Tuesday, March 22, 2011

S is for Sarah ( and friends! ) Straight A's SPM 2010, Amin!

Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Bersempena hari keputusan SPM 2010 esok hari, today Sarah nak share some events yang terjadik while i was sitting for the big exam last year, ade yang best & ade yang bagi malu tahap harimau main nyorok2 dengan kucing, wakaka. Papepun, sudi-sudikanlah layan :)



Mase ni, first time jawab dalam kertas objektif, lupa la subjek ape, BI kot? Takpun Sejarah la, coz yang tu je subjek first week other than BM, BM memang takde kertas objektif kan? Hihi.

So, kat kertas objektif tu kan, dah siap tercatat nama calon, nombor kad pengenalan dan lain-lain.
Penjaga suruh cek butir2 yang ada dalam kertas jawapan objektif bermaklumat tu.
Sarah ni memang jenis loklaq, clumsy, ape2 je lah, cek sebelah mata je. Done.

Then tibe2 Aisyah ( kawan yang duk sebelah kanan Sarah dalam dewan peperiksaan, kitorang duk paaaaling depan taauu ) gitau, nama ayah die tak cukup.
So, angkat tangan lah kan?
Sarah ni pulak, baru terfikir,
"Eh, nama aku panjang jugak, macam name Aisyah lebih kurang, meh cek tengok"

Sekali nama my daddy pun tak cukup daa..
Hampeh betul Sarah ni, tadi cek konon takde silap la, sekali gabra pulak, bagitau balik kat Aisyah, "Eh, nama saya pun salah la!"
Then kitorang angkat tangan same2, ececey, sehati sejiwa :P

Pengawas exam pun datang, die amik kenyataan kemasukan exam kitorang & hilang sebentar.

Nama Sarah dalam kad pengenalan is Ummulwaqiah Maisarah binti Mohd Khairudin but dalam kertas objektif tu, jadi "Mohd Khairudi" jek, "n" dah hilang, huahuahua. Ayah sape tu? HAHA

Sepanjang SPM until the last objective paper, memang camtu la ejaan nama yang tercatat dalam kertas jawapan tu, sedih kan? Sebab dah takde ruang.

Pengawas : Awak hafal tak surah al-Waqi'ah? Sebab nama awak same la dengan surah tu.

Sarah : (Apehal plak cikgu nih tetibe jek tanya orang hafal ke tak, masuk bab lain dah ni) Er, er, hafal la cikgu. Hehe.

Pengawas : nanti kalau kat slip keputusan awak die eja camni jugak, awak mintak tolong cikgu awak tukar neh.

Sarah : Okay cikgu.

Tapi kan, tak sempat nak bagitau kat cikgu @ pengawas tu, nama Sarah "waqiah" ( dengan sebutan wa-qi-yah ) and surah al-Waqi'ah tu ( sebutan wa-qi-'ah [huruf ain] ), maknanya lain2.

waqiah : pemelihara
waqi'ah : nama lain bagi hari kiamat
Waaahh! Jangan bertukar okay!
Sarah anti sangat sape panggil my name dengan sebutan yang salah, huh!
Especially budak2 SMKA, hukhuk.



Ni pagi mase exam AddMath, pagi2 bace Yasin kan, sebelum masuk dewan, sempatla jenguk lagi buku2 AddMath.

Mase dah suntuk, pengawas exam dah panggil masuk dewan, kawan dah menggesa suruh cepat, Sarah baru tersedar, Sarah tak bawak kenyataan kemasukan ke dewan peperiksaan tuh!

Huwaaaa! Gile punye nervous, apesal la tak sedar awal2. Gabra2.
Nak nangis T_T apehal la senget sangat aku ni, huwaa~

Pastu gitau kat cikgu, "Cikgu, saya tak ingat nak bawak slip exam".
Malangnya cikgu tak dengar. Ade la dalam 3 kali ulang, cikgu tak dengar gax, huwaa~
Dah leleh dah mase tu, takut sangat sebab others dah masuk dewan exam. Ade kami je beberapa orang yang lambat, then my friend tolong bagitau cikgu.

Cikgu pun, "HAH??! Bakpe awak tak kabo awal2?"

Huwaaa~ Bergegas cikgu pegi pejabat amik surat. Maafkan saya, cikgu. Hukhuk. :(
Tak pasal2 nangis before jawab exam, huhu...




Ni hari AddMath gax, disebabkan jarak masa antara paper AddMath agak banyak, Sarah balik rumah dulu, lunch. Rumah kan dekat, no hal la :P haha
So, slip exam dah ade untuk paper petang tu. Next paper start pukul 2, hari tu hujan. Lebat sangat. Musim tengkujuh la katakan dekat negeri Pantai Timur. Berlari2 masuk dewan. Sejuk.

Dah dapat duduk tu, tarik nafas, hembus, baca doa. Tunggu jam tunjuk pukul 2 je lah kan.
Pandang2 orang sebelah, senyum-senyum, sengih-sengih, aku tengok hang, hang jeling aku & so on. ( Tu duk kat depan, buas semacam. Duk kat belakang, tak tau la camne :P )

Pastu tetibe, tengok Aisyah cam gelabah semacam je,
Sarah tanya la die, "Bakpe Aisyah?"

Aisyah : Saya tertinggal kalkulator dalam beg! Boleh gi amik dop?

Sarah : OOoo, gi amik je lah, takpenye. Kabo ar ke cikgu tu.

So sebab Aisyah terlupa nak bawak kalkulator, mata Sarah pun menjalar ke seluruh meja Sarah sendiri, nak tengok kat mana kalkulator Sarah.

Rupa-rupanya........

Sarah : Aisyah!! Saya tak bawak gak! Haha. Mujur gok!

Mintak izin dengan pengawas tu, kitorang pun berlari-lari la meredah hujan pergi amik kalkulator dalam beg masing-masing.

Ade ke nak jawab AddMath tak pakai kalkulator, genius bebeno la kalau camtu, hadeih,...
Ape punye orang da Sarah ni.... Bende penting camtu pun boleh terlupe. Hikhik.



Ni malu gila. Paper kedua terakhir, Bahasa Arab Tinggi.
Hari Selasa, 14 Disember 2010. Last paper, Pen. al-Quran & as-Sunnah - 16 Disember 2010.

Sarah ni, memang jenis tak dengar nasihat la, haha. Degil. Iron baju pagi before pergi sekolah.
Mak dah berbuih mulut suruh iron malam-malam. Tak kalut sebelum nak gi sekolah tu kan, tapi Sarah is Sarah. Degil. Hihi.

Nak dijadikan cerita, pagi 14 Disember tu on la suis iron, letak jilbab,
baru je gerakkan seterika tu 1 cm, tetibe plap! GELAP!!!
Huwaaaa, black out doe!!

Base guh (orang Terengganu paham la kot, haha) , ceh =.="

So, yes yes, I went to school on the day with all the kedut2 on my school uniform.
Menyesal mak oiii! Malu gila. Sume sengih2 kambing je tengok, haish! Ape tengok2, aku ada hutang ka? Malu!

Siap ade tanye agi, "Ummuul! Bakpe gitu??!"
Yeah, dengan selambenye "Hekhek, black out la pagi tadi :P" (Wah, kantoi aku iron baju pagi2)
Tak kurang jugak yang "Ummuuul! HAHA!" -.-"
*blushing sepanjang hari, ouhhh*

Kat sekolah pun black out, jawab exam dalam kegelapan sikit hari tu :P

Akhir kata,
esok pasti tiba.
Takut, nervous, lumrah la kan?


Along, Kak Cik, Aimi, Fiz, Enah, Teef & Sarah.
And this, Anugerah kecemerlangan 2009,
i hope we'll be there again, for "Anugerah Kecemerlangan 2011", maybe?
Amin.
Kredit : Kak Cik
And this.
Amin. Amin. Amin.
InsyaAllah.

InsyaAllah, ada khabar gembira buat kami di SMKA Tok Jiring dan calon SPM 2010 seluruh Malaysia, amin :)
Doakan kami.

Duhai hati, tenanglah dikau..
Percaya bahawa Dia telah merencana sesuatu yang baik untukmu.
Believe in ALLAH.

22 Mac 2011
Photobucket


Share:

6 buddy (ies):

naqiah said...

insyaAllah... :)

uwmaisarah said...

doakan Sarah :)

syazwani said...

insya-Allah, all the best !

Ema said...

HA2..kak sarah kak sarah..
memang kalut jadinya...
mase ema PMR pun kalut gak..
i/c tnggl (memang debor jugak.takut kene marah ngan cikgu)
yang teruk sekali...
MATH.sebelum masuk bilik pekse,cek kalkulator..tengok tak ada bateri..
Memang tercabar.dahla ketas obj.

pengajaran dari citer kak sarah
#1 - pastikan nama anda pendek dan betul~
#2 - jika tak bawak slip pekse..Beritahu pengawas kuat2.Biar dengar
#3 - bercakap dengan orang sebelum periksa,mungkin anda senasib dengan rakan sebelah anda
#4 - pastikan rumah anda seterika arang panas


KAK SARAH 11 A!!!!!!!!!

Ema said...
This comment has been removed by the author.
uwmaisarah said...

kih3, ema2, nakal!