Wednesday, March 23, 2016

New Leaf

Probably some have heard, but a lot of you haven't; I am no longer the person whom I used to be. Oh let me paraphrase that. I am no longer doing what I've been doing for the past almost-4-years.
After all the struggles, the efforts, the time, the money invested, the nerve straining moments I have gone through, those finally meet their end. Gonna head to a new journey, not very soon though. Currently enjoying my free time doing whatever I want to do, lepaking w fam bam, friends, exploring gadgets. Doing what I didn't get to do when I was busy; designing, sewing, doodling. I believe what happened was all has been fated, ada hikmah and Allah is preparing me for the future; a better me, of course. I regret parting away with my friends but I know setiap pertemuan pasti ada perpisahan, it's just sad that's the way I had to face. But oh well, I know I am strong to face this hahahahahaha bajetnya. Aku cuma sedang belajar mensyukuri apa nikmat yang masih ada, sebelum Allah tarik balik semuanya daripada aku (: it's a wake up call actually. Sebelum ni tahu hakikat "nothing is ours" tapi bila satu dah kena tarik baru rasa macam "it really can happen". Tak, aku tak mengeluh. Aku bersyukur malahan. Aku percaya aku beruntung, insyaAllah, mungkin bukan sekarang. Mungkin sekarang aku merana tengok semua batch '93 dah nak graduate, dah praktikal, dah ada kerja, dah boleh sara hidup sendiri. Tapi aku percaya jalan aku unik, jalan aku lain, rezeki aku berbeza.
Bukan senang nak cekalkan hati, nak be strong untuk re-do degree, mula balik daripada awal, join batch lagi muda, sumpah lah bukan benda lekeh. Kau try rasa la dulu baru boleh cakap apa-apa. Tapi since benda ni dah jadi kat aku, aku kena lah kuat. Memang Tuhan bagi ujian sebab kita boleh face it kan (^^,)

Alhamdulillah 'ala kulli hal. It's been almost 2 months, and without endless supports from my family and friends, I cannot continue to be strong like what I feel rn. Alhamdulillah syukur Allah kurniakan aku support system yang sangat, sangat mantop, at least bagi aku. Ada parents yang sayang aku the way I am, siblings yang comel macam aku juga(eh?), kawan yang sangat positif dan menyokong in whatever situation I've been in. Sungguh tak terbalas jasa kalian kalau aku hitung, hanya mampu titip doa agar sentiasa dijaga Tuhan.
Dan aku mahu ucap tahniah untuk diri sendiri sebab mampu persevere dan teruskan tabah sampai nyawa terpisah, sebab tabah ni tak boleh mati di tengah jalan, perjalanan aku jauh lagi, dugaan ini tiada bertepian, tak setahun dua juga nak overcome segalanya, nak berjaya bukan sekejap.

Dan paling penting, orang yang berjaya bukanlah orang yang selalu berjaya, tetapi orang yang berjaya adalah mereka yang mampu bangkit setelah jatuh. Tak senang sebab dulu aku tak tahu erti gagal, dan setelah merasa ujian gagal itu, tak senang juga sebab mahu bangun itu bukan semudah percakapan, dan bila jatuh lagi, kau tahu the only way to go is only to go up and rise again (:

Buat mereka yang pernah lalui, sedang lalui apa yang aku rasa, ingat tau, inna ma'al'usri yusra (:
Teruskan ingat Tuhan dalam setiap langkahmu,
agar berjaya dalam rahmat, kalau diduga pun, masih Dia dengar setiap doa tulusmu.

No comments: