
housemate sya mmg dah kawan dr sekolah so...yah...faham2 lah.
lagipun dorang suka mengarah- arah saya buat itu ini. please akak! saya sedih sgt ni....

Sarah Sylph said...

Hai NISHIE,

waalaikumussalam,
I'm not sure whether ada formal prosedur tak nak tukar bilik but you have two options which are:
(1) Tukar suka sama suka with anyone yang tak kisah dan boleh change room.
(2) Adik boleh cari sesiapa yang tak ada roommate and fill up the empty bed.

Akak tak sure whether sebenarnya boleh tukar, and kalau Nishie betul can't take it anymore, adik boleh cuba pergi negotiate dengan pejabat kolej okay. Akak bimbang takut this thing will affect your academic perfomance, cuba ya!
Anything Nishie leave your number at uwmaisarah@gmail.com tau! Good luck Nishie, Allah uji sebab Allah sayang Nishie tu, jadi kuat tau! :)

atilia azman said...

Salam,Akak nak tanye kalau saye masih di sem 1.baru habis final,boleh tak nak keluar Dari asasi sains ni..maksudnye Taknak ambik sem1

atilia azman said...

Assalamualaikum Akak nak tanye kalau saye student sem 1 asasi sains Palam ,tapi baru habis final and rase nak keluar asasi boleh tak?

Sarah Sylph said...

Waalaikumussalam atilia azman,

setahu akak, boleh aje dik kalau nak quit from asasi and masuk another course :)
Takde halangan. Best of luck for your future undertaking adik :)
Maaf atas respon yang agak lambat :/

AFIF RAMLEE said...

nak tawu.. sem 2 syllabus topik utk physics.. please

Sarah Sylph said...

Hai dik AFIF RAMLEE,

ni akak dapat from fresh foundation leaver:

Physics' syllabus (second semester):

-electric charges,forces and fields
- electric potential&electric potential energy
- electric current & direct-current circuits
- magnetism
- magnetic flux& faraday's law of induction
- alternating current circuit
- electromagnetic waves
- geometrical optics
Physical optic:interference&diffration
- quantum physics
- atomic physics
- nuclear physics& nuclear radiation

Siti Aisyah Nasaruddin said...

Salam nk tnye ni asasi sc ni die umum kan

Siti Aisyah Nasaruddin said...
This comment has been removed by the author.
Sarah Sylph said...

@Siti Aisyah Nasaruddin,

ye dik, asasi sains ni umum :)
Emel akak uwmaisarah@gmail.com ~~

mypage myright said...

salam . saya nak tanya kalau asasi sc nnti , pointer dikira cam mna ? ada yg ckp dlm tiga2 sub tu hanya 2 yg terbaik je dikira ..betul ke ?

Sarah Sylph said...

Waalaikumussalam mypage myright,

ye betul dik.
Let's say kalau dicampur markah kedua-dua sem, markah Biologi dan Kimia yang tinggi antara ketiga-tiga subjek sains, maka Fizik tak akan included untuk pointer adik (maknanya pointer akan kira based on gred Matematik, Biologi & Kimia sahaja) :)

Nur Farahiyah said...

assalamualaikum..maaf ye..nk tny, sy stdnt lpsn spm 2014..klau sbjk bio sy dpt a- tp ntk sbjk scn yg laen sy dpt c+..ade chnce x nk apply asasi scn di uitm?

Sarah Sylph said...

Waalaikumussalam wbt Nur Farahiyah,

takde apa yang perlu diminta maaf hehe, ini minimum entry requirement yang akak refer di page asasi uitm:
------------------------------
Entry Requirement

Candidates who wish to enter this programme must fulfill university requirement and possess the minimum qualifications as follows:
An excellent result in SPM or its equivalent achieving at least two distinction A- grades and two credit B grades for the following 4 subjects: Physics, Chemistry, Biology and Additional Mathematics.
Candidates must score at least a credit B grade in English AND a credit C grade in Bahasa Malaysia.
-------------------------------
So akak tak berani juga nak bagi jaminan yang adik ada chance atau tidak untuk penempatan di asasi sains UiTM ni, cuma adik boleh cuba tapi jangan lupa apply juga kos-kos lain tau :) all the best dik! ^_^

Nur Athirah said...

akak, kalau satu bilik tu bole tak kalau student asasi sc and asasi kejuruteraan ?

Sarah Sylph said...

Hai Nur Athirah,

not really sure but probably boleh je kot since dulu ada je study degree and asasi stay bilik yang sama but akak tak sure juga about this, sorry tau :/

Sarah Sylph said...
This comment has been removed by the author.
wawa nazri said...

Akak Sarahh Thank u for the lovely information about P.alam. Akak saya dapat asasi sains UiTm Palam.. Nak tanya nii, Lepas asasi sains P.alam boleh tak ambek ijazah sains aktuari??? Thank u

Harraz Maulawi said...

thanks, akak.. info yg bgus.. in shaa Allah, msuk asasi sains uitm :) pray for me.

Sarah Sylph said...

My pleasure wawa nazri,

tahniah sebab dapat offer palam Wawa (:
Boleh saja takde masalah, kawan akak ada further in actuarial science after habis foundation in science, janji dapat pointer cantik and meet minimum requirement untuk course yang Wawa nak further. Semoga berjaya Wawa!

Sarah Sylph said...

You're welcome Harraz Maulawi,

tahniah adik sebab dapat offer palam, semoga berjaya & pls do your very best in studying okay ;) insyaAllah junior :D

Ain Syahirah said...

Ya Allah! Semua lengkap. Info yang sgt terperinci. Terima kasih sangat2 sebab terang dgn detail sekali. Sebab saya akan masuk Palam ni bg batch 2015/16. my blog --> nurain-syahirah.blogspot.com

Sarah Sylph said...

Ain Syahirah,

tahniah atas tawaran yang diterima & semoga maju jaya di masa hadapan adik (:

«Oldest ‹Older   201 – 248 of 248   Newer› Newest»