Saturday, August 13, 2011

Life is a Learning Process : Tumbuk Kang!

Woot woot, assalamualaikum!
Akhirnya boleh jugak layan blogging kejap,
haih, busy seminggu ni,
busy tidur, busy tidur dan busy tidur,
busy kan? Haha.

Actually takde idea sangat nak post tapi tetibe teringat satu insiden yang terjadik kat aku sendiri minggu lepas, tak silap ingatan aku, 1 Ramadhan tarikh keramat tersebut,
menduga keimanan, dahla first day puasa, memang memang dan memang ah.

Selalunye aku pegi kelas, aku bawak beg galas je,
coz lebih praktikal dan senang nak bawak turun tangga,
walaupun mengurangkan keayuan semulajadi aku,
aku takde la kisah sangat, HAHAHA. Sikit je pun yang kurang.
Okay, enough. Ignore those annoying lines.

Namun disebabkan nasib aku yang agak malang pada Ahad sebelumnya,
langsir bilik aku telah menumpahkan maggi cup aku dengan jayanya lalu merebaklah cecair maggi makanan rasmi aku sejak masuk palam nih, dengan beg2 galas aku sekali beliau kotori.
Big hug and much thanks to Mr Langsir, hehehe. Ditiup angin, Subhanallah, Astaghfirullah.
Aku tak marahkan angin. Siapa aku nak melawan takdirNya.

So dipendekkan story ( dah panjang aku intro, haha )
tak bolehla aku bawak beg galas Isnin tu.
So aku pakai sling bag.
Nak dijadikan cerita, aku nak mencelah la di celah2 barisan kerusi dalam dewan kuliah,
nak duduk kat sebelah kawan aku ni,
kan kerusi dalam dewan kuliah berlapis2 macam panggung,
so sling bag aku tadi kirenye at the same level dengan kepala orang yang duduk kat seat depan and bertuah jugak aku, lupe yang aku bukannya pakai beg galas,
aku redah je masuk dengan beg tu kat tepi,
lupe nak berhati2 :(
lalu dengan momentum yang tak berapa nak laju, tak berapa nak perlahan,
dengan sukses aku merempuh kepala seorang budak kurang bertuah ni.

Aku tak sedar sampaila minah tu cakap, "Adoooooiiii!!"

What the...eh,
"oh my....awak, sorry2, awak, sorry, saya tak sedar, sorry sangat bla3"
panjang aku buat ayat mintak simpati, memohon maaf dan seribu keampunan daripada beliau,

namun...

beliau....

berpaling ke arah aku....

dengan muka yang tak dapat aku nak tafsirkan....

menjeling sambil menunjukkan buku lima ; TUMBUK KAAAANNGG!



SERIOUSLY! MARAH GILA BABENG AH MINAH TU,
MENOPAUS KE APEEEE??!

Aku dah cuak tahap terabytes mase tu, cuak gile, cuak nak mam,
lecture time for Physics petang tu,
aku langsung tak concentrate, duk fikir kat minah tu,
memang die macam tak maafkan aku la,
and yes, memang die tak main2 a nak tumbuk tu.
Die memang serius.

Even mase lecture time tu da habis,
aku panggil die nak apologise lagi,
die ignore je. =="

Sumpah aku tak nak jumpe da orang macam ni.
Tension aku. Haih. Memang life la.
The best teacher is EXPERIENCE kan?
Pengajarannye? Aku kene bawak beg galas even berbau maggi. Cheit =="



Sampai hari ni kalo jumpe minah tu aku buat2 tak nampak je kat die, siut tension aku ngadap muke die. Baik tengok mi goreng basi. Hoho.

Sabar je lah aku. Alhamdulillah dapat aku tahan kebengangan aku, ikutkan hati ni,
nak sindir2 je cakap penumbuk die langsung tak menakutkan, malah menggiurkan.
Meh lawan meh. Aku nak hire sumo lah sorang. 0_o

Pics ihsan google.
Photobucket
Share:

4 buddy (ies):

eclipsesweet said...

hahaha.. ada jugak ea orang camtu??

nway, akak hire sy pon xpe.. pandai jugak nak kung fu ckit2.. hahaha....

Ahmad Mawardi said...

haha lawak la awk ni sarah.. kerek giler pmpn tu haha xpe2.. jnji da minx maap n bg akak xsia2 je ase terlanggar kepala dia sbb dy pon kurang keajaran sikit haha skurg2nya boleh betolkan saraf dy tu huhu

uwmaisarah said...

eclipsesweet,
heeeee, ade fizah, x caye kee? hekhek

meh fizah, meh palam, haha :D

uwmaisarah said...

Ahmad Mawardi,

ahaha, kenapa akak, sarah lawak kat mane?
kan kan? kerek, heeee, geram!!

haha, akak nakaaal :D